October 22, 2009

Tosei Seri Kelakar

Akhir-akhir ini sangat ketagih terhadap TOSEI...

Sejak diperkenalkan di kantin opis aku isnin lepas, sampai semalam, hari2 aku belasah tosei setiap kali tea-break jam 3.30 petang. Sampai kena tegur dengan mamak kantin tu,

Mamak : Adik nih suka makan tosei ye?
Aku : A'ah *blush*.... kat sini je dapat makan.
Mamak : Jarang makan kat luar ke?
Aku : ye..... (bising gile mamak nih tanya kuat2)
Mamak : Balik rumah sempat masak ke? anak berapa orang?
Aku : sempat..sempat... anak baru 2
*sambil cepat2 blah dari mamak tu...

(aku mesti belajar masak tosei sendiri!)

Balik kerja semalam aku singgah beli groceries kat Jusco, nampak plak tepung ini..



Aku pun apa lagi, terus je la sambar sepeket dan buat seperti arahan tertera.

Cuma perlu bancuh tepung tu dengan segelas air dan sedikit yogurt. Aku tuang semua skali yogurt tu!


Proses masak agak simple. Cuma perlu tenyeh dan pusing2 je senduk atas kuali leper macam buat lempeng.
Hasilnya mmg agak sedap (ready made kannnnn.... harus la sedap)

Tosei Babas Seri Kelakar.

Makan cicah kari kambingygmandi. Memang dilices!! (delicious versi kakcha)


Ini resepi kari kambing kelakar :-

1 pelepah daun kari
1 btg serai
1 senduk cili boh
1 peket kari daging
1 cawan air
1 cawan santan
1 sudu garam
1 ekor kambing
(tipu..saje nak letak 1 kat depan. sebenarnya bubuh sikit je sudehh!!)


Cara: Tumis daun kari + serai. Bancuh ciliboh dan serbuk kari. Tumis sekali dengan daun kari dan serai tu sampai naik bau. Masukkan air dan kambing. agak2 empuk, masukkan santan. Bubuh garam ikut sedap rasa.

Sekian. Selamat terhibur *ucapan tak berkaitan* (-_-;)

October 12, 2009

Warkah Sedih untuk Lissa



Kehadapan Yang Nuralissa...

Semasa Icha membaca tulisan ini entah ibu wujud lagi ke tidak? Kalo wujud pun, entah ibu ingat lagi ke tidak agaknya..Ya, harap2 masih ingat la..sbb mungkin umur ibu waktu Icha mula pandai memblogging ialah 5-6 tahun akan datang.. Ibu harap ibu masih mantap dan bergetah waktu itu.
KOfff!!~ (-_-;)

Tak ada apa-apa.....
Ibu cuma nak meluahkan sikit rasa kecewa sangat - sangat kecewa - kecewa sikit sangat (perkataan ini ibu tiru cakap icha yg suka cakap berulang-ulang perkataan 'sangat')

Ibu tak tau kenapa sejak akhir2 ini Icha sangat nakal - nakal sangat - sangat nakal sangat. Mungkin sebab ibu asyik buat perkara sia-sia sampai Icha kurang terdidik untuk jadi wanita lebih bersopan santun dan menghormati orang.

Tapi kan ibu selalu pesan kat Icha supaya jangan nakal-nakal dan selalu duduk elok-elok?
Icha selalu cakap "Baiklah Ibu...." (lepas tu Icha genggam tangan dengan penuh semangat)


Tapi, lepas tu Icha buat nakal balik.
Bila ibu marah Icha, Icha mengamuk dan gigit ibu. Icha ingat ibu nih ayam KFC ke?


Semalam kita pergi rumah kawan ayah buat open house. Icha buat perangai lagi.. Kenapa Icha tolak budak lelaki yang nak duduk sebelah Icha tu? Icha tau tak mak budak tu mulut dia *#)$)&#&_)@*@& !! selamba je dia cakap ibu tak reti jaga anak depan2 orang lain.. Ibu sedih tau.. Sedih sangat - sangat sedih sangat - sedih tersangat-sangat..


Lepas tu dalam kereta Ibu pukul tangan Icha. Icha nangis.. icha cakap
"Minta maaf, ibu..minta maaf, ibu..."
Dah banyak kali ibu dengar Icha minta maaf, tapi Icha buat jugak aksi nakal dan merungsingkan orang..
Ibu terus cakap kat ayah, itu la the first and the last time kita beraya kat rumah kawan2 ayah..

Semalam ibu tak dapat tidur bila teringat kata-kata mereka tu semua..


Ibu tak tau nak cakap apa lagi... Ibu rasa macam dah gagal menjadi ibu yang hebat.


Bulan depan Icha masuk umur 4 tahun. Icha dah besar tau! Kalau makan kat Seoul Garden, Icha dah kena bayar tau! Bukan free macam dulu..


Ibu doakan Icha jadi anak yang baik dan mendengar cakap ibu selalu. Ibu harap Icha akan jadi budak jelita yang bijak dan tak menyusahkan orang lain. Ibu doakan semua yang baik2 untuk Icha dan adik Rayyan jugak...


Ibu sayangggggg awak, Lissa..!

