January 19, 2009

Weekend Baking Project

Wiken lepas adalah wiken paling cemerlang dalam hidup kakcha kerana berjaya menconteng kapkek dengan jayanya. (-_-;)
Sebenarnya aku saja test power nozzle bentuk daun yg baru beli. Nozzle bunga aku ntah mana aku letak, bley tak hingat plak.. terpaksa la gunting je muncung piping bag tu pastu suh kakcha picit. so, ini la hasilnya dan resepi skali:-




RESEPI:-
Kapkek Seri Kelakar

200g mentega
200g gula halus
200g tepung
4 biji telur ayam
sedikit esen vanila atau apa2 perisa yg korang nak

Cara : Pukul gula + mentega sampai kembang. Masuk telur sebiji - pukul sampai kembang, pastu sebiji lagi - pukul sampai kembang, sampaila habis 4-4 biji. Jangan masuk serentak, nanti tak meletss! koff!
Last masukkan tepung + esen. godak2 sampai rata pastu masukkan dalam acuan cupcake.
Bakar pada suhu 160°C sampai masak.


Ratu makan bergaya dengan hasilnya. Dah conteng satu hal, pastu dia suh aku bubuh jellybeans pulak atas kapkek dia. Ngade occay!!?





(terserlah kemancungan hidung anak dara aku yg bergetah tu bila makan. hohoho!!)

Bagi memastikan baking projek kami berjalan dengan lancar, mat hensem nih siang2 dah kena kurung dalam boyan dia.



So gaiss...selamat mengcuppies..!~

January 16, 2009

Pudding Gemuk yang Lazat (-_-;)



Akhir2 ini tabiat cintakan dapur semakin menjadi2.. tambahan pula tabiat makan kakcha & ayahnya semakin menjadi2. Semalam buat Puding Coklat yg sangat coklat.. yummy!
bagi yg cintakan coklat, aku syorkan korang cuba resepi nih. Nak lagi sedap korang kena guna koko yg mantaps sikit seperti Hersey's ke, vochelle ke, van houtens ke.. aku guna koko cap ayam aje arituh..murah tapi tetap sedap la..



Rich Chocolate Pudding by kak Junjs MyR

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara

Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
Masukkan butter, kacau hingga pekat.
Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.

Siapp!!!

January 15, 2009

Melaka ku Yang Sejuk...

Hello.. semua!!~

Korang perasan tak 2-3 menjak nih cuaca satu macam punya sejuk..Kalau tengok langit, nampak sangat tinggi dan tiada awan kumulunimbus.
Kat umah aku kalo tido skrg nih kena pakai stoking 3-4 lapis.. pastu tambah comforter lagi.. Lemak tebal pada badan pun tak dapat menahan diri dari cuaca sejuk. koff!!~
Tu belum masuk air paip subuh & malam lagi tu (siang aku tak pasti suhu air paip sbb aku takde kat rumah). Nak gosok gigi pun terketar2.. Rasa macam gosok gigi guna salji cair dari kutub utara! (-_-;)
Kat opis nih pun sama. Sejuk sampai ke tulang belikat (eh? pompuan ada tulang belikat tak?) Padahal dah off ekon dah.
Tempat korang lak cemana?

2-3 hari nih asyik teringin nak makan Sloppy Joe. Ini sume gara2 asyik menonton Travel&Living + AFC. Tambah lagi dengan bebudak Kumpats® penah citer pasal Sloppy Joe, tambah meruap2 la aku nak makan. So smlm aku cari resepi kat tenet dan buat sendiri my own version Sloppy Joe (aku edjas sket ikut nafsu sendiri..ohok!)

So gais..! jemput....!~



Sloppy Joe Kelakar

1 pek daging cincang
1 pek rempah Bolognese
1 labu bawang kuning - diced
4 batang celeri - diced
2 sudu blekpepper
2 sudu whitepepper
3 sudu gula
1/2 sudu garam
sikit worcestershire sos
sikit bbq sos

10 ketul hotdog bun & grated cheese

Cara : tumis bawang + daging cincang sampai agak2 nak masak (nak tau masak ke tak, agak2 daging cincang tu bleh lerai tu kira ok la..kalo mentah dia melekat2), pastu masuk sume bahan lain. pastu renih sampai masak. pastu tutup api. pastu tos (minyak takmauu!!).
Pastu belah tengah bun then masukkan daging kat tetengah. Tabur grated cheese... pastu ngappp!!!!



