July 22, 2010

Jantan Dayus! Kau memang keji..!




Hello semua..


Korang penah tak tengok kejadian gaduh suami isteri?
Ini bukan gaduh biasa tau.. ini jenis gaduh yang tumbuk menumbuk, banting membanting dan tunjal menunjal segala.. Eihh.. pendekata sebiji macam dalam drama swasta okey!

Kejadian nih berlaku dekat trafik light on de way aku nak balik rumah..

Sementara tunggu lampu hijau, tetiba ada satu kereta jenis honda kaler putih meluncur dengan laju dan membrek secara emergency bersebelahan aku (harus la brek sbb lampu merah) ..

Tetiba dengar bunyi DUNG DANG DUNG DANG dari kereta sebelah.. pastu orang yg naik moto sume dah start toleh2 kat kereta tu... Aku pun pandang la sbb nak tengok apa yg bunyi..

Nak tau apa?!

Rupanya ada sorang lelaki (badan besau okey!! and aku tuduh ini ialah suami) sedang menghentam kepala seorang perempuan (badan kecik and tak pakai tudung.. wife dia la kot) kearah tingkap kereta.. Hentam secara bertubi2 tau!! seram gile..!

Dia cekak baju perempuan tu and genggam rambut perempuan tu sambil hentak ke tingkap banyak-banyak-banyak kali..! Pastu suara dia menjerit2 marah.. tak dengar apa biji butir dia sebut sbb tingkap kereta bertutup.. tapi still boleh dengar la bunyi jerit2 tu..

Semua orang terkesima....

Ada satu kereta belakang honda tu siap bunyi2 hon lagi.. mungkin niat dia nak meleraikan pergaduhan dan penganiayaan itu.

tapi..

takde sorang pun yang tampil menghulurkan bantuan.

maksud aku, sorang pun takde yang berperikemanusiaan.... termasuk aku.

eh! harus la aku tak berani kan?? sebab kang tak pasal2 aku kena hentam sekali..

tapi masalahnya ramai gile okeyy jejantanzz atas motor tu boleh buat derk aje... maksut aku, boleh pandang aje tanpa buat apa2...

Elok lampu hijau aje, terusssssssssssssssssssssss dia berdesup macam pelesit. Tak mampu kancil aku nak mengejau nye... tak tau la apa terjadi pada perempuan lepas tu... harap2 dia tak mati.
(-_-;)


Aku gerammmmm sangat kat lelaki yg membuli perempuan!

tak kisah la bini kau memang betul2 salah ke... atau buat kau marah tahap dewa raksasa dari ruang angkasa syaitan ke... Tapi, kau ialah lelaki!! dan lelaki yang memukul wanita itu adalah seorang yang sangat-sangat-sangat DAYUS dan BANGSAT!!

masa menaip nih pun aku gigil2 menahan marah...


p/s: Orang perempuan..! kalau kau kena camnih, korang senyap aje ke...?? atau lawan balik? hmmmm....


9 comments:

zeta said...

kesiannye perempuan tu..
betul ckp u..salah camne pon..sesiapa pon xde hak nak belasah org..
Kalau i..SURE i LAWAN balik..

PertMuffin said...

memang kesian tau!
sampai sekarang terbayang2 lagi kepala dia kena hantuk2 kat cermin.. jahat gile jantan tu..

Florence M. said...

kenapa kau tak mencatit saja plet kreta jantan dayus tu dan buat repot polis?

Elly Rocker said...

adekah lelaki melaka kebykan mcmtuh? org kata, bukan bukan nk mengata

PertMuffin said...

selly : plat kereta dia ADCxxxx ...
ah! nampaknya memang orang ipoh.. *jeling*

anyway, aku akui orang melaka tak kesah la laki ke pompuan, bahasa memang kasar sikit..tapi kami takdela tahap pukul orang suka suki je..

panas baran nih benda subjektif.. bukan ikut kaum/ keturunan.. renung-renungkan dan selamat beramal..

Profesor Melati Putih.
Sabak Bernam.

mastura said...

terasa geram lepas bace entri ni... laki tak gune!

henry ennix said...

ntah2 dorang sedang mengawan ala2 sex ganas ke kakwe. *muka inesen*

Umie Ibrahim said...

eishhh geram jugakk!ada perkataan yg lbh teruk selain keji, dayus dan bangsat tak?? klu ada, tu yg aku nak label..klu aku kena, xde maknanye nak tadah...siap la..tp mslhnye ramai pempuan yg penakut..tu yg slalu jd mangsa dera/pukul.

PertMuffin said...

mastura & umisae : geram kan?? benda dah lepas 2 hari pun aku masih terasa geramnya. (buat muka geram dan melekap kat tingkap kete umi)

henry : ...........................norita samsudin kah?? (-_-;)