Korang penah dengau tak pasal century egg atau telur padi? Nama telur padi tu sbb nya diperam dengan lumpur dan sekam padi. Antara yang biasa dibuat telur padi ni adalah telur ayam, itik dan puyuh. Tapi paling popiler adalah itik la kot..
Dulu kan..... aku mati2 ingat telur nih di peram 1000 tahun lepas sebelum masihi dan kemudian baru diguna pada zaman ini.. Ala2 atok nenek zaman dulu peram untuk kegunaan cucu cicit dimasa hadapan. Koff!! (-_-;)
Rupanya tak... *berasa lega*
Kalau dilihat dari lahiriah rupa paras telur padi ini boleh lah dituduh sebagai keturunan Dayang Senandung sebab ianya hitam longot dan sangat hodoh.
Tak kenal , maka tak cinta... .maka sekarang marilah berkenalan..
Berikut adalah keadaan masih bersalut lumpur dan sekam padi.
Ini adalah rupa paras selepas proses pembersihan diri..
Aku teguk2 liur 2-3 kali... nak makan keeee....nak buang? (-_-;)
Orang kata telur nih boleh dimakan mentah, yakni kupas terus makan. Tapi tekak eksotik aku nih tetiba jadi krem plak nak makan secara mentah.
Lalu aku ambik keputusan untuk dibuat goreng kicap bersama bawang dan cili padi. Kicap tu sebenarnya memainkan peranan menipu otak aku bahawa telur ini sebenarnya putih suci tapi dah bertukar hitam sbb terkena kicap. Koff!!
Makan dengan nasi panas...
Keputusan citarasa?
Ok, not bad.
Tapi aku tak galakkan untuk bukan pencinta makanan mencuba makanan ini.
Sebab?
Aku yang ratu makan ini pun, gagal menghabiskan seketul secara sempurna.
(sebenarnya kicap dah gagal menipu minda aku tentang warna sebenar objek ini)
fine!
Bye~
11 comments:
Hehe....Dah rasa pengalaman itew...Tekak ku jugak tak bleh terima.. =)
bahagian jelly tu ku boleh makan acik, tapi bahagian yolk tu memang tak boleh nak telan... terbayang macam lumpur... (T_T)
sudahnya ku ambik isi jelly tu aje buat masak bubur nasi then yolk dia semua buang..
ni yang bau tak boleh ampun tu ye?
eh, eh, selamat menyuri rumah! :)
Oh kakwe..rugilah kamu. saya memang suke telur dayung senandung ni! haha
kog : aha, aku ada baca dalam blog2 lain katanya telur nih bau macam kencing kuda
(-_-;) tapi hakikatnya, telur nih takde berbau aneh la.. macam bau telur biasa aje.. aku rasa hazab lagi bau telur pindang atau telur herbal tu..
tiq : kau makan begitu sahaja atau masak lauk2 tertentu ?
Kakwe - sungguh enak dimakan begitu saja, tapi lagi sedap campur ngan kicap..kekekeke
ni boleh dikategori telur 'fear factor' ler nih..hehe
x rela nk mkn...huhuhu...
tertipu jugak..ingat betul2 1000thn..haha..emm...ape ah rasenye an..mcm nak rase..mcm x sanggup..ade jual kat mane ek?
neway, bw here n folo..sudi folo blik:)
zainab : nk makan boleh, tapi bayangkan macam makan cincau. hehehe
jiwemuda : haha! tu la kan? ingat peram sampai 1000 tahun.! ciss.. anyway, kat mana2 pasaraya ada, cari kat bhgn telur
Post a Comment