December 30, 2010

Bila Doktor Sibuk Tengok Bola

Kisah beberapa minit sebelum perlawanan Bolasepak Akhir Piala Suzuki AFF 2010 antara skuad Malaysia dengan Indonesia...




Lokasi : No.5389, Taman Dato Aziz.



Pelakon & Watak :



Azat - Doktor



Lissa - Jururawat Terlatih



Rayyan - Pesakit Kronik sedang terbaring berselimut sampai leher








Jururawat Terlatih : Doktor! Pesakit dah nak mati!

Doktor : Baik! Saya akan segera menyelamatkan dia..!!

Pesakit Kronik : Uuu...aaaaa...AAA.....uhhh..atee...ateee....~~~ (tolong dokter..saye sakit nih)

*Suara dari TV* : Baiklah, sekarang kita saksikan sepakmula perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki antara skuad harimau malaya menentang pasukan garuda..bla...bla..bla..

Jururawat terlatih : Dokter! Cepatlah!!

Doktor : *senyap* (mata tertumpu kat skrin)

Jururawat terlatih : Dokter! Cepatlah!!!!!!!!! Pesakit dah nak mati!!

Doktor : *senyap dan serius* (mata tertumpu kat skrin)

Pesakit Kronik : ateee!!! ateeee!!! aaaa...aaaaaa....!! (menyampah aku tengok muka si rayyan menyamar pesakit masa nih! si jururawat plak semakin becok2 memanggil doktor..)

Jururawat terlatih : Dokterrr!! Cep........... *dialog dipintas*

Doktor : AAH!! taknak jadi doktor!! Saya dah berhenti kerja!!! saya dah berentiiiii!!!!! (MEROYAN)

Pesakit & Jururawat : ........................................................................... *terpinga-pinga*



notakaki : rasa nak pengkes kaki tiga-tiga sekali sbb memekak je orang nak tengok bola :


Anyway, tahniah Team Malaysia , Harimau Malaya, skuad anak didik Raja Gobal (macam2 nama kau!!) kerana mengembalikan kegemilangan bolasepak tanahair.



"Achoo... Julia Perez!! Lu punya coli lazer tada kesan sama saya..! saya ada iman punya worang!! Ada paham ka?"

December 27, 2010

Tengok Wayang

Setelah sekian lama aku tak menonton wayang di panggung, akhirnya akibat pengaruh rakan sebaya terhadap citer Hantu Kak Limah Balik Rumah, maka ku gagahkan diri menghasut Azat sama2 menonton wayang sabtu lepas. Nasib baik laaaa 2 makhluk halus tu takde nafsu langsung nak ikut ibu ngan ayah nye menonton.. kalo tak, kensel gak plan arituh..

Ekceli, aku bukan lah seorang kaki tengok wayang.. sbb aku adalah sejenis makhluk yg suka menonton sambil baring, pastu ke hulu ke hilir, bergolek-golek dan bergulung apa semua.. mahu boleh makan nasi lagi.. Dalam wayang mana boleh tapau nasi kan? pastu kejap2 aku nak ke toilet.. mmg kompleks sebenaunye tengok wayang ni...


Seumur hidup aku, baru 4 ke 5 kali je tengok wayang kat pawagam.


Filem pertama yg aku tengok adalah Azura (1984 - umur aku adalah 5 tahun) kat Pawagam Batu Pahat. Masa nih Jamal tengah top & aku pun teringin nak jadi Ogy ahmad daud (koff!!) (-_-;) masa tu.. So, aku ikut mak bapak aku & sedara mara semua berbondong2 masuk pawagam. oihhh memang best la citer Azura tu. Sampai aku suh bapak aku beli kaset filem Azura ko tau!?! Haa.. zaman dulu ada filem dalam kaset tau! tapi ko tak bleh tengok laa.. ko takat boleh dengau aje suara.. hee....



