hello ols.
Aku ada tabiat cakap "kirim salam pada adik" atau "kirim salam kat kakak" bila cakap dengan Lissa atau Rayyan yang berunsur marah atau warning atau menasihat..
Contoh ayat :
(1)
Lissa : Ibuuu!!! adik sepahkan rumah!
Ibu cantik (tunjuk2 diri sendiri) : Kirim salam kat adik, cakap jangan sampai ibu naik hantu..
(2)
Rayyan : Bo!! Ka ak ak ka aakk!! nga!! nga!!!!
(ibu!! kakak tak kasi pinjam pensel kaler - ok aku tipu..sebenarnya aku pun tak pasti dia cakap apa..tapi yg pasti mmg unsur mengadu domba lah)
Ibu jelita (tunjuk2 diri sendiri lagi) : Kirim salam kat kakak...cakap jgn kedekut nanti berdosa!
Pastu nak dijadikan isu, satu hari Azat pgi kedai then terserempak dengan cikgu tadika si Lissa. Balik rumah azat cakap la kat lissa "icha, cikgu mimi kirim salam kat icha..."
Pastu aku tengok muka Lissa berubah... terus dia datang kat aku dengan nada cemas,
"ibu.....kenapa cikgu kirim salam kat icha? icha tak buat salah apa2 pun kan???'
(-_-;)
Ah! nampaknya aku kena ubah perangai dan tak boleh cakap kirim salam lagi kalau nak warning/marah/nasihat...
4 comments:
kah kah... boleh tak makhluk halus belaan ko ni tak buat kelakar satu hari?
haha lain kali gune je ayat " jaga-jaga je..... ayat warning baik nye...
hahahaha! super lawak! tiqa ade dengau kamu ckp mcmtu, mase nk marah si rayyan
@KOG : weh! aku tengah mengunyah karipap mini yg kamu promosi tu.. mmg berpuaka la... sedap betul! :D
puteh : hihi..nanti ai terai cakap cenggitu okeh!
selly : adakah atika merasa tertekan kerana berada dirumah aku dlm keadaan hingar bingar (-_-;)
Post a Comment