



Kek ni aku baru buat malam tadi.. Aku ikut resepi kakak #Rnet. Sedap walaupun rupanya agak kelakar. Aku punye eksaited nak tengok hasil dalaman dia sampaikan jari telunjuk kanan aku terhiris pisau! (-_-;)
harap2 keluarga Azat tak akan jadi keluarga bersiong... koff!!
So gais, ini resepinya..
Carrot Cake with Cream Cheese
(A)
4 biji telur (asing kuning - putihnye)
1 1/2 cawan corn oil or vegetable oil (aku pakai minyak masak sudehh!!)
150g gula halus
150g gula perang
1 1/2 cawan lobak merah parut
(B)
250g tepung kek (aku belasah tepung gandum)
1 sudu rempah kek
1 sudu cinnamon powder
1 1/2 sudu baking soda
1 teaspoon garam
100g chop walnut ( wajib ada baru sedap)
1/2 cawan mixed dried fruits (resepi dia tak bubuh nih, tapi aku bubuh sebab mengada2)
(C)
120g butter
250g cream cheese
120g icing sugar
Cara:
Pukul kuning telur sehingga kembang, kemudian campak sume bahan A. pukul sampai sebati. pastu campak sume bahan B dan kacau. pastu, dalam bekas lain - pukul putih telur sampai kembang then masukkan dalam adunan tadi. kacau rata pastu bakar sampai masak (suhu yang dia tulih 180°C - 45 minit. tapi sebenarnya it's depends pada korang punya oven laa.. kalau canggih kejap aje kot? oven aku dah kokak so lambat sikit la)
Bila dah masak. sejukkan sekejap.
Pukul bahan C (frosting) sampai fluffy pastu pepandai la korang nak hias cemana..
Selamat mencuba & selamat gemuk!! heihei!!~
2 comments:
aku nak ini!!!silalah buat masa sambut besday aku di rumah kau!*mata bersinar
tak! tak! tak ada hal itu!
aku cuma buatkan kek ini dalam bentuk 2D sahaja!! (-..-;)
Post a Comment