Setelah usia menginjak remaja, baru la berani masuk panggung tengok movie sendiri.. Ianya adalah semasa aku berusia 18 tahun, masa 1st year kat UTM skudai - Ikut kakak senior bilik aku tengok kat Leisure Mall JB. Hohoh!! Gile teruja okey!! Ianya adalah filem Titanic . Sangat terkesan dengan cerita ini.. Siap nangis2 dalam hati masa tengok part orang2 yang mati karam tu.. Ok, aku tengok Titanic adalah sebanyak 2 kali. Sekali lagi kat Mahkota parade dengan cousin aku Nazla. Sebab best kan....tu yg sampai 2 kali tengok! hehei



Seterusnya adalah semase zaman bercinte. Tengok movie Harry Porter (tak ingat yg mana) tapi aku tak berapa tengok sbb aku tertido.. koff!



Filem berikutnya adalah selepas berkahwin dan selepas kakcha berusia 2 tahun. Ianya adalah filem Muhsin. Nih pun bukan aku teringin sangat nak tengok tapi sebab Azat yg teringin. Aku follow aje la sbb masa tu birthday dia kannn...! Kang tak ikut kang nusyuz pulak (ehh?! tetiba) kofff!! *batuk laju2* Tapi kira ok jugak la... Sebab cerita nih comel..


Dan yang terbaru adalah sabtu lepas, di MBO Melaka Mall - Hantu Kak Limah Balik Rumah. Haaa! Ini memang paling sangat berbaloi aku rasa..Aku ngan azat sangat puas hati walaupun harga tiket hari sabtu adalah mahal! Super lawak tak ingat okey! Lebih lawak dari baca komik Dik Cerdas dan lebih kelakau dari makan kapkek (tak berkaitan). Demm la Mamat Khalid memang memahami jiwa dan sanubari aku! haha! 4 thumbs + toes up!! :D
Sila percaya aku boleh tetiba rasa nak terjatuh cinte dengan Awie lepas tengok HKLBR (T_T) ..




Sapa2 tak tengok lagi, silalah mintak cuti Rabu nih - bawak lah keluarga dan anak2 pergi menonton. Memang tak sia2 disamping dapat berjimat sambil menonton sbb rabu kan half price.. miaahahahahahha!!!
ok la, bye!

December 26, 2010

Quiche Ayam & Bayam


Hello olls..

Lama x share resepi. Tetiba teringin sangat nak makan Quiche Ayam & Bayam gara2 teliur dengan resepi kat blog kak Nani.

Resepi nih aku adjust sikit sbb supermalas nak masak ayam tu dulu.. .aku terus susun aje dalam loyang then curah adunan lain.


Quiche Ayam & Bayam
Nih resepi versi aku :-

1) Base pastry : (beli instant saje sbb malas nak menguli)


2) Untuk bancuhan quiche :
3 telur gred A
50g susu segar
200 ml krim putar untuk masakan
garam secukup rasa
200gm ricotta cheese
100 gm chedar cheese
100 gm mozarella cheese

Cara-caranya :Putar semua sekali dan ketepikan dahulu.

3) Untuk resepi ayam bayam.
250gm isi ayam yang diperap dengan sedikit tepung jagung, stok ayam, lada putih, gula selama lebih kurang 10 minit.
1 bawang kuning2 ulas bawang putih2 senduk
Baby Bayam (basuh bersih2, ambik daun saje)

Cara masak:

1) Susunkan pastry puff dalam loyang dan taburkan bayam & ayam

2) Curah adunan quiche & taburkan cheese dan masukkan dalam oven - bakar selama 30min (suhu ikut suke - jangan hangus sudeh)

Okey - ini natijahnye tak masak ayam terlebih dahulu - adunan jadi terlalu basah sbb air ayam tu keluar dan membasahkan adunan puff.


Tapi, rasanya tetap walaa okey! :D



versi mini - Enjoisss!

Okeyla.. sekian dulu.. Tata!

December 21, 2010

Kalau beratur kena ada Etika

gambau ehsan google





semalam sangat penat sebab beratur sangattttttttttttttt panjang tapi berakhir dengan sia-sia.



ahh! lupa bagi salam.. terus terkam aje (-_-;)

salam & hello ols... koff!!

sebenaunye semalam adalah sangat tertekan sbb terpaksa berpindah randah dari satu ATM ke satu ATM yg lain kerana kebanyakkan mesin ATM bersepakat untuk out of services (T_T)

Ekceli, masih ada laa jugak satu ATM yg masih bernyawa gigih menawarkan perkhidmatan, tapi makhluk yg beratur nak cocok duit beratur punya la panjang.. Yang lagi hazab, ko dah beratur tahap dah boleh tertido siap mimpi 2-3 siri, tup2 sampai turn ko, mesin berpuaka tu boleh out of services pulakkkkk... adoiiiihh!!

