Saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda tentang penjagaan bayi. Sebagai seorang surirumah, ibu saya juga merupakan seorang babysitter. Oleh kerana beliau sibuk mengambil tempahan jahitan baju, maka tugas menjaga bayi adalah diserah bulat-bulat kepada saya. Mujur sekali kedua2 anak-anak yang saya jaga ini anak seorang guru sekolah rendah. Jadi, tempoh penjagaan hanya bermula dari jam 7.30 pagi sehingga 1 tgh sahaja. Walaupun saya seorang yg tidak berapa suka kepada kanak-kanak bayi, tapi saya tidak mempunyai masalah untuk menjaga mereka kerana kedua-duanya sangat sukar menangis. Hanya tahu ketawa dan makan saja.
Insyirah ialah kakak kepada Amnan. Mereka berdua mempunyai dua orang abang yang sudah bersekolah rendah (Amar dan Amzar) dan tidak perlu dijaga lagi. Insyirah merupakah anak gadis tunggal dalam keluarga ini, dan berusia 4 tahun. Mulutnya? Oh!! Sangat becok dan sangat pandai berkata2. Dia seorang gadis kecil yang hiperaktif dan sangat bijak berbanding dengan kanak-kanak lain yang seusia dengannya di Taman ini. Hobinya? Hmm..sangat suka memakai mekap dan berhias dengan rambut palsu. Umminya seorang guru bahasa Inggeris manakala ayahnya seorang ustaz moden. Insyirah ini saya panggil dia Kakak atau Chia sahaja. Dia sangat lasak. Mungkin kerana tidak mempunyai adik beradik perempuan yang lain. Selalunya pada setiap pagi Isnin, dia akan datang kerumah saya dengan koleksi rambut palsu terbaru. Umminya memang suka menghias anak gadis sendiri dengan fesyen yang ganjil-ganjil. Setiap kali selepas mandi pagi, saya memang ditugaskan untuk memakaikan mereka baju. Dan setiap kali lepas mandi jugalah saya akan diminta oleh Chia untuk menyolek wajahnya. Menyolek orang memang hobi saya! Heeee...
Kadang2 Chia ini orangnya terlalu banyak bercakap dan suka berlakon macam orang dewasa. Dia suka sangat memakai kasut tumit tinggi dan bercakap seorang diri. Ah! Percakapan yang paling menyakitkan telinga saya pernah terkeluar dari mulutnya beberapa hari lepas. Waktu itu saya sedang mengemas rumah manakala Chia sedang berendam dalam besen air di bilik mandi. Oleh kerana dia mandi terlalu lama maka saya pun menjerit menyuruh dia keluar segera.
"Chiaaaaa...!!!! Keluar cepat!! Orang nak mandikan Amnan nih!!"
Nak tahu dia jawab apa?
"Heiii...kau nak dera aku ye!???"
Bedebah sungguh percakapan begitu untuk budak berusia 4 tahun. Apa ke patut saya dikata hendak menderanya. Sudahlah tu, ber'aku-kau' saja pula. Pada pendapat saya, sayalah orangnya yang patut berkata begitu. Sudahlah kena mengemas rumah, memasak malah terpaksa menjaga dua orang kanak-kanak nakal.
Inilah Chia..
Amnan pula, baru berusia 9 bulan lebih. Baru memiliki 4 batang gigi. Langsung sukar mendengar dia menangis. Kalau dia lapar dia sendiri akan merangkak ke dapur. Memang tak dapat dinafikan yang kami dirumah ini sangat cintakan makanan. Jadi, sentiasa saja ada makanan kerana kami memang kerap menghabiskan masa dimeja makan. Amnan langsung tidak ada peluang untuk menangis kerana saya sentiasa akan menyuap makanan kepadanya. Apa yang saya suka kepada kedua2 budak ini ialah mereka mempunyai bulu mata yang sangat panjang dan melentik. Walaupun Amnan ialah bayi lelaki, namun dia kelihatan sangat cantik apabila memandang ke atas kerana bulu matanya akan jejak ke kening.
OH! Satu tabiat Amnan yang menyakitkan hati saya ialah dia sangat suka menyamar pengsan. Bayangkan sedang dia merangkak kesana sini, tiba2 bila nampak kelibat saya atau ibu saya, dia akan terus rebah tertiarap dan tidak bergerak-gerak. Kemudian bila kami datang dekat untuk melihat keadaannya, dia bangun semula dan terus merangkak pergi dengan begitu laju sambil ketawa. Ah! (jatuh) benarkah budak ini baru berusia 9 bulan??!!!!
