December 21, 2006
Anak Bayi yang Pelupa..
Minggu nih hujan tak henti-henti dah hampir masuk seminggu.. Walaupun tak lebat, tapi renyai2 sepanjang hari 24 jam tanpa henti dah menyebabkan byk tempat dinaiki air... Syukur rumah aku kat kawasan tinggi..so takde mengalami masalah banjir.. cuma kilang aku dan kawasan2 yg sewaktu dengannya aje yg terlibat..
Melaka nih tak pernah kena banjir, so sesekali kena, bebudak opis aku jadi mcm jakun la jugak...huhuhu!! semua org kelam kabut..yg tukang bercerita pengalaman rumah masing2 time banjir nih mmg ramai..kesian jugak...
On the way nak gi kerja pun sama...byk jalan tutup sbb dah dinaiki air..berita kata ini kejadian 100 tahun sekali..mungkin btul la kot? sbb aku mmg tak pernah tgk melaka banjir sampai macam nih..sungai besar belakang Mydin dan Melaka Sentral dan jadi macam lautan...air naik semakin tinggi sikit lagi nak merentasi jalan raya..Wah, kalau naik sampai jalan raya, alamatnya, kereta kecik aku tu akan terapung mcm sampan..choi!!
Itu pasal banjir...kat rumah aku, lissa pun banjir.. dah seminggu kena cirit birit...mungkin air kesan air paip berklorin agaknya... sian dia..toya aje muka time sakit..susu pun taknak minum.. Dia cuma makan bubur dan minum air masak aje...
Hmm..memandangkan ini kali pertama aku mempunyai anak bayi, jadi sedikit sebanyak aku masih belum memahami sikap sebenar mereka. Pagi-pagi aku hantar dia kat rumah mak aku, dia peluk aku kuat2 dan tak mahu lepas.. mak aku ambik pun dia taknak kadang2... aku pergi kerja dia mencemik nak ikut (bergurau apa? aku bukan guru taman kanak-kanak!!)
Bila petang, aku balik kerja, setiap kali balik, mesti mak aku tgh suapkan dia biskut / bubur.. mula2 dia nampak aku dia aku tersingai2 ketawa..tapi bila aku nak dukung dia boleh PALINGKAN MUKA!!! bergurau apa lagi?? Saya ialah ibu awak! Kenapa membuat ibu seperti Pegawai Kebajikan???!!
Bukankah pagi tadi awak tak mahu melepaskan ibu pergi kerja? Eeiihh, anak ini!! geram betul..!!
Yang lebih sentap ialah, sudahlah dia tak mahu pada aku, tapi pada makcik jiran selang 2 rumah dari rumah aku tu (yg langsung tiada pertalian darah dan tiada kene mengena dalam salasilah keluarga aku) dia nak pula...! Bila orang tu nak dukung dia, siap dia hulur tangan minta diangkat...siap peluk leher makcik tu.. *aku menjeling saja*
Bila aku cuba nak mengambil dia dari makcik tu, dia tak mahu dan paling muka tempat lain...aku ambil dia secara paksa sbb terlalu geram dengan aksi tak berperikebayian nya itu...! Nak tahu apa jadi? Dia boleh menangis teresak2 dan hulur tangan suruh makcik tu ambik dia balik...aduh! sakit jantung aku...!
Bila aku protes pada mak aku, aku balik yg kena marah.. dia kata "Dengan bayi sendiri pun nak emosi ke?" (-_-;)
Nak tak nak, aku terpaksa juga bawa dia balik rumah secara paksa (ptg lepas kerja), dia tak mahu dan menangis tapi tak kluar air mata (kecik2 lagi dan pandai berlakon)..Siap hulur2 tangan suruh mak aku ambik dia dan melakukan seperti aku ini ialah perampas kanak-kanak..! koff!!
Sampai rumah, aku umpan dia dengan biskut bayi dan sebotol susu. Lepas dia kenyang baru lah dia senyum2 balik dengan aku.. Time tu aku kena layan dia main dalam kolam bola atau main apa2..tak kisah, janji dia nak dengan aku..
Bila nak tidur, mesti nak aku dan azat ada di kiri dan kanan dia.. Kalau salah seorang tiada, dia akan merangkak keluar dari bilik dan tersengih2 tepi dinding tak mahu tidur...
Tidur pulak tu, mesti berhimpit dan rapat dengan dia..kalau tak nanti dia senang terjaga..apa punya pesen tidur daa???
Esok bangun pagi2, turn aku hantar dia kerumah nenek dia semula..macam biasa, dia tak mahu mak aku pulak...siap paling2 muka bila mak aku nak ambik...bukankah petang semalam dia tak mahu melepaskan mak aku? Kenapa sekarang dah tak mahu??
Aii...kanak-kanak memang adalah pelupa...maafkan lah mereka...
Labels:
family
November 28, 2006
Selamat Ulangtahun Pertama Yang Nuralissa!!
Hello semua! Kejap aje dah setahun umur anak bayi aku, Yang Nuralissa bte Azat..aih..rasa macam baru aje semlm aku dok usung perut besar, masuk wad, sakit bergolek2 macam ada org main basikal dalam perut aku, induced, bersalin, berpantang 44 hari dan sebagainya...
Semalam besday pertama lissa..Pukul 3.45pagi tahun lepas aku selamat melahirkan dia..kejap aje rasanya. Malam semalam, pukul 3.45 pagi tgh syok2 tido tetiba hubby aku kejutkan aku..dalam keadaan mamai2 tu sempat pulak dia cakap "yang, tahun lepas waktu nih awak tgh lahirkan lisa kan?" aku pun dalam ngantuk yaamat tu pun jawap "a'ah!!" pastu dia terus tido balik..ceh!! kejutkan aku semata2 nak cakap itu aje! aih...memang menggangu masa keemasan aku..tapi sebenarnya aku rasa terharu la jugak sbb dia ingat waktu aku susah payah melahirkan baby dia..*air mata pun menitik!*hohoho!
Aku buat besday party lisa sehari awal.. memula mmg nak buat 26hb (ahad) tapi memandangkan ada jiran aku yg berkahwin, so cepatkan ajelah sehari..
Party tu sepatutnya start pukul 11 pagi.. tapi aku sempat pgi ambik cake kul 10.30pg tu..sampai je rumah org dah penuh..makanan sume dah siap hidang..mak aku masakkan untuk kanak2 ada mihun goreng, nugget goreng, sosej goreng, french fries, kek batik, puding susu laici, utk org kuncu2 dia pulak dia masakkan nasi impit, rendang ayam, kuah kacang, lodeh jawa, kuih dan kuih cara berlauk.. takde la meriah sangat menu cuma kuantiti tu banyak lah..Aku terus salinkan lisa baju + pakaikan dia hair band labuci (mmg very the kak nam si tonet tu) kira party tu start kul 11.30 laa.
masa nak potong cake tu, tak sempat org nyanyi2 lagu 'happy birthday' pun lagi, dengan begitu pantasnya tangan si kecik tu pergi cepuk cake dia...habis comot!! eeii...anak sapaa la tuu?
Lama jugak lah time makan2 tu..jangan kata budak2, mak2 budak pun ramai join party liar tu.. tu koncu2 mak aku la tu..merangkap nenek angkat si lisa..memang meriah sangat!
Kebanyakan tetamu yg join masa potong cake tu balik kul 1 setengah (ke pukul 2pm)..kul 2pm tetiba aku dapat call dari Maini..dia dah sampai melaka sentral bersama2 zati, nora robert dan boi..aku pun dengan begitu pantas terpaksa tinggalkan tetamu sekejap utk ambik diorang..2.30 sampai sentral, bawak diorang balik umah aku..sampai umah aku pukul 3.00ptg...lepas tu tetiba diorang cakap, nak balik Kl semula naik bas kul 4.00ptg! BERGURAU APAA??!!!! memang sekumpulan tetamu yg sangat memenatkan aku...(-_-;)
dah la datang dari jauh, hanya dapat duduk ±20 minit dan terpaksa menghantar mereka pulang semula..nak bergosip pun tak sempat apatah lagi utk bergambar.bedebah!! Pukul 3.30 aku terpaksa hantar mereka ke melaka sentral semula..
On the way balik tu lampu signal minyak kereta pula sudah mulai berkerdip..aih! terpaksa singgah isi minyak dulu...hanya ada 20 minit utk berkejar ke sana...kat Semabok jalan jam sbb org tgh bikin jalanraya..terpaksa aku drive ikut short cut..memang berdesup desap ke sana kemari..jalan lurus yg tak sampai beberapa meter itu pun menjadi lambat akibat lampu isyarat yg banyak...eeih!!! Walaupun dah berada btul2 depan Melaka sentral tapi still kena tempuh 2 kali trafik light...keji! Akhirnya sampai btul2 depan pintu masuk Melaka sentral tepat 4.00ptg..Berdesup diorang berlari ke platform 17..aku pun terus balik..beberapa saat kemudian maini mesej aku "berjaya!!" aaihh...penat sungguh aku menguruskan 4 makhluk ganjil tu! Nasib baik azat tak ikut masa hantar diorang balik..kalau tak mesti dia marah tgk cara aku memandu. huhuhu!!!
On the way balik, dapat sms dari ofismate aku..diorang on the way ke rumah aku...memang tak putus org datang party lisa..abis aje diorang balik, kul 6 tetamu last kak lizah, clerk ofis aku..dia dapat makan meehun sepinggan + kek sepotong..itu aje yg tinggal..aku sendiri tak dapat makan puas sbb ramai sangat org..! aku seronok walaupun penat..haha! mmg aku gumbira party lisa meriah...macam org kawin pula. Apa tak nya, dari kul 11 pagi sampai 6 petang ada aje org datang..masa aku kawin dulu pun sampai 5.30 petang aje tetamu dah selesai..koff!!
Lepas abis party lisa, aku terus siap2 nak pergi majlis kawin gopala (officemate aku, indian)..dia buat pukul 6 petang kat dewan..masa aku sampai tu berasap2 dewan tu dengan segala jampi serapah sami india tu baca..horror la jugak memula..hehee...aku mana la penah pgi india kawin..tapi lepas tu ok dah..yg masak tu india muslim..kira sedap la jugak makanan..memandangkan aku dah kelaparan, aku sebat nasi beriyani + kari kambing + ayam merah + dalca + acar timun + paperdom + buah2an + ice cream tak ingat dunia..hahahah!!!
lemak pada badan aku pun naik 45 peratus! koff!!
Habis aje aku makan, pgi naik pentas salam2 dengan pengantin...amboi gopala! dah macam shah rukh khan! wahaha! (congratulation to gopalakrishnan & magesh - from siti and family) - (jepun dan india kat opis tu panggil aku siti, bukan hawa...kadang2 ada jepun panggil aku 'citi'..ciss!!!)
Lepas salam2 tu aku ngan azat pun balik..kitorang pergi telok mas dulu, beli nasi ayam..belanja org2 kat rumah mak aku yg kepenatan tolong party lisa..terserempak pulak dengan nazla dan hubby dia ngan baby sofia wirdani.. cerdik btul anak dia..sofia tu sebulan aje tua dari lisa.. tapi dah pandai berjalan + salam semua orang kat rumah aku..salam cium tangan lagi! lissa tu kalau aku hulur tangan suruh salam bukan dia salam cium tangan pun, tapi tangan aku dia masuk mulut dia, nak makan...! ciss..anak sapaa la tu??