Ok, sebenarnya bukan nak ajak mengumpat pasal mesin ATM... tapi hari nih nak ajak bergossip pasal etika ketika beratur..

Menyampah tak kalau :

1) orang yang beratur belakang anda adalah tersangat rapat sehingga boleh rasa angin yang keluar dari hidung dia ketika bernafas,

2) orang berdiri tak ikut line, patutnya dia berdiri kat belakang, tapi dia boleh berdiri kat sebelah anda tahap bergesel bahu ala2 lagu kuch kuch hota hei...

3) perempuan berpayudara besau berdiri terlalu rapat dengan badan anda tahap boleh tahu berapa saiz dia pakai (T_T) *serius ini paling annoying kalo kena kat aku..demm yu perempuan gile seks!!* (tapi orang lelaki mesti suke!! choiii!!)

4) orang depan atau belakang anda berbual tahap satu kampung boleh dengau dan disertakan dengan unsur2 riak dan takbur macam dia sorang aje yg mampu. keji okey!!

5) orang belakang anda bergurau senda sesama sendiri dan menolak2 antara satu sama lain sampai anda hampir tersungkur..

6) orang depan kau asyik le nak bergoyang dan berpusing sana sini sampai langgar2 orang lain.. eeih! kau dah kenape????

7) ada orang kentut tapi tak tau dari mana baunya... *pengsan*


Korang?? ada nak tambah??

December 17, 2010

Sakit Gigi

Kak Nam sakit gigi........
Adik nam pun sibukk nak tampal koyok...!
(T_T)
*aku yang sedih sbb koyok terpaksa membazir kepada pesakit yang tidak sepatutnya*
sian kakcha sakit gigi...bengkak sangat...

eceh..eceh....konon sakit sangat la...


kaknam & adiknam : ibu!! stop! jangan ketik lagi!!
ibu: helo??? jangan makan coklat lagi, faham!!???



December 11, 2010

The Ramlees - Itulah Sayang



Sumpah comel gile lagu nih kan?? Aku tak boleh berhenti menyanyi lagu ini sebab sangat terpesona dengan suara mereka. Oh! Bertuahnya jadi si cantik yang bersuara merdu..
I love you lah, The Ramlees...
:)

Lirik The Ramlees

(Yuna, Mira Tilu, Liyana Fizi & Najwa) –

Itulah Sayang


Tanya sama hati

Apa asal sayang

Adakah tandanya nampak dipandang

Kumbang rayu bunga

Bulan dan bintangnya

Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati

Pernahkah merindu

Ingat masa lena apa mimpimu

Masa berjauhan

Apa nan dikenang

Bila difahamkan itulah sayang


Tanya sama hati

Apa asal sayang

Adakah tandanya nampak dipandang

Kumbang rayu bunga

Bulan dan bintangnya

Punya tanda-tanda hubungan mesra

Cerita Basi...




Wahahaa!! Wahahaaa!! (gelak orang kaya berlagak sambil bercekak pinggang dan memandang ke udara..)
*mintak2 tak kena sambar petir* (-_-;)
Bye!!

December 10, 2010

Handbag & Kasut

Hello olls...
Kenapa ye orang perempuan suka kasut & handbag ? Ko suka?? Aku...? aku suke gak laa.. Dulu zaman2 study tak berapa sangat sbb aku biasa pakai kasut cikang & backpack je... Senang usung sana sini.. Lagipun aku kan travel dengan bas ekspress.. Jadi, backpack dengan cikang tapak flat mmg terpaling selesa la waktu tu...


Sekarang sejak jadi isteri, ibu, wanita bekerjaya dan peniaga kapkek kelakar, haruslah aku upgrade sikit.. Aku paling suka shopping handbags kat Rona. Sebab jarang jumpa brand yang dia offer kat Malaysia.. Harga pun ok sangat kalo nak compare dengan online shop yg lain..
Buat masa nih aku ada beberapa set kasut & handbags sedondon kekdahnye utk aktiviti-aktiviti tertentu...