Sudah beberapa kali saya tertipu dengan lakonnya. Sekarang bila dah tahu, saya tidak hiraukan dia lagi apabila dia menyamar pengsan. Namun budak nakal ini sanggup berpura-pura pengsan dengan sangat lama sehingga merah hidung atau pipinya asalkan saya datang melihat keadaannya.Geramnya!!!! Sekarang dia tidak berpeluang lagi merangkak pergi meninggalkan saya sambil ketawa kerana saya akan mengejarnya sampai dapat dan kemudian memukul punggungnya banyak2 kali.
Inilah Amnan!
May 30, 2004
May 28, 2004
Kisah Hari Lahir...
Hari ini 28 Mei 2004. Hari ini umur saya genap 25 tahun.. saya sudah menjadi wanita! Bukan lagi gadis remaja seperti tahun-tahun sudah. Hmm... pertama kali merasa sangat keseorangan pada hari lahir saya. Tiada lagi ucapan selamat diterima dari kawan-kawan yang pernah mengucapkannya suatu masa dahulu...segalanya sudah berubah.
Saya menerima ucapan pertama pada malam hari lahir saya daripada bekas teman lelaki saya.
"Happy Besday! X saba, I orang pertama ucapkan? Semoga panjang umur dan berbahagia brsama si dia. hehe!" Sender: Pet Alien +01925415**
Nampaknya hajat beliau untuk menjadi orang pertama yg wish kepada saya tercapai. Terima kasih kerana masih mengingatinya, saya sangat menghargai kamu!
Genap jam 12 malam, saya menerima sms daripada teman lelaki saya. Terima kasih. Semoga diredhai.
"Selamat Hari Lahir ke 25. Semoga murah rezeki. (edited)" Sender: CINTA +01279633**
Saya menghabiskan masa menonton Fear Factor sementara menunggu untuk online internet pada jam 12.15pagi. Saya masih menunggu ucapan dari seseorang yg sangat saya tunggu2. Saya terus pening kepada bila melihat cabaran memakan 10 ekor lintah dan meminum hempedu bagi peserta fear factor. Huh! Saya lebih rela kehilangan $50,000 USD jika dipaksa memakan lintah hidup. Nak pegang seekor pun rasa nak pengsan apatah lagi jika nak memakan kesemua 10 ekor hidup-hidup.
Setelah tamat rancangan, saya on pc dan terus masuk #empire_records. Masuk2 saja sudah ada zati, singles dan safa.. kemudian ada juga angah dan sally simpson. Sedang saya mengumpat2 dengan zati tiba2 masuk lagi satu sms. Oh! Akhirnya sampai juga ucapan yg saya tunggu2 dari makhluk tidak siuman ini.
"Hepi birthday! ai.. semoga kehidupan kau semakin gembira dan gemilang *mata bersinar* terima kasih kerana nak menghadiahkan aku set berlian habib. memang kegemaran aku!" Sender: Bomoh Ketinting +01269215**
Orang ini memang kelihatan bedebah! Sudahlah lambat wish, malah memeras ugut saya pula! ai.. walaubagaimanapun, terima kasihlah kepada kau yg sudi mengucap selamat pada aku. hei! Kenapa lobak tidak menghubungi aku langsunG! Lupa daratan!
Saya juga menerima ucapan daripada zati, angah dan selly. Terima kasih banyak2 walaupun angah dan selly bukannya kenal sangat pada saya.

Labels:
family
May 27, 2004
Kisah aku dan lagu..
Sheila On 7 - Berhenti Berharap
aku tak percaya lagi akan apa yg kau beri
aku terdampar disini tersudut menunggu mati
aku tak percaya lagi akan guna matahari
yg dulu mampu terangi sudut gelap hati ini
aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap
sampai nanti suatu saat tak ada cinta kudapat
mengapa ada derita bila bahagia tercipta
mengapa ada sang hitam bila putih menyenangkan...
reff::
aku pulang...... tanpa dendam...........
kuterima........ kekalahanku..........
aku pulang........ tanpa dendam.........
kusalutkan......... kemenanganmu..........
kau ajarkan aku bahagia kau ajarakan aku derita
kau tunjukan aku bahagia kau tunjukan aku derita
kau berikan aku bahagia kau berikan aku derita....
Pertama kalinya saya mendengar lagu ini ialah beberapa hari lepas iaitu sewaktu promosi tv slot sinetron TV3 samarinda, Sephia. Hmmm...mungkin anda berpendapat saya agak ketinggalan zaman kerana menyatakan baru kali pertama mendengar alunan lagu ini. Sesungguhnya saya bukanlah seorang fan Sheila On7. Walaupun saya sangat gemarkan lagu2 karyawan Indonesia, namun saya belum habis mengkaji kesemuanya. Saya akui yang karya 'berhenti berharap' ini memang benar-benar indah melodinya. Kali pertama mendengar alunan lagu ini saya terpaku, saya merasa belakang tengkuk saya seperti ditekan dengan paku payung. Saya terdiam kemudian mengangguk dan menggeleng beberapa kali tanpa mengerdipkan mata. Biskut yang saya sedang cicah ke dalam air milo pemberian ibu saya sudah kembang dan akhirnya tenggelam ke dasar tanpa saya sedari. Saya hanya kembali kealam nyata setelah merasa sakit akibat tergigit jari saya sendiri yang saya sangkakan biskut craker pingpong. Waktu itu saya terasa sangat cintakan saudara Eross. Memang dia seorang lelaki yang hebat walaupun wajahnya mirip 'tukang pecah rumah' (Maaf peminat2 Eross!)... Saya rasa sangat tersentuh dengan lagu itu. Nampaknya karya Eross memang menghantui saya dengan alunan piano dan dimantapkan lagi dengan suara lemak sengau Duta Akhdiat Modjo. Malam itu saya langsung tak dapat tidur kerana sibuk memikirkan melodi 'berhenti berharap' yang dimainkan secara instrumental dengan menggunakan keyboard. Nyaring dan benar-benar menghantui.
2 episod pertama drama Sephia juga benar2 memberi kesan dalam hidup saya beberapa hari ini. Saya sibuk memikirkan, mengapakah wanita cantik itu tergamak membuang anaknya yang baru dilahirkan? siapakah bayi malang yang dibuang oleh ibu kandungnya sendiri? benarkah lelaki tidak akan menduakan isterinya walaupun benar2 ada peluang untuk melakukannya?
Saya cukup terharu dan sangat tersentuh bila mengenang semula dialog si adik yang bertanyakan kepada abangnya tentang adakah kita akan ke syurga setelah mati. Saya cukup sedih bila si ibu seakan berat hati untuk pergi dan terdengar pula suara anaknya memanggil sedangkan si anak sedang tidur kerana pening. Saya juga hampir menangis saat si ayah memberikan nasihat terakhir kepada si anak kerana diri sendiri seakan merasakan yang dirinya tidak mungkin lagi dapat menjaga dan membesarkan anaknya. Dan...dan...
Ah! nampaknya saya terlalu banyak menonton drama bersiri! tak mahu bercakap tentang hal ini lagi kerana saya ianya akan lebih menganggu emosi saya.

May 21, 2004
Kisah aku hari ini...
Hari ini...
Lewat jam 5 petang, saya bersiap untuk menghadiri temuduga tidak formal. Saya tidak tahu kemana saya akan dibawa. Cuma tahu, ia sebuah syarikat insuran. Saya bercadang pergi bersama sepupu saya, Nazla. Saya seharusnya sampai di Alai Motor Sport (tempat kerja Nazla sekarang) pada jam 5.30ptg. Sekarang sudah masuk 5.45 dan saya masih menunggu di bustop. Waktu2 petang begini, sudah pasti agak sukar mendapatkan perkhidmatan bas atau teksi kerana para pemandunya sangat malas. Kalau ada bas atau teksi yang lalu pun, terlalu laju sehingga tidak sempat untuk menahan. Memang bedebah.. Adakah isteri semua pemandu teksi dan bas di Melaka ini garang2 sehingga menyebabkan para suami takut untuk pulang lewat!?? Geramnya saya...
Akhirnya sehingga jam 6 ptg saya masih tidak berhasil berganjak dari bustop. Saya call Nazla dan menyuruhnya mengutip saya dirumah sajalah... (-_-;).
