November 28, 2011

Juadah Hari Lahir Yang Membunuh (T_T)


Hello uols..


26hb November lepas adalah hari lahir kakcha yang ke 6 tahun.. oh! kejapnya dah 6 tahun kan? ton depan dah masuk darjah 1 dah... dan yang paling best dia masuk sekolah lama aku, Sek. Keb. Pulai, Merlimau Melake. Cikgu2 yg mengajar aku dulu entah wujud lagi ke tak agaknya kat situ... :|



besday girl, Yang Nuralissa bte Azat. sengaja tepek gambar dia 2 tahun lepas sebab masa nih masih ada senyuman yang disinari gigi putih berseri. kalo tepek gambau sekarang dengan gigi yang sememeh dan penuh plak serta plankton2 segala, harus semua tak berselera! (-_-;)

Ekceli masa last day dia kat pra skola arituh aku dah buatkan prebirthday party. Dia mintak kek barbie lagi.. so aku buatkan la.

Untuk upacara hari lahir sebenar pulak aku tak sempat buat apa2 sebab teramat sibuk dengan kek kastemer yang melangsungkan wedding sempena coti sekolah...
Hari nih la baru sempat nak celebrate bagai... dia asyik komplen dan pura2 sentap aku tak buatkan dia kek untuk besday kat rumah. hah! ambik ko nak, ibu buat 3 terus!



atas kiri : pavlova kelakar
atas kanan : red velvet cake pemalas
bawah : bread pudding with sos kastad


Bread Pudding with Custard sos

resepi dari sini



Red velvet cake pemalas
(malas tak hingat nak mendeco, tahap curah je terus sume toping atas kek pastu tepek2 stoberi sudeh!)

resepi tiru sini ye!


Pavlova kelakar!

ini memang sedap walaupun manis yakmat tahap lepas makan boleh terus kena kencing manis (ok tipu! makan berpada2 sudah la..) tapi rasa manis tu sangat balance dengan buah2 yang masam mcm storberi dan beri2 yang lain. lagi masam buah tu lagi best sbb mmg pavlova nih adalah amat manis.

resepi memang mudah sangat..
tapi kena buat dengan teknik yang btul sebab dia agak sensitif. telur putih takleh kena air, takleh kena telur kuning, pastu pukul kena sampai bertanduk bagai..
masa proses membakar pun leceh... suhu kena betul, masa kena betul.. kalau tak dia cacat walaupun masih sedap dimakan.


resepi ikut dari sini :


RESEPI PAVLOVA

bahan2nye:
Putih telur -4 biji
Gula castor - 3/4 cawan
Tepung jagung - 1 sudu
2sudu teh vanila essence
Cuka - 1 sudu

CARA-CARA:
Preheat oven and Line dulang ketuhar dengan foil. Berus dengan mentega cair dan dustkan dengan tepung jagung.Tanda bulatan bergaris pusat 24cm-kerajang.~ikut suka nk wat bsr mane pavlova tu...sy buat mini pavlova je..

1) Pukul telur putih sampai kembang & menjadi soft peak form.
2) Terus pukul, dan masukkan gula kastor sedikit demi sedikit,1 tbsp at the time,beating well after each addition, sehingga adunan meringue menjadi tebal dan berkilat dan gula dissolved. Gosok meringue sedikit antara jari. Jika masih terasa gula, continue beating sehingga gula dissolved.Tambah tpg jagung, cuka dan vanila dan pukul till just combine(jgn lama sgt).
3) Bentukkannya adunan meringue di atas loyang(sy pipekan gune nozzle no 9) dan bakar pada suhu 130 darjah celcius selama 1hr ...biarkan pavlova sejuk didlm oven selama 1jam dgn pintu oven sedikit terbuka...

300ml thickened cream~brand paul's...
2 tbs icing sugar mixture, sifted
Menggunakan pengadun elektrik untuk pukul krim dan gula aising di dalam mangkuk sederhana sehingga jd soft peak~means die da b'tanduk,trus stop...kalu tak nnti die akan deflate..
Tuangkan thicked cream diatas pavlova dan hiaskan dengan buah-buahan.
(sebab aku malas, aku pakai whipp cream tin tu je lah! hahahaii!~)


ok lah adik2... cemana? terhibur? (soalan tak berkaitan)
kalau nak makanan yang tak berapa nak berkhasiat seperti ini dihari lahir kau, sila lah jadi anak aku. kalau tak nak pun takpe, boleh suruh mak korang buatkan. itu untuk kanak2 sajalah! kalau kau dah berusia seperti aku, buat sendiri ok!!

bye!





No comments: