October 08, 2009

Dessert Erotik (sebenarnya nak tulis Esotik)

Helo..!~

Arituh kan aku citer yg aku makan tapai + susu sejat bersama ais masa majlis kawin adik ipau aku kat JB.
Balik melaka aritu, aku terasa nak makan lagi (-_-;)
Jadi, balik dari kerja terus singgah Jusco untuk beli tapai siap sedia jenama Sarimah Ibrahim ( Ibrahim - aku tambah sendiri. kof!!). Sampai rumah terus bukak plastik tapai (ya! dia tak bungkus dalam daun tapai sebaliknya bungkus dengan plastik sahaja) masuk dalam mangkuk dan curah susu sejat bersama ais.
Rasa nya mmg walla!~
Aku rasa makan tapai dengan susu sejat adalah jauh lebih sedap dari makan tapai bersama vanilla ice cream. Sebab? Tapai tu dah overly manis..tambah dengan vanilla icecream yg supermanis. MMG tak GO langsung utk tekak aku yang cintakan kedamaian ini.
Sbb tu aku suka makan dengan susu sejat. Rasa masam manis tapai berkoloborasi bersama lemak susu sejat memang sangat hebat. I likee occay!
Tapi memandangkan aku makan dalam kuantiti hilang ingatan, beberapa jam selepas makan terus sakit perut. Berlawan2 sakit perut dengan azat.. huhu..

Tapai Pulut bersama Condensed Milk


Haaa.. ini satu lagi..
Pernah tengok?
Pernah makan?
Ini ialah PISANG SALAI.. (nama glamer dia Smoked Banana - ala2 Smoke Salmon tu..ohokkk!)
bukan kerepek pisang salai tau!! ini ialah pisang sebenar yang di salai diatas asap sehingga kecut, terhidrat, hitam dan berbau asap.




Pisang Salai

Rasa dia?? Sedap bagi aku (mmg la, bagi aku semua sedap kecuali Laksa Sarawak - mmg tak boleh terima sbb rasa macam makan Mee dalam Jamu Ubat Periuk). Cuma pisang salai nih takbleh makan banyak2 sbb rasa dia sangat berasap - rasa macam kunyah rokok (ya! saling tak tumpah). Makan banyak2 boleh miung kepala.
Sekian. Laporan Malas.




1 comment:

Anonymous said...

Amateure Sex

Life Sex

Sexcams