Lepas tu balik rumah, rileks ngan tengok hadiah2 yg lisa dapat...makcik aku bg lisa piano muzikal, lisa tak main, aku dengan azat yg sibuk main benda2 tu sume..hohoho!!
eh, loceng break dah berbunyi..malas aku nak menaip lagi..kelak sajalah aku sambung!
Labels:
family
October 27, 2006
Selamat Hari Raya....
Assalamualaikum semua...
Pejam celik, pejam celik kejap aje dah hari raya ke 4...pantas sungguh masa berlari...
Orang lain sibuk beraya, aku, wanita yang kasihan nih, terpaksa bekerja...raya ke 3 aku dah kena kerja..cih!
Pagi2 nak pergi kerja tu best la..jalan lengang aje..aku bawak 20km sejam pun aku boleh sampai ofis sebelum kul 7.30...koff!! Drive slow sambil menikmati keindahan alam maya di subuh yg bening sambil mendengar alunan lagu raya di corong radio..cuh cuh cuh!!
Tapi waktu balik kerja usah cakap lah...menyakitkan hati aje...jem dari tempat kerja sampai ke rumah..!!!!!! aku heran betul..mana datang keta banyak2 nih? nak kata excident, takde pulak sepanjang perjalanan tu...eih! macam ada satu keadaan misteri yg menyebabkan kreta2 tu semua bergerak sangat perlahan.. sudahnya, aku sampai rumah lewat, dalam hujan lebat lak tu..
Oklah, balik balik kes asal..sebenarnya aku nak ceritakan pasal trip aku satu family balik ke JB masa raya tamil hari tu...patutnya plan asal kitorang (aku, azat and baby lissa) balik on jumaat 20hb petang. Tapi azat kerja..so postpone la balik hari sabtu pagi...
Sabtu tu, subuh2 gajah lagi aku dah bangun..lepas sahur aku tak tido, aku terus buat kek lapis asam manis yg busu aku tempah..hoho! Cari duit poket sikit...
Gedebak gedebuk, kul 7 lebih sume settel...so aku siap2 pack kek and barang2.pastu kejut azat ngan lissa... Kul 11 lebih aku start gerak dari rumah...sebelum tu singgah umah nenek aku salam2 and pass kek lapis tu pada busu aku... Lebih kurang kul 12 jugak lah baru gerak balik JB....Maka bertolak lah kami anak beranak dalam keadaan yg gembira....
On the way tu so tonet aku tu tido aje...biasa kalau dia bangun kul 7, kul 10am dia akan tido balik...nih sbb aku tau nak jalan jauh, aku sengaja tak bg dia tido..dalam keta baru bg dia tido..so aku pun dapat tido skali.. qadak tido yg tak cukup lepas sahur tadi..huhuhu!
Perjalanan ke JB lebih kurang 3 jam la..nak dijadikan cerita, masa tu dah sampai highway Ayer Hitam, tiba2 tayar kereta suami aku meletup! Terkejut jugak kitorang... Panik betul...mujur takde apa2...Mungkin sbb azat drive slow, so keta tu still under control..agaknya kalau laju, entah apa yg jadi...
Lepas tu kitorang terus park tepi jalan..bertenang dulu...lepas pasang isyarat triangle (ntah apa ke nama dia) kluarkan tayar spare..slow2 buka itu ini, tukar itu ini, pasang itu ini..nasib baik lah boleh...sebenarnya ini pengalaman pertama kena macam nih...kitorang 2-2 tak tau nak buat apa...walaupun panik, try and error ajelah... nak harapkan org lain, mana ada org nak berenti tolong kat highway tu...
Tapi kesian gak kat azat..bedarah2 tangan dia masa tukar tayar tu...ye lah..org tak biasa...tambah gigil sbb panik lagi..tu yg ntah apa2 dia terlanggar sampai berdarah tangan... kesian gak kat tonet sbb terpaksa berpanas...
Lebih kurang 30 minit gak la urusan pasang memasang tu..Alhamdullillah sume ok dan boleh gerak.. sampai kat petronas, azat isi angin sikit dalam tayar spare tu...
Aku rasa, mungkin sbb kereta dia tu jarang gerak + jarang kena panas..yelah..aku pgi keja bawak keta aku, dia pgi keja bawak moto..mana la keta dia nak gerak...
Asyik kena sejuk, tetiba jalan tgh panas..mau tak meletup tayar tu...
Apa2 pun, pengalaman....
Sampai JB sume dah tunggu..sembang2 jap, diorang tgk kitorang pun cam dah letih, so kitorang tido jap..
Mlm tu lepas berbuka, azat bawak aku kluar makan cucuk2 dan mee bakso kat pantai lido...Weeeheee!! Cam tak ingat 3 beranak nih order makanan...maklum la dah lama tak makan...Lepas tu jalan2 tgk bandaraya JB diwaktu malam...
Ahad, takde buat benda sangat..aku cuma sambung buat kad kawin yg member aku tempah (Ah! ya..aku ada mengambil tempahan kad kawin handmade..sesapa nak kawin boleh berurusan dengan aku..ho ho ho!! *menjeling maini)
Isnin kitorang sambung shopping kat angsana..beli t-shirt dan sweater si tonet + mainan dia...ada offer... hmm! btul kata org, bila dah ada anak, kadang2 lupa nak beli barang utk diri sendiri...mmg aku tak beli apa2 pun... ha, azat je belikan aku selendang raya...
