January 27, 2010

kerana nama...........






Hello semua....


Semalam balik dari keja, aku singgah rumah mak aku utk ambik kakcha dan adik rayyan.. Check kat rak surat, tiba2 ada surat untuk aku dari Celcom. Tak pernah umur aku pakai Celcom... mmg sejak azali dari mula2 pakai henpon yakni 10 tahun yg lalu sampai sekarang tu lah satu2nya nombor tepon aku yakni Maxis...Harus lah aku merasa pelik gile plus sakit hati sbb tiba2 kena bayau perkara yg kita tak pernah beli. khannnnn???

Aku dah kecoh2 masa tu... pastu adik aku Teh datang dengan wajah sentap dan berkata...


"cuba ko baca nama tu betul2... nama ko ke nama angah?? apasal ko gatal2 bukak surat dia pastu ko bising2 plak kata ko yg kena bayau??"



Sekaliiiii..........salah surat daaaa!!! hehehe...sekali pandang macam nama Siti Nur Hawa. Rupanya Siti Nur Najwa.. huhuhu!! apa lah orang Celcom tu tulis kecik sangat!! (alasan!)


Terpaksa cover malu dengan pura2 marah abah aku sambil berkata,


"tu laa....pasal la letak nama anak semua SITI NUR, kan dah susah??"




koffff..!!! (-_-;)


Tapi...apapun, aku tetap suka nama aku. Tengkiu mama & abah kerana beri nama yg sedap untuk saya.

sekian.




January 18, 2010

Hadiah untuk Rakan-rakan.

hello semua...
Sebenarnya sedang mengantuk... kepala dah berpusing2 dan tak boleh menumpukan perhatian pada kerjaya (bukan selalu pun memang begini ke?) Akhirnya aku mengambil keputusan untuk update perihal contest My Lovely Baby With Pacifier..
Selepas 2 minggu keputusan contest dikeluarkan, dan selepas 2 minggu tempoh pemberian alamat, maka sekarang tibalah giliran aku untuk bertungkus lumus memerah keringat abang-abang posto membuat penghantaran hadiah yg tak seberapa ini kepada para pemenang.





Sijil penghargaan?



Hadiah saguhati - mini coin pouch + felt keychain. Sorry la kalau rasa hadiah ni cikai sangat.. Tapi saye ikhlas tau! :D




Ini hadiah dari pihak penaja untuk peserta paling Lamel yakni adik Rayyan Darwish :
2 ekor anak cendawan yang sangat comel dan empuk. Ahh! yg depan tu jer ye.. yang belakang tu aunty punya ;D (beli kat penaja tauuu!! mmg sangat comel dan empuk. btw sol, kakcha namakan dia Solikezu. kau sentapp tak?? hehei.. dia dengar aku cakap ngan ayah dia, beli kat blog Solikezu, terus dia sebut nama TS3 tu Solikezu.. akupun terikut skali dah.. haha!)



Hadiah untuk winner, adik Ofa:
Sepatutnya Lunch Set (1 lunch box + 1 tumbler) Avon yang di order dari Kakak Sally Yeh. Tapi ding dong ding dong, last minute takde stok pulak... aaih... Jadi terpaksa tukar kepada hadiah lain yakni 2pcs Lunch Box Avon - Nanti mummy Eyna boleh beri satu pada Ofa, dan satu pada kakak Aisyah ye :). Kebetulan jugak, NUBY Hot N Safe Spoon sama warna dengan Lunch Box tu. Also Japlo Glow in the Dark Pacifier (Ofa pakai lagi ke? kalau tak, boleh simpan untuk 'adik' Ofa). Satu lagi, Almond Chocolate Cluster by Pertmuffins. Kalau sedap cakap, tak sedap senyap2 ye... (-_-;)



Untuk adik Rayyan & cik Ofa.



Ready to post (Sol! ko nampak tak nama ko ada skali dalam tu... tapi utk ko lebih sikit.. hahah)

Lastly, diucapkan terima kasih banyak pada semua yang sudi join contest yang tak seberapa ni.. