Baru balik dari JB. penat tak hilang lagi..
Yang lebih kasihan ialah kami ber-empat demam berirama (ya! demam secara serentak dan seiring jalan).
Mula2 kakcha yang kena. Lepas tu menjangkit kepada aku dan azat dan seterusnya kepada adik rayyan.
Malam smlm lepas maghrib konon nak dapatkan rawatan. Kami pun pergi lah klinik Azim, tup2 tutup!! Lepas tu pgi plak klinik Amal. Tutup jugakkk! tensi gua! agaknya para doktor dan jururawat disitu pun demam secara berirama juga (-_-;)..
Percutian ke Jb kali ini kurang memberangsangkan kerana terdapat beberapa masalah yg tidak terkawal.
Dah la sehari sebelum balik, aku pulun siapkan kapkek kelakar ummi si menan sampai sehari suntuk tak tidur (ya!! ini padah orang yg suka buat kerja diakhir garisan. sikap yang langsung tak berubah sejak zaman studio E06! kooofff!! *batuk laju2* ). Sudahnya, kek yang aku plan nak buat utk bawak balik JB langsung tak sempat buat.. sian family JB.. aku tak bawak balik apa2 buahtangan pun. sorry gaiss!
Sabtu aku janji dengan orang nak ambik kotak cupcakes pun tak dapat. Kan hp aku kena virus, no phone org tu pun hilang.. aihh!! Pastu nak ke CSiang pun tak kesampaian. Aku call dia kata ada bukak kedai, aku datang bley tutup pulakk! ayooo amoii! mau meniaga ka tamauu?
Cuaca hujan disatu-dua tempat pun membataskan pergerakan kami.
Nasib baik azat kata hujung bulan mei nanti balik JB balik. yey!!
Disaat menaip ini pun aku asyik 'kungkang-kungkang' batuk. Dada rasa sakit dan mata macam nak terkeluar. koff!!!
Oklah, akhirkata.. enjoiss de pics!! wasalam.
Wanita cantik ini masih bernafsu untuk makan walaupun demamnya agak teruk! Dasar pencinta makanan!! *jeling*
4 comments:
tu rayyan mau solat ka? hihihihi....
solat duha kekdahnyaaa..hik!
sebenarnya adik rayyan tengah tensi sbb kena baring dalam kereta and kakcha dok atas pangku. dia tak dapat tengok luar tu yg buat mode sentapz..
kak cha duduk kat belakang tak pakai safety belt...ops...
hoi! hoi! *tekap mulut yong guna sarung tangan antiseptik*
Post a Comment