October 12, 2009

Warkah Sedih untuk Lissa



Kehadapan Yang Nuralissa...

Semasa Icha membaca tulisan ini entah ibu wujud lagi ke tidak? Kalo wujud pun, entah ibu ingat lagi ke tidak agaknya..Ya, harap2 masih ingat la..sbb mungkin umur ibu waktu Icha mula pandai memblogging ialah 5-6 tahun akan datang.. Ibu harap ibu masih mantap dan bergetah waktu itu.
KOfff!!~ (-_-;)

Tak ada apa-apa.....
Ibu cuma nak meluahkan sikit rasa kecewa sangat - sangat kecewa - kecewa sikit sangat (perkataan ini ibu tiru cakap icha yg suka cakap berulang-ulang perkataan 'sangat')

Ibu tak tau kenapa sejak akhir2 ini Icha sangat nakal - nakal sangat - sangat nakal sangat. Mungkin sebab ibu asyik buat perkara sia-sia sampai Icha kurang terdidik untuk jadi wanita lebih bersopan santun dan menghormati orang.

Tapi kan ibu selalu pesan kat Icha supaya jangan nakal-nakal dan selalu duduk elok-elok?
Icha selalu cakap "Baiklah Ibu...." (lepas tu Icha genggam tangan dengan penuh semangat)


Tapi, lepas tu Icha buat nakal balik.
Bila ibu marah Icha, Icha mengamuk dan gigit ibu. Icha ingat ibu nih ayam KFC ke?


Semalam kita pergi rumah kawan ayah buat open house. Icha buat perangai lagi.. Kenapa Icha tolak budak lelaki yang nak duduk sebelah Icha tu? Icha tau tak mak budak tu mulut dia *#)$)&#&_)@*@& !! selamba je dia cakap ibu tak reti jaga anak depan2 orang lain.. Ibu sedih tau.. Sedih sangat - sangat sedih sangat - sedih tersangat-sangat..


Lepas tu dalam kereta Ibu pukul tangan Icha. Icha nangis.. icha cakap
"Minta maaf, ibu..minta maaf, ibu..."
Dah banyak kali ibu dengar Icha minta maaf, tapi Icha buat jugak aksi nakal dan merungsingkan orang..
Ibu terus cakap kat ayah, itu la the first and the last time kita beraya kat rumah kawan2 ayah..

Semalam ibu tak dapat tidur bila teringat kata-kata mereka tu semua..


Ibu tak tau nak cakap apa lagi... Ibu rasa macam dah gagal menjadi ibu yang hebat.


Bulan depan Icha masuk umur 4 tahun. Icha dah besar tau! Kalau makan kat Seoul Garden, Icha dah kena bayar tau! Bukan free macam dulu..


Ibu doakan Icha jadi anak yang baik dan mendengar cakap ibu selalu. Ibu harap Icha akan jadi budak jelita yang bijak dan tak menyusahkan orang lain. Ibu doakan semua yang baik2 untuk Icha dan adik Rayyan jugak...


Ibu sayangggggg awak, Lissa..!

13 comments:

Anonymous said...

menatang mana yang kata anak buah aku nakal tuh?cuihhh!!enam jahanam punya spesis!ilek, aku dulu pun nakal dalam konteks 18sg gak, tapi dah dewasa aku bertukar menjadi pari - pari yang sangat baik hati.pesankepada org yg berkata tuh belek dulu hal spender dia yg nak tetas tuh!!buntut besaq, mulut aku salut dgn wasabi baru tau!

Anonymous said...

aku bersyukur lissa berjaya menolak anak org yg bermulut xde talian hayat tuh.kalo lissa purak2 sopan mesti dia nkmenjodohkan ank dia yg lembik xde vitamin c tu dgn ank ko.ko nk ke?maknanya lissa seorg bdk yg mempunyai braiscan yg hebat!dia tau itu bukn jodoh dia, dia dhtolak real kaw2 pnya bdktu!lg malang ko kena berbesan dgn pmpuan bermulut gabit tu!haddoii haii!!l.crook aka auntie lissa yg bergetah!

PertMuffin said...

hoiiiiihh!! orang hamil yang aneh...
(-_-;)


memang merungsingkan aku.. aku dah tau anak aku ikut perangai keji sapa sekarang!

z a t i said...

sedihnya! aku harap lissa jadi mcm kau bile besar. bile kecil kan dah comel mcm aku.

tak berkaitan.

babai.

PertMuffin said...

zati: ucapan kau lebih menyedihkan aku. mmg aku dikelilingi oleh orang aneh... aaii..

maini said...

ala kecoh.budak2 mmgla mcm2 perangai..nama pun budak.apa la org tu.tak perlula nak jatuh2kan air muke org lain dpn org ramai.mmg membencikan sikap yg begitu..

Mr.F said...

memang sedih klaka baca warkah berlagu pilu..

preety-D said...

*sob*

sedey...tapi kekwe je paling tau kak cha tu baik sebenarnye xde la bdk yg gagal scare penuh...

mak bdk laki tu takat jumpe org 2 menet ske hati je nak tduh org ni jahat la baik la berjaya la dan lain lain la...kalo tu mak kekwe yg ckp patut la ko runsing kalo takat manusia kebanyakan ni..abaikan aje..

ohohoh...*pendapat org yg penah marah kate saye ni manusia gagal..huh...

Elly Rocker said...

aku nangis, tegelak, nangis, tegelak. kau memang gila sebab kacau bilaukan perasaan aku. jgn buat surat gila lagi! kau nih dari zaman anak dara tak bergetah lagi suka buat surat sakijiwa. cuih!!!!!!

Anonymous said...

lica tu comel.... siape yg cakap tu meh kite g belash dye ramai2... mini jom kite buat tentera berkuda g serang dye,,,,, jom angah.. kite bawa drifter... fateehhh... jom aganh....kite g serang...

Anonymous said...

uik..ko sape?kenapa tau nama glemer aku mini?tapi bagus juga kalo dapat g serang pmpuan tu beramai2...kita pakai bom utk matikan ikan kat kolam tu.lekat kat mulut dia.orait jugak!

Nurshahfamily said...

salam perkenalan...

bagi nur tak de ibu yg gagal mendidik anak... lincah ank tu akan mematangkan si anak ... so kita si ibu kene la kuatkan hati lagi... ( tuk nur gak)
sbg ibu kita mesti nk yg terbaik tu ank kan ... so good luck...

PertMuffin said...

thanx nurshah for the advices :)