Nazla memandu dengan sangat pantas sehingga kami berjaya sampai ditempat tujuan dalam masa 10 minit (biasanya 30 minit.. memang mirip seorang pemandu wanita yang gila). Saya akhirnya berdiri di depan Wisma Prudential, Bacang. Hmm... memang besar dan kelihatan berpengaruh. Sebenarnya saya tak tahu apakah saya ini benar2 ingin bekerja disini, atau sekadar mencuba atau cuma untuk melihat-lihat keadaan dunia insuran. Saya ini orangnya sangat sukar bertutur dan percakapan saya pun sukar menyakinkan orang. Adakah saya sanggup menerima tugas sebagai seorang wakil penjual insuran? Apakah nanti saya mampu menyakinkan pelanggan saya? Tidakkah saya takut terpengsan tiba2 ketika terlalu cemas untuk meraih perhatian pelanggan? Tidak risaukah saya bila berhadapan dengan masyarakat luar yang lebih banyak mulut dan terlalu peramah sehingga saya terpaksa menelan liur beberapa kali sebelum mengeluarkan kata-kata.
Hawa! Come on, baby!! Kau dah terlalu lama menganggur.. pada umur berapa baru nak mengumpul asset? Aduh!! Sakit kepala... Saya tersepit diantara masalah kewangan dan masalah konflik diri. Sikap kurang yakin dalam diri saya telah menyebabkan saya menjadi penanam tomato sepanjang masa dirumah. Saya terlalu cemas berada dalam khalayak ramai. Tapi, tidak juga.. saya pernah menjadi guru sekolah. Saya tidak pernah bermasalah dalam mengajar murid saya. Mungkin itu kerana saya cuma berdepan dengan mereka yang lebih muda dari saya. Tambahan pula, saya telah dibekalkan teks tentang apa yang perlu saya perkatakan dihadapan murid2 saya. Jadi, apa masalah sebenar saya? Lembab bertutur kerana tidak tahu nak menyusun ayat dan tak tahu apa yang hendak diperkatakan? Saya bukannya lemah dalam membuat struktur ayat.. malah saya pernah menjadi guru bahasa melayu. Jadi apa masalah saya?!!??
Tiba2 je saya dan Nazla dah berada dalam bilik pengurus di tingkat 5. Hmm.. suasana kerjanya biasa sahaja tetapi kemas dan teratur. Mungkin kerana kebanyakkan pekerjanya sudah pulang (maklum saja temujanji kami dengan tuan pengurus itu ialah pada jam 6.15 ptg kerana menunggu Nazla pulang dari kerja). Sessi perbualan kami lebih banyak berkisar kepada penerangan tentang apa itu Prudential dan lain2 hal yang berkaitan dengan insuran. Perbualan secara langsung tidak formal itu membuatkan saya menjadi lebih tenang dan tidak terlalu cemas. Saya bisa bertutur dengan sangat baik dan dapat membuat sepatah dua lawak sarkis. Kemudian kami dikehendaki mengisi borang dan menjawab beberapa soalan (bukan beberapa, tetapi sangatlah banyak). Sekumpulan soalan yang menarik perhatian saya ialah seperti ini (dan jawapan saya bold);
-Apakah kejayaan yang anda inginkan dari perkara berikut:
kewangan: sudah memiliki wang sekurang2nya RM100,000.00 dalam akaun saya pada umur saya 40 tahun.
kediaman: cukup mempunyai sebuah rumah yang selesa tanpa hutang
kenderaan: sekurang2nya saya mahu memiliki sebuah waja.
percutian: saya ingin berehat di Pulau Bali!
kemasyarakatan: harap2 nama saya dikenali dalam sekurang2nya sebuah pertubuhan wanita!
--------
Sebenarnya banyak lagi soalan-soalan yang saya rasakan cukup menguji minda saya dalam membuat jawapan dan memberi keputusan. Tak sangka pula untuk menjadi seorang agen insuran saya perlu berdepan bukan sahaja dengan orang ramai malahan soalan2 yang banyak juga.
Menjawab soalan sahaja saya dan Nazla menghabiskan masa selama satu jam. Malah kami sempat menyelesaikan tugas2 wajib disekitar kawasan pejabat itu. Mujur sekali tuan pengurusnya seorang Muslim dan para pekerjanya juga beragama yang sama.
