November 30, 2011

HABISSSSS BARANG AKU!!!




Sejak tengok citer LIBAS arituh dedua beradik nih gile main takraw perhiasan aku!! siap plak cocok2 bola tu dengan straw kengkonon buat bola takraw berapi!
arghhh!! tak abis penat rupanya jadi surirumah berkejaya nih kan?! *nangis laju2*

November 28, 2011

Juadah Hari Lahir Yang Membunuh (T_T)


Hello uols..


26hb November lepas adalah hari lahir kakcha yang ke 6 tahun.. oh! kejapnya dah 6 tahun kan? ton depan dah masuk darjah 1 dah... dan yang paling best dia masuk sekolah lama aku, Sek. Keb. Pulai, Merlimau Melake. Cikgu2 yg mengajar aku dulu entah wujud lagi ke tak agaknya kat situ... :|



besday girl, Yang Nuralissa bte Azat. sengaja tepek gambar dia 2 tahun lepas sebab masa nih masih ada senyuman yang disinari gigi putih berseri. kalo tepek gambau sekarang dengan gigi yang sememeh dan penuh plak serta plankton2 segala, harus semua tak berselera! (-_-;)

Ekceli masa last day dia kat pra skola arituh aku dah buatkan prebirthday party. Dia mintak kek barbie lagi.. so aku buatkan la.

Untuk upacara hari lahir sebenar pulak aku tak sempat buat apa2 sebab teramat sibuk dengan kek kastemer yang melangsungkan wedding sempena coti sekolah...
Hari nih la baru sempat nak celebrate bagai... dia asyik komplen dan pura2 sentap aku tak buatkan dia kek untuk besday kat rumah. hah! ambik ko nak, ibu buat 3 terus!



atas kiri : pavlova kelakar
atas kanan : red velvet cake pemalas
bawah : bread pudding with sos kastad


Bread Pudding with Custard sos

resepi dari sini



Red velvet cake pemalas
(malas tak hingat nak mendeco, tahap curah je terus sume toping atas kek pastu tepek2 stoberi sudeh!)

resepi tiru sini ye!


Pavlova kelakar!

ini memang sedap walaupun manis yakmat tahap lepas makan boleh terus kena kencing manis (ok tipu! makan berpada2 sudah la..) tapi rasa manis tu sangat balance dengan buah2 yang masam mcm storberi dan beri2 yang lain. lagi masam buah tu lagi best sbb mmg pavlova nih adalah amat manis.

resepi memang mudah sangat..
tapi kena buat dengan teknik yang btul sebab dia agak sensitif. telur putih takleh kena air, takleh kena telur kuning, pastu pukul kena sampai bertanduk bagai..
masa proses membakar pun leceh... suhu kena betul, masa kena betul.. kalau tak dia cacat walaupun masih sedap dimakan.


resepi ikut dari sini :


RESEPI PAVLOVA

bahan2nye:
Putih telur -4 biji
Gula castor - 3/4 cawan
Tepung jagung - 1 sudu
2sudu teh vanila essence
Cuka - 1 sudu

CARA-CARA:
Preheat oven and Line dulang ketuhar dengan foil. Berus dengan mentega cair dan dustkan dengan tepung jagung.Tanda bulatan bergaris pusat 24cm-kerajang.~ikut suka nk wat bsr mane pavlova tu...sy buat mini pavlova je..

1) Pukul telur putih sampai kembang & menjadi soft peak form.
2) Terus pukul, dan masukkan gula kastor sedikit demi sedikit,1 tbsp at the time,beating well after each addition, sehingga adunan meringue menjadi tebal dan berkilat dan gula dissolved. Gosok meringue sedikit antara jari. Jika masih terasa gula, continue beating sehingga gula dissolved.Tambah tpg jagung, cuka dan vanila dan pukul till just combine(jgn lama sgt).
3) Bentukkannya adunan meringue di atas loyang(sy pipekan gune nozzle no 9) dan bakar pada suhu 130 darjah celcius selama 1hr ...biarkan pavlova sejuk didlm oven selama 1jam dgn pintu oven sedikit terbuka...

300ml thickened cream~brand paul's...
2 tbs icing sugar mixture, sifted
Menggunakan pengadun elektrik untuk pukul krim dan gula aising di dalam mangkuk sederhana sehingga jd soft peak~means die da b'tanduk,trus stop...kalu tak nnti die akan deflate..
Tuangkan thicked cream diatas pavlova dan hiaskan dengan buah-buahan.
(sebab aku malas, aku pakai whipp cream tin tu je lah! hahahaii!~)


ok lah adik2... cemana? terhibur? (soalan tak berkaitan)
kalau nak makanan yang tak berapa nak berkhasiat seperti ini dihari lahir kau, sila lah jadi anak aku. kalau tak nak pun takpe, boleh suruh mak korang buatkan. itu untuk kanak2 sajalah! kalau kau dah berusia seperti aku, buat sendiri ok!!

bye!





