May 24, 2010

KATEGORI 2 : GIVEAWAY CIKGU AYU- TERIMA KASIH CIKGU!

hello olls...


dah lama x join contest / giveaway... sekarang nak join sbb nak support contest anjuran cik ayu idris.. hehei!




ok, ini adalah gambau yang aku perjudikan untuk kontest kali ini.. heh!



NAMA GURU DALAM GAMBAR :
Puan Salamah bt Md. Shariff

TAHUN & TEMPAT GAMBAR DIAMBIL :
1996 - Bertempat di Kelas 5Sci 1, Sekolah Menengah Seri Mahkota, Umbai Merlimau, Melaka - jamuan perpisahan form 5 masa tu..

SEBAB CIKGU NI MENJADI GURU KESAYANGAN ANDA :
ehhh....mesti lah aku sayang cikgu.. aku suka cikgu salamah sebab dia yg mula2 jadi guru kelas aku masa aku masuk sekolah nih.. 2 tahun dia jadi guru kelas kitorang, form 4 & 5. dia nih betul2 macam mak2 yg penyayang.. Dia bukan je form teacher aku, tapi coach bola jaring kitorang. mmg senang berbual dengan dia... baik student lelaki atau pun perempuan semua boleh masuk dengan dia.
kenangan yg paling tak leh lupa dengan cikgu salamah, masa aku form 4. Team kitorang Johan bola jaring kawasan merlimau (1995) so dapat duit imbuhan dari sekolah. Cikgu belanja makan KFC. masa tu dapat makan KFC tu kira mewah laaa kannn utk budak2 sekolah macam kami...
Memandangkan ramai anak dara sunti masa tu (2 group - menengah rendah + menengah atas = lebih kurang 20 org termasuk simpanan) kalau naik bas macam leceh2 aje...silap2 kena charter satu bas okeyy.. so dari bustand, cikgu sanggup jalan kaki sama2 dengan kami berpanas terik semata2 nak gerak gi KFC yang jauhnya lebih kurang 1km dari bustand tu... wahh!! poloh2 sampai mekap cair tapi cikgu tak kisah pun...
kami budak2 mmg la banyak tenaga kann.. ko suh jalan 5km pun takpe asalkan dapat makan free....hihihi...
lepas makan, cikgu ikut jugak kami jalan kaki balik ke bustand dan pastikan sume naik bas dengan selamat utk pulang kerumah masing2, then baru dia balik naik kereta yg dia parking kat bustand. gilerr terharu aku sbb kalo sesetengah cikgu yg kekwat kan harus dia drive aje terus tunggu kat KFC tu, btul tak??
anyway... terima kasih cikgu.. saya sayangggg cikgu :)







4 comments:

Hence72 said...

hi pleased to meet you

loving your blog

come pay a visit some time

mama zharfan said...

salam ziarah...good luck!!

PertMuffin said...

tQ mama zharfan & hence72 :)

AYU IDRIS said...

salam yang...gud luck ye!