Mlm raya, xde benda sangat nak buat..tolong mak mertua aku sikit2...tu pun tolong tengok aje..(-_-;)
Pagi raya, biasa la...1st time raya kat tempat org...mana la sama dengan raya tempat sendiri..lagipun umah mertua aku nih btul2 kat tgh bandar johor jaya tu...tak terasa sangat suasana raya macam kat kampung nenek aku...kalau kg nenek aku, kul 6 pagi lepas solat subuh tu dah start singgah2 salam2 raya dengan jiran2...
Lepas solat raya, kitorang pgi kubur arway abg ipar aku..lepas tu raya umah kakak mak mertua aku (kira mak ngah aku lah) rumah tu rumah tua, ala2 rumah zaman kolonial..btul2 sebelah rumah taukey Sedap COrner kat blakang Hyatt Hotel, JB..situ anak beranak dia ramai lah..baru terasa macam raya yg meriah... lepas tu pgi ziarah umah makcik2 yg lain...Sempat raya 4 buah umah aje..lepas tu hujan selebat2nya kat JB tu..takde mood nak jalan2...terus balik umah...
Dalam 4 buah rumah tu, tonet lissa tu dalam duit raya rm83...tak sangka aku...aku pulak yg excited..hahahah!!
Raya ke 2, mertua aku masak laksa johor..sbb dia tau itu faveret aku...mmg sedap!! nyum! nyum!!
Lepas makan, siap2 pack barang, pukul 12 lebih kitorang terus balik Melaka..
Kul 13 ptg sampai Melaka.. Alhamdullilah...
Raya ke 3 aku dah start kerja...termasuk hari nih... aihhh! longkang btul laa....
Sudahlah..malas nak menulis lagi...
Jumpa lagi..daaa..!!
Labels:
family
September 29, 2006
Selamat Berpuasa...
Heloo semua! Lamaaaanye aku tak update..huhuh! sehingga mendapat kritikan hebat dari awek kajang tu..bukan aku taknak update..tapi aku sibuk dengan tugasan harian aku sebagai seorang ibu (bukan ibu ayam faham!?) dan juga sebagai seorang pekerja bawahan kepada bos aku..
Aih, sekejap saja dah berpuasa hari ke enam..Adakah kau semua berpuasa? Nampak macam kunyah pelan2 aje..*menjeling*
Sempena kedatangan Ramadhan (bukan kedatangan uncle Ramadan yg jual karpet dan kain telekung kat taman aku tu! faham?? tapi, ialah bulan Ramadhan Al Mubaraq), jadi aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada kau semua, semoga dikurniakan kesihatan supaya dapat menjalani ibadah ini dengan sempurna..
Raya nanti jemputlah datang rumah aku..kalau datang bawalah kuih sendiri sebab tahun ini aku beraya di JB dan malas nak beli kuih..aku cuma sediakan air kosong sajalah ..KOff!!
Sebut pasal raya juga, raya ke 3 aku dah mula bekerja..Apalah!! Tak ada semangat kerayaan langsung..geram btul!
Aih..tak boleh menulis lebih panjang..Belakang aku ada boss..dia jeling aje apa aku buat..(-_-;)
Sudahlah..! Jumpa lagi..
Labels:
family
Dah puasa ke hari ke enam....
Hello semua...selamat berhari ke6 puasa...
Lama betul aku tak update..akhir2 ini terlalu sibuk dengan tugas harian sehingga menyebabkan aku begitu malas dan merasa leceh untuk update blog ini..
Apa pun aku ingin mengucapkan selamat berpuasa untuk kau semua.
Semoga dilimpahi kesihatan yang sempurna untuk mudah menjalani ibadah ini..
Nanti raya datang la rumah!! Bawak sendiri kuih raya..aku hanya akan sediakan air kosong saja..KOff!!
Sebut pasal raya, ini tahun aku beraya di JB..hmm..*sedih* tak apa, sekurang2nya jimat kuih raya dan tenaga aku utk melayan orang...hohoho!! (-_-;)
AH, raya ke 3 aku dah mula kerja..keji betul! apalaaa! langsung tak ada semangat raya dibuatnya..
Apa aku melalut pun aku tak tahu..belakang aku ada boss..dia jeling aje apa aku buat..
Nampaknya terpaksa mengundur diri dulu..
Sudahlah! Jumpa lagi kelak...
July 14, 2006
April 26, 2006
Lissa...
Hi semua..Lama tak update..hari nih big boss takde..dapat le aku mengulau kejap..heheheh!!
hari nih genap umur Lissa 5 bulan. Kejap je rasanya.. sekarang lissa dah pandai meniarap dan dan mula makan bubur nasi blend atau biskut milna rendam susu..
Tapi malam tadi dia buat perangai. meragam aje..jarang dia macam tu.. aku nih dah la penat kerja..rasa nak pengsan pun ada.....selalunya sebelum aku tido, aku sumbat dia dengan susu + biskut milna sebotol kasi dia kenyang, pastu aku salin pampers all nite, sampai pagi lah dia tido nyenyak..siap mimpi sambil ketawa lagi, kadang2 siap ternganga lagi. Ada waktu je dia bangun kul 3 atau 4, aku bagi minum air masak..pastu tido balik..
Tapi semalam, pukul 11 dia bangun merengek, bagi susu pastu dia tido.. Dah tu, kul 12 bangun merengek lagi..kul 1 lebih merengek lagi, kul 3 merengek lagi, kul 4 pun merengek..sampai le kul 6..Wahh!! tak tahan aku dibuatnya...dengan pening kepala nya, dengan mengantuknya.. biasanya kalau bangun malam, suami aku yg buat susu. sampai pagi, biasa 1 atau 2 botol susu aje yg ada kat side table tepi katil aku tu..tapi malam tadi, ada 6 botol bersusun!! (baby lissa ada berbelas botol susu)
Hmm...aku pun tak faham apa yg dia nak sebenarnya..sakit perut ke? aku dah sapu minyak telon, nak kata demam, tak panas pulak..aku yg sakit kepala dibuatnya..