1) Set Pergi Rumah Orang Kawin / Majlis Rasmi.
Black & Silver memang aku minat. Satu kombinasi yang gedik tapi elegant bagi aku.. Lagi kilau lagi aku suka.. hahah!

- Kasut Silver beli kat Vincci masa offer. RM29 je..

- Satchel Khaty Van Zeeland beli kat Ronasofia. Aku sangat suka sbb space dalam sangat luas sampai tahap boleh letak dslr + pampers + baju spare lissa & rayyan dan jayanya. Hebat!!


2) Set Sempoi
Ballerina shoe & Crossbody, warna sedondon dark brown. Ini memang aku pakai kalo berpoya2 dan jumpa customer. Sebabnya ringkas dan simple.




- Ballerina shoe beli Jusco.. RM10 aje okey!! Aku rembat 2 ketul sekali.. Satu lagi hitam + blink2 silver. Tapi yg tu dah tercabut blink2 dia, dah arwah..





- Crossbody beli kat Mahkota Parade - RM19.90 sajok.. Boleh muat kamera bagak aku tu + handphone + purse panjang. Yang nih memang aku usung bawak pgi keja sebab ada 2 .. satu lagi adik aku Teh prezen.. mentel betul bagi hadiah barang yang aku da ada dan sama plak tu..
aaii... (T_T)




3) Set Orang Tua pergi Dating (-_-;)
Ini aku pakai time tak bawak makhluk-makhluk halus keluar berjalan2... Biasanya time aku keluar dengan Azat.. hikss!



- Wedges Fabiano Ricco - brand amende ntah... hoho! Beli kat area Tesco, RM39. Aku beli sebab aku suke plate berkilau tu je.. Aku kan mata keranjang...hihi (*,*)


- Crossbody Etienne Aigner beli kat Rona jugak...



Ok... setakat nih, tu aje la koleksi kesukaan aku.. Banyak lagi sebenarnya tapi ada yg dah koyak, ada yang dah usang dan tak kurang jua yang dah nazak... So aku simpan aje bebaik nak2 set Handbag dan kasut Bonia warna hitam & gold yang azat bagi masa hantaran kawin dulu..

Tapi................
dalam banyak2 diatas, satu pun tak boleh lawan keselesaan aku bila pakai objek tersayang ini..
jalan-jalan kat Jusco Tebrau sarung benda nih selamba pun tak kesah...
.
.
.
.
.
.
.


i love my selipar. dah 3 tahun aku pakai okey!! *blushing*










December 04, 2010

Penat sampai Sakit

Hello lagi..

hari nih rajin sikit nak update blog... susulan aktiviti menjadi pelancong sebenar tempohari, natijahnya kakcha telah dihinggapi penyakit asma yg teruk.. 1st time ambik gas lebih 4 kali dalam 1 hari, sampai kena tahan wad terus..! Bukan sehari tapi 3 hari!

mana tak kena asma...? ko bayangkan, dari pukul 10 pagi sampai 6 petang kitorang jalan dalam USS tu dengan cuaca yg panas berangin.... orang tua pun dah tak tahan, inikan pulak budak kecik..

balik JB dalam bas dia dah start melepek... aku sapu vicks dia ok sikit... pastu sampai JB plak hujan (Singapore panas terik)...
Otw nak balik rumah singgah makan kat Tmn Sri Pulai, time tu la dia dah start menyemput... Terus Azat bawak gi klinik Penawar, ambik gas.

Sampai rumah ok sikit, tapi time tido antara kul 12 ~ 6 pagi tu mmg teruk jugak la... asyik muntah dan dada bergelombang... aduihh aaih!! selang setengah jam dia bangun gi toilet sampai aku tak boleh tido sbb teman dia..

Last2 6.30 azat terus bawak dia pgi klinik Penawar (24jam) balik smula n ambik gas lagi... Aku sampai tertido2 dalam kereta sbb ngantuk + letih tak hingat..

