November 30, 2009

Cerita pagi Ahad.


Ha.... Hari tu kan aku ada cakap pasal arwah tupperware aku yg kena baham tikus tu kan?

eh.. lupa bagi salam. Tetiba jek terus nak citer. Gelojoh! :P

ok, hi semua..! *membuat lambaian ratu*

sambung cerita...
haa...kejadian nih berlaku diawal pagi ahad yg lalu. Kakcha kejut ayah, nak susu. Adik rayyan pun sibuk nak sekali. Kalau susu, mmg ayah la yg tukang buat.. aku sambung bergulung dalam toto macam kuih ketayap. Biasa kalo ayah buatkan susu, kakcha akan temankan ayah pegi sampai kat dapur..

Masa Azat buat susu tu, tiba2 aku dengar kakcha menjerit."Ayah!! Ayah!!!! Tikus bucau!!!" (tikus besau - anak aku orang Melaka kan..).

Rupa2nya ada tikus yang sedang mabuk todi melepak kat tepi pintu masuk bilik tidur aku. Dah tu jalan terhoyong hayang macam baru lepas pekene se-tin brandy cap harimau. bedebah sungguh perilaku itu!
Sah ini tikus mesti suda makan itu racun buatan jiran2 aku.. Tu yg mabuk2 tu..tapi yg aku tak puas ati, apsal plak lepak dalam umah aku!? kan?!??
Aku jenguk dari dalam bilik Azat ngan kakcha dah mengelinjang kat pintu dapur sbb geli dengan tikus tu. Muahahha!! Azat tu badan je besau macam John Travolta tapi penakut haiwan berbulu. Aku pun apa lagi, terus tutup pintu bilik kuat2 taknak kasi 2 orang tu lari masuk. wahahahah!!
*ketawa cekak pinggang dan memandang ke udara*

Tiba2 aku dengar kakcha nangis.

Aku dengar Azat cakap "Icha jangan la takut... icha takut ayah pun takut!!"

Pastu aku dengar kakcha jawab..
"ayah...kenapa ayah pijak kaki icha?"

(-_-;)

Bergurau apa!? Begitu cemas ke sampai pijak kaki anak sendiri pun tak sedar!? aaiii...Rungsingnya aku serumah dengan orang2 seperti mereka....

12 comments:

eni said...

arghh... tak tahan tergelak dgn reaksi suami anda.

PertMuffin said...

sangat merungsingkan...
lain kali boleh peras ugut dia dengan tikus kalau nak duit belanja lebih.. heihei!!~

z a t i said...

hahahahahhaha. sial la.

tu je.

BYE.

p/s: adekah laki kau pembaca blog ini?

PertMuffin said...

tak.. sebab tu aku berani tulis
(-_-;)

yong said...

apa kesudahan cerita pasal tikus tu? dah di buat sup tikus? (-.-!)

Mr.F said...

uhhh azat yang kelakar, kalau kucing takut tak?

PertMuffin said...

F :apa2 jer yg berbulu dia akan takut.. nasib baik i takder byk bulu. kofff!!!~~

Yong: dia call pak mertua dia mintak tolong buangkan... nasib baik ayah aku tak takut tikus. kalo tak tak tau la apa nak kata
(-_-;)

Mr.F said...

ahh sungguh keluarga yang comel (puji dgn harapan dapat kek berbentuk tikus)

PertMuffin said...

aku hadiahkan kek berinti tikus. nak?

Anonymous said...

nasibla budak pisang xada skali.kalo x,dgn dia skali kena pijak..l.crook..

maini said...

ok.aku nak pos karangan ni kat pejabat azat.






padahal emel lg cpt je.mmg ugutan zaman 80an (-_-;)

PertMuffin said...

bedebah!!