Hai korang...
heihei... Pernahkah anda beratur ketika membeli-belah?
Adakah anda sudah memastikan anak-anak anda diselenggara dengan baik ketika anda sibuk membeli-belah?
wah! soalan..apakah halnya?
Eeih korang! (mood gossip sambil muncung2) weekend arituh aku gi beli groceries kat Tesco melaka. Kebetulan diorang ada jual ayam murah (ayam mentah tau! bukan ayam - ipoh malii... *jeling selly rockes). Biasa lah kalo nak beli benda murah kena beratur.. so aku pun beratur la belakang ada sorang kakak ni..
Tiba2, ada 1 lelaki datang berhampiran kawasan jual ayam tu sambil bawak trolley yang berisi 3-4 orang kanak2 (trolley barang tu dia isi anak2 dia okeh!!).. Umur budak2 tu dalam 4 tahun ~ darjah 2/3 gituh.. Pastu dia beri arahan pada anak dia untuk beratur beli ayam. So, sorang daripada anak dia terjun trolley dan berdesup beratur belakang aku.
Lalu, lelaki berkenaan terus tinggalkan trolley yg berisi 2-3 orang lebihan kanak-kanak (err..maksud aku anak2 dia lah) kat tepi esbok yang berisi ikan/daging sejukbeku.
Ayoyo..tergamaknya!? Dah tu... anak2 dia punyalah hiruk pikuk dalam trolley tu..
Tak lama lepas tu, ada sorang pompuan lak datang dengan mulut yg teramat riuh. Rupanya tu wife dia.
Ohh.. ok.. ada penjaga lain rupanya budak2 tu..
Pastu, anak dia yg beratur belakang aku tu, jerit panggil mak dia. Eh, tak.. bukan jerit memanggil.. tapi jerit bercakap. Ala-ala bercakap macam 'mak kat dapur, anak kat pintu pagau luar rumah' padahal jarak lokasi ibu dan anak tersebut cuma beberapa sentimeter aje.. sbb mak dia pun sibuk ikut beratur belakang aku..punyalah bising wa cakap lu!!
Dapat tak korang bayangkan perasaan telinga aku yg terletak beberapa inci aje dari mulut budak tu? Bising yaamatzzzz tahap nak jentik je suh senyap..
Mak dia pun sama, suara dia satu Tesco boleh dengau (-_-;)
Tu belum masuk anak2 dia yg dalam trolley tu menjerit dan yang ketawa mengelegak dengan penuh perasaan riang ria tanpa menghiraukan masyarakat umum setempat. Yang sorang tu main pusing-pusing trolley - sangat bahaya ya adik-adik.. boleh kena orang lain, dan boleh buat adik awak jatuh, tahu tak!?
Budak yang belakang aku tu pulak tersangat hyper aktif, asyik menjerit dan mengusik2 semua daging dan ayam yang ada kat atas rak. Bukan tu aje, dia asyik bergerak ke sana-sini dan melanggar orang (terutama aku la sbb aku yg paling hampir dengan dia.. (T_T;) ) bukan aku je, kakak yg beratur depan aku pun dilanggarnya..
Mak & Ayah dia?? Selamba........, diorang boleh rilek je biarkan anak2 dia camtu...ala2 memberi kebebasan sepenuh hati kepada anak2 untuk mencari erti hidup... langsung tak kisah dengan aksi anak2 yang berbahaya walaupun beberapa orang yg berhampiran dengan lokasi kejadian telah menunjukkan ciri-ciri berwajah jengkel.
Aduihhh laa.... nak aje aku cakap kat family tu laki-bini......
"kak, saya percaya dengan yakin akak sekeluarga mengamalkan minuman kacip fatimah & tongkat ali serta minuman bervitamin tinggi untuk anak2 akak.. tapi dalam situasi seperti ini, saya dan customer lain sangat berharap agar kakak dapat memantau aktiviti anak2 kakak supaya tidak menimbulkan masalah dan kecederaan pada orang lain..."
Err.. tapi aku tak berani cakap lah.. tak pasal kang buatnya dia balas dendam suh anak dia sondol aku dengan trolley.. jatuh reputasi aku.koff!
Bye!
8 comments:
hihi...sabau je la..
uih.. mmg bersabau tau time tuh.. kalo tak, rasa nak sumbat je mulut diorang ngan kaki ayam (-_-;)
aku x bule imagine aku kat tmpt mak bebudak tuh..camna nak handle anak ramai..(tetiba aku mula berimaginasi aku sbg mak bebudak tuh dan berada d rumah mereka)Gosh..scary!!!hahaha
pernah jugak experience cam tu...haha...ape saya buat ialah jeling budak yang syaitan tu dengan garang...(nasib baik dia tak komplain ngan parent dia...huuhu) ;P
ennymulia: aku rasa mak dia mmg dah lali suasana bising kat rumah.. sbb tu dia pun sampai tahap cakap face to face pun nak kena jerit. hahah!
yong : i takut kena langgar dengan troli sbb tu i tak berani jeling budak tu.. ohoks!
Tu baru kat Tesco..ada parents bwk anak2 melawat orang sakit kat spital pun mcm tu..bio je anak menjerit mcm tarzan
hah... bukan anak2 dia je jadi tarzan, kadang2 dengan mak-mak dia skali jadik tarzan terjerit2 panggil anak suh senyap..
memang kepimpinan yg tak melalui tauladan (-_-;)
sabarrrrrrrrrrrrrr je lah haha
btw, please join our giveaway for a chance to win our delectable diaper cupcakes!
http://twinkywinkystars.blogspot.com/2010/02/join-our-diaper-cupcakes-giveaway_12.html
Post a Comment