Hello ols..
Dua tiga menjak nih memang ada je apa yang aku buat serba tak kena... terrrrrkemekkan keta laki adik aku la, kluar umah lupa tutup pintu setelah 10km baru sedau diri, terkunci dalam rumah anak beranak sebab azat bawak kunci pastu gi kunci sume gril/gate apa bagai (T_T)..macam2 la...
Tapi semalam adalah hari yang sangat hamsap yakni kemuncak segala kekalutan akhir2 ini.. Bayangkan, bawak kek yang paling penting untuk sebuah majlis formal, sampai ke lokasi kejadian - bukak2 kotak kek, tengok kek dah jadi saling tak tumpah macam makanan alien. (T_T)
Kesahnya, adik yang tukang order tu missing in action....berapa kali aku email dia tak reply. So aku assume dia tak jadi order lah kan sbb nya dia tak bayau deposit apa sume. Ye la.. kot aku buat kang, takde orang ambik, naya je. Kalo sekilo takpe lagi, nih 4.8kg kau!
Tup2 tengahari semalam ada sorang ahli kelab tu call tanya pasal cake... aku explain la yg aku belum buat.. Disebabkan majlis tu penting dan memerlukan cake, then aku pun buat kan jugak sebab edible image pun aku memang dah tempah awal2.. So tinggal buat cake n deco je kan..
Satu problem aku adalah nak kena deco kek nih dengan chocolate ganache.. pastu tepek edible image.... Biasa kalo ganache aku mmg kasi dia keras betul2 atas kek baru aku deco... tapi sebabkan dah suntuk sangat, aku sempat sejukkan dalam esbok sekejap je sebab aku taknak dia berwap air dan boleh merosakkan edible image tu... edible nih sugar paper yg boleh dimakan.. memang sangat lembut dan sensitif sket.. kalo kena air, ink (food colouring) dia boleh kembang dan mencacatkan gambau... biasa aku keraskan ganache secara semula jadi yakni, biau dia keras kena angin dari udara/kipas je..
Deco punya deco, macam ni la lebih kurang kek yang aku dah buatkan utk kelab tu semalam.. Yang penting ada gambau + logo kelab sebab ini kek surprise utk Encik Mohd Nor tu.
Seperti perjanjian dengan Tia (the other member of de club yang call aku tu) kitorang jumpa kat tutifruti bukit beruang. Sengaja la kan pilih lokasi tutti sebab nak menggediks kat situ lepas jumpa kastemer. hahahai!~
Aku sampai je situ dalam pukul 6, aku terus inform dia yg aku dah sampai... Tak tau kenapa rasa tak sedap hati sangat - terus aku pgi check kek tu... Bukak2 je kotak..... hahhhhh!!!!!???!!!
Nak pitam okeyyy tengok ganache aku meleleh sampai ke terburai2 keluar dari border cake... pastu edible image plak dah jadik banana split bagai.... Rasa nak nangisss weihh!! Aku call adik tu cakap tak payah ambik sbb cake dah cacat... tapi dia cakap takpe, dia nak tengok dulu..
Elok dia sampai, tengok apa sume, nasib baik dia tak pitam... cuma dia slow talk and nak jugak cake tu... then mintak tolong deco balik la + hantar kat lokasi kejadian sebelum majlis potong cake bermula.. (jam tu dah 6.15pm then nak kena hantar 8pm kat Taman Botanikal Ayer Keroh). Ikutkan aku memang dah mental drop sangat dah and tak mampu lagi nak balik deco apatah lagi nak drive balik pun aku gigil2 je rasa...dah la jarak rumah aku ke Bukit Beruang & Ayer Keroh tu dekat 40minit... Sebabkan adik tu baik dan tak bising2 marah aku sbb kek penting utk kelab diorang tu cacat sbb aku, jadi aku terus cakap ok.
Dari Bkt Beruang pukul 6.15pm aku patah balik kerumah pukul 6.36 dah sampai. Hahahaii!~ Tetiba je kan keta aku boleh jadi keta fast and furious. kikikikihhh!!!
Sampai rumah aku nangis2 macam rosnah mat aris (takde kaitan) sambil nangis sambil deco... Sepbaik Azat tak usik aku...biasa kalo aku buat salah, dia membebel macam kaknam then aku mesti panas ati, tapi semalam dia tengok aku dah melalak so dia diam aje... siap cakap "takpe yang, nanti orang teman awak antar kek keme (kek customer versi rayyan) okeh.."
Inilah kecacatan yang sempat diketik.... aku lupa nak ketik gambau kecacatan sebenar sebab dah sibuk menangis..hihihihi.... edible image tu memang tak dapat diselamatkan lagi sbb terlalu lembut nak dibersihkan.
Aku pun dah blank nak deco cemana lagi sbbnya edible image pun dah takde.... nak lukis balik muka pakcik tu + logo dah memang takde mood dah.. ko bayangkan aku ada 15min aje utk deco balik sebab lepas tu nak kena bergegas ke Taman Botanikal... tau je laa dengan jalan yang jem kat area ayer keroh tu kalo weekend cemana...
Check2 kat stor ada stok bunga biru 2 box.. ok la tu.... Dapat msg dr Tia plak katanya takyah ikut deco asal pun takpe, janji ada cake + wording tu yang penting... Memandangkan kelab Outrecs nih ala2 kelab rekreasi then buat plak kat taman Botanikal, so aku tawakkal je la ambik konsep kulit kayu dan flora2 gitu...
Nih je la yg mampu utk 15minit punya deco..
Minta maaf to Tia & Outrecs MMU's members sbb tak dapat memenuhi permintaan asal. Anyway, tQ guys for the order. Jangan serik ya....
Bye!
2 comments:
walaupun dlm masa 15 min..tapi tetap sweet..hehehheeh....
tQ faezah (^_^)
Post a Comment