October 22, 2009

Tosei Seri Kelakar

Akhir-akhir ini sangat ketagih terhadap TOSEI...

Sejak diperkenalkan di kantin opis aku isnin lepas, sampai semalam, hari2 aku belasah tosei setiap kali tea-break jam 3.30 petang. Sampai kena tegur dengan mamak kantin tu,

Mamak : Adik nih suka makan tosei ye?
Aku : A'ah *blush*.... kat sini je dapat makan.
Mamak : Jarang makan kat luar ke?
Aku : ye..... (bising gile mamak nih tanya kuat2)
Mamak : Balik rumah sempat masak ke? anak berapa orang?
Aku : sempat..sempat... anak baru 2
*sambil cepat2 blah dari mamak tu...

(aku mesti belajar masak tosei sendiri!)

Balik kerja semalam aku singgah beli groceries kat Jusco, nampak plak tepung ini..



Aku pun apa lagi, terus je la sambar sepeket dan buat seperti arahan tertera.

Cuma perlu bancuh tepung tu dengan segelas air dan sedikit yogurt. Aku tuang semua skali yogurt tu!


Proses masak agak simple. Cuma perlu tenyeh dan pusing2 je senduk atas kuali leper macam buat lempeng.
Hasilnya mmg agak sedap (ready made kannnnn.... harus la sedap)

Tosei Babas Seri Kelakar.

Makan cicah kari kambingygmandi. Memang dilices!! (delicious versi kakcha)


Ini resepi kari kambing kelakar :-

1 pelepah daun kari
1 btg serai
1 senduk cili boh
1 peket kari daging
1 cawan air
1 cawan santan
1 sudu garam
1 ekor kambing
(tipu..saje nak letak 1 kat depan. sebenarnya bubuh sikit je sudehh!!)


Cara: Tumis daun kari + serai. Bancuh ciliboh dan serbuk kari. Tumis sekali dengan daun kari dan serai tu sampai naik bau. Masukkan air dan kambing. agak2 empuk, masukkan santan. Bubuh garam ikut sedap rasa.

Sekian. Selamat terhibur *ucapan tak berkaitan* (-_-;)

6 comments:

eniygsumil said...

gelaran mamak kpd kak we:

"adik tosseyy anak dua! semalam you makan belum bayar...!"

PertMuffin said...

siak jek eni... cuh!!

aqmal said...

teka teki tosei. knapa tosei rasa masam?

sbb terpercik peluh kambing yg tak mandi!

hey hey~~~~

Mr.F said...

owh yumylicious i never thought that tosei bole dibuat semudah tu, aku memang penggemar tosei kerna kononnya ia lebih diet dan sihat berbanding roti canai.

kianyong7 said...

saya pun suke tosei !
hari tu mkn tosei masa diwali di 6 keluarga india!

Arieyya said...

hah kambenygmandi...lama tak dengar nick tuh..hahahaha...