February 22, 2010

sembang kosong...

Hello ollss...

Baru aku perasan dah dekat sebulan aku tak apdet.. aih.. Akhir2 ini sangat supersibuk sampai tak cukup tidur kerana asyik buat macam2 perkara.

Sebenarnya macam2 nak tulis tapi tak tau nak mula dari mana?

Baiklah... dimulakan dengan Perniagaan Kapkek Kelakar.
Untuk makluman semua, pada 14 Februari yang lalu genaplah usia Lissa & Rayyan - My Little Cupcakes SETAHUN. Syukur Alhamdulillah, Allah bagi rezeki... terima kasih kepada semua pelanggan yang sentiasa memberi sokongan dan kepercayaan pada saya. Kak Nita sayangggg semuaa!~ (eh!! tetiba menjelma jadi anita serawak) (-_-;)


Pasal kakcha & adik rayyan?

Mereka berdua macam biasa. Sedang meniti liku-liku kehidupan dalam usaha memperkembangkan minda dan menambah pengetahuan. Kakcha sejak sekolah banyak tanya soalan2 aneh untuk aku jawab. Sampai satu peringkat aku terpaksa buat2 pengsan atau mengelupur kena rasuk bagi mengelakkan diri menjawab soalan2 beliau... (eh? berdosa tak aku buat camtu?) Kofff!!!

Malam semalam masa aku dok ajar dia buat keja sekolah, tetiba dia terpandang jari jemari aku yang halus mulus nih punya bulu roma.. terus dia tanya "Kenapa jari ibu ada misai?"
aaaihh...

Rayyan...? Si kacang yang pendiam tu... lagiiiiiiiiiiiiiiiii pening kepala aku dibuatnya.. umur dah 1.5tahun tapi sepatah haram tak reti bercakap. Heyy!! Cepatlah bercakap sebelum ibu tarik lidah awak!! Walaupun tak reti bercakap tapi dia bergerak sangat pantas. Sampaikan aku kadang2 terfikir adakah semasa hamil dulu aku banyak menonton drama bersiri Ninja? (tak berkenaan)..

Pasal Azat? Hmm... pejam celik pejam celik - kurang 2 minggu lagi kami bakal menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 5 tahun. Sekejap je rasa... 5 tahun...
ah...nak cerita pun susah.. aku kurang selesa bercerita pasal perasaan aku terhadap lelaki ini bersama public. hehei!~


okla... esok2 aku update lagi... nanti aku share resepi baru. Lama tak tepek resepi.

Jumpa lagi. Sekian. tata!!~

2 comments:

kianyong7 said...

sangat kosong percakapan ini :P

PertMuffin said...

bedebah yang kosong....