Hello semua..!
Superlama giler aku tak update blog. Posting sebelum nih adalah umpama melepas batuk ditangga sahaja..
Beberapa minggu yg lalu kami anak beranak (kecuali azat) telah dimasukkan ke hospital atas tujuan yang berbeza.
22 JULAI 2009 - 8pm.
Memula sekali, si tonet ni.. asalnya dia batuk2 biasa aje, bawak gi Putra Hosp. Tup2 doc suh bawak dia g x-ray segala.. pastu doc cakap ada pnemonia. mak aihhh... kronik sangat ke anak aku? (sambil memandang rayyan yg tengah mengelinjang ketawa bagai nak rak)Doc Putra suruh bawak g GH utk rawatan lanjut.
Kat GH dia cakap, ini tonet kena tahan wad. Doc nak ambik darah apa sume.. ye laa.. time tu kan dah kecoh pasal selsema Barbie.. jadi, sikit2 hal pun mmg kena tahan wad. Memandangkan hanya ibu jek yg boleh stay kat wad tu, maka azat bawak la kakcha balik tido.
Aku teman rayyan. Wad kanak-kanak GH tu teramat comel. aku berasa nyaman bercampur kasihan kerana pesakit disana semuanya berketinggian bawah paras pinggang aku. hehei~yg kesian tu sbb tangan / kaki mereka bercucuk2..
Mlm tu 3am ambik darah.. melalak kejap.. Sepanjang malam tu beberapa kali doc beri rayyan napping / sedut gas. Esoknya, lepas dapat result darah, petang baru dibenarkan keluar..Alhamdulillah takde apa2 yg kronik. Cuma perlu hindar kawasan umum sahaja.
Hmm.. yang aku ingat, 7am ditolak masuk ke bilik bedah (aku kes 1 for that day), pastu kena pakai sarung kepala, pastu kena baring aje dalam keadaan supersejuktakingatdunia, pukul 8am masuk Operation Theater, pastu dipasang alat pernafasan yg ada bius. Doc suh sedut dalam2.. aku pun dengan penuh semangat sedut dan bukak mata luas2..kononnye berkeyakinan yg bius tak jalan punyee...ohok!
3 comments:
Dental or Mental?
hmm..memang musim penyakit...kakcha ada semput ke?berisiko selsema Barbie..ko kena kurantin dia..
bedebah ko cikgu umie!! aku suruh doktor botak injek kau kasi pengsan!
kacaknye rayyan..baik!mesti simpan gambar ini dalam dompet skrg! (-..-')
Post a Comment