January 25, 2012

CREAMPUFF KELAKAR


Artikel ini memang menyentuh hati nurani aku. hahahahaii!~
Like sejuta kali!

Oleh itu, marilah... kali ini aku nak berkongsi resepi creampuff yg gedik. Ekceli sebelum nih pernah jugak la buat creampuff tapi versi biasa2 je.. ala2 kat pasau malam pun boleh dapat kenn? tapi sejak tengok masterchef malaysia arituh, yg si chef joe ada ajar dalam kelas masakan terus aku teruja.. cantik gebu creampuff dia...
.
Untuk resepi, aku ikut bulat ajaran puan Yani dari Myresepi. Siap ada detail proses pembuatan dia lagi... cuma bagi orang tamak haloba macam aku nih, aku telah mendabelkan kandungan bahan2 tersebut..

resepi Creampuff
(setelah di ejas):

200ml air
90g butter (suhu bilik)
120g tepung gandum- diayak
4 biji telur(100g)
p/s: ai telah guna butter Lurpak untuk kepuasan maksimum. tengkiu kucingorencantik & ciklurpak kerana telah mempromot butter ini kepada semua orang..


cara bergambar sila kelik sini


wajah sebelum di bakar


wajah dalam kebuk pembakaran


wajah setelah selamat dibakar


objek yg dipergunakan untuk hiasan
- instant custard (kalau rajin boleh godak sendiri tepung kastad)
- anggur atau apa2 buah yg disukai
- whipped cream


kopak sikit permukaan atas creampuff, picitkan adunan kastad (ah ya, kalo guna instant custard mmg amat mudah sbb kau cuma perlu bancuh dengan air panas saje)


picitkan pula whipped cream


letak anggur dan katup balik creampuff tadi


untuk tahap kepuasan secara melampau bolehlah kau picitkan chocolate ganache atau tahap malas, guna choki-choki pun boleh!


selamat men-nigella-kan diri! muahh!

love,
hawa


Hotel MaharajaLawak


kaknam : Bila ibu nak belanja icha ngan adik makan kat Hotel Maharaja lawak??
maknam : ngaa?? hotel apa tu?

(dalam kepala kotak terbayang begini)



kaknam : hmm... hotel yang ada maharaja lawak la.. takkan tak tahu?
maknam : serius tak tau. kat melaka ke jb??
kaknam : tu lah! *tunjuk kanan*










ohhhh...... baru ibu faham (T_T)


January 14, 2012

Apalahhh!!!


Aih! bangun2 konon nak buat brekfes burger utk anak2..... pagi2 dah panas hati dengan rupa paras terbaru burger ramli ini! patut la arituh ada baca sapa ntah ckp jangan beli burger ramli sbb mahal nak mamps.... ini bukan takat mahal je! nipis yakmat! nasib baik lah rasa menten sedap lagi kan...?


ok, tahap ketebalan jari aku adalah runcing walaupun mempunyai saiz badan yang gemuk. jadi, kau tengok gambar ini adalah mesti faham betapa nipis nya daging burger itu!
Hoh! sama tebal dengan 2 keping duit 50sen je kot!!



Dulu aku rasa 2 keping lapisan burger ini menyamai tahap ketebalan sekeping daging burger sahaja! Jadi kalau sekarang 6 keping dalam sebungkus (RM4.90) sebenarnya hanyalah sama dengan 3 keping saja pada zaman dahulu, jadi ini adalah keji!! Jadi aku adalah marah sangat!! Jadi, ini tak boleh jadi!!! *meroyan tarik2 rambut*




Syarikat ramly sila tukar sajalah gambar muka depan daging burger ini! cuihhhh!!!



January 09, 2012

BROWNIES



Hello ols...


Ok, lama x kongsi resepi... hari nih aku nak kongsi resepi yang sangat sedap dan mudah. kalau si pemalas mcm aku boleh buat, si rajin seperti kamu harus boleh!! Nak buat brownies nih tak payah masak2 kek bagai.... kamu cuma perlu guna lebihan kek coklat yang tak habis saja.... Resepi yang sama macam buat popcakes cuma rupa paras dia je yang berubah plus tambah roasted almond untuk buat dia jadi lebih sedap...


Brownies kelakar

Bahan :

- 1/2kg Kek Coklat
- 1 cup Badam panggang
- 1 cup Cream Cheese atau Buttercream (sebagai agen pengikat)
- Coklat Masakan/ Compound
(sila guna brand yang sedap spt Herseys / Beryls / Van Houten utk kepuasan maksimum. kalau pakai cokia haruslah rasanya agak cokia juga)
- Clingwrap/apa2 plastik pun boleh

Cara :

Dalam sebuah mangkuk besar, ramas kek coklat sampai hancur. Masukkan creamcheese/buttercream bersama2 badam panggang dan gaulkan rata. Letakkan adunan tersebut atas cling wrap/plastik, padatkan adunan tersebut dan bentukkan ikut suka. ku buat bentuk empatsegi leper saja.. Kemudian, letakkannya di atas dulang atau loyang.

