January 25, 2012

CREAMPUFF KELAKAR


Artikel ini memang menyentuh hati nurani aku. hahahahaii!~
Like sejuta kali!

Oleh itu, marilah... kali ini aku nak berkongsi resepi creampuff yg gedik. Ekceli sebelum nih pernah jugak la buat creampuff tapi versi biasa2 je.. ala2 kat pasau malam pun boleh dapat kenn? tapi sejak tengok masterchef malaysia arituh, yg si chef joe ada ajar dalam kelas masakan terus aku teruja.. cantik gebu creampuff dia...
.
Untuk resepi, aku ikut bulat ajaran puan Yani dari Myresepi. Siap ada detail proses pembuatan dia lagi... cuma bagi orang tamak haloba macam aku nih, aku telah mendabelkan kandungan bahan2 tersebut..

resepi Creampuff
(setelah di ejas):

200ml air
90g butter (suhu bilik)
120g tepung gandum- diayak
4 biji telur(100g)
p/s: ai telah guna butter Lurpak untuk kepuasan maksimum. tengkiu kucingorencantik & ciklurpak kerana telah mempromot butter ini kepada semua orang..


cara bergambar sila kelik sini


wajah sebelum di bakar


wajah dalam kebuk pembakaran


wajah setelah selamat dibakar


objek yg dipergunakan untuk hiasan
- instant custard (kalau rajin boleh godak sendiri tepung kastad)
- anggur atau apa2 buah yg disukai
- whipped cream


kopak sikit permukaan atas creampuff, picitkan adunan kastad (ah ya, kalo guna instant custard mmg amat mudah sbb kau cuma perlu bancuh dengan air panas saje)


picitkan pula whipped cream


letak anggur dan katup balik creampuff tadi


untuk tahap kepuasan secara melampau bolehlah kau picitkan chocolate ganache atau tahap malas, guna choki-choki pun boleh!


selamat men-nigella-kan diri! muahh!

love,
hawa


No comments: