January 07, 2011

2011 - Tahun Yang Mencabar



Hello olss...



Memang sengaja tunggu lepas seminggu masuk tahun 2011 baru nak update blog. Heihei!~
Kejap je dah masuk dekad baru.. 2011... Rasa macam baru je semalam aku tahun 2000 - Ingat lagi time tu (2000) aku menanti detik 12am bersama Maini & Ciela dekat dewan Kolej Rahman Putra, UTM Skudai (kau berdua masih ingatkah waktu itu?)
Ok, sekarang dah 2011.
Ini adalah tahun cabaran untuk aku kerana terpaksa melalui banyak perkara diluar jangkaan.


Lissa sekarang sudah sekolah. Walaupun belum masuk darjah 1 tapi waktu dan lokasi pembelajaran pra-sekolah adalah sama dengan kanak-kanak sekolah rendah yang lain. Jadi waktu pagi aku adalah sangat kucar kacir bagi memastikan semuanya lengkap dan selesa sebelum bergerak ke opis.
Rayyan pula dah masuk 2+ tahun tapi masih dalam karektor yang sama. Dia masih gagal bertutur dengan baik. Perlu banyak masa untuk memberi tumpuan kepada jejaka ini supaya dapat berlatih bercakap dengan sempurna.


Insyallah, kurang lebih 2 bulan saja lagi aku akan meninggalkan kerjaya sediada untuk menjadi surirumah sepenuh masa. Oh! tak! ada gelaran lebih sesuai untuk aku - WAHM... (^_^)

Apakah??

Ianya adalah Ibu Muda Bergetah Yang Bekerja Makan Gaji di Rumah Sendiri (Koff! kofff!!) (-_-;) atau dalam bahasa sanskrit adalah "work at home mom" *blushing*..
Memandangkan aku sudah biasa dengan kehidupan berduit sendiri (yakni hasil bekerja dan makan gaji bulan2) maka menjadi habit lah memboros setiap kali dapat gaji beli itu ini walaupun bukan untuk kegunaan sendiri (aku suka soping barang anak2 je). Memandangkan kelak aku tiada gaji bulanan lagi, jadi aku bercadang untuk menjadikan Perniagaan Kapkek Kelakar aku sebagai mata pencarian utama.


Mula2 memang tak yakin nak buat keputusan.. Kena fikir pro n con segala.. Tapi berbincang dengan orang2 penting dalam hidup aku, maka insyallah, ini adalah keputusan terbaik setakat ini. Apa pun aku minta tempoh 6 bulan dari Azat sebagai percubaan menjadi WAHM. Kalo rasa macam susah je nak survive, maka selepas raya kelak aku akan kembali memunggah sijil2 usang dan buat resume untuk mencari sesuap nasi (kekdahnyer..)


Apapun, aku harap korang doakan la kejayaan dan kemampuan aku untuk mengharungi kehidupan yang baru kelak. Kepada customer2 tersayang (cewah!!) silalah order dengan banyak, don't worry lepas nih takde limit2 macam dulu, berapa korang nak, insyallah saya cuba buatkan.. Ye laa.. time kerja dulu mmg masa sangat terhad.. jadi terpaksa menolak order yang banyak... Insyallah lepas nih, no limit ;)


Sekian dulu. babai lah!!



9 comments:

Anonymous said...

congrats sis whatever aper lapangan pun idup kena banyak bersabar tapi tk dinafikan biler bergaji ader duit sendiri tu yg seronok...tapi biler bisnes sendiri kiter kena kuat sangattt berusaha n sabar at last kejayaan mesti datang menjelma.....mcm I tkde bakat aper2 selain memproduce anak n membesarkn anak...I pun kena kuat bersabar.....ank2 pun kira kiter punya harta masa tua....didikan yg baik akan menghasilkan product yg baik..aper2 pucuk pangkal...SABAR...KUAT....n yg penting REDHA sesungguhnyer REZEKI itu ditgn ALLAH...so bnyk2 ingat ALLAH :D ikhlas dari....kak ipau mu...

ikaZara said...

hai kak!

adekah maksudnye akk dah tak keje lagi dan 100% pada kapkek tu? wah seronoknye..congrats akak! hope so akak maju kedepan dan depan lagi.

kak, dah 100 home maker ni,boleh la buat kelas kecil2 untuk org2 begineer mcm saye ni..=D

kucingorengemok said...

aku doakan yang terbaik, dan mengarahkan(?) kau doa yang sama untuk aku kerana adalah cita²ku jua untuk menjadi surirumah yang berjaya dan bergaya, ngeee :)

PertMuffin said...

k.ipau : thanks dear... *sob sob* i terharu ucapan uols..

PertMuffin said...

ika : insyallah lepas nih 100% bekerja dirumah.. memang ada plan nak mengajar.. hihi.. kalo jadi insyallah nanti akak sebarkan pakai radio 3 melaka. haha!

PertMuffin said...

KOG : baik lah! baik lah! aku doakan kamu juga.. *jawab sambil muncung2 sbb kena paksa*

Umie Ibrahim said...

good luck hawasae..insyaAllah...rezki kapkek kelakar melimpah ruah pasni..pastu jgn meroyan busy pulakk...

Tiq said...

Awe, good luck and all the best!! Keluarga haru biru pasti boleh!

PertMuffin said...

thanks tiQ & ticer umie :)