November 17, 2011

Entry Malas-malas..

Lamaaaaa gilaaaa tak bawak budak2 berpoya2...
bz sangat.

Nak berjalan2 pun susah sket walaupun namanya dah surirumah sepenuh masa. tapi bz mengalahkan YB kampung dusun. First time aku buat kek keme (kek customer - versi rayyan) sampai demam2. Fuh!

Lissa dah nak abih sekolah. Insya'allah tahun depan dah naik sekolah rendah. Lissa akan masuk darjah 1 kat sekolah rendah aku, Sek. Keb. Pulai.. Wah! tak sabau nih..! Aku pulak yang eksaited. List barang dan yuran sume dah keluar. Untuk budak darjah 1, duit buku, yuran debak debuk apa sume dalam Rm1oo la.. tak masuk baju & kasut lagi. Oh! tak masuk sekolah agama lagi tu... Banyak gak nak pakai duit rupanya kan..... masa zaman aku sekolah dulu tak pikir pun mak bapak aku pening kepala ke tak pikir cari duit setiap kali anak2 nak masuk sekolah.. sekarang dah ada anak2 sendiri, hah! merasa!


Arituh plan konon nak gi USS lagi bulan depan.. tapi fikirkan si kaknam Lissa tu semedang kena asma kalo bawak jalan jauh, maka aku terpaksa la batalkan niat sementara waktu.

Tapi.............................aku kemaruk nak bercuti nih!

ok la. malas nak taip. bai!!


November 08, 2011

DEMAM TUTTI FRUTTI

hello olls..


Akhirnya demam TUTTI FRUTTI berakhir jua setelah kami semua berangkat pulang ke Melaka .. gile kauuu dok JB 3 hari je tapi tetiap hari rasa nak pekena semangkuk.

Memang best la kan TF nih... tapi ambik kena kawal nafsu laa... kalo tak mesti makan dengan perasaan sebak sebab ko ambik mahal daripada orang lain.. hehe!~


Sume orang ada citarasa yang berlainan, tapi macam aku... aku suka mix 2 flavour. 1 manis, 1 lagi mesti masam. Yang biasanya aku ambik masam tu ofkos la original flavour (yogurt) atau mix berries. Tang manis plak aku suka vanilla atau coklat atau royal red velvet...paling bes red velvet la! Topping feveret aku plak peach / longan / magic ball pink. Last kopek mesti tabur oreo + herseys choc shell. Mantapss!! Percayalah kata ku, kau tidak akan menyesal....


Ok, untuk penduduk negeri Melaka Maju 2010 (ya! skrg dah 2011 okey!) tapi masih belum berjaya menikmati Tutti Frutti di sini, don't worry okey.... dengar citer tak lama lagi diorang nak bukak kat Bukit Beruang (area MMU). Yeahh!!!

sapa2 yang belum LIKE, sila LIKE.. mana la tau dapat semangkuk free TF lak nanti kannnn?




ok gay (sebenarnya nak tulis guys) enjois la gambar2 keluarga berjimba di Tutti Frutti Taman Molek, JB.





mana ada buah peach & longan tu aku punya lah tu.. hii....






feeling manje.. kofff!!!



kelaassszz tau date sambil ber tutti..



dah anak2! cepat balik!!!


sekian lah.. tata olss!


November 03, 2011

Lempeng Lempang


Musim2 hujan nih makanan paling best sekali adalah LEMPANG! eh salah.. LEMPENG! (matila masuk neraka kalo bagi suami makan pelempang secara tetiba kan?? koff!!)
Haaa... lempeng memang kaw sangat pekena dengan sambal tumis udang bertelur. Maksud ai, udang campur telur ayam la.. bukan telur udang.. jenuh ko nak korek tulang belakang udang sampai ke otaknya semata2 nak kumpul telur udang kan?? *cakap bohong*


Dinner malam nih pekena lempeng je. Resepi aku adjust sikit dari blog encik Mat Gebu.. marilah belajar Lempeng Lempang Kelapa Bersama Sambal Ikan Bilis Kelakar.


