November 30, 2009

Cerita pagi Ahad.


Ha.... Hari tu kan aku ada cakap pasal arwah tupperware aku yg kena baham tikus tu kan?

eh.. lupa bagi salam. Tetiba jek terus nak citer. Gelojoh! :P

ok, hi semua..! *membuat lambaian ratu*

sambung cerita...
haa...kejadian nih berlaku diawal pagi ahad yg lalu. Kakcha kejut ayah, nak susu. Adik rayyan pun sibuk nak sekali. Kalau susu, mmg ayah la yg tukang buat.. aku sambung bergulung dalam toto macam kuih ketayap. Biasa kalo ayah buatkan susu, kakcha akan temankan ayah pegi sampai kat dapur..

Masa Azat buat susu tu, tiba2 aku dengar kakcha menjerit."Ayah!! Ayah!!!! Tikus bucau!!!" (tikus besau - anak aku orang Melaka kan..).

Rupa2nya ada tikus yang sedang mabuk todi melepak kat tepi pintu masuk bilik tidur aku. Dah tu jalan terhoyong hayang macam baru lepas pekene se-tin brandy cap harimau. bedebah sungguh perilaku itu!
Sah ini tikus mesti suda makan itu racun buatan jiran2 aku.. Tu yg mabuk2 tu..tapi yg aku tak puas ati, apsal plak lepak dalam umah aku!? kan?!??
Aku jenguk dari dalam bilik Azat ngan kakcha dah mengelinjang kat pintu dapur sbb geli dengan tikus tu. Muahahha!! Azat tu badan je besau macam John Travolta tapi penakut haiwan berbulu. Aku pun apa lagi, terus tutup pintu bilik kuat2 taknak kasi 2 orang tu lari masuk. wahahahah!!
*ketawa cekak pinggang dan memandang ke udara*

Tiba2 aku dengar kakcha nangis.

Aku dengar Azat cakap "Icha jangan la takut... icha takut ayah pun takut!!"

Pastu aku dengar kakcha jawab..
"ayah...kenapa ayah pijak kaki icha?"

(-_-;)

Bergurau apa!? Begitu cemas ke sampai pijak kaki anak sendiri pun tak sedar!? aaiii...Rungsingnya aku serumah dengan orang2 seperti mereka....

November 23, 2009

Jahanam!! Jangan sampai aku tengok muka kau lagi!!


Aaiih....tensi sungguh hari nih sbb server internet down. Terasa hidup serba serbi tak kena. Nampaknya kehidupan aku mmg telah dikawal sepenuhnya oleh internet sehingga rasa nak bernafas pun susah apabila tak dapat online. Koff!!

Ok, hari nih aku nak berkongsi cerita yg buat aku bengang to the max!

Semalam aku & Azat keluar bawak bebudak kecik 2 orang tu jalan2 kat Jusco Melaka. kebetulan nak hantar cake & cupcakes kat customer. So, singgah la Jusco utk makan2.
Kitorang pilih seat no.2 dari penjuru dinding, Depan kitorang tu ada la sepasang kapel tengah makan. Memandangkan aku tak mahu orang lain menghadap wajah rakus aku ketika makan, so aku memilih seat menghadap dinding (yakni menghadap kapel tu la). Sebelah aku Azat, depan aku kakcha & adik Rayyan.

Masa tengah makan tu, tetiba aku dengan bunyi bising datang dari kapel depan aku tu. Rupanya jantan depan aku tu hempas sudu + garfu sambil membebel2 tanpa diketahui biji butirnya..Ahhh! Ada pergaduhan rumahtangga...
Dup~ dup~ *bunyi cemas dalam udara*



Memang tak selesa sungguh makan sambil menghadap perang rumahtangga yang tak berkaitan.
Aku tengok Azat, dia bg isyarat "makan jer..jangan layan..."
Aku pun teruskan makan dengan mengurangkan sedikit aksi rakus (sebenarnya dah berniat nak mencuri dengar..kikikikikihh!!)

Tetiba, dengan tak semena2, yg betina tu naik hantu, dia lempar pinggan + cawan sume berterabur melayang. Mangsa paling hampir selain jantan tu adalah.. ANAK-ANAK AKU!!!
Lepas dia mengamuk dia terus blah camtu jer.. Jantan tu pun bengang sambil sumpah seranah betina tu. Terus dia kejar betina tu..and the rest is history....
Yang buat aku sakit, dah la langsung tak minta maaf, blah camtu je.Adik Rayyan dah nangis sbb terkejut. Aku tengok belakang baju kakcha & adik rayyan habis kotor kena sisa2 makanan yg betina tu lempar.
Bila tengok kat lantai, sekali nampak PLATE BESI SIZZLING MEE antara objek yg dilemparkannya!! Jahanammmm punya orang! Nasib baik tak kena kepala anak2 aku.
Eeihhhh.... aku terus sakit hati. Kurang ajar betul la!! Aku tak sempat nak tengok betul2 muka betina tu. Jantan tu jer aku sempat tengok muka dia. Mmg macam lahabau!!Yang aku perasan, betina tu staff Jusco. Sial sangat okey!!

