October 26, 2011

Spaghetti Kerbau.. (-_-;)




Marilah aku berkongsi cerita pasal tersalah beli daging. Sebenarnya nak cari daging lembu cincang , akibat cuai dan tak membaca dengan teliti - sampai rumah baru perasan ianya adalah buffalo. Koff! aku selalu terbayangkan kerbau adalah gergasi. Jadi, sendiri dah merasa cemas bila nak masak..
(-_-;)

Masa aku kecik2 dulu, kalau kat Melaka nih memang ramai sangat kerbau kat sawah2 atau bendang (area Serkam/ Tedung/ Sempang baruh). Time orang kawin memang selalu je ada lauk kerbau. Biasa diorang masak gulai atau kormak, hidang dengan nasi minyak. Tapi sebab aku takut kerbau, maka memang tak makan lah.. Sebab masa zaman aku kecik2 dulu semua kerbau adalah sangat besau dan hitam serta bertanduk panjang berjela (tipu ok). Tu dulu la...zaman sekarang kerbau semua dah kurus mcm lembu...eh, entah ada lagi ke tak agaknya kerbau. Memang jarang nampak dah kat sawah2.. Dan kalo orang buat majlis kawin pun memang jarang sangat2 dah jamu kerbau kat tetamu.. Banyak orang hidang ayam masak merah & daging lembu je kan...


Ok, berbalik kepada daging kerbau yg aku dah tersalah beli tadi, terpaksa la gagahkan jua untuk memasak. Ye la takkan nak buang pulak kan semata2 terasa diri adalah karnibal sebab makan gergasi.. uhuk!

So, marilah belajar masak spaghetti kerbau kelakar.

Bahan:

Sepeket spaghetti (apa2 pasta jua boleh)
1 peket kerbau cincang (Tesco la nih..)
1 botol sos spaghetti Kimboll perisa Cendawan
1 batang lobak merah
1 peket sosej/meatball (kalo tamak boleh letak semua, kalau kedekut letak 1-2 sudeh!)
1 labu bawang besau potong dadu (bawang ya! bukan labu)
1 cawan air
Olive oil + garam gula sesedap rasa

Cara :

Rebus spaghetti sampai lembut, tos dan ketepikan.
Tumis bawang, lobak, sosej/meatball, kemudian masukkan daging kerbau cincang tadi. Masukkan air dan biarkan renih sampai daging semua masak. Last masukkan sos spaghetti, garam gula sesedap rasa. Siapp!~


Dah makan, ok. Lega sebab takde rasa mcm gergasi. Rasa mcm daging lembu. Bau pun sama... Tak de masalah. heee..

oklah, bye!





October 17, 2011

DARK CHOCOLATE JELLY


Sebab terpengaruh dengan entry Bang Mat Gebu, maka aku mengambil keputusan utk memuding hari ini. Ini adalah puding / jelly coklat kelakar...

Resepi adalah sangat senang. Kau tiada basic memuding jua boleh buat dengan begitu jayanya..

Bahan.

1 peket serbuk jelly konnyaku
1 cawan gula halus
1 liter air
1 cawan fresh cream/fresh milk
1 sudu besau serbuk coklat
(aku pakai serbuk dark chocolate sbb tu dia lebam sikit - and rasa ofkos la more chocolatey gitu khennn... kalo koko biasa, letak la 2 ke 3 sudu)




Cara.

Campur serbuk jelly + gula - kacau2 then masuk air. Jerang sampai larut. Pastu masukkan koko dan fresh milk sampai mendidih. Tutup api - tuang dalam acuan kesukaan. Sebab aku malas, aku curah sume dalam loyang besau. Sejukkan. Potong2.
Siapppppp!!!!!


Senang kan?


*notakaki : ini adalah mirip puding goyang sebab menggunakan banyak air - so dia tak keras atau terlalu kenyal mcm puding biasa.


Bye!

October 15, 2011

the Cincins


kiri, lef besau : dapat lepas kawin (2005 ke 2006) / kanan, lef kecik: dapat masa tunang (2004)



Akhirnya jari dah mengecil!! cincin tunang dan cincin kawin dan boleh pakai balik.
YEAHH!! *shuffle laju2*


Nasihat untuk para gadis yg ingin memilih cincin pertunangan atau cincin perkahwinan, sila mengamalkan sikap pandang kehadapan mengenai struktur dan saiz tubuh badan anda yang berkemungkinan setelah berkahwin 5 tahun dan keatas.


1. Jika anda memilih cincin bersaiz anda yang terkini, sila pastikan berat dan saiz badan anda berupaya kekal sehingga keakhirhayat.

2. Jika gagal, selepas 5 tahun anda akan terpaksa berusaha untuk mengecilkannya semula seperti yang terjadi padaku (T_T)

3. Cara lain yang boleh dipertimbangkan adalah, memilih cincin satu saiz lebih besar dari ukuran jari anda sekarang. Kalau takut cicir masa pakai boleh ikut mcm mak aku dulu - kalo cincin longgau dia lilit dengan benang kat belakang cincin macam adik ini)


notakaki : sila abaikan misai dijari i okeh *blushing*



bye!


October 14, 2011

Congratulations Allison & Jason


Helo..