Ada satu peringkat tu, (tak ingatlah aku bangun kali yg ke berapa semalam) masa dia merengek2 tu aku sampai tinggikan suara kat dia.. aku cakap "Nak apa lagi nih?! Ibu mengantuk lahh!! Tido laaaa Lisaaaaaa!! Esok ibu kerja laa...Bukan Lissa yg bayar gaji ibu! Nanti esok ibu tertido kat opis, bos ibu marah! Nanti kena buang kerja! bla..bla..bla..." entah apa ntah lagi aku merepek2 malam tadi...Padahal lissa bukan paham pun aku cakap apa..Suami aku jeling je aku..dia cakap aku mabuk sbb meracau2 kat baby lissa. Koff!!!
Pendekata memang aku tak puas tido lah..dalam kul 6.20am tu lepas aku bagi dia susu, aku terus pgi mandi. sempat aku tgk kalendar jap.. Ooohhhh!!!!!!! Rupanya hari nih 26hb....patut lah dia meragam.. hari nih genap umurnya 5 bulan.. aku dah peratikan sejak umur dia sebulan lagi, asal 26hb aje, dia mesti tak lena tido..mak aku cakap, dia beralih bulan..(entah lah..nih orang2 tua punya cakap lah..) baby nak membesar...sbb tu meragam sikit.. Nak2 baby aku nih lahir kul 3.45pagi, so banyak meragam tgh2 malam lah.. sabau je lah aku..
Pagi tadi aku sampai je opis, macam biasa tiap2 pagi perkara paling utama yg aku buat ialah, tengok keta bos aku ada ke tak? heheh..nampaknya hari nih lot dia kosong.. cuti la agaknya dia tu.. tak pun mc sbb hari tu suspected denggi.. (serius hari tu aku tak tau nak rasa suka (sebab bos takde) atau nak rasa kesian (sbb dia kena denggi) ah! dah melencong cerita pulak..)
Aku kalo kat opis, biasa chit chat pakai email dengan ngan member2 aku..aku story lah kat ex senior aku masa utm dulu, malam tadi aku tak dapat tido sbb lisa merengek beralih bulan..lissa dah umur 5 bulan..pot pet pot pet..pastu dia reply email tu dengan sesuatu yg buat aku berfikir panjang...
" bukan senang nak hidup 5 bulan ni bila tak reti bercakap, berjalan, semua nak harap kat orang lain… tambah pulak nak masuk 6 bulan ni, lagi ler payah, makin umur bertambah, kunyah chewing gum pun tak reti lagi ni..."
Fikir-fikir, betul jugak apa yang dia cakap tu..apa lah yang Lissa tonet tu tau..bercakap tak reti, berjalan tak boleh, nak bangun sendiri pun belum mampu lagi..tau merengek aje lah...Aku nih ibu, patutnya aku la yg kena buat semua untuk dia...bukannya merungut atau marah pada dia.. bila aku fikir balik, terasa bersalah pulak aku dah cakap melalut2 pada dia malam tadi...
Lissa, maafkan ibu....
Labels:
family
April 08, 2006
Layout Baru Ofis ku...
Hai..! Lama tak menulis...akhir2 ini mmg tak ada kesempatan langsung untuk mengulau semasa bekerja. Bos dah tukar layout office. Dia order satu meja panjang yang tinggi (ala-ala macam meja bar tu) dan letak menghadap dinding. Yang lagi best, semua komputer kena letak atas tu..Atas personal table cuma boleh ada paper tray dan alat tulis aje. Hmm...
Dengan adanya layout seperti itu, bos boleh nampaklah apa yg kitorang buat..saiko kan?
Sekali pandang, mmg nampak macam cyber cafe..dua kali pandang, nampak macam kaunter tiket bas ekspres South Johor kat basten Larkin la pulak!
Apa pun yang pasti, aku semakin sukar untuk mengulau! Koff!
AH!!! Boss dah masuk..!! nanti aku sambung..!
February 23, 2006
Kami kini bertiga!!
Hai semua..! Ah..dah lama betul aku tak update... Sekarang dah start kerja, so susah sikit la aku nak update..dah takde masa sangat..jarang dapat online.. Kat opis sibuk dengan kerja..Balik umah pulak dah sibuk nak layan Baby Lissa.. Hari nih baby lissa genap 90 hari. Kejap je rasa..dan yang penting, tarikh ulangtahun perkahwinan aku, 10 hari je lagi..5 Mac 2006. Tak sangka kan, kebetulan anniversary aku tu, usia baby lissa genap 100 hari..
Kehidupan aku benar2 dah berubah!! Dan aku gembira dengan perubahan ini :)
Tak sangka rupanya penat juga menjadi seorang isteri, ibu dan seorang pekerja kolar biru. Rutin harian aku sama setiap hari dan aku tempuhi tanpa rasa bosan buat masa ini (insyallah..) Kalau dulu sebelum ada baby aku bangun tidur pukul 6.30am, mandi, buat yg wajib2, breakfast dan pgi kerja jam 7.15am. Aku mesti ada kat opis sebelum kul 8am. Dulu sedap la, breakfast mak aku yg buat..lepas pakai uniform aje, bukak tudung saji, ngapp! Balik kerja pulak, bukak tudung saji, ngaapp!!
