August 23, 2010

SuperRayyan

Memang menjadi tanggungjawab saya untuk menyelamatkan dunia.
(Rayyan, 2 tahun, Melaka)




hello..

Huwarghh... lama tak apdet. Kalo apdet pun benda merapu2 aje kan? (eh, bukan mmg konsep apdet benda merapu aje ke??)


Alhamdulillah.. kejap aje dah puasa ke 13. Rasa macam baru semalam je dengar pengumuman puasa. Esok2 dah nak raya dah..


Semalam (ahad) kitorang kesiangan.. boleh terlajak membuta sampai tak bangun sahur. waaaaaaa! (T_T) Aku anak beranak mmg jenis bangun sahur dan makan tak agak2.. tup2 bila tak bersahur, siang hari tu boleh melepek gak laa....nak2 orang lelaki paling tua dalam rumah tu. dia kalo tak sahur, ko jangan la bukak AFC cenel ke, JJCM ke, Ho Chak ke..... mmg boleh buat gaduh.. muahahahahha!!


So, siang semalam masing2 banyak terbaring dan tengok tv aje la..
Tengah tengok tv, tetiba kakcha menjerit "Ayahhh!!! ada cicak matiiiiiii!!!" sambil tunjuk2 kat lantai.


A'ah.. ada bangkai cicak yg masih fresh terjelepok kat tepi pintu bilik. Aku tengok Azat ngan kakcha dah mengelinjang kegelian.. *jeling* Nasib baik tak pijak kaki anak lagi... *jeling lagi*


Sebenarnya aku pun geli... eiihh.. geliiii okeyyy!! tapi sbb aku kan suka kontrol macho so aku pun pura2 la bertenang.. Ikutkan dalam hati aku pun nak join mengelinjang sekali dengan makhluk lagi 2 orang tu..


Tapi, dengan tak semena2, si Rayyan makhluk comel yang tak reti bercakap tu tiba2 terus lari ke dapur. Sepantas kilat dia datang semula keruang tamu dengan membawa penyapu. Yang lagi hebat, siap bawak surat khabar sekali (-_-;) .. aku pelik memula, amendeee mamat nih nak buat agaknya? Sekali siap dia bentangkan sokkabau tu atas lantai dan sapu bangkai cicak. Pastu yg lawak siap mulut dia mengomel "uuhhh aaa...uuuhh aaaaa uuuh aaaa" ntah pebenda la cakap agaknya.. Mungkin dia cuba melahirkan rasa sentap atas perlakuan orang besar disekelilingnya.. muahahahhaha!!!



Lepas settle dia sapu bangkai cicak tu dia pandang Azat "ya.. ya.... aaaa....aaaa..." (maksud : Ayah, apa lagi?? angkat laa... orang dah siap sapu dah nihh...)

(-_-;)

Azat cakap kat aku, "awak tolong le angkat.. orang geli"

Bergurau apaaaa!??? aku pun geli. Cepat2 aku pegang botol susu rayyan "Orang nak buat susu anak! bye!!" (terus lari gi dapur konon2 buat susu tapi pastu mengendap dari dapur).


Aku tengok Azat terkial2 guna hujung jari nak balut2 bangkai cicak. Sementara si rayyan muka penuh kepuasan dapat berkhidmat utk keluarga tercinta.


Terima kasih Rayyan. Awak mmg hero semalam! :D

9 comments:

Anonymous said...

pertama: kenapa selalu kau post 2 kali?

kedua : gambau memunggung ini tidak sesuai melainkan kisah hero rayyan mengambil cicak itu dengan kaedah memunggung.

ketiga: jgn jeles ngan memunggung aku!!!!

-cik anny-

Anonymous said...

kau prasan tak gambau burung sebelah kiri? seolah dia menggigit pomgom kawannya,kan?

bye~

-cik pomgom-

PertMuffin said...

bodoh jasrul!! jangan bercakap yang bukan2!!!

Florence M. said...

hahahahahah comel giler rayyan..

awe, kau mmg ibu yg penakut !!

PertMuffin said...

heii tiq!! saya bukan penakutlah! saya cuma geli aje.. huhu
(=_=;)

Florence M. said...

buktikan !

PertMuffin said...

baikk!! *ambik cicak pakai copstik terus campak dalam baju tiq*
rasakannn!!!!

sol said...

rayyan, lenkali cicak tu letak dlm baju mak ok!

kekwa, bjaya sudah anda mbuang dabel entry itu ye? tahniah!

PertMuffin said...

bukan berjaya..... tapi terpaksa gunakan tempelete zaman purba.. sebab tu nuff, shout ngan link apa sume kejadah dah takde... uuuu...uuuuu.... nangisss sangat!
(T_T)