May 15, 2009

Selamat Hari Guru


hi! salam jumaat..
lama aku tak update. (-_-;)
esok 16 Mei, sambutan Hari Guru. i love my cikgu-cikgi...!

Hmm.. pagi tadi dengar topik HotChat Hot.fm pasal Hari Guru.
Dj lelaki (FbI) tanya kat Dj pompuan (Suraya kot?) berapa dan siapa cikgu yang dia masih ingat?
Suraya jawab, sorang je.. tu pun disertai dengan 'kot' ?
eh?? kesian nya cikgu2 lain.. langsung tak ingat nama.

Ok la.. alang2 dah bukak topik, aku cerita pasal cikgu2 aku plak.
Aku sekolah start umur 4 tahun yakni pada tahun 1983. Sebab mak aku cikgu tadika. Tapi aku sekolah dengan mak aku 1 tahun aje. 2 tahun lagi dengan cikgu lain.
Memula2 sekali aku skolah kat TBK Sempang - Cikgu Fuzaimah (ehem! ini ialah mama saye). Lepas tu umur 5 tahun, sekolah kat TBK Balairaya Umbai. Nama cikgu ialah Puan Rokiah Hadi. Lepas tu umur 6 tahun, sekolah pula di TBK Sek. Keb. Serkam, nama cikgu ialah Puan Rokiah Jedi (dia bukan anak Jedi Starwars okkehh!! kof!! ampun cikgu!)

Lepas tu tahun 1986 masuk darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Pulai. Nama guru kelas ialah Cikgu Mat Seh. Dia ajar subjek Bahasa Malaysia. Orangnya berwajah garang dan bersuara kuat tapi sangat baik. Keretanya sangat besar dan berketung-ketung macam kereta bajak. Kofff!!!
Masuk darjah 2, guru kelas masih cikgu lelaki. Namanya ialah cikgu Khairudin. Orangnya muda tapi suka tidur dalam kelas. Aku pernah kena lempang dengan dia sebab bawak balik kertas exam English kat rumah. Gile ahh masa tu. Dia salah tanda kertas aku. Sepatutnya aku dapat 100% tapi dia cuma tulis 60lebih aje.. bila mak aku check balik, banyak yang dia salah tanda. Mak aku tulis la nota, minta dia check semula kertas tu.. Pastu dia hot! terus dia lempang aku. hehehe.. esoknya jadi kes polis. kof! tak.. tipu je.. esoknya mak aku jumpa guru besar dan cikgu Khairudin tanya hal yang sebenar. akibatnya, cikgu Khairudin tu dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah.
Cikgu zaman dulu lebih beruntung sebab mak bapak tak pandai mengadu pada media. kan? kan? kan?

Masuk darjah 3, guru kelas ialah Puan Fatimah. Dia sangat lemah lembut dan baik hati. Dia ada anak yang satu kelas dengan aku. Anak lelaki beliau tersangattttttt gemuk dan suka curi minum air + makanan orang. Geram aku!!!

Darjah 4, dapat cikgu perempuan yang muda bergetah serta sangat jelita. Namanya Miss Sharmini Kulasingham. Org singh. Cantekkk wa cakap lu!!
Dia buat bisnes namecard + sticker. Alaaa..korang penah tak dulu order namecard yang cantik2 tu? Company namecard tu kat Penang. Nanti order 10keping =RM3. Zaman tu kan tengah popiler citer 2+1 yang Imuda jadi Sam tu.. bebudak kecik yang kudus dan suka meniru drama bersiri mestilah akan terpengaruh. Jadi kami ramai2 suka order namecard kat Teacher Sharmini.
Last2 guru besau dapat tau.. Teacher Sharmini kena sound + tindakan disiplin. aaih!! kesian dia. Ah! guru besau masa tu ialah Puan Sukari Hj Dasuki. Sangat garang dan ketiting orangnya.

Masuk darjah 5, guru kelas ialah Cikgu Minhat. Orangnya kacak macam pelakon tamil MGR. Dia selalu kata asalnya dulu dia ialah orang putih (english man) , tapi bila datang malaysia naik keretapi dan terkena asap keretapi dia jadi hitam sampai sekarang. aaihh! Aku ingat masa aku darjah 5, ada sorang cikgu pompuan cina yg agak berumur, namanya Mrs. Lee. Dia ajar subject English. Garang wooo!! Dia suka bela kuku panjang kaler merah. Kalau sapa degil nanti dia tayang-tayang kuku kuitek merah tu macam nak cubit kitorang. Ngerii betul aku!! (-_-;)

Darjah 6, ambik UPSR. Nama guru kelas ialah Cikgu Mohamad Zahari. Orangnya sangat lembut, bersopan santun dan berbudi bahasa. Aku suka cikgu ini. Anak dia pun satu kelas dengan aku. Anak dia kacak, putih melepak tapi debab. Anak dia baik dan sama2 tuisyen ngan aku. Darjah 6 ada sorang cikgu Matematik yg teramat garang tak hingat! nama dia cikgu Mohd. Nor. Huhhh!!! bangsa takde maappp punya kalo ko buat salah. Dia main debik aje! tapi berkat cikgu-cikgi tu sume la kami dapat result UPSR yg sangat cemerlang!

