December 11, 2008

Tonet the Second


Semalam, rabu 10/12/2008 : aku bawak adik Rayyan gi check up kat poliklinik umbai. biasa laa.. monthly check up utk baby.
Yang check dia tu adalah seorang doktor perempuan yang muda bergetah. Agak ranggi dan vogue. Keturunan singh kot? ada Prakash something la nama dia.
Doc tu pegang kepala dia nak check ubun. yelaa..budak baru 2 bulan setengah, ubun kan lembut lagi.. Lepas tu doktor tu gosok2 rambut dan kepala dia.. Nak tau? si bujang aku tu boleh tersengih2 pastu ketawa getis. Bergurau apa!!!?? kecik2 lagi dah menunjukkan ciri aneh...! ia adalah reaksi keterlaluan oleh seorang anak bayi yang masih belum tahu menyebut nama sendiri! kofff!!

Lepas tu, ada nurse yang agak berumur la, agah2 dia... alangkah bedebahnya perangai tengah2 ketawa lepas tu boleh terus pura2 pandang tempat lain...
(-_-;)

aku tak tahu perangai ini adalah genetik siapa! *menjeling*

8 comments:

fara[the]bugbuster said...

aku tau ikut pangai sape.. hahahaha

PertMuffin said...

perangai yang merungsingkan...
adakah mirip perangai kau? koff!! (-_-;)

fara[the]bugbuster said...

*menjeling deras!*

undomesticwifey said...

hahahah...perangai mak ke perangai bapak nih??

Ke kenan perangai kengkawan.. seperti *cough* Elly???

huhuhu...

PertMuffin said...

yaa... mungkin pengaruh ibu bapa dan rakan sebaya ibu bapa.. koff!
*jeling rina sekali*

Elly Rocker said...

ehei!! aku bole merasa ade aura mengutuk aku disini. cuih! itu salah kau, masih menyimpan koleksi sinchan versi melayu.. aduhai..

zatihazira said...

kau memmasukkan watak2 katun ke dlm diri anak2 kau. hahah. kau sgt merunsingkan. *ape nih*

Umie Ibrahim said...

makhluk ini sangat comel..sepatutnye menjadi anak aku..betulkah kau ibunye hawe??..*p/s :Awe..aku dah lame x cakap merepek2 ni..bestnye jumpe kau..*