Sabtu lepas utk pertama kalinya geng kak limah Teac dapat attend satu wedding ceremony seorang member yakni KAKAK SALLY. Kira jakun la jugak kann sbb 1st time nak pgi chinese wedding... sume pakat pakai baju kaler pink/merah + formal. Beriya je aku menabur janji last2 dressing aku gak yg terpaling selebet. hahaha~
Tak sempat la noks nak melaram sebab sibuk sesangat dengan cake kelakar yg kastemer order..

So gais... enjois de fotos ya!




ally

jason

Ally & Jason - hey! why so serious?!


yammmmmmmmmmmmmmmmm.........seng!!!!!!
(aku difahamkan jika terpaling panjang harkat sebut yam tu, terpaling lucky la maksudnya..)

potong cake!


geng kak limah versi suci.



starter - bebola laici goreng, salad udang, omelette, dimsum

sharkfin - owh sedap!


spesis bawal kukus halia - teramat sedap.


ayam yang tak berapa nak masak. choi!!! mentah pun serve kat orang..pandai cover dengan bawang pula tu! :P
kalau chef ramsay makan nih mesti dia mulut dia ada bintang sambil bunyi TUTTT!!
hahahai!~


mushrooms & brocolli - ok2 la..

butter prawn yg ok-ok jua..


nasi teratai - sedap tapi tak berapa nak masuk sebab dah kekenyangan time nih.

ahh! lupa sangat nak ketik gambau dessert yakni sagu honeydew yang teramat sedap dan segar.
disini menyesal!!

kalau overdose mesti orang yg budiman pun akan berubah tingkahlaku. hahahaha!
memang tak boleh lupa uncle siau menyamar watak ketam menangis.
akala klak klak klaak!!


pose!

kita pun yammmmmmmmmmmmmmm....seng!! tapi dengan coke je lah! (^_^)


ok. bye!


October 13, 2011

Ikan Duyung Goreng Pleaseee!!~



Hello olls..


Tengahari tadi tengah2 aku sibuk masak lunch berupa mee bakso (sebenarnya adalah mee sup - tapi tetiba rasa macam bakso. hehei!~) tetiba Lissa datang dapur.


icha : ibu masak apa lagi?
aku : mi sup letak daging dengan mitbol. ok tak?
icha : hmm... sup lagi? aii....
ibu : heii!! motifff anda mengeluh??!! *tak puas hati*
icha : takde lah....dah lameeeeee icha nih tak makan ikan...
ibu : eh? kan semalam ibu dah masak ikan! *jeling*
icha : ikan tu tak nak la... icha teringin sangat nak makan ikan duyung goreng....
(oihh pitam!!)
ibu : PERGIIIII DEPANNN!!!!!


Bergurau apa budak ini!?! Adakah dia sangka begitu mudah nak mendapatkan bekalan ikan duyung utk makan tengahari?!
Kalau dijual pun belum tentu aku akan sembelih buat lauk memandangkan ikan duyung memang adalah pujaan aku.. hehei~


Aku tuduh Lissa mesti ingat kalau dia makan ikan duyung dia boleh jadi cantik dan ramping macam ikan duyung juga *jeling* tak tahu dari mana datang perangai aneh yg sangat sia-sia ini. pasti bukan dari genetik aku *terlalu yakin*

oihhh ramping sangat duyung nih!


duyung nih ada urban sikit. ala2 duyung birah gittuw kan?



ok, dapat duyung jantan ini memang aku bela jadi anak ikan. hahahahaiiii!~~~
(mengilai 6 harakat terus)



Ah!! duyung debab nih aku kasi kat azat sudaa. ambik laaa yang!!
;P


Memandangkan anak-anak aku ada tabiat meminta sesuatu makanan secara berulang kali selagi tak dapat makan, maka siang2 lagi aku dah standby gambar wajah sebenar ikan duyung ini utk dipertontonkan kepada beliau. Aku percaya dengan yakin sepenuh hati lepas tengok muka duyung nih pasti dia takkan suruh aku masak ikan duyung goreng lagi!!
*muka yakin*


Bye!!



October 03, 2011

Berbudi Kepada Tanah dan Perut (II)



hello..~


Hari nih aku nak update tanaman di kebun herba selepas 2 bulan berusaha. hehei!~



Sepatutnya ini adalah pasu pohon ketumbar. tapi tiada zat yang mencukupi maka ianya telah pun menjadi arwah (T_T). - R.I.P -
Nanti kemudianlah aku fikir nak ganti pokok apa..


Pokok Rosmariah (rosemary) setelah 4-5 kali dicantas atas tujuan memasak. terima kasih kerana banyak berjasa (^_^)



Pokok basil menunjukkan proses pertumbuhan yang baik dan berkesan. Syabas rosalinda!! Sebelah dia tu pokok daun sup, pun berjaya tumbuh dengan jayanya dan telah selamat dipergunakan beberapa kali ketika memasak.



Ini adalah tanaman paling magika. Dulu aku tanam pokok cili padi, tetiba jek dia membesar jadi pokok kunyit. hahahaii!!~




Paling berjaya adalah pegaga air. Dulu aku bercadang nak bela ikan dalam kolam renang mini ini, tapi disebabkan proses pembiakan pegaga ini teramatlah pantas dan merimbun, maka aku kensel sajalah bela ikan air tawar tu..
Azat cakap "pokok ini ikut tuan dia..kalau tuan dia gemuk, so pokok tu pun gemuk lah!"
Ciss!! Biadap okeyy..!!
(T_T)


ok la.. tata!