April 01, 2008

Karangan si Malas

Hello......

Makin lama makin malas nak apdet blog... aku rayau2 kat blog orang lain pun, sama. Pemalas laa korang nih!! (menjerling elly maslin, kermal, kumpat dan jasrul).. Maini lebih pemalas kerana sampai sekarang pun masih tak ujut2 lagi blog beliau! cih!

Perut aku makin naik. Syabas! Pusat pun mulai tersembul. Memang aneh terutama bila aku memakai t-shirt nipis.

Sekarang asyik kena sakit kepala. Jumaat lepas sampai terpaksa MC kerana pitam. Aduh!! mmg satu keadaan yang amat menyeksakan. Mujur kakcha tak banyak karenah semasa aku sakit.

Kak Cha sekarang sedang belajar bercakap dengan penuh keyakinan. Aku paling suka tanya nama organ2 yang terdapat pada tubuh badan beliau. Bila aku tanya, satu persatu dia akan jawab :-
- ini ate (mata)
- ini temek (kemek - merujuk kepada hidungnya)
- ini muyut (mulut)
- ini gigi
- ini pipi
- ini ambut (rambut)
- ini inger (telinga)
- ini boobs (koff!)
- ini peot (perut)
- ini angan (tangan)
- ini kaki

*kemudian kami semua menepuk tangan tanda sokongan yang padu*

Kakcha paling takut kalau aku menyamar kerasukan. Aku selalu guna cara ini untuk mengelakkan dia kongker tv (terutama rancangan Tom Tom Bak). Aku akan berbaring dan pura2 mengelupur, sambil buat suara 'Grrr!!! Grrrrr!!!!'..
nanti mesti dia takut pastu tutup mulut aku sambil berkata "Tup muyut bu! tup muyut bu!!" (yakni suruh aku tutup mulut daripada mengeluarkan suara aneh) pastu dia hulur remote astro. hohoho!! mmg amat berkesan!!

...............................................................................................................................................................*terdiam*.................................................................sebenarnya aku malas nak meneruskan penaipan. Sampai sini sajalah!
Jumpa lagi.

2 comments:

Elly Rocker said...

anak nk masuk dua, tapi perangai gila tetap tak berubah!

cuih!

PertMuffin said...

diam!!! kau jangan mengkritik kredibiliti aku mendidik anak2!!!
anak aku pun dah semakin aneh mirip perangai rakan2 lama aku..
*menjeling maini, eli maslin dll*