Setelah selesai menjawab semuanya, saya dan Nazla diberi serba sedikit penerangan akhir sebelum kami pulang. FuH! Pertama kali saya memohon kerja pada waktu lewat senja sehingga menjejak ke malam. Memang suatu pengalaman baru dan saya yakin jika saya terpilih bekerja maka saya juga perlu bekerja tanpa mengira masa.
Saya sedang berkira2 adakah yakin untuk menerima tugasan ini atau..., terus2an mengusahakan tanaman tomato saya.

May 16, 2004
Kisah Aku, Dia dan Mereka
Normaini Bte Ambia (wishlist)
Bagi saya dia sangat cool dan selalu bertenang. Walaupun adakalanya dia sangat cemas dan membuat kerja tertegun-tegun sehingga menyebabkan kemarahan orang. Dia tidak pandai marah dan sukar untuk menjadi marah kepadanya. Seorang yang sangat kurus tetapi terlalu banyak makan dan suka tidur. Sangat sukakan muzik dan seni. Terlalu cintakan keluarganya sehingga dia menganggap keluarga adalah fokus utama. Sangat pandai menyimpan rahsia siasatan saya. Melihat personalitinya seperti seorang yang pendiam tetapi hal yang sebenarnya dia sangat pandai bercakap dan mampu mengeluarkan idea-idea spontan terutama sewaktu crit session *langsung tak sama dengan sikap dan personaliti aku*. Dia boleh menjadi bomoh dan pandai mengubat penyakit. Seorang yang sangat mudah bertolak ansur dan boleh dibawa berunding. Seingat saya, tidak pernah rasa marah langsung pada orang ini. Ah! cuma ada sekali sewaktu dia berjanji membeli makanan bersama-sama tetapi dia dah pergi dulu tanpa menunggu saya. Penatnya mencari orang ini dibiliknya dan menunggu di tepi post-box selama 30minit, tahu-tahu dia sampai sambil memegang makanannya. Bagi saya, tiada seorang rakan pun yang dapat menandingi ciri-ciri 'rakan baik' yang ada padanya.
Norafidah Bte Ambia (humble pie)
Kakak Maini. Saya panggil dia dengan bermacam-macam nama tapi dia tak pernah kisah. Bertuahnya kedua ibubapa orang ini kerana melahirkan anak yang baik walaupun memenatkan. Wajahnya memang sangat mirip dengan Maini sehingga ramai yang menyangka mereka kembar. Nora lebih rendah dari Maini tetapi kakak tetap kakak, Nora lebih matang dan tegas dalam membuat keputusan berbanding Maini. Bagi saya dia juga sangat cool dan tidak kedekut. Saya lebih banyak berbincang hal yang tidak normal dengannya berbanding dengan Maini kerana dia mempunyai banyak tindakbalas berbanding Maini yang hanya tahu ketawa tanpa henti. Nora lebih banyak akal buruk berbanding Maini. Dia juga seperti Maini, mempunyai ciri-ciri rakan baik kesukaan saya yang tidak dapat ditandingi oleh orang lain.
#empire_records.webchat.org
Saya mula berkenalan dengan #empire_records pada sekitar tahun 1999 sewaktu berada dirumah Taman Teratai. Saya diperkenalkan kepada #empire_records oleh Maini yang kebetulan menggunakan nick Pearljam yang sama dengan salah seorang usernya iaitu Wan. Kebetulan waktu itu belum ada port rasmi untuk berkumpul lalu atas daya inisiatif kasumie, ayambaik (art), kambingygmandi(nuar) dan wan, akhirnya mereka menubuhkan #empire_records. Setiap malam kami akan berkumpul dan bersembang benda2 merapu. Saya terlalu meminati karektor SickBoy (Johnny Lee Miller) dalam filem Transpotting lalu saya menggunakan nick Sikboi. Setelah beberapa ketika, muncul juga beberapa orang user yang terdiri dari kawan-kawan Art seperti Betterman, Nutshell, Madlove, POLIS, LemanManan, Mudhoney, Victoria dan ntah sesiapa lagi. Akhirnya cenel menjadi raksasa dan kebanyakannya adalah kawan-kawan art, nuar, wan dan kasumie di Ipoh dan akhirnya mereka bercinta sesama rakan sebaya. Hahahah!!! Bagi saya, #empire_records memang berlainan dengan cenel lain kerana ianya lebih bersifat kekeluargaan dan persahabatan.
