May 06, 2009

Kisah Jirafah Belang-Belang

Helloo semua....!~


Korang penah nampak tak benda nih?


Ini...??
Inii...???
Apa? Penah? Tak penah? Tapi comel, kann??
hikhik!! kalau sapa biasa pgi kat pusat kraftangan mesti penah jumpa. Tapi sbb aku bukan ahlil kraftangan maka aku tak pernah jumpa.. Benda nih aku beli masa jalan-jalan kat Tesco Tebrau. Siap bawak gi office sbb nak berlagak dengan member sebelah meja.. Sekali member aku kata benda nih banyak kat tempat2 jual kraf sekitar Melaka. Aaaaihhhhh!!!
By the way...nak tau kenapa aku beli?
Ada cerita sebenarnya .. kalau korang nak tau, nih adalah salah satu permainan aku masa aku kecik dulu. Masa tu aku sekolah tadika Kemas Kg. Serkam. Umur adalah 5 tahun. Nenek aku yang belikan. tapi masa tu mainan nih dibuat daripada plastik instead of kayu macam yg aku beli nih.. tapi function n cara main dia sama yakni apabila ditekan atau ditarik dari bawah ia akan bergerak2 macam orang patah sendi. Lagi best kalau dimainkan mengikut alunan muzik (mmm!! sekarang asyik berebut main benda nih dengan azat dan kakcha..cuihh!!)
Dulu benda nih murah aje.. tak sampai 60sen harga dia. Tapi aku beli hari tu RM6.80 seekor. Cong-cong dapat RM6.00. Kat kraf Melaka tak tau berapa harga.. mungkin lebih mahal..atau lebih murah.. Bagi aku yang kedekut nih, rasa agak mahal untuk sebuah permainan yang merungsingkan orang seperti ini. Tapi sentimental value tu yg menyebabkan aku beli gak benda ni..

Sila tekan bahagian bawah tapak Encik Jirafah.




Beliau akan patah sendi...hehe..




Yaaa!! lajukan lagi...lagii..dan lagiii mengikut irama Revolusi Bunkface (-_-;)
Memang amat menyeronokkan dapat bermain permainan peribadi zaman purba bersama suami dan anak2..koff!!



Ahh!! ini bukan perbuatan aku!! ini ialah Azat yang punya kerja.. konon-konon Encik Jirafah skodeng dari celah kaki secara menonggeng sbb nak tengok hantu (merujuk kepada perbuatan aku yang bising2 kat rumah marah kakcha buat sepah).. Hoh!! Sangat bedebah hokehh!!!!





12 comments:

kianyong7 said...

chuh!benda nih!
saya pun ada kat umah...
tapi letak kat tepi komputer jek la...
tak main pun....b eli kat melaka jugak...
masa tu beli...rasanya beli tiga rm 15 kot....kat jonker street melaka...huhuhu...saya punye pun warna hitam putih...dia ada banyak colour...

kekwa bergetah said...

yong tiru aku!!! *terus sondol yong dengan zirafah kayu*

ye ke kat melake 3 = RM15. cuhh!! kalau tau cari kat melake lagi baikk!!

preety-D said...

kekwe (sile bertenang)...

kat kdai area opis aku ni, yg menjual brg2 aneh pun ade jirafah comil cacat akal ni...

harge : RM1.50 sekor
aku bli: RM 1.00 sekor *pasal ekor die putus... (-_-;)

revolllusi (L berqalqalah) (-_-;) said...

aii...bedebahnya entry ni.boleh bayangkan mcm mana kau anak beranak dera patung kayu aneh tu.dan lagi satu,byk2 lagu kenapa menari lagu revolusi?krem perut aku..*lap airmata

kekwa bergetah said...

sara: ofis kau kat seberang golok ke sampai boleh jual barangan aneh dengan harga begitu murah!?
*muka tak puas ati*

tyra hawa banks said...

heiheiii yolanda!!
bukan kah Revollussii adalah lagu kegemaran kau?? *jerling*
aku tau hal ini semasa mendengar koler rington kau!

*koff!*

aqmal said...

mainan nostalgia masa kecik2 di rumah aku versi binatang pulak ialah ulat gonggok plastik yang kalau ditarik bawak berjalan, kakinya akan bergerak2 berirama. lepas tu ada ular bersendi2 yang boleh bergerak2 persis ular sebenar. tau ke tau ke.

PertMuffin said...

kemal!! ulau bersendi tu adalah daripada kayu ke?
dia jenis yang pegang kat ekor pastu bila diangkat dia gerak2 agak kripi dan macam ialah ulau sebenar. betul ke?

Elly Rocker said...

mengapa azat dah makih aneh? adakah kau yg ajar dia jadi laki aneh? jgn seksa mental dia bedebah!!!!

hawa yang sopan santun said...

bergurau apa maknyah!?
perangai aneh memang adalah sikap semulajadi beliau!!!
tiada kaitan dengan aku!!
*lempang eli maslin laju2*

z a t i said...

kau beli la satu berhala kepale angguk2 tu letak dlm kete.

kekwa bergetah said...

berhala angguk2 tu agak menggelikan!