December 01, 2008

Karangan Makhluk Aneh

Aku check2 email lama... jumpa pula email berpuaka nih..
hoho! ini ialah karangan tak siuman usahasama antara aku dan maini satu ketika dulu.
korang jgn pening. mana ayat yg kenakan aku, ianya adalah tulisan maini..
mana ayat yang kenakan maini, adalah perbuatan aku.
so gay! (sebenarnya nak berkata guys!) Enjoiss..!!~


-------------------------------------------------
To: Siti Nur Hawa
Sent: Friday, December 15, 2006 2:02 PM
Subject: Re: maini jenglot bermisai pelesu.sebenarnya maini cantik berkilat tapi hawa lebih bersinau.malangnya hawa dah kalah,maini juara top model negeri 9 saja, hawa ialah supermodel amerika (dlm mimpi maini sajalah tp realiti adalah benar hawa current top model tp kemudian terbatal kerana tyra banks dpt tahu hawa ialah org banci. setelah perbicaraan, barulah tyra tau yg hawa disabotaj oleh maini dan anak ikan simpanannya yang berniat jahat terhadap hawa yg baik seperti cinderellah?mmg tak munasabah!sbb hawa sebenarnya berpura2 saja supaya tyra jatuh kasihan.JUARA SEBENAR TOP MODEL DUNIA ADALAH MAINI YG BERHATI SUCI ITU.TAMAT adalah nama anak ikan maini.. nampaknya maini dah ditipu oleh tamat kerana menyangka tamat adalah budak muda tapi tamat ada lah orang banci yang sebenar. Tyra terus memahkotakan hawa dengan mahkota permata yang bercecaya terang. betullah kata orang, yang cantik dan baik akan tetap menang.itulah yg berlaku kepada maini si hati mulia itu.maini dan tyra sebenarnya telah berpakat2 memberi hawa pakai mahkota itu walaupun sekejap sbb nak beri hawa merasa saja.baik sungguh hati maini.kemudian mahkota cantik bercecaya terang itu diberikan oleh tyra kepada maini yg sememangnya layak sejak dari awal pertandingan lagi.maini mmg cantik dan baik.semua org pun gembira.) Namun kegembiraan maini itu tidak lama kerana akhirnya Tyra mendapati maini sebenarnya adalah jenglot yang berusia 845 tahun telah mensamar sebagai manusia cantik. akhirnya tyra meminta bantuan hawa yang lawa itu untuk menyimbah minyak tanah dan asid sulfurik kepada maini jenglot. mula2 maini jenglot melawan tetapi hawa dengan sepantas cecaya telah membaling obor sukan asia di Doha, Qatar kepada maini jenglot. Akhirnya jenglot yg kejam dan suka mengaburi mata orang ramai itu pun mati.begitulah sangkaan hawa pada peringkat awal.tp nampaknya sangkaan hawa meleset.maini bukan saja cantik gemilang,tp juga atlit yg tangkas bergaya.obor itu berjaya disambut oleh maini dgn kaki yg lentik gemalai itu lalu terus buat gimrama.maini yg cantik hebat itu telah menang pingat emas dan berjaya membuat tyra dan org2 Qatar kagum.maini cantik mmg hebat.org hebat sememangnya menang last. Akan tetapi alangkah kasihannya maini kerana menyangka orang menepuk tangan kerana persembahan gimrama beliau tetapi beliau ialah tidak tahu bahawa sebenarnya tyra dan orang qatar yg menonton itu adalah sedikit juling air. mereka sebenarnya terpegun dan kagum melihat persembahan fashion show pakaian berjenama sukan terkenal yang disertai oleh hawa yang berada tidak jauh dari maini membuat gimrama. hawa telah membuat cat walk show dengan langkah yang penuh berkeyakinan dan berhemah tinggi sesuwai dengan imej wanita jelita dan fantastiknya. Maini sangat alangkah marah lalu cuba memprotes dengan membaling obornya kearah hawa dia tersungkur lalu obor itu menghempap dirinya sendiri..tamatlah riwayat maini yg degil itu..
seluruh penduduk qatar bertepuk tangan dan memilih hawa menjadi raja perempuan qatar. sekian adanya..wasalam.
-tamat
(cerita ini telah dicetak sebanyak 12ribu naskah. hak cipta terpelihara.sebarang perubahan akan didakwa)

*DI ATAS ADALAH CONTOH PENULISAN YG BUKAN SAHAJA LEMAH MALAH JUGA SAMA SEKALI TIDAK TEPAT DARI SEGI FAKTA.

BERIKUT DIBERIKAN FAKTA2 SEBENAR:

1.MAINI ADALAH TOP MODEL YG DIKAGUMI SERATA DUNIA.

2.HAWA HIDUP DERITA KERANA TELAH DISUMPAH MENJADI RASAKSA HODOH OLEH MAINI JELITA YG JUGA MENJADI KETUA PUAK API SETELAH DITIMPA OBOR SEMASA DI'KENAK' KO HAWA.

3.MAINI TELAH MENJADI DUTA MAYBELLINE,L'OREAL,SK-2 DAN SEMUA JENAMA KECANTIKAN YG MAHAL2 MANAKALA HAWA HANYA JADI PELAKON TAMBAHAN DALAM EPISOD AKHIR GRANSAZERS.(SEBAGAI RASAKSA JAHAT)

4. MAINI TELAH MENGALAMI SAKIT KULIT YANG SERIUS AKIBAT PENGGUNAAN PRODUK KECANTIKAN PALSU. DIA JUGA AKHIRNYA DITAHAN POLIS KERANA BERSUBAHAT MENIPU PENGGUNA.