Sekarang tak lagi...sekarang aku bangun awal sikit..6.15 sebab aku perlukan 15minit untuk buat breakfast utk aku dan suami aku.. biasanya aku masak nasi goreng je..aku rajin bawak bekal pergi kerja..jimat sket..lagipun lauk kat kantin kadang2 tak berapa kena dengan tekak aku...Lepas siap2 aku kejut baby lissa..Nak hantar dia kat rumah mak aku..Nasib baik la aku sewa depan rumah mak aku aje..so tak la leceh sangat... Baby lissa nih kalau tidur malam dia lena, dia mesti bangun awal..kul 6am dah ajak aku bersembang..pening2 lalat jugak nak melayan ngantuk2 tu... kalau dia tidur tak lena sangat (asyik bangun aje..) maka time aku nak hantar dia umah mak aku, mesti dia tidur lena..siap ternganga2 lagi...
Aku pergi kerja tetap kul 7.15 macam biasa.. Balik kerja, kalau tak ot (biasanya aku mmg malas ot..kul 6 tepat mesti tak sabar nak balik..) Balik aje, aku masak apa2 yg patut..biasanya suami aku bagi duit untuk beli lauk 2-3 hari sekali.. Pandai2 aku la planning nak masak apa.. nasib la dia jenis tak banyak kerenah..Aku suka beli bahan mentah kat tesco. Murah...lebih murah dari aku beli kat pasar malam atau kat kedai runcit (promote tesco nampak! :P) Fresh pun fresh.. kira aku belanja RM10 tu, lepas la makan lauk sayur + ayam, ikan atau seafood untuk 3 hari.. Jimat kan?
Kalau masak nasi, aku biasanya lebihkan satu pot sebab aku nak simpan nasi untuk goreng waktu breakfast.. Separuh aku bawak bekal untuk makan waktu rehat kul 10am, separuh lagi untuk suami aku.. aku biasa bawa bekal roti dengan planta + air kotak soya bean.. makan dalam kereta..kadang2 bila time brake emergency, roti aku terguling2 kat seat sebelah..pernah sekali comot mulut aku dengan planta sebab aku tertonyoh masa keta depan brake tetiba..kupang betul!! (-_-;)
Kalau pasal kerja rumah pulak, biasanya rumah aku tu kemas ala kadar aje la kalau hari kerja.. biasanya kalau masak memasak, basuh pinggan dan kemas mengemas memang kerja aku.. Suami aku pulak kerja dia kemas katil (sebab dia pergi kerja lewat dari aku..so dia pun bangun lewat sikit), iron baju dan buang sampah..
Kalau weekend atau cuti umum, baru la dapat mop lantai, cuci bilik air, ubah2 location perabot dan masak yang gempak2 sikit..
Kalau dulu masa pregnant, banyak jalan2 cari makan tapi lepas ada baby lissa nih, kitorang banyak habiskan masa lepak kat rumah..main dengan baby. Bukan taknak jalan2, tapi baby lissa tu kecik sangat..fragile lagi nak bawak jalan2 kat luar.. tengok la kalau dia dah besar sikit nanti, kepala dah kuat dan dah boleh dukung, baru la berani nak bawak jalan2.. dulu aku pernah bawak dia naik baby stroller pergi shopping kat tesco tapi dia tak selesa..ye lah, dah la ramai orang, pastu tesco tu susun barang tinggi2 belaka..bukak radio kuat lak tu..aku rasa mesti baby lissa pening kepala.. sebab tu dia asik merengek..sian pulak aku tengok.
Cakap pasal baby lissa memang tak cukup satu page. Biasa la, orang baru dapat baby sulung..excited lebih sikit. Satu lagi habit aku ialah gila ambik gambar baby lissa.. Dia nih sejak lahir, keluar je dari kamar bersalin, dah ambik gambar..tiap2 hari ambik gambar, sampaikan pantang aku hulurkan henfon depan mata dia, dia dah ready posing dah.. Dulu suami aku teringinkan anak lelaki. Sampaikan tiap2 malam dia sebut nama baby boy pada perut aku.. Sekali kluar baby girl.....Apapun, syukur Alhamdulillah..
Baby lissa nih 80% memang ikut muka ayah dia. Mata sepet dan dahi tinggi. Tembam je ikut aku :P.. tapi yang tak tahan tu, suami aku suka cakap mata anak dia "redup" macam mata dia.. hellooo??? mata redup tu berbeza dengan mata sepet aku rasa..
Perasan betul!
Reaksi kedua2 family? Hmm...buat masa ini, baby lissa memang 'cucu emas' diorang.. Belah family aku, ini kira cucu sulung la..Tak pernah ada baby since adik aku Aie, 13 tahun lepas... Belah family suami aku pulak, baby last dalam family tu, anak kakak ipar aku Mieja, 5 tahun.. Satu yang aku pelik dengan anak aku nih, dia suka menyamar. Depan orang dia memang tak menangis. Baik aje perangai dan budi pekertinya. Tapi bila kat rumah, pantang puting jatuh dari mulut dia, mesti dia menjerit. Pernah 2-3 kali aku bawak dia pergi klinik untuk injection 3 serangkai, haram tak nangis.. Dia berbunyi sikit aje "Ekk..." pastu dah diam...Tau-tau air mata aje meleleh...tapi dia tahan menangis.. Kecik2 dah saiko.. :P
Insyallah 4 mac nih aku nak buat majlis cukur jambul dan kenduri akikah untuk baby lissa. Sebagai tanda kesyukuran kami diatas kurniaan yang tidak ternilai ini.. (*terharu*) Dan-dan tu, aku buat majlis anniversary kitorang sekali. Sepatutnya nak buat 5 Mac, tapi memandangkan hari ahad, takut sedara mara jauh susah nak datang..