Tahun 1992, masuk tingkatan 1. Sek. Men. Keb (A) Sharifah Rodziah.
Nama guru kelas aku ialah Ustazah Ramlah. Lembut dan sopan je. Masuk form 2, guru kelas ialah........err.....aaaa....errr..... alamak! aku tak ingat. nanti aku try recall memori usang aku. aduih! sori cikgu...!
Masuk form 3, guru kelas ialah Ustazah Rokiah. Bebudak kelas aku panggil ustazah Rocky. heiheii!~

Form 4 aku tukar sekolah, pindah dekat rumah. Sek. Men. Seri Mahkota, Umbai. Aku masuk tingkatan 4 Sains 1. Nama cikgu kelas ialah Puan Salamah. Form 5 pun dengan guru kelas yang sama. Cikgu Salamah Md Sharif kurus tinggi je orangnya. Memang macam ibu2 yang baik. Kelas pun tak ramai student. jadi kami dapat belajar dengan tenang dan penuh berkeyakinan. Ohok!!
Masa sekolah menengah, aku memang bodoh tahap sampah subjek matematik + add math. Aku penah dapat result math, 4/100 sahaje. (T_T;)
Kalau add math takyah cakap laa... 0.5/100 pun penah! dapat markah jalan aje. ohok!! hina gile kan??
Tapi masa dah nak dekat SPM tu macam insaf sikit laa.. aku ambik keputusan untuk tuisyen secara sulit. yakni, belajar sorang2 je tanpa ajak sesapa. kalau ajak member mesti aku takbleh belajar. sbb? asek bersembang. aku kan peramah! *wink!*
Aku minta tolong Datin (cikgu matematik perempuan - sangat bergaya.. kami panggil dia datin), atau nama sebenarnya ialah, Puan Salmah Abu Bakar. Dia lah yang banyak membantu aku dalam matematik sampai akhirnya SPM aku dapat A2 in maths. Syukurrrrr!

Dengan result SPM, aku layak lah masuk UTM Skudai - kos BA Sci in Industrial Design. Kat sini ramai gile cikgu yang handle kami - sbb kami ialah tikus putih (pioneer kekdahnya) untuk kos ini. PA aku, En. Abdul Muta'ali Othman. Lain2 lecturer ialah En. Kamal, Dr Dzul, En. Ahmad, En. Idris, Prof. Md Dan, encik itu, encik ini.. macam2..

Huh... ramai rupanya insan2 mulia yang telah mendidik aku sehingga aku jadi seperti sekarang ini. Terima kasih yang tidak terhingga untuk anda semua. Semoga Allah membalas jasa murni anda terhadap saya.

Aku paling tak boleh lupa, hari yang paling bersejarah sekali dalam hidup aku ialah masa hari perkahwinan aku yang pertama (hoho!) yakni pada 05.03.05 (sabtu) hampir semua guru-guru yang mengajar aku dari sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah malah lecturer2 dari UTM, datang sama-sama memeriahkan majlis perkahwinan aku. giler ah dingdong!!! macam tak caya tengok cikgu-cikgi aku. ada yang masih bergetah, ada yang dah mula uzur. Tapi apa pun, aku mmg cukup terharu sangat! terima kasih..

Cikgu.... saya sayaangggggg cikgu!!! *airmata menitis*


Bye~

8 comments:

z a t i said...

aku pun spesis tk ingt name cikgu. uhuuh.
tp aku ingt setiap kate2 dn sifat2 cikgu2 aku semua.

kire tak?

eniway..aku nak nasihat skit kt kau. lenkali kau dok la guangzhou ke, tibet ke, istanbul ke...
dekat skit aku nak g umah kau amik2 gbr adik rayyan.

dapat?

kekwa murid yg taat said...

tak boleh dikira!
kalau kau anak murid aku mesti aku sumpah ko jadi kodok!


alaaaaaa! zahe.. kau mmg suke beri harapan palsu kat aku..
takyah le beri alasan yg tak berapa nak munasarawak!
*jerling*

jiwajasa said...

selamat hari guru...

cuma nak ingatkan yang kamu pun cikgu aku gok..
(cikgu yang aku ingat namanye! yey!)

bereh boh!

PertMuffin said...

sebenarnya pada tahun 2004 kamu ialah guru saye. orang yang pertama mengajar saya memblogging secara tegar. terima kasih jasrule!!! \m/

kianyong7 said...

saya ingat la nama cikgu yang pernah memberi kesan yang mendalam in my life...kalau cikgu yang biasa tu rasa tak dapat recall pun kot....koffff.....dasar pandang sebelah....

NaniRostam said...

Assalamualaikum.... sampai sekarang akak ingat nama setiap cikgu yang mengajar akak. Kakak dulu cikgu-cikgu yang sama mengajar dari darjah satu sampai darjah enam dan bila menengah dari tingkatan satu sampai tingkatan lima.

Cikgu dulu-dulu sangat caring terhadap anak muridnya...

kekwa beracun said...

hoi yong!
kau nanti pun bakal dpt student yang sama konsep macam kau.
anda ialah lecturer yg bakal tidak dikenang sbb anda tidak memberi apa2 impak maksima (-_-;)

PertMuffin said...

w'salam kak Nani..
betul! cikgu dulu sangat caring. cikgu sekarang agak daring.
*kofff!!*


btw, thanks ya sudi singgah! (masih dalam mode tak percaya - siap cubit2 pipi sendiri)