5. HAWA TELAH BERJAYA MENDAPAT WANG SEBAGAI WARIS RAJA QATAR DAN HIDUP MEWAH...OLEH KERANA KASIHANNYA MAINI DIA TELAH DIJAMIN OLEH HAWA DAN KINI MENJADI ORG GAJI 49 DAN DIGELAR PAH BEDAH.

6.TANPA DIKETAHUI HAWA,RAJA QATAR KE-4 SEBENARNYA BAPA SAUDARA MAINI.HARTA YG HAWA DPT PUN CUMA 1% SAJA DARIPADA HARTA2 RAJA QATAR.ITUPUN DIA DAH MULA LUPA DIRI.RUPA2NYA 99% HARTA LAGI MAINI YG PUNYA.RAJA QATAR SAJA NAK MENGUJI HAWA YG BERSIKAP KEJAM,BOROS DAN KAKI SHOPING ITU.SIKAP SABAR DAN TERPUJI MAINI YG CANTIK TELAH DIBALAS DGN HARTA2 DUNIA DI SAMPING PAKEJ TATARIAS SUPERMODEL SEPANJANG HAYAT.

7.AKIBAT ZALIM KPD MAINI,BOROS DAN LAIN2,HAWA YG LUPA DIRI TELAH DIBUANG NEGERI KE ALCATRAZ..DUDUKLAH DIA DI SITU DGN ORG2 JAHAT!SELURUH RAKYAT QATAR SGT BERSYUKUR KERANA TERHINDAR DARI PEMERINTAHAN HAWA YG ZALIM ITU.

8. TIDAK LAMA KEMUDIAN RAKYAT ALCATRAZ DAN HAWA TELAH MENDAPAT HIDAYAT ALLAH LALU MEREKA SEMUA TAUBAT NASUHA DAN MENGEMBALIKAN ISLAM SEBENAR DI ALCATRAZ. DALAM MASA YANG SAMA MAINI TELAH GELAP MATA KERANA TERPANDANGKAN WANG DAN HARTA YG BANYAK LALU MULAI BERTINDAK DENGAN BEGITU MENJENGKELKAN.

9. MAINI MENJADI LINTAH DARAT ATAU AH LONG DAN TELAH MEMERAS UGUT RAKYAH QATAR YG SEMAKIN KETAKUTAN. MAINI MULAI MEMAKAN DARAH DALAM SUP BAYAM DAN AKHIRNYA MENJADI RAJA BERSIONG DI THAILAND.

10.MAINI SEMAKIN KAYA RAYA KERANA MENDAPAT TAWARAN BERLAKON FILEM RAJA BERSIONG:THE RETURN.FILEM ITU SGT MELETUP MENGALAHKAN BWG PUTIH BWG MERAH.HAWA PULA YG TAK JEMU2 MENDENGKI MENSABOTAJ PELANCARAN FILEM ITU DI QATAR WALAUBAGAIMANAPUN TELAH DIKESAN OLEH PERSATUAN FILEM ANTARANBANGSA LALU DIPENJARA SEUMUR HIDUP.MAINI TELAH MENANG PELAKON TERBAIK 18KALI BERTURUT2 DAN HIDUP GEMBIRA SEPANJANG HAYAT.

10 FAKTA DI ATAS ADALAH YG PALING TEPAT DAN TELAH DISAHKAN OLEH JABATAN ARKIB NEGARA.SEBARANG MAKLUMAT TAMBAHAN AKAN TERBATAL SECARA AUTOMATIK KESAHIHANNYA.


Disahkah Oleh:




(nampaknya dah guna cop mohor palsu)

*AKHIRNYA PIHAK ARKIB NEGARA PUN MEMBUAT LAPORAN POLIS KERANA MENDAKWA MAINI MENSABOTAJ DAN MENGGUNAKAN COP MOHOR PALSU JABATAN ARKIB NEGARA. MAINI TELAH DIJATUHKAN HUKUMAN KERUSI ELEKTRIK TETAPI HAWA TELAH MEMAAFKAN MAINI DAN KESALAHAN MAINI TELAH DI RINGANKAN KEPADA 200 SEBATAN DITAPAK TANGAN DAN 7 SEBATAN DI PUNGGUNG SAHAJA. DEMIKIAN ADANYA.OH,YA,WALAU BAGAIMANAPUN HAWA TELAH DISUMPAH OLEH JENGLOT SESAT DARI ALCATRAZ LALU DIA MENJADI SEBUAH KOLAM BESAR DI KAWASAN SEKITAR N.SEMBILAN.MAINI MENGAMBIL INISIATIF MEMBANGUNKAN KAWASAN ITU MENJADI KAWASAN PENTERNAKAN IKAN YG MAJU DAN IA PUN DINAMAKAN TOBEK GODANG.*


++++++++++++++++++++THE END+++++++++++++++++

5 comments:

fara[the]bugbuster said...

hahahhahahaha... mengong! agak pening okeh aku nak paham!!! apakah??

Elly Rocker said...

aku rindu surat2 gila kau dan moen. lebih2 lagi surat yg takde noktah tuh. bodoh btol. mati nak baca satu napas!

zatix said...

aku ingat benda gila ni..kau berdua memang pasangan secocok tapi dah dirampas laki masing2..sobsob

PertMuffin said...

kau semua memang merungsingkan aku!! (-_-;)

Anonymous said...

ini semua gara2 kau!nanti aku bagi kau gambar misteri yg aku jumpa dlm emel aku pulak.mesti kau pengsan dpn pc.