August 26, 2009

Agedashi Dofu


walaupun dah berjanji dengan zati kajirah yang aku tidak aku post sebarang entri berbentuk makanan, tapi aku engkar jugak sebab nak memeriahkan blog sendiri. hoho!

nah! ini ialah menu sahur tadi. kak cha dan azat suka order ini kalau makan kat chuci king (sushi king - versi kakcha). setelah mengetahui resepinya amat mudah, hari2 boleh buat kat rumah.
Selamat mencuba!!!

original : skyblue@myresipi.com
Taufu goreng dgn sos amber. Original resepi ada guna mirin (rasanya manis), tapi aku ganti dengan gula sudeh! mirin tak halal.

Bahan-bahan
Satu kotak taufu / tofu telur
Tepung ubi secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Sos:
1-1/4 cawan dashi stock (stok ikan bilis)
1 sudu besar jus halia
5 sudu besar kicap
Sedikit gula (atau 5 sudu besar mirin)
* 2 sudu besar tapung ubi (dicampur dgn 1/4 cawan air)

Hiasan:
Parutan Ikan bonito
Daun bawang (aku tak bubuh sbb takde)

Cara-cara :

Potong taufu kepada empat segi saiz sederhana.

Salut taufu dengan tepung ubi dan goreng sehingga warna kekuningan. Diketepikan.

Masukkan semua bahan2 untuk sos kecuali yg bertanda * kedalam periuk kecil. Panaskan sehingga mendidih, masukkan campuran tepung ubi untuk memekatkan sos. Biar medidih sekali lagi, dah siap.

Letak taufu kedalam mangkuk kecil, tuangkan sedikit sos dan taburkan parutan ikan bonito dan daun bawang.

2 comments:

z a t i said...

tkde ikan bonito, boleh diganti dgn beg bonita?


:D

PertMuffin said...

beg bonita adalah beg saduran jenama bonia ke??
mesti kau biasa melanggan barangan jenama tiruan *menjeling*