LEMPENG LEMPANG

1 cawan tepung
1 cawan kelapa parut
1 sudu baking powder
Garam dan air secukupnya

Cara : Campur semua, kacau sebati. Panaskan kuali leper sampai betul2 panas, tapi jangan sampai rumah kau terbakar pula ya! then slowkan api. Ambil adunan sesenduk2 dan masak la seperti biasa (perlu ke aku ajar begitu terperinci? *jeling*)


SAMBAL BILIS KELAKAR

1 cawan ikan bilis (goreng dan ketepikan)
1 cawan ciliboh (blend cili dengan bawang, halia, belacan dan garlic siap2 ya!)
1 biji telur ayam
sedikit asam jawa, garam, gula sesedap rasa.

Cara : Tumis cili blend sampai garing, masukkan air asam jawa, gula, garam dan telur. Kacau rata dan masukkan ikan bilis yg dah goreng tadi. Kalau kering sangat boleh tambah air sikit.



Licinnnnnnnnnnnnnnnnn!!~ Brup! Alhamdulillah.



bye!


NASI GUNTING


Dah lama teringin nak makan nasi gunting.. Khabau nya kat Melaka je ada nasi gunting. Puas aku pikir apekebendenye Nasi Gunting tu kan? Masak dengan gunting ke? Rendam daging dalam gunting ke? Lembu yang disembelih dengan gunting ke? Kofff!! (-_-;)

Rupanya adalah nasi putih yang dihidang dengan telur asin, timun, cili hijau dan daging masak gulai asam yang digunting2 dengan menggunakan gunting dengan kuah khas (tak pasti rasa sebenar dia, mcm kuah cili pedas2 masam *tengok kat celah telur asin tu)

Rasa dia ok-ok la... takde la tahap kau harus bergolok bergadai nak datang Melaka semata2 nak menikmatinya kan..... Buat kat rumah pun boleh.. time mak ko masak asam pedas daging, ambik je gunting, kerat2 la daging tu dan makan la bersama nasi putih, telo asin dan timun serta cili hijau.. jadik laa kan buat hilang kempunan.. hehei!


Anyway, sesapa yang mengidam nak makan Nasi Gunting Original, silalah ke Pasar Besar Melaka, bersebelahan stesyen bas Melaka Sentral. Tingkat 2, bahagian makanan halal (wing kiri) - cari kedai Hj. Awal. Harga sepinggan adalah RM4.50 saje.

bye!








November 02, 2011

PENAT SANGAT LAA!




Sejak aku pindah rumah sekarang Rayyan adalah makhluk paling rapat dengan aku. Sikit2, Bo (ibu), sikit2 Bo...

Memang dah masuk umur 3 tahun tapi biji butir perkataan yg dia reti sebut adalah terhad dan tak berapa nak jelas. Lagi satu, aku rasa dia pelat + pemalu dan faktor ini la yg menyebabkan dia kurang bercakap walaupun dah menginjak remaja. koff..~

Satu yang aku paling suka dia nih adalah amat rajin menolong walaupun kadang2 ada malas bila sampai angin puspus dia...

Gambar nih aku ketik masa dia tertidur kepenatan selepas tolong aku packing muffin berkoyan2. Aku upah Lissa RM5 tu pun dia dah bersyukur dan gembira sgt sbb duit tabung bertambah. Tapi budak nih cakap "aye nyak! aye nga keci bo!" (rayyan taknak, rayyan nak kfc la bu). Hoihh!! Tak padan yang tak reti bercakap, tapi demand okeh!! KFC lagi mahal dr RM5 tau! (T_T)


p/s: Sebelum ada orang2 meroyan cakap aku dera anak, baik la aku tegaskan disini, aku bukan la kerah tenaga anak2 aku secara melampau tahap buruh kasar ya. Bukan banyak pun diorang buat... takat 4-5 biji je.. pastu lari tengok tv. Aku saja suka2 kasi diorang tolong secara tak langsung menerapkan suasana bergotong royong dan rajin bekerja. *peace!*


bye!


1st Cheque From Nuffy



Setelah bertahun2 berblogging bagai, hari nih baru 1st time dapat cek dari nuff. hehei! syukur alhamdulillah.. thanks Nuffnang, thanks readers Pertmuffin & Pertmuffins semua.

muahhhs!



November 01, 2011

COOKIES, HUJAN DAN MUSIM ORANG KAWIN


Hello olls..

2-3 menjak nih asek hujan je kan? kalo sesapa yang ada plan buat keja kawin time2 camnih harus lah kecik besau kecik besau je hati... berdebau2 je rasa takut time sanding hujan hebat, takut tetamu tak datang, takut nasi mentah,... macam2 lah...