October 08, 2009

Dessert Erotik (sebenarnya nak tulis Esotik)

Helo..!~

Arituh kan aku citer yg aku makan tapai + susu sejat bersama ais masa majlis kawin adik ipau aku kat JB.
Balik melaka aritu, aku terasa nak makan lagi (-_-;)
Jadi, balik dari kerja terus singgah Jusco untuk beli tapai siap sedia jenama Sarimah Ibrahim ( Ibrahim - aku tambah sendiri. kof!!). Sampai rumah terus bukak plastik tapai (ya! dia tak bungkus dalam daun tapai sebaliknya bungkus dengan plastik sahaja) masuk dalam mangkuk dan curah susu sejat bersama ais.
Rasa nya mmg walla!~
Aku rasa makan tapai dengan susu sejat adalah jauh lebih sedap dari makan tapai bersama vanilla ice cream. Sebab? Tapai tu dah overly manis..tambah dengan vanilla icecream yg supermanis. MMG tak GO langsung utk tekak aku yang cintakan kedamaian ini.
Sbb tu aku suka makan dengan susu sejat. Rasa masam manis tapai berkoloborasi bersama lemak susu sejat memang sangat hebat. I likee occay!
Tapi memandangkan aku makan dalam kuantiti hilang ingatan, beberapa jam selepas makan terus sakit perut. Berlawan2 sakit perut dengan azat.. huhu..

Tapai Pulut bersama Condensed Milk


Haaa.. ini satu lagi..
Pernah tengok?
Pernah makan?
Ini ialah PISANG SALAI.. (nama glamer dia Smoked Banana - ala2 Smoke Salmon tu..ohokkk!)
bukan kerepek pisang salai tau!! ini ialah pisang sebenar yang di salai diatas asap sehingga kecut, terhidrat, hitam dan berbau asap.




Pisang Salai

Rasa dia?? Sedap bagi aku (mmg la, bagi aku semua sedap kecuali Laksa Sarawak - mmg tak boleh terima sbb rasa macam makan Mee dalam Jamu Ubat Periuk). Cuma pisang salai nih takbleh makan banyak2 sbb rasa dia sangat berasap - rasa macam kunyah rokok (ya! saling tak tumpah). Makan banyak2 boleh miung kepala.
Sekian. Laporan Malas.




October 05, 2009

Yalil Sudah Kawin....

Sabtu lalu bersamaan 3 Oktober 2009, satu majlis sambut menantu telah diadakan dirumah Pak Atim & Mak Esah yakni kedua ibu bapa mertua saye yg tersayang (ayat harus kukuh sbb ramai ipau duai baca blog ini.. ekekekek!!!) Ianya adalah untuk menyambut menantu ke 5 dalam keluarga ini sejak 4 tahun lepas (2005 - majlis sambut aku dan Fadilah (wifey si kembau) )

Memang happening majlis gotong royong sambut menantu ni.. sebabnya, mertua aku ramai anak. Jadi majlis rewang mmg kitorang2 je yg memenuhkan ruang. Tak payah ajak jiran pun takpe.. sekelip mata dah siap. Syabas adik beradik ku! Kita mmg hebat!! (ayat bodek keluarga mertua lagi.. koff!!)

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Cuma time pengantin datang btul2 hujan tengah sangat lebat. Aku terus tuduh mesti pengantin tak mandi pagi. hohoho!!~
Kalau kat melaka, time kita kawin kalau hujan turun dengan lebat, makcik2 akan cakap "nih mesti pengantin kuat makan cencaluk"
(tak paham aku apa motif dan kerelevanan pengantin kuat makan cencaluk dengan hujan lebat)


By de way gais, enjoisss the pics..


Pengantin pada hari tersebut : Yalil & Azra


Pengantin lelaki berwajah gelojoh


Potong Kek...
(nampak tak tapai tu?? lepas majlis selesai kitorang balun tapai + ice cream sampai lupa diri. Pastu Fadilah ajar makan tapai + condense milk with ice. Mmg tersangat wallaaa! Pak Atim terus lupa penyakit. hihik! Sori boss!!)



3 tiers Choc Moist cake with Ganache dengan tema Para-para Sakura (tema aneh) untuk pengantin. Ni je la yg aku mampu... Harap semua terhibur!!~ (ucapan ala2 buat konsert)
*details*


Edisi suap-suap..


Auummm...

Tuan & Puan Rumah.
En. Md Yatim & Pn. Aishah



Family Potrait:
Dr. kiri : Azat, Hawa, Azra, Haziq, Lissa, Tok Atim, Lynn, Nurul,Azim, Mak Esah, Fadilah, Yalil, Miza, Aiman, Aqilah, Mama Lina (motif ambik gambar posisi mengiring?! *jeling*) & Bg. Rahim.



Adik Rayyan & Kak Miza
(lovely pic.. i likeee!~)





Kak Cha yg perasan gothic (-_-;)



Kakcha beraksi getis disisi pengantin perempuan. (tak tau uncle Yalil tgh jeling)


Adik Rayyan & aunty Fadilah


Uncle AfiQ dalam percubaan mengkelepet oren


Sorry Yalil, walaupun anda King of the day, tapi off kos laki i paling kacang sekali (sebenarnya nak berkata kacak). (-_-;)
Rayyan jatuh no. 3 selepas anda.
huhu...


Rayyan tido.. sbb tu takde dalam senarai Family Potrait.


Lastly, to Yalil & Azra, congratulations!~
Semoga bahagia hingga ke ahir hayat.
u guys rawk \m/