November 23, 2009

Jahanam!! Jangan sampai aku tengok muka kau lagi!!


Aaiih....tensi sungguh hari nih sbb server internet down. Terasa hidup serba serbi tak kena. Nampaknya kehidupan aku mmg telah dikawal sepenuhnya oleh internet sehingga rasa nak bernafas pun susah apabila tak dapat online. Koff!!

Ok, hari nih aku nak berkongsi cerita yg buat aku bengang to the max!

Semalam aku & Azat keluar bawak bebudak kecik 2 orang tu jalan2 kat Jusco Melaka. kebetulan nak hantar cake & cupcakes kat customer. So, singgah la Jusco utk makan2.
Kitorang pilih seat no.2 dari penjuru dinding, Depan kitorang tu ada la sepasang kapel tengah makan. Memandangkan aku tak mahu orang lain menghadap wajah rakus aku ketika makan, so aku memilih seat menghadap dinding (yakni menghadap kapel tu la). Sebelah aku Azat, depan aku kakcha & adik Rayyan.

Masa tengah makan tu, tetiba aku dengan bunyi bising datang dari kapel depan aku tu. Rupanya jantan depan aku tu hempas sudu + garfu sambil membebel2 tanpa diketahui biji butirnya..Ahhh! Ada pergaduhan rumahtangga...
Dup~ dup~ *bunyi cemas dalam udara*



Memang tak selesa sungguh makan sambil menghadap perang rumahtangga yang tak berkaitan.
Aku tengok Azat, dia bg isyarat "makan jer..jangan layan..."
Aku pun teruskan makan dengan mengurangkan sedikit aksi rakus (sebenarnya dah berniat nak mencuri dengar..kikikikikihh!!)

Tetiba, dengan tak semena2, yg betina tu naik hantu, dia lempar pinggan + cawan sume berterabur melayang. Mangsa paling hampir selain jantan tu adalah.. ANAK-ANAK AKU!!!
Lepas dia mengamuk dia terus blah camtu jer.. Jantan tu pun bengang sambil sumpah seranah betina tu. Terus dia kejar betina tu..and the rest is history....
Yang buat aku sakit, dah la langsung tak minta maaf, blah camtu je.Adik Rayyan dah nangis sbb terkejut. Aku tengok belakang baju kakcha & adik rayyan habis kotor kena sisa2 makanan yg betina tu lempar.
Bila tengok kat lantai, sekali nampak PLATE BESI SIZZLING MEE antara objek yg dilemparkannya!! Jahanammmm punya orang! Nasib baik tak kena kepala anak2 aku.
Eeihhhh.... aku terus sakit hati. Kurang ajar betul la!! Aku tak sempat nak tengok betul2 muka betina tu. Jantan tu jer aku sempat tengok muka dia. Mmg macam lahabau!!Yang aku perasan, betina tu staff Jusco. Sial sangat okey!!

Kalau la kena kepala anak2 aku, mmg apa jadi pun aku kejar 2-2 ekor beruk mat yeh tu... mau aku hempuk balik dengan sizzling plate tu!! Kau nak gaduh, berambus la balik rumah... jangan la gaduh sambil melempar barang di tempat awam!! Bongok!!Yg betina tu dah la bertudung.. Buat malu kaum je.. musibat hanyut betul lah...!!!

Aku punya terkejut sampai tak sedar aku makan 2 kali tambah. KOff! AH!! Dah bocor rahsia..Tak, sebenarnya ini tak perlu masuk dalam list penceritaan. (-_-;)

Orang-orang lain yg makan berhampiran dengan kami pun terkejut dan cuma mampu menyuarakan rasa kesian dan tak puas hati je.. Nak buat apa lagi, both bangsat tu dah blah.. Kalau ada kat situ mau aku kungfu kan sorang sedas.

Geram gile!! tak habis lagi geram. Nasib baik ada sorang supervisor food court datang tanya keadaan anak2 aku. Aku pun lupa nak tulis surat komplen kat box Jusco tu. Petang nih la aku pegi (eh, boleh ke buat report lewat sehari? err...)

Moral of the story, lepas nih kalau bawak anak2 makan kat luar, sila menjauhi pasangan kekasih / kapel yang ala-ala2 non-educated faces (kapel yg muka cam bongok dan ada aura perang dalam udara). Kalo tak, takut jadi lagi kes2 macam ni.. Ni kira umur nak panjang jer anak2 aku tak berlekuk kepala kena baling dengan plate besi. Nauzubillah!! Mintak selisih...

10 comments:

Mr.F said...

hmm apakata ko plak buat pura2 gaduh ngan azat dan lepar hotplate kat tudung minah tu. Tapi aku setuju dengan statement ko kapel bongok, kalau dah tahu nak gaduh takyahla makan hotplate, makanla ABC barula sejuk sikit.

Enny & Erwan said...

aku kalo...
aku dah kejar 2 kapel tuh..
depa ingat..depa je bleh marah..
Bleh baling2 barang???
Bongok punya kapel x bermastautin (*bertamadun)
-ayat2 fire stone!!!

PertMuffin said...

Mr.F : aku terus terasa lapar.. Sizzling mee satuuuuuuuuuu!!!~~

EnnyMulia : aku tak sempat nak kejau... sepantas lipas mereka menyusup-sasap dicelah2 orang ramai. dah la kerusi food court jusco tu rapat2 sampai susah aku nak kluar. memandangkan aku gemuk dan susah nak kluar, maka hasrat utk kejar mereka dah telebur begitu saja.. (T_T;)

z a t i said...

patutnye mase dia baling hot plate tu kau suruh satu femly kau nganga mulut tangkap mee tak pasal2 dh mkn free.

*ok, sila baling hot plate ke muka aku sekarang*

Umie Ibrahim said...

ko kira penyabar gak Awe..kalu aku, memang aku kejar..x cakap banyak terus lempang..memang bangsa non-educated pnye orang..konon2 nak buat mcm drama melayu la tu...

HaniFadil said...

yerrrr... bengang nya bace citer u nih? mmg lah buduss kapel tu.. org berkapel, depa nak kapel, tapi tak cukup umur kot cam tu.. u ni sabar jugak ye.. kalau saya, maybe dah macam umie.. paling kurang saya HOI kan dia..

PertMuffin said...

*jatuh* pertama kali dalam hidup orang tuduh aku penyabar. ohokkk!!!
i laikkk..!~


eeihh... sebenarnya aku terkejut dan tergamam.. sbb tu tak sempat nak bertindak. otak jadi blank sampaikan gambar sisa jenayah tu pun aku boleh lupa nak ketik.. dah sampai rumah baru terfikir, "kenapa la aku lupa nak ambik gambau sisa2 makanan tu.. kalo tak bley masuk dalam blog sbg bahan bukti"
(-_-;)

Anonymous said...

pmpuan tu nak kena tala!aji gila dapat aku tenyeh2 dgn cili idup!agaknya dh 2bulan xdtg uzur.yg jantan tu mungkin dh dibuang keja sejam yg lpas,aweknya mtk duit beli pad xde,sebab xcukup budget tayar motornya pancit..'apa yg aku merepek ni?'..hm yela tu..kompom2!!l.crook.

PertMuffin said...

rungsingnya aku dengan kau kruk!
(-_-;)

maini said...

hei anehnya.itu begaduh betul2 ke belakon?kau cek tak kat situ ada prof. razak mohideen ke tak?moral-lepas ni kalau jalan2 kau bawakla lastik..nak bergaya sikit kau bawak panah atau frisbee beracun.tak payah susah2 kau nak kejar