August 27, 2009

Mulut Bengkak

perempuan jelita nih jatuh sbb kesalahan tersadung kaki sendiri. (-_-;)
Supermodel harus gigih tersenyum depan kamera walaupun mengalami kecederaan separa parah...
Tahniah! Nak membesar mesti perlu banyak rasa sakit supaya besar nanti akan jadi orang yang kuat dan gagah macam ibu. kofff!! (-_-;)

August 26, 2009

Agedashi Dofu


walaupun dah berjanji dengan zati kajirah yang aku tidak aku post sebarang entri berbentuk makanan, tapi aku engkar jugak sebab nak memeriahkan blog sendiri. hoho!

nah! ini ialah menu sahur tadi. kak cha dan azat suka order ini kalau makan kat chuci king (sushi king - versi kakcha). setelah mengetahui resepinya amat mudah, hari2 boleh buat kat rumah.
Selamat mencuba!!!

original : skyblue@myresipi.com
Taufu goreng dgn sos amber. Original resepi ada guna mirin (rasanya manis), tapi aku ganti dengan gula sudeh! mirin tak halal.

Bahan-bahan
Satu kotak taufu / tofu telur
Tepung ubi secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Sos:
1-1/4 cawan dashi stock (stok ikan bilis)
1 sudu besar jus halia
5 sudu besar kicap
Sedikit gula (atau 5 sudu besar mirin)
* 2 sudu besar tapung ubi (dicampur dgn 1/4 cawan air)

Hiasan:
Parutan Ikan bonito
Daun bawang (aku tak bubuh sbb takde)

Cara-cara :

Potong taufu kepada empat segi saiz sederhana.

Salut taufu dengan tepung ubi dan goreng sehingga warna kekuningan. Diketepikan.

Masukkan semua bahan2 untuk sos kecuali yg bertanda * kedalam periuk kecil. Panaskan sehingga mendidih, masukkan campuran tepung ubi untuk memekatkan sos. Biar medidih sekali lagi, dah siap.

Letak taufu kedalam mangkuk kecil, tuangkan sedikit sos dan taburkan parutan ikan bonito dan daun bawang.

August 25, 2009

Kak Cha - Bukan Wajah Sebenar






Apsal ntah aku boleh beli benda nih....
mungkin didorong oleh satu perasaan, aku seorang jek ibu kat malaysia nih yang sanggup beli perkara sia-sia untuk anak kandung sendiri.. (-_-;) ( ini ialah perasaan ganjil...)
sebenarnya pacifier @ puting kopek bermulut hodoh nih aku beli untuk adik rayyan yang kacak dan kacang itu. saja2 lah sebagai alat penyamaran supaya orang tak tahu wajah sebenar dia ( ini perangai ibu apa??)
Tapi malangnya Rayyan tak berminat terhadap benda aneh.
Sudahnya, pacifier nih tetiba je jadi hak kak cha..
aaiii...... perempuan ini memang suka banyak perkara sia-sia dan suka buat hal yang merungsingkan diri sendiri. Aku tak tahu ini ialah dari genetik siapa? *menjeling*
ah ya.... pacifier nih aku kirim beli dari www.ronasofia.com

August 13, 2009

Minggu Berpenyakit

Hello semua..!


Superlama giler aku tak update blog. Posting sebelum nih adalah umpama melepas batuk ditangga sahaja..
Beberapa minggu yg lalu kami anak beranak (kecuali azat) telah dimasukkan ke hospital atas tujuan yang berbeza.



22 JULAI 2009 - 8pm.



Memula sekali, si tonet ni.. asalnya dia batuk2 biasa aje, bawak gi Putra Hosp. Tup2 doc suh bawak dia g x-ray segala.. pastu doc cakap ada pnemonia. mak aihhh... kronik sangat ke anak aku? (sambil memandang rayyan yg tengah mengelinjang ketawa bagai nak rak)Doc Putra suruh bawak g GH utk rawatan lanjut.


Kat GH dia cakap, ini tonet kena tahan wad. Doc nak ambik darah apa sume.. ye laa.. time tu kan dah kecoh pasal selsema Barbie.. jadi, sikit2 hal pun mmg kena tahan wad. Memandangkan hanya ibu jek yg boleh stay kat wad tu, maka azat bawak la kakcha balik tido.



Aku teman rayyan. Wad kanak-kanak GH tu teramat comel. aku berasa nyaman bercampur kasihan kerana pesakit disana semuanya berketinggian bawah paras pinggang aku. hehei~yg kesian tu sbb tangan / kaki mereka bercucuk2..



Mlm tu 3am ambik darah.. melalak kejap.. Sepanjang malam tu beberapa kali doc beri rayyan napping / sedut gas. Esoknya, lepas dapat result darah, petang baru dibenarkan keluar..Alhamdulillah takde apa2 yg kronik. Cuma perlu hindar kawasan umum sahaja.





25 JULAI 2009 - 6am

Aku plak punya turn masuk wad. Ia adalah susulan kes sakit gigi bongsu arituh. Tak lama lepas buat appointment arituh, sampai la turn aku utk mini surgery kekdahnya utk membuang geraham bongsu berpuaka aku nih.. Walaupun cuma cabut gigi, tapi tetap suspen sbb aku punya kes buat 2 btg gigi - dan ianya memerlukan aku dibius cinta. koff!! tak, sebenarnya nak cakap aku dibius pengsan.

Hmm.. yang aku ingat, 7am ditolak masuk ke bilik bedah (aku kes 1 for that day), pastu kena pakai sarung kepala, pastu kena baring aje dalam keadaan supersejuktakingatdunia, pukul 8am masuk Operation Theater, pastu dipasang alat pernafasan yg ada bius. Doc suh sedut dalam2.. aku pun dengan penuh semangat sedut dan bukak mata luas2..kononnye berkeyakinan yg bius tak jalan punyee...ohok!
Pastu, ntah apa jadik ntah aku pun taktau... tau2 celik mata sbb nurse2 n doc panggil nama aku dengan kuat - kasi sadar. Aku tengok jam 11.30am. Bapak lama aku dalam OT tu gamaknya..! Doc kata dah settle.. gigi geraham berpuaka tu dah dibuang... aku tak sempat nak mintak gigi geraham tu utk dikebumikan secara aman
(-_-;)



5 OGOS 2009 - 8pm
Kakcha pulak masuk klinik. hehe.. klinik aje laa.. bukan wad kat hospital pun...Pompuan nih cam biasa laa... kalo terminum ais atau termakan ice-cream, camnih laaa keja dia..Dah la susah nak makan ubat.. eih....





Alhamdulillah semua sekarang dah ok.. Azat plak kena sakit mata tembel. hihihi!!
Laporan bergambau menyusul kemudian. till then, tata!!
p/s: lupa... mari kita sama2 sedekahkan Al Fatihah untuk semua mangsa selsema barbie (H1N1) yang telah pulang kerahmatullah. doakan jua agar penyakit ini tak merebak kepada keluarga kita. amin.

August 10, 2009

Ratu Makan yg Merungsingkan
























Tak tau bila boleh ajar perempuan cantik ini makan dengan cara yang betul dan lebih bersopan... (-_-;)