Sejak aku pindah rumah sekarang Rayyan adalah makhluk paling rapat dengan aku. Sikit2, Bo (ibu), sikit2 Bo...
Memang dah masuk umur 3 tahun tapi biji butir perkataan yg dia reti sebut adalah terhad dan tak berapa nak jelas. Lagi satu, aku rasa dia pelat + pemalu dan faktor ini la yg menyebabkan dia kurang bercakap walaupun dah menginjak remaja. koff..~
Satu yang aku paling suka dia nih adalah amat rajin menolong walaupun kadang2 ada malas bila sampai angin puspus dia...
Gambar nih aku ketik masa dia tertidur kepenatan selepas tolong aku packing muffin berkoyan2. Aku upah Lissa RM5 tu pun dia dah bersyukur dan gembira sgt sbb duit tabung bertambah. Tapi budak nih cakap "aye nyak! aye nga keci bo!" (rayyan taknak, rayyan nak kfc la bu). Hoihh!! Tak padan yang tak reti bercakap, tapi demand okeh!! KFC lagi mahal dr RM5 tau! (T_T)
p/s: Sebelum ada orang2 meroyan cakap aku dera anak, baik la aku tegaskan disini, aku bukan la kerah tenaga anak2 aku secara melampau tahap buruh kasar ya. Bukan banyak pun diorang buat... takat 4-5 biji je.. pastu lari tengok tv. Aku saja suka2 kasi diorang tolong secara tak langsung menerapkan suasana bergotong royong dan rajin bekerja. *peace!*
bye!
2 comments:
sabarlah adik rayyan.dunia mmg kejam dan penuh manipulasi *menjeling2
bergurau apa?!!! *tampar guru besau sek keb gerik*
Post a Comment