Kalau la kena kepala anak2 aku, mmg apa jadi pun aku kejar 2-2 ekor beruk mat yeh tu... mau aku hempuk balik dengan sizzling plate tu!! Kau nak gaduh, berambus la balik rumah... jangan la gaduh sambil melempar barang di tempat awam!! Bongok!!Yg betina tu dah la bertudung.. Buat malu kaum je.. musibat hanyut betul lah...!!!

Aku punya terkejut sampai tak sedar aku makan 2 kali tambah. KOff! AH!! Dah bocor rahsia..Tak, sebenarnya ini tak perlu masuk dalam list penceritaan. (-_-;)

Orang-orang lain yg makan berhampiran dengan kami pun terkejut dan cuma mampu menyuarakan rasa kesian dan tak puas hati je.. Nak buat apa lagi, both bangsat tu dah blah.. Kalau ada kat situ mau aku kungfu kan sorang sedas.

Geram gile!! tak habis lagi geram. Nasib baik ada sorang supervisor food court datang tanya keadaan anak2 aku. Aku pun lupa nak tulis surat komplen kat box Jusco tu. Petang nih la aku pegi (eh, boleh ke buat report lewat sehari? err...)

Moral of the story, lepas nih kalau bawak anak2 makan kat luar, sila menjauhi pasangan kekasih / kapel yang ala-ala2 non-educated faces (kapel yg muka cam bongok dan ada aura perang dalam udara). Kalo tak, takut jadi lagi kes2 macam ni.. Ni kira umur nak panjang jer anak2 aku tak berlekuk kepala kena baling dengan plate besi. Nauzubillah!! Mintak selisih...

November 16, 2009

Kan Bagus kalau jadi ikan Duyung....


*Pagi2 dah apdet blog. Nampak sangat takde keje pagi ni..hehehe*

Korang penah tak bercita-cita menjadi seorang ikan duyung?Err... maksut aku, berangan la.. nak jadi ikan duyung, ada ekor, boleh berenang dengan kepantasan maksimum dan mempunyai rambut mayang mengurai dan sering digossipkan dengan jejaka kacak diatas kapal...
Aku penah! aku penah!
hehe..

Tapi tu masa aku kecik2 la... masa aku sekolah rendah dalam darjah 2 ke 3 dulu.
Aku begitu obess (sebenarnya nak berkata obses) nak jadi seekor duyung sampai tahap setiap kali mak aku siang ikan, aku kumpul sisik dia dan letak kat kaki dengan harapan akan tumbuh sisik yang banyak dan kaki bertukar menjadi ekor ikan. (ya! ya! aku tau perkara ini sangat sia-sia)


Bukan tu je, dulu masa sekolah rendah kan kita ada kelas agama petang. Time sembayang asar jek, aku mesti ambik gelang getah yg kaler coklat tu untuk ikat hujung kain sembayang aku supaya ia kelihatan seperti ekor duyung. (-_-;)

Bila ustazah nampak, dia tanye kenapa? aku cakap nak jadi ikan duyung, terus aku kena rotan sedas..zasss!!aaii..


Tu sume kenangan kecik2 dulu la.. sekarang dah besar, i dah matang okeyy!!
Kenapa aku tetiba citer pasal ikan duyung? aaa... sebab wiken baru lepas nih, aku tengok cerita duyung lah.. Dyesebel tajuknye, di Astro Prima.

Cerita filipinos, tapi masih agak menarik utk ditonton. Kalo nak tengok, sapa yg tak keja atau boleh tengok tv kat opis, drama nih ada setiap isnin~rabu jam 2pm. Ulangan sabtu malam lepas drama poyo Kau & Aku tu..


Lepas tengok Dyesebel, tetiba aku rasa macam nak jadi ikan duyung balik semula laa.... !!! Tapi sekarang dah gemuk. Mesti dah tak boleh berenang pantas... paling laju pun 30cm sejam.. aiiih..

kensel lah! :P

November 09, 2009

Tribute Untuk Pasukan Bola Negri Sembilan

*entry malas tepek gambau*

Malam minggu lepas, kitorang tak kemana-mana. Mmg set dok depan tv anak beranak tengok final bola N9 vs Kelate..

Azat sokong kelate.. aku pulak angkat N9..
Dari awal game dia asyik berteriak "Gomo kelate gomo".. bising btul! yang lagi sakit ati, kakcha pun bersatu tenaga teriak "bomoh kelate bomoh" (sibuk jek...dah la cakap pun salah..! *muka tak puas ati* )
Aku lilek jek dulu..

Lepas je N9 sumbat 3rd gol, aku pun apa lagi.... terus menari tarian bomoh hujan macam orang Moari yang buat tarian Hakka dalam rancangan AC tu...
Si kakcha pun dari "bomoh kelate bomoh" terus teriak "hoben jang hoben" (dasar pembelot!!). Manakala Rayyan memandang aku dengan pandangan aneh (-_-;)

ekceli, Azat orang JB (alasan sokong kelate : kerabat JB ngan kerabat N9 tgh krisis, boleyyy???)

aku plak org melaka... tapi sbb melaka tak penah umur masuk final, jadi aku angkat N9 jekk laaa... hehe..