Err...ok lah, aku nak sambung kerja balik.. nanti aku tulis lagi..bye!
Labels:
family
January 11, 2006
Berpantang - Penderitaan 44 hari yang penuh protokol
Hallo semua.. hoho!! hari nih ialah hari pembebasan aku setelah 44 hari dikuarantin kerana berpantang sehabis bersalin tempohari.. ini juga bermakna anak bayi aku, Baby Lissa telahpun berumur 45hari hari ini.. Alhamdulillah..Tak sangka, cepat sungguh masa berlalu walaupun pada mulanya aku merasakan ia berjalan dengan begitu lambat. Seperti yang aku janjikan pada kau semua, kali nih aku nak berkongsi detik2 penderitaan aku selama 44 hari berpantang (dan dipantangkan).
Lepas je bersalin hari tu, aku terpaksa lepak kat wad lebih kurang 2 hari lebih..maknanya semua kerja2 penjagaan baby dan pembersihan diri terpaksa la aku buat sendiri sepanjang aku berada kat sana. Aku nih jenis tak tahan berlengas..nak jadikan cerita, mlm kedua aku kat wad tu, aku boleh pgi bermandi sakan. Semalam aku tak dapat mandi sebab terpaksa jaga baby.. tak sampai hati nak tinggalkan baby sorang2.. Tapi hari kedua tu baby dah masuk nursery sebab kena demam kuning, jadi aku ada la peluang bertapa lama sket dalam bathroom tu. Aku tak tau pulak yg orang bersalin nih tak boleh mandi air sejuk.. Lepas je aku kluar daripada bilik mandi tu, tetiba kak sal yg dok depan katil aku tu sound, "eh hawa! kau mandi malam ya? eeii.. kau bentan karang!!" erk! terkejut gak aku dia cakap macam tu.. aku tak tau pulak orang bersalin tak boleh mandi malam.. pastu dia suruh aku pakai baju tebal2 pastu berstokin.. dia cakap, takut badan sejuk, boleh bentan.. aku takut jugak, ikut je la apa yg dia cakap.. si ana yang sebelah katil aku tu memula nak mandi, bila dengar kak sal dah tegurkan aku, terus dia kensel (satu bilik aku tu 4 orang).. alhamdulillah la malam tu takde apa2 yang berlaku pada aku..
Esoknya tu mak aku datang melawat.. bila aku cakap aku mandi malam, mulalah mak aku pot pet2 bising2 marah aku.. wahh!! tak tahann!! last2 dia cakap suruh aku balik sebab dia nak jaga aku. Memandangkan baby dah masuk nursery, so aku pun setuju la balik rumah.. aku cuma datang susukan baby pada waktu2 tertentu aje.. kebetulan najwa pun ada, boleh dia tolong hantar aku kat nursery. Petang tu, lepas suami aku bayar itu ini aku pun check out.
Oleh sebab aku dah ulang alik dari rumah ke hospital (nursery - sebab nak susukan baby lissa), maknanya aku dah kelewatan lebih kurang seminggu untuk memulakan proses mengurut dan lain2 pantang larang bersalin. Aku start berurut pun pada hari ke 10 sebab makcik tukang urut tu demam terkejut (boleh pulak..) Proses mengurut aku lebih kurang 3 hari... memandangkan demam makcik tu masih tak kebah, jadi dia urut aku pun tak berapa menjadi.. urut pun, urut kosong aje..
Mak aku nih jenis orang yang kuat berpantang semasa bersalin.. dia cakap mak dia (nenek aku) dulu pantangkan dia 44 hari 44 malam (dan ada extra 16 hari lagi) So, makanya bila sampai giliran aku bersalin, dia pun nak berpantangkan aku macam dia kena jugak. Dia takut betul kalau aku bentan.. sebab kakak dia dulu pernah bentan masa bersalin.. seksa jugak keadaannya.. Salah makan pun boleh bentan (dia makan ikan bawal hitam - bisa sampai ke tulang)
2 hari lepas ulang alik susukan baby kat nursery GH, akhirnya demam kuning dia pun dah ok dan dah boleh balik. Happy btul aku rasa..takde la aku risau dan penat sangat sbb terpaksa ulang alik hari2..
Rutin hari2 aku, bangun pagi tu, kemas2 kan diri (mandi dengan air panas), cuci luka dengan ubat kuning selang seli dengan parutan biji manjakani (hohhh!!! pedihnya kalau kena kat luka..tapi mujarab! 3kali sapu je luka dah cantum balik), pastu mak aku urut kaki dan badan dengan minyak hijau, pakai param dan pilis (jamu sapu untuk perut dan dahi - air mancur), pakai bengkung panjang (melilit je dah ambik masa kat setengah jam!!), makan jamu, pakai stoking dan sumbat telinga dengan lada hitam (dah diikat dengan kain dan tali macam earphone), makan nasi minum milo (selang seli dengan air ribena), pastu tengok tv.. hehhehe...
Pasal makan dan lauk harian aku pula, eeiii... bosan sungguh..lauk aku hari2 bubur atau nasi putih, ikan bilis dan kacang goreng, sup sayur, ikan gelama atau ikan parang goreng atau dimasak sinchuan.. kalau time beruntung dapatlah aku makan ikan yang sedap sikit macam ikan jenak atau siakap.. Ikutkan nenek aku, air tak boleh minum banyak2.. nanti perut boyak katanya.. tapi aku ikut cakap doktor, minum air mesti banyak..sekurang2nya 8 gelas sehari.. mula2 mak aku nak kontrol jugak peminuman aku.. tapi bila aku dah cakapkan pada dia yang aku menyusukan baby, dia faham dan takdela dia bising kalau aku minum banyak..