Ipoh Rock City
Saya mula menjejakkan kaki di Ipoh pada sekitar tahun 2000. Saya pergi atas pelawaan keluarga Nuar dan ingin berjumpa dengan rakan-rakan saya yang lain. Pertama kali menjejakkan kaki ke Ipoh, saya rasa bandaraya ini sangat happenning dan liar. Saya sukakan mereka disini. Antara yang saya kenal di Ipoh ialah Ariya, Art, Elly Polis, Leman Manan, Wan, Kasumie, Boy, Ijan Madura, Pendi, Along,Wutang, dan banyak lagi yang saya terlupa namanya. Maaf.. Segala yang menarik ada disini kecuali, bustand Ipoh yang sangat hodoh…
Jasrul Izwan Jaafar Sidek (rulehitz)
Orang ganjil ini, saya tak pernah bertemu dengan beliau. Saya mengkagumi hasil karya beliau kerana saya sukakan sebarang bentuk penulisan. Saya mengenalinya kerana beliau rakan kepada POLIS. Mulanya saya menyangka dia seorang perempuan gila. Saya pasti dia juga menganggap saya perkara yang sama. Saya mendapati dia cenderung kepada karya sastera Indonesia seperti lirik-lirik lagu Padi. Tak tahu apakah kebetulan atau kerana dia bercinta dengan gadis dari seberang. Hehei! Saya mula-mula membaca blog tulisan Leez dan NizamZakaria setelah diperkenalkan oleh Aliya Rozela tetapi waktu itu saya masih belum berminat untuk menghasilkannya sendiri. Akhirnya, setelah diajar dan diterangkan oleh Jasrul, saya berhasil melahirkan blog saya sendiri. Walaupun agak hodoh, namun saya tetap berpuashati dan berhasrat untuk menghasilkan yang lebih baik. Ah ya, kalau mahu melawat blog Jasrul, sila pergi ke, Http://malammalam.blogspot.com dan anda boleh membaca karyanya.
KC dan Epol
Dua orang ganjil ini banyak menghiburkan hati saya setelah kehilangan ramai coursemate. Mereka ialah junior kepada saya. Kedua-duanya bersikap kontra dan kedua-duanya memiliki salah satu ciri yang saya ada. KC (kak cik), walaupun orangnya terlalu bising dan adakalanya merimaskan, namun ada ketikanya dia merupakan seorang yang bagus untuk dijadikan sahabat. Walaupun kadang2 dia tidak sedar kelakuannya boleh mengundang masalah kepada dirinya dan orang lain. Dialah orang bising pertama yang boleh saya terima menjadi sahabat saya. Setelah Maini menyambung pelajaran ditempat lain, KC lah yang sering menemani saya memetik encik Davis (kapok kesayangan saya). Berbanding dengan Maini, KC kurang mahir bermain lagu2 barat dan dia lebih cenderung kepada rok kapak dan mendayu. Kegemaran lainnya yang mirip dengan saya ialah suka memasak. Tapi saya suka memasak dan makan dengan banyak, sebaliknya KC masak untuk suka-suka dan sayalah orang yang akan menghabiskan semuanya! Hahah!
Epol pula, yang saya kenal ialah seorang lelaki pendiam yang suka berwatak misteri dan menyebabkan kemarahan orang. Dia mula rapat dengan saya dan KC semasa kami menggunakan internet secara haram di studio (oh! Dah bocor rahsia!!) Dia sangat gila mencipta lagu berunsur elektronika dan syaitanik. Menurut Epol, dia berkawan dengan saya kerana saya kelihatan seperti seorang ahli sihir wanita yang pendiam tapi kejam. Teruk betul kenyataannya! Epol dan KC sama-sama mempunyai minat bermain piano dan keyboard. Saya kurang berminat bermain instrument itu kerana saya lebih gemarkan alat muzik bertali. Salah satu sifat keji Epol ialah suka sangat 'using people'. Tapi, selalunya dia tak berjaya mempergunakan saya dan KC kerana kami lebih bijak memerangkapnya!
Abas, Fazlee, Shahril dan Syahir.