Tak kisah laa... Adat la kan, ada menang ada kalah. Cuma yg tak puas hati..terdapat sesetengah penyokong kelantan yg keluar dari ulu banat mana ntah buat perangai lebih dusun dari pasukan buluh runcing.. Eihh!! hazabb btul lah! tolong laa weih! jangan la malukan negeri sendiri. Choiiii okeyy!!

Tahniah sekali lagi untuk pasukan N9 dan Maini (nama nih tak perlu masuk sebenarnya...)


Oklah...
sekian laporan tak berkenaan. tQ

November 05, 2009

Saya Sedang Diet (ada unsur gagal dalam usaha ini)

Akhir-akhir ini kuantiti lemak pada badan semakin bertambah sebanyak 31% (T_T;)
Jadi aku pun mengambil keputusan untuk melaksanakan diet ringan supaya badan aku kembali ringan dan boleh bershuffle ketika diajak berdansa oleh kakcha.

Kofff!!!

Semasa sessi shopping for groceries di Tesco, tiba2 aku terpandang biskut ini.



Bukan biskut tu yang menarik perhatian aku.. tapi ialah perisa biskut ini :-


JENAMA BISKUT : D'LITE
PENGILANG : BISKUT HWA TAI
HARGA : RM1.60
Ahhhh!! *muka jakun* agaknya biskut perisa wasabi mesti rasa macam sushi...
Ekceli, aku mmg suka makan sushi. Tapi sekarang sushi adalah termasuk dalam senarai makanan larangan semasa tempoh diet. Jadi, sebagai seorang ratu makan yang mencintai dan mendambakan makanan dalam hidupnya haruslah aku mencari makanan alternatif bagi meneruskan sisa-sisa kehidupan (percakapan aneh).
Jadi, aku terus tuduh biskut berperisa wasabi ini adalah mirip kepada memakan sushi dalam keadaan lebih sihat kekdahnyer... (terus sambar 2 bungkus dengan wajah rakus)



1 aku beli perisa wasabi, 1 lagi sour cream. Sajalah nak merasa 2-2 sekali. Ada 1 lagi perisa tapi tak menarik perhatian mata keranjang aku.
Perasaan ketika mula-mula makan?
Sebab biskut tu nipis yaamatz, aku selaku wanita tamak, terus ngapppp 6keping sekali gus.
Lepas gigit terus mengelinjang sebab kepedasan sampai ke otak.
(nasib baik otak aku masih berfungsi)
kesimpulan : biskut ini mmg sedap! sila la beli! Hwa Tai sila bayar royalti pada saya ok!
p/s: sebenarnya banyak lagi biskut/jajan perisa wasabi. tapi sbb aku belum ada niat diet sebelum ini maka tak terhingin langsung nak makan - baik makan sushi terus kannnn?? Cuma, kebetulan je lah biskut nih aku jumpa ketika aku sedang dalam usaha mengawal nafsu makan. So aku promote la...
Ohokks! Bye!



November 03, 2009

Rumah Kami Ada Hantu Gigi !!!

Lokasi Kejadian : Rumah saye
Waktu Kejadian : Tengah Malam, bulan Syawal 2009.

nee...neee...neee...neee..~~*bunyi cemas dalam udara*

Baru2 ini aku overnite utk menyiapkan kek kelakar tempahan kastemer.
Waktu itu adalah sekitar 2 am.Tiba2 aku terdengar satu bunyi aneh seperti orang mengasah gigi.
Krek! krek! krek! sangat lamaaaaaa sampai tahap aku dah berpeluh dingin.

Aku pun cepat2 menyiapkan tugasan dan simpan hasil kerja dalam fridge serta mengemas tools2 yang terlibat semasa proses pembikinan kek kelakar.
Cepat2 aku tidur (tak sempat basuh kaki pun).

Esok pagi, aku bangun dlm 6am.Sewaktu nak minum air, tiba2 nampak serdak berwarna biru dilantai. Banyak..

Tengok2 tupperware kuih raya aku dah berlubang tahap boleh masuk kaki kakcha dalam tu!(T.T;)
Habisss reta akuuuuu!!!! *tarik2 rambut*

Aku ada melakukan beberapa siri penyiasatan dan post mortem terhadap bahan bukti. Tertuduh yang paling layak disabitkan dengan jenayah hantu gigi ini ialah : TIKUS!!

Kenapa rumah aku ada tikus?

Rumah sewa aku kan adalah jenis rumah teres zaman lama. Jadi, mmg tikus akan mudah mundar mandir melalui atap rumah dan singgah mencari rezeki dimana2 rumah yang berbau makanan. Tapi bila tahap satu makanan pun takde, mengapakah tupperware aku yang dikokak nye?!?? *mode tak puas hati*



SOALAN:
cemana ye aku nak halau tikus tanpa menyebabkan kematian dan mayat tikus bergelimpangan dalam rumah aku??



BAHAN BUKTI




huh!! tak dapat aku nak membayangkan cemana kalo kena gigit tikus...