Brupp!! bye..~ :D

January 09, 2009

Couscous & stew kambingygmandi...



Apa kejadahnya couscous (senang sebut, kuskus laa..) itu? hehei! ianya adalah sejenis adik beradik pasta yg macam beras tapi dibuat dari semolia.
Strukturnya ada macam nasi sikit. Tapi ianya lebih halus dan sihat.
Ini sume gara2 dak Netto yang sibuk bercerita pasal makanan ini. aku selaku ratu makan yang cepat teruja dengan masakan2 aneh, terus je cuba dan inilah hasilnya..

So gais, enjois..!

Couscous & Lamb stew

(A)
Instant Couscous (aku beli kat tesco, Herbs & Mushroom)
(B)
1 keping daging kambing - hiris2
1 botol sos prego
2 ulas bawang putih cincang
(C)
capsicum
tomato
sosej
saleri
mushroom

Cara:
Couscous : Masukkan dalam mangkuk dan tuangkan air panas. Tutup dan biarkan dia kembang. Bila dah kembang, gunakan garfu kais2 kasi dia berderai.
Stew : Tumis bawang putih, masukkan hirisan daging dan tuangkan sos prego. masukkan air sikit then renih sampai daging empuk. Tambah le garam gula sesedap rasa.
Last skali potong2kan bahan C then campak masuk sume dalam periuk. Renih jap, tutup api. Siap..!!

Selamat mencuba!

Kek Keret Keju Kelakar yang Kerek







Kek ni aku baru buat malam tadi.. Aku ikut resepi kakak #Rnet. Sedap walaupun rupanya agak kelakar. Aku punye eksaited nak tengok hasil dalaman dia sampaikan jari telunjuk kanan aku terhiris pisau! (-_-;)
harap2 keluarga Azat tak akan jadi keluarga bersiong... koff!!
So gais, ini resepinya..

Carrot Cake with Cream Cheese

(A)
4 biji telur (asing kuning - putihnye)
1 1/2 cawan corn oil or vegetable oil (aku pakai minyak masak sudehh!!)
150g gula halus
150g gula perang
1 1/2 cawan lobak merah parut
(B)
250g tepung kek (aku belasah tepung gandum)
1 sudu rempah kek
1 sudu cinnamon powder
1 1/2 sudu baking soda
1 teaspoon garam
100g chop walnut ( wajib ada baru sedap)
1/2 cawan mixed dried fruits (resepi dia tak bubuh nih, tapi aku bubuh sebab mengada2)
(C)
120g butter
250g cream cheese
120g icing sugar

Cara:
Pukul kuning telur sehingga kembang, kemudian campak sume bahan A. pukul sampai sebati. pastu campak sume bahan B dan kacau. pastu, dalam bekas lain - pukul putih telur sampai kembang then masukkan dalam adunan tadi. kacau rata pastu bakar sampai masak (suhu yang dia tulih 180°C - 45 minit. tapi sebenarnya it's depends pada korang punya oven laa.. kalau canggih kejap aje kot? oven aku dah kokak so lambat sikit la)

Bila dah masak. sejukkan sekejap.
Pukul bahan C (frosting) sampai fluffy pastu pepandai la korang nak hias cemana..

Selamat mencuba & selamat gemuk!! heihei!!~

Ebi Anyone??

Hello semua..! selamat tahun baru.. aih! lambat btul aku wish..
cuti panjang hujung tahun sampai ke tahun baru. naik kerja dah lambat seminggu..
kerja pula bertimbun2.. jadi hari ini baru berkesempatan utk update.

Sempena tahun baru 2009 ini, aku ingin menghidangkan beberapa juadah pembukaan blog.
Enjoiss.!






Resepi Ebi Mayo (Salad Udang kekdahnye)

(A)
20 Ekor Udang Remaja (Kopek kulit)
1 sudu tepung
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit blackpepper
sedikit parutan halia
(B)
3 sudu mayonis
1 sudu sos tomato
(C)
Salad

Cara: Gaul sume bahan A. Pastu goreng. Pastu angkat. Pastu tos. Pastu masukkan bahan B. Pastu gaul. Pastu susun atas salad. Nyum!yumm!
Sekian.