Subuh tu je 2 kali dia ambik gas... last2 doc buat surat refer kat hospital... Memandangkan kami kat JB time tu, aku pun ckp kat azat, takpayah la gi hospital... kita balik melaka terus, kat melaka baru bawak gi hospital.

Tengahari terus balik Melaka, sampai rumah terus pack2 baju lissa incase kena tahan wad, then terus pgi Putra Hospital (panel Ambank). Memang betul pun, doc check and terus tahan wad.
Sudahnya, 3 hari aku berkampung kat Putra.. (T_T)

Kak ipar aku sakat, dok hospital nanti ada hantu. Siap dia cakap nanti ada "nurse" jalan tembus dinding bawak ubat.. Choiii sangat okeyy!! buat org seram aje...!! tapi nasib baik lah wad kanak2 kat Putra nih meriah... so takde la rasa sunyi & seram sangat.. hehehe... KORANG PENAH JUMPA HANTU KAT HOSPITAL???

Ok la... apa2 pun, enjois de pikces..





Pandangan dari bilik kak cha waktu siang - nampak laut selat melaka..

Hujan lebatt! ah, yg terpacak tu adalah Menara Taming Sari

Night view.. Lampu neon sekitar melaka :)


Ayah mithali yg menjaga anak daranya yg sakit..

Amik gas



Ahh!! menu orang sakit macam nih ke? *jeling*


Sibuk betul sorang tu kacau lauk orang sakit..


Pesakit yg gigih berposing

Kita minum duluuuuuu~

Akhirnya Menjadi Pelancong


Hello olss..

Super lama gila tak update blog kan?? Malas sesangat kekdahnyer...
Bukan malas pun..tapi mmg betul2 tak sempat.. banyak nau aktiviti nak dibuat dari menjadi melancong sampai la ke menjaga anak sakit..

26hb hari tu adalah birthday kakcha, Yang Nuralissa bt Azat yg ke 5 tahun.. Alhamdulillah... dah besau anak i... heehehee.... Celebrate besday lissa kat rumah kak ipau di Pulai Perdana...

27hb sbg hadiah birthday Lissa, kami sekeluarga akhirnya menjadi pelancong sebenar. Yeah!!!! Mmg dah lama gila nak ke Universal Studio Singapore, tapi tak berkesempatan langsung nak pgi.. Malas nak cakap banyak2.... yang pasti korang kna pgi sendiri baru tahu best ke tak... Ahh! Kesimpulannya mmg best lahhh!! :D
Layan gambau je ok :)


Sentosa


Peserta rombongan cik Kiah ke USS - Hawa, Azat, Rayyan, Lissa, kak Lenny (kak ipau biras) & Mama Lina (kak ipau kandung) Bersama Woody Wood Pecker

ooh! ingat aku tak mampu melompat? hahahah!


Bersama maskot Mummy... ko tau? mamat nih asyik keja gerak2kan payuteruna dia aje! eih! koser tawww!~



Rayyan menyamar robotik... apentahh!


Replika Disney kekdahnya...


ekceli aku nak ambik gambau Lissa dekat patung putera katak tu.... tetiba sekumpulan makcik2 Taiwan nih datang menyerbu Lissa utk possing beramai2.. Adakah dia sangka anak aku juga adalah maskot (-_-;) Berapa kali kakcha nak lari diorang tangkap suh bergambau.. Lissa siap buat muka ketat.. hahahah!


Ada 2 aje kedai makanan halal dalam USS nih.. so korang dinasihatkan bawa makanan sendiri dan makan secara sembunyi2 .. eheheheh.... tak laa... agak2 la nak bawak makanan... Tapi kalo nak makan sedap, ada 1 kat kedai arab (area Mummy Return tu) dengan satu lagi kedai makanan melayu & india muslim di Madagascar) Depan kedai diorang ada letak logo halal.. Lain dari tu, kemsalam aje lah!!!! jual sandwich pork pun ada (T_T)


Youuuuu won't see anythinggg!~~


Apa?? Ingat KL-JB-Melaka je jemmmm??? Singapore pun hazabbb!!

ok la... gambau versi penuh sila ke FB aku ye!
chauu bedah!~