Semalam ada customer datang order cake utk wedding. Lepak2 umah aku sambil sembang2 pasal majlis dia. Kesian betul dengar citer dia kena tipu dengan pak handam vapok lahanet. Dah la rembat duit kastemer, tup2 lagi sebulan orang tu nak kawin dia pun bungkus kedai, lari ntah ke mana. Pastu terjumpa mak handam lahabau pulak.... belum confirm + fitting baju, tak sampai 24 jam pun bagi deposit, pengantin nak kensel sebab tak puas hati dengan servis dia, dia boleh mengamuk maki2 kastemer & taknak return duit kastemer balik. Aiyooo!!! agak2 la kak oii kalau nak meniaga. Dah la cas sampai RM3.5k, tapi baju pengantin dia zaman mak aku kawin punya fesyen (ada ke fesyen baju pengantin dah le tak kelasss... main lambak2 atas lantai tak bersusun, siap kuning2 asai bagai), dengan kasut matching takde, tudung matching takde, sume pengantin kena sediakan sendiri... siap paksa lagi tu kastemer ambik laki dia jadi wedding photog. Bongoks sangat!! Apa punya papa kedana la buat bisnes tak bagus tapi ada hati caras duit riban2.. Makan duit haram kak oihh!!! Pastu dia siap msg pengantin tu, "kalau taknak ambik servis mak andam takpe, tapi awak kena pegi kensel kameramen awak sekarang pastu ambik laki saya jadi kameraman awak. Duit deposit tu, kira deposit utk photografi" Ehhh berape punya musibat la ini orang!!
Hati2 ya adik2 pengantin!! jangan sampai terkena orang2 jahat yang mengambil kesempatan terhadap orang lain.

Kesian jugak aku kastemer aku tu... Nasib baik la diorang (bakal bride & groom) nih sepasangan yang tabah. Azat suh diaorang report polis je... Tapi aku fikir2 balik, betul gak apa yg adik tu cakap..Dia kata "saya bukan taknak buat report kak... tapi kitorang nih nak kawin... takut jugak kalo kita buat report diorang sakit hati, pastu nanti buat benda yang bukan2... taknak la majlis rosak... apa2 hal settle kan majlis dulu... kemudian baru ambik tindakan..."

Hmm! betul! Pasal kawin mawin nih memang kena jaga habis.... Sume pantang larang kena la ikut... walaupun ada yang kadang2 kita fikir "ntah hape2 punya pantang derr!", as long as tak melanggar hukum syarak dan merbahaya pada diri sendiri dan orang ramai, korang ikut haje lahhh...


Baiklah... membebel panjang pula.. hari nih aku berkongsi resepi Fruity Choc Chips Cookies. Ok, itu nama gedik.. nama betul resepi nih, Biskut Coklat Cips Berblekkarent Kelakar
(-_-;) *fine, memang keji namanya tapi rasanya sedap!*

Resepi :

1 cawan butter
1 cawan brown sugar
1/2 cawan gula kastor
1 cawan tepung jagung/kastad
2 cawan tepung gandum
2 sudu dark cocoa
1 biji telur
1 sudu esen vanilla
1 cawan coklat chips
1 cawan badam cincang
1/2 cawan blackcurrant (kismis hitam pun boleh je!)

Cara :

Pukul butter, gula, telur, koko, esen. Masuk tepung jagung, kacau lagi. Last masuk tepung gandum dan uli sesedap rasa. Last masukkan coklat chips, badam, blekkaren. Gaul rata (uli tangan sudeh!). Letak sesudu2 atas dulang & bakar pada suhu 180deg selama 15~20mins. Lepas masak sejukkan dan ngap! sangat rangup & rapuh. Best!!

p/s : adunan dia adalah lembut dan melekat2 di tangan. tak macam biskut makcik2 zaman dulu yakni tepung kena bersih dan tak melekat dia tangan & mangkuk. Dont worry, biskut nih tak lembik, dia kena angin (lepas bakar) otomatik dia mengeras & rangup..



situasi dalam mangkuk pengadunan


situasi dalam kebuk pembakaran



situasi semasa proses penyejukan

situasi sedia di baham!

makan sambil tengok masterchef malaysia. Neskepe O Azat punya, Nescafe ipo white coffee aku punya. Mabeles! bye!!



nota kaki : 2-3 hari sebelum aku kawin adalah hujan. Time majlis aku, bangun pagi2 mak aku terus campak baju tido aku atas bumbung. halau hujan katanye. hahahahaii!~ macam bomoh hujan daaa makcik zemah tu! Tapi, Alhamdulillah majlis aku berlangsung dengan suasana harmoni, cerah berangin dan aman damai tanpa sebarang rusuhan. Amin ya Allah.
(^_^)