Cairkan coklat masakan/compound secara double boil atau oven 100*cel selama 10 min. Curahkan terus atas adunan tadi. Sejukkan secara semulajadi - maksudnya guna kipas je.. tak payah masuk fridge supaya senang nak potong.

Siap :)


notakaki : badam boleh ganti dengan objek lain spt mix fruits, choc chips, cranberries dll.



January 07, 2012

4 Hari Mencari Suami

*Matila tajuk posting macam hamlau.. kih kih kih!!


Hello ols..

Dah 3 hari dok rumah dengan anak2 tanpa Azat.... bosan tahap maksimum.. huwargh!! lantak la orang nak kata aku mellow ke apa, yang pasti memang aku bosan kalo Azat takde :(


Ekceli laki aku emergency kena balik JB sbb bapa mertua aku tak berapa sihat. Aku & bebudak aneh nih sume tak dapat ikut sbb Lissa baru start sekolah, mengada2 la pulak khennn baru sekolah sehari dah nak coti2 bagai... jadi terpaksa la aku handle budak2 nih sengsorang dari khamis arituh sampai la ahad nih... ehe, 4 hari je pun...tapi rasa macam pat tahun tauu!! Aku memang jenis kelam kabut sikit kalo Azat takde (kalau dia ada pun aku memang kelam kabut hihihi.....). Sebab aku nih kan banyak nau keja nak dibuat... so kalo takde orang nak tolong tengokkan anak2 memang aku serabut sikit...


Aku ingat lagi.... sikit hari dulu aku ada gaduh2 manja la dengan sorang awek nih... sbb nye aku terkomen yang sikit lebih kurang mcm nih la "anda takkan cool tanpa suami di sisi"... aku komen tu masa dia tulis kat status something like yang dia tak perlukan suami (kot??) sbb dia boleh survive sorang2 katanya...


Yang aku nih pulak begitu jujur, ikhlas dan tawaduk komen dari konteks seorang isteri merangkap ibu kepada anak2 yang sedang laksa (sebenarnya nak tulis lasak tapi malas nak tekan backspace! koff!). Memang betul weiihh, gado besau la jugak masa tu... sebab nya dah salah faham... kekdahnya beliau itu mungkin la kot agak sensitif sbb masih dara walaupun sudah berusia... so ayat aku tu memang menyinggung beliau la kot... padahallll sumpahhh aku cuma komen berdasarkan keadaan diri aku yang ketika itu memang laaaa hazab gile yakni wanita bersuami yg beranak dua dalam masa yg sama menjadi kuli kepada syarikat jepun dan sibuk pula menguruskan syarikat kapkek kelakar... celik mata 6 pagi sampai tutup mata jap 11 malam, celik mata balik kul 2 pagi, tido balik kul 4 pagi (sambung wat kek) memang kerjaaaaaa je keja! Siang kat opis, malam kat rumah, tengah malam kat dapo... so kau agak aku cool ke teruskan hidup kalo azat takde nak tolong jaga anak2 aku?? memang tak lah weh! mesti macam nenek kebayan dah aku kot!!


Awek tu memula takde la panas sangat dengan komen aku, tapi tetiba ada sorang butt licker dia naik hantu... pastu start kecoh2 bagai.. kau dah kenapa setan? period? tak tau hujung pangkal tetiba merempan kann?? bongok gile pompuan tu... orang lain yang beranak, kau pulak yang gila meroyan.. memang syaitanik sangat! :P
Memang benci kan kalau kau sedang berkonfrantasi dengan seseorang, tapi ada plak hamsap lain yang sibuk2 masuk campur.. eih! terajang kang!!


Tapi tu kisah lama la.. hee.. lawak sebab aku sampai sekarang tak faham kenapa ada setengah orang tak kisah kalau tak kawin... belum jodoh tu takpe la... insyallah Allah memang dah tetapkan jodoh kau, cuma lambat atau cepat je... tapi yg aku tak bleh nak terima kenapa dengan begitu eksyennye dikau berkata2 yang tak perlukan suami bagai.. hmm... lantak la kau. aku doakan satu hari yg mulia kau kawen jua akhirnya.. amin.


ok la. tata.



January 01, 2012

SALAM 2012


Assalamualaikum...

Selamat tahun baru 2012.
Semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun2 sudah.
Amin.





p/s: sambutan mini keluarga aneh menyambut tahun baru dengan tapak tangan pelesu ehsan ambank. nyampah btol tengok si rayyan! dah nak terberak boleh tahan kejap semata2 nak main jerit2 depan tv dengan ayah dan ka.
*jeling*