January 25, 2011

Jakun

Helo!

Akhir2 ini sudah obses terhadap minuman ini. Air Labu Kundur atau nama mat saleh nye ialah Winter Melon drink (-_-;)

ok fine..!! memang agak jakun kerana sudah terlalu tua untuk mencuba minuman yang dah bertahun2 di jual dipasaran..

Sebab dulu aku langsung tak ada nafsu untuk mencuba minuman aneh ini berdasarkan rupaparas yang langsung tidak moden dan langsung tidak elegant.

Oleh kerana dah terpengaruh sellyrockers maka akhirnya aku cekalkan hati untuk mencuba. Sekali sedut rasa macam kelakar sebab ianya sangat wangi dan rasa macam minum perfume gitu.. koff!!

Dah 2-3 kali sedut otak aku masih gagal mencerna rasa sebenar dia.. Macam pernah rasa sebelum ini.. Sangat dejavu.... Tapi rasa apa ya?? (perasaan aneh)


Sedut lagi... dan lagi....dan sedut lagi..... Sampai habis sekotak pun masih tak dapat tangkap rasa yang aku nak terangkan pada diri sendiri.. *merasa sangat tertekan dengan kegagalan otak untuk berfungsi mengingati hal2 zaman lampau*


Semalam beli lagi.... Akhirnya berasa gembira sebab otak dah berkembang dan dah dapat tangkap apakah rasa yang aku nak gambarkan tatkala minum kali pertama tempohari..


Yaaaa!! Rasa macam makan buah ini...

Tau apa tak?

Iniii!!!
Buah ceri kampung. Pernah makan tak? Dulu kecik2 memang suka makan buah ceri ini. Sampai tahap berebut dengan burung unggas dan mergastua (tipu... koff!!!). Buah ceri ini ada satu rasa manis dan wangi yang sama taraf dengan perasaan minum air labu kundur Yeos.
Tak caya sila cuba.


Bye! (berasa gembira sbb otak masih berfungsi dengan baik) :D



10 comments:

kucingorengemok said...

air kotak pilihan aku kalau takde teh bunga

PertMuffin said...

oh! nampaknya memang dah ramai peminat labu kundur *merasa kecewa sbb ketinggalan zaman*
tapi mmg sedap kan kog? :D

Put E said...

kakwe, mmg air ini sedap.. air ini juga merupakan herba org cina yang boleh menyejukkan badan seperti kata mak aku la..kalau kakwe pergi kedai cina, mmg ade jual yang dia rebus dalam periuk tembikar.. siap taruk telur rebus.. heaven sebab lagi pekat dari yang Yeos..Tp sebab family aku agak sangsi dgn hasil kerjatangan cina (tahap mengata bangsa sendiri), maka buat sendiri lagi double heaven.

Sekian yang melaporkan,
Aku-yg-kau-nobat-ratu-makan-apa-saja.

PertMuffin said...

oh ???? apakah maksud merebus dengan telur rebus?? sila la beri resepi aneh itu.. aku pun teringin la nak buat...

miss sue said...

never late then never =P
kikiki..sue suke gile ngan air ni..unik gile rase die kan..tapi biase minum yg kotak..lagi sedap!

PertMuffin said...

hehehe... akak pun minum yg kotak.. saje gimik letak gambau tin. huhu!

kianyong7 said...

hahaha...buah ceri kampung yang saya pernah makan jugak masa kecik... memang sedap kalau warna yang merah gelap!

z a t i said...

first time minum kundur ni aku siap fikir napa dia rasa ayam bakar yg diperah lalu dijadikan air sejuk. kau tkde rasa elemen bakar2 ke time minum ni?

PertMuffin said...

yong : kau selalu berebut dengan burung tak?

PertMuffin said...

zati : ada elemen karbon ke dalam minuman tu? nanti aku beli balik semula petang nih... kena CSI nih
*muka serius*