Akhir2 ini memang sangat kemaruk nak makan french macarons. Puas cari kat melaka memang takde *sentap*
Akibat terpengaruh dengan orang ini, ini dan ini, akhirnya aku ambil keputusan untuk buat sendiri MACARONS KELAKAR (memang nama yg agak jelik)..
Marilah baca resepi makarun kelakar yang paling mudah supaya kau pun boleh buat sendiri dirumah kalau2 mengidam secara tiba2 walaupun tiada kehamilan. koff!
RESEPI MAKARUN.
(A)
100g gula icing
65g serbuk badam
2 sudu koko Van Hauten (boleh je guna serbuk koko murahan tapi haruslah rasanya pun agak murah. heee...)
(B)
2 butir putih telur
2 sudu gula castor
1/2 sudu cream of tartar
CARA :
Ayak bahan (A) dan gaul sebati. Ketepikan.
Dalam bekas kering, dan menggunakan alatan yang semuanya kering sila pukul putih telur sehingga kembang. Kemudian masukkan cream of tartar dan masukkan gula castor sikit2. Pukul sehingga superkembang dan telur putih menjadi putih dan suci dan utuh (apa2 lah.. janji kau faham aku maksudkan apa) *blushing*
Campurkan adunan (B) ke dalam (A) dan gaul rata perlahan2.
Masukkan dalam piping bag dan paipkan atas kertas pembakar saiz 20sen.
Biarkan 10min sebelum dibakar pada suhu 150 darjah celcius selama 15 minit.
Setelah masak, biarkan sekejap dan sapu filing ikut nafsu sendiri.
Bersedia untuk dibakar.
Siap dibakar.
Oh, red velvet cupcakes tumpang posing sekali..
Siap dibakar.
Oh, red velvet cupcakes tumpang posing sekali..
OK!!! OK!!!! FINEEEE!!! Memang buruk!!! Aku kata benda nih nama dia Makarun Kelakar kan!?? *jeling*
Tapi..........................rasanya dia ...........................mpphhhhh!!! SEDAPP!!!! *makan sambil gigil2 menangis menanggung kesedapan*
Ok, aku dan try mcm2 filing. Ganache, peanut butter, blueberry, buttercream dan creamcheese. Paling heaven jatuh kepada Creamcheese. Sebabnya benda nih sangat manis (walaupun resepi kat atas tu aku dah kurangkan separuh gula dia!) So kena makan dengan benda yang masam2 sikit untuk buat rasa dia jadi seimbang dan seksi *ayat tak berkaitan*
Ok la! bye!!
10 comments:
yummehhh Oh Menarik Giler !!!!!
"OH Memang Giler" okeh?! :D
alamak, ni yang rasa nak buat sendiri ni... eh kensel lah. ni yang rasa nak beli ni... :)
chup. 100g gula ising tu dah diseparuhkan ke?
Yummeh!! Ohh ohh sedapnye...kekadang nk beli pun geget jari..sebab mahal sgt..RM5-8 per piece is such an unreasonable price. Pandainyaa buat sendiri. Biarlaa tak cantik, yg penting sedap..Kan??
kog : gula icing adalah 125g dan gula kastor jua adalah 125g. tapi aku ikut sukatan sendiri gula icing pakai 100g dan kastor cuma 2sudu (50g). heee... tu pun dah manis sangat!
acik : haha! lepas ini kamu boleh cuba buat sendiri :D
ohh..nangis2 tengok sbb malas nak buat....kukukukuku
pija kat kl kan?? harus la mana2 boleh jumpa.... tak yah buat sendiri pun takpe!~
wahh... menggiurkan, ummphh~~~ heheh :p
hehe.. dah ada resepi sila cik bunga buat dan beri saye sikit ye :D
Post a Comment