Jadi aku pun mengambil keputusan untuk melaksanakan diet ringan supaya badan aku kembali ringan dan boleh bershuffle ketika diajak berdansa oleh kakcha.
Kofff!!!
Semasa sessi shopping for groceries di Tesco, tiba2 aku terpandang biskut ini.
Bukan biskut tu yang menarik perhatian aku.. tapi ialah perisa biskut ini :-
PENGILANG : BISKUT HWA TAI
HARGA : RM1.60
Ahhhh!! *muka jakun* agaknya biskut perisa wasabi mesti rasa macam sushi...
Ekceli, aku mmg suka makan sushi. Tapi sekarang sushi adalah termasuk dalam senarai makanan larangan semasa tempoh diet. Jadi, sebagai seorang ratu makan yang mencintai dan mendambakan makanan dalam hidupnya haruslah aku mencari makanan alternatif bagi meneruskan sisa-sisa kehidupan (percakapan aneh).
Jadi, aku terus tuduh biskut berperisa wasabi ini adalah mirip kepada memakan sushi dalam keadaan lebih sihat kekdahnyer... (terus sambar 2 bungkus dengan wajah rakus)
1 aku beli perisa wasabi, 1 lagi sour cream. Sajalah nak merasa 2-2 sekali. Ada 1 lagi perisa tapi tak menarik perhatian mata keranjang aku.
Perasaan ketika mula-mula makan?
Sebab biskut tu nipis yaamatz, aku selaku wanita tamak, terus ngapppp 6keping sekali gus.
Lepas gigit terus mengelinjang sebab kepedasan sampai ke otak.
(nasib baik otak aku masih berfungsi)
kesimpulan : biskut ini mmg sedap! sila la beli! Hwa Tai sila bayar royalti pada saya ok!
p/s: sebenarnya banyak lagi biskut/jajan perisa wasabi. tapi sbb aku belum ada niat diet sebelum ini maka tak terhingin langsung nak makan - baik makan sushi terus kannnn?? Cuma, kebetulan je lah biskut nih aku jumpa ketika aku sedang dalam usaha mengawal nafsu makan. So aku promote la...
Ohokks! Bye!
4 comments:
Beli 2 pek, kedua-duanya ko buka sekali harung? gulllppp :)
bukan aku makan soranggggg laaaa.... *muka tak puas hati*
kakcha lagi, azat lagi.... 1 mana cukuppp...
eih aku benci mknn perisa wasabi terutama sekali kacang pis dlm peket berbentuk 3 segi tuh. kau ingat kalau peket comel tuh dijamin sedap? *emo tak menentu*
kak hawa kalau nk diet mknlah biskut high fibre jacobs utk mkn mlm. dijamin berkesan. mkn biskut tuh jek. jgn lpas tuh sambung makan nasi, mee, kueytiow dan kambing panggang pulak.
kalau mkn biskut haifeber tu boleh jadi betul2 kurus macam kau tak??
Post a Comment