Keempat2 orang ini ialah junior saya, KC dan Epol. Saya gelar mereka Para Sami. Kami mula menjadi kawan baik semasa menjadi jiran pada cuti semester terakhir pengajian saya di UTM. Saya dan KC menginap secara setinggan di Studio Art kami di blok E06, Fakulti Mekanikal. Walaupun ianya cuma sebuah studio, kami telah merekahiasnya sehingga kelihatan seperti sebuah apartment mewah. Hehei!! Kami ada dapur, ruang rehat, tandas, bilik tidur dan juga ruang tamu ber TV yang semuanya berair-cond. Ada lanskap ber airterjun juga! Kami juga dapat menggunakan internet secara percuma dengan berleluasa. Hahah! Maaf UTM! Kebetulan cuma kami-kami sahaja yang masih tidak pulang bercuti kerana terpaksa melangsaikan beberapa pelajaran yang terkandas. Saya tinggal distudio berdua dengan KC. Walaubagaimanapun, kami tak risau kerana Para Sami (yang kebetulan bekerja sambilan dengan lecturer) pun turut menginap di studio sebelah. Sebagai junior, para sami sangat menghormati kami dan saya juga sangat sayangkan mereka. Mereka seperti adik2 yang sangat baik dan terlalu bersopan walaupun kadang-kala agak sewel. Saya banyak terhutang budi dan tak tahu bagaimana caranya nak cakapkan yang saya terlalu gembira dapat mengenali mereka. Mereka mengajar saya menjadi lebih friendly dan mesra sekitar. Pada waktu lapang, saya dan KC suka memasak untuk mereka kerana mereka tak pernah berkira dengan kami. Pelbagai kisah suka duka kami tempuhi bersama. Kami pernah bersembunyi semalaman suntuk kerana takut dikesan pak guard, mencuri pasu hiasan di fakulti elektrik untuk mencantikkan studio kami, menangkap ikan ditasik UTM, menikmati keindahan alam dari puncak Balai Cerap dan bermacam-macam lagi.
Babez KL
Saya tujukan gelaran ini kepada sekumpulan gadis-gadis kenalan saya di #empire_records seperti MaDLoVe (aliya), MudHoney (tiQ), C-Doughnut (ena), Daughter (ras), Lengkuas7 (dilla), Shy_hair (zati), NurBlur (nur20) dan beberapa lagi yang kurang mesra dengan saya. Mereka memang sangat happening dan sangat friendly dengan saya. Walaupun saya agak kaku dan pemalu tak bertempat, namun kalau bersama dengan mereka saya pasti akan banyak mulut. Antara mereka, saya lebih banyak bersosial dengan Aliya kerana dia memang anak jati KL dan dialah yang banyak membantu saya setiap kali saya turun ke KL untuk membuat research atau saja untuk berseronok. Saya sudah mengenali keluarganya dan saya rasakan persahabatannya dengan saya seperti bukan bermula dari chatting IRC. Ibunya sangat baik dan selalu memasak makanan yang banyak. Orang yang cintakan makanan seperti saya sudah tentu merasa bahagia bila berada dirumahnya. Saya juga anggap bilik Aliya sebagai sebuah toko. Ada berbagai khazanah dari buku, majalah, kaset, cd dan vcd sehinggalah pakaian, beg, toys dan bermacam-macam lagilah! Saya boleh berada dalam biliknya sehari suntuk tanpa rasa bosan.

frens
May 06, 2004
Karya Saya
a) EVE BE GOODIEEE...
HELPLESS EVE LIES ON HER BED
WITH INFINATE BOREDOM AGAINTS HER HEAD
'HOW EVERYTHING SUCK!'
SHE GRINS GRUESOMELY
SINGING AND CURSING LIKE JON DAVIS
SO VERY POLITELY
FREAKY EVE DREAMS OVER
GOING BACK TO THE DAY WHEN
SHE USED TO BERPOYA-POYA
WITH HER DARLING FRIEND
LIKE A PAIR OF LOSERS
BUT, THE OTHER LOSER'S GONE NOW
THE HAPPY CRAPPY DAYS ARE OVER
AND FREAKY EVE'S SMILE NO LONGER SHIMMER
SCRUFFY EVE DON'T BE SORRY
FOR THE LIFELESS DAY THAT WE BOTH SEE
BACK TOGETHER ONE DAY WE'LL BE
SO FINALLY SAYS MAINI PEARLJAMMY
'YOU EVE HE KORNY, BETTER BE GOODIEEEE..!' -written by Maini
b) SILENT SCREAM OF DARK ANGEL
BLUR IN THE FAKE TIME
HOPELESS SOUL
WALKING ON THE ENDLESS RACK
FEELING OF DISBELIEF
BLIGHTER
BOX OF SIN
THROW MY EYESIGHT
INTO MY TOYLAND
THE BITCH THE RIGHT
THE SAINT INSIDE A LIAR
THE EVIL INFRONT
THE GOOD BEHIND
GREETINGS TO MR HANGMAN
KILL THE INNOCENT
PEOPLE LAUGH AND HIDE
HE DARKNESS RULES THE DAY
SOULS CRY OUT IN PAIN
BLOODY TEARS OF THIS DARK ANGEL
FULL OF REGRET
FULL OF CONFUSION
FULL OF DISAPPOINTMENT...
~hawa
c) MY HEART IS DARKER THAN SOUL
INDEED I CAN'T CONTROL
I DRAW YOUR FACE ON MY HAND
O SEE YOU ON EVERYLAND
I DRAW YOU EYES IN MY HEART
SO YOU CAN SEE ME WHEN I'M HURT
MY EYES ONLY SEE WHAT MY HEART WANT TO SEE
MY HEART ONLY BELIEVE WHAT MY SOUL WANT TO BELIEVE
I SEE MYSELF ON A FLOOR
WITH MY VIOLIN A A MAN
FOR SOMETHING THAT I NEVER SEE
YOU, MY ANCIENT ONE
TAKE MY HAND
LET ME BE LIKE YOU
IMMORTAL, FOREVER..
1. Kerana Kamu
Izinkan aku meminjam matamu,
Biar aku bisa melihat sepertimu.
Izinkan aku meminjam lidahmu,
Biar aku bisa bertutur sepertimu.
Izinkan aku meminjam akalmu,
Biar aku bisa berfikir sepertimu.
Izinkan aku meminjam jantungmu,
Biar aku bisa berdenyut sepertimu.
Izinkan aku meminjam nyawamu,
Biar aku bisa hidup sepertimu.
Biar aku menjadi kamu,
Agar aku bisa merasa
apa yang terdapat dijiwamu,
Bisa merasa lirih hatimu,
Kerana,
Sesuatu yang ada padamu,
Telah menyentakku…
~hawa
2. Kepulangan Suatu Kehilangan
Dia mangsa kejahatan,
Perginya penuh tanda tanya
Bersama rintik hujan petang
Dan wangi kemboja berguguran
Aku tak pasti,
Apakah dia interversi krisis,
Atau busuk manusia berhati
binatang…
Tapi aku pasti, hanya dia yang tahu..
Kini dia datang lagi,
Dengan seribu persoalan
Pulangnya untuk melaras dendam
Azalinya dia bersama zat syaitan..
Tanah merah diselimuti darah
Bakal memberikan jawaban..
Pada yang inginkan kepastian…
~hawa
3. Kisah Perempuan Itu.
Dia perempuan itu
Jauh dalam matanya
Tersimpan sebuah dunia hitam.
Dunia tentang darah,
Dunia tentang marah.
Dia perempuan itu
Lali dengan hari-hari,
Suara caci maki
Dari lelaki hina yang digelar suami.
Mengapa bersama kalau untuk dicerca?
Mengapa bersama kalau untuk didera?
Mengapa bersama kalau untuk mendengar nista?
Dia perempuan itu
Tiada lagi hilai tawa
Hanya airmata,
Bersama tubuh yang tercoret luka,
Lukisan yang terhasil
Hanya menggambarkan neraka.
Mengapa masih setia kalau hanya dicerca?
Mengapa masih setia kalau hanya didera?
Mengapa masih setia kalau hanya untuk mendengar nista?
Dia perempuan itu
Tiada lagi suara dukanya
Hanya jeritan pedih dari iblis
Yang dipanggil suami
Yang telah dikelar jantung dan hati
Jari yang sering menunjal dahi
Dihiris dan disimpan bersama memori.
Dia perempuan itu
Dia tidak menyesal
Dia tidak kesal
Kerana baginya hari ini…
Siksaan hidupnya sudahpun berhenti..

Subscribe to:
Posts (Atom)