Kalau kat tempat aku nih, nurse klinik desa akan datang check up orang yang lepas bersalin dari rumah ke rumah.. untung la sebab dia datang cari kita kat rumah untuk rawatan susulan.. takde la susah2 aku nak turun naik klinik untuk check up.. dia akan check ibu dan baby sekali.. diorang datang setiap hari rabu atau khamis selama 3 minggu..Lepas sebulan baru dia suruh kita pulak datang klinik utk check up baby.. masa nurse tu datang kali pertama dia check perut aku.. dia cakap rahim aku belum mengecut dan masih tinggi lagi.. mak aku nih jenis cepat panik..bila nurse dah cakap macam tu, mula lah dia call nenek aku tanya resepi untuk buat pati ibu kunyit (khasiatnya untuk mengecutkan rahim dan menyembuhkan luka dalam perut).. hari tu jugak, aku kena minum segelas air pati ibu kunyit dan segelas air biji manjakani yang kelat dan maung rasanya.. kembang kuncup hidung aku nak perabih air tu..nampaknya penyeksaan aku dah bermula!! Bukan minum sehari aje...3 hari berturut-turut!!
Masa aku dalam pantang hari yang ke 20, nenek aku call mak aku.. dia cakap dia dah carikan tukang urut lain untuk aku..kebetulan tukang urut nih kawan mak aku masa sekolah rendah dulu..makcik tipah namanya..
Che tipah nih tukang urut dan bidan tradisional..jenis ubat dan urutan dia macam zaman2 mak dan nenek aku muda2 dulu.. klasik habis!! siap dengan mandi 7 daun termasuk serai wangi..bau air daun2 tu memang wangi..tapi yang tak tahannya, melelas2 badan aku kena sental dengan bilah2 daun serai wangi tu..kalau time kulit aku dah kering, bila tengok balik, macam kulit orang kena dera sebab bercalar balar! Cara dia mengurut pulak, huh! macam nak terkencing aku dibuatnya..selesa memang selesa. tapi sakitnya!! Hari pertama mengurut tu, aku terus demam!!
Hari kedua che tipah tu datang, dia tanya mak aku sama ada dah bagi aku minum pati ibu kunyit ke belum.. Kitorang cakap la dah.. dia tanya buat cemana? mak aku cakap, rebus kunyit aje semata2.. Dia cakap tak cukup khasiat.. Bak kata orang, tak cukup power lah! Mak aku mintak tolong dia buatkan air pati ibu kunyit tu untuk aku..Dia cakap, esok dia bawak.. Gulp!
Esoknya Che tipah datang macam biasa utk urut dan mandikan aku.. Sebelum mandi tu, dia hulur kat aku segelas air pati ibu kunyit. Macam biasa lah, kalau sebelum minum pati ibu kunyit tu, aku stand by ribena segelas.. Che tipah tu cakap, minum sekali teguk. Aku ingatkan rasa dia sama la yang macam mak aku buat hari tu. (air kunyit rasanya ok lagi banding dengan air biji manjakani) Masa aku minum tu, macam nak pengsan aku! Balun dengan ribena pun tak jalan...Rupa2nya, bukan kunyit semata, dia campur dengan 5 jenis bahan lain (kunyit, 1 labu bawang putih, biji manjakani, lada hitam dan bunga cengkih).. Tak dapat aku nak gambarkan betapa pedas dan mualnya rasa air tu... Lepas minum tu, rasa macam ada 5 ekor tikus sedang berkejaran dalam perut aku!! Mengalir air mata dan air idung aku! Macam nak muntah..tahan aje lah!
Che tipah cakap, sesetengah orang yang tak kuat semangat, memang dia muntahkan balik ramuan tu..rugi je buat ubat.. Aku fikir satu aje, aku nak cepat sembuh!
Lepas 30 hari berpantang, alhamdulillah, luka aku dah benar2 sembuh.. time tu dah boleh bersilat dan main tali skipping dah.. hehe! Kalau time makan pun, aku dah dapat la nak makan ayam, udang, sotong atau daging.. cuma mak aku cakap ambik dalam kuantiti sikit.. Makanan2 sejuk yg lain macam kangkung, kerang2an dan ikan bawal masih lagi menjadi makanan yang dilarang.
Hah, lupa aku nak cakap.. aku nih berpantang, bukan setakat pemakanan dan penjagaan badan aje.. Sepanjang 44 hari nih aku memang tak boleh keluar rumah langsung! walaupun rumah aku setentang aje dengan rumah mak aku, tapi sekali pun aku tak dibenarkan keluar rumah apatah lagi nak balik rumah aku.. sebab tu la aku tak sabar2 nak habiskan 44 hari sebab tak sabar nak jumpa matahari! (-_-;)
Akhirnya, hari nih selesai jugaklah 44hari yang penuh cabaran dan penderitaan.. heheh! Syabas pada diri aku yang berjaya menjalani pantang larang dan cobaan2 yang disediakan untuk aku... Setelah apa yang aku alami (sakit bersalin dan penderitaan berpantang) aku bertekad nak membesarkan anak gadis aku dengan bersungguh2 dan memberikan kasih sayang yang sepenuhnya.. buat masa nih aku nak menumpukan pada yang seorang ini dulu sehinggalah baby Lissa boleh berdikari sendiri (tengoklah, sampai umur dia 2-3tahun lebih kot) barulah aku merancang semula untuk menjalani proses hamil, bersalin dan berpantang semula.. Insyallah..
Sudahlah.. Bye Bye!
Labels:
family
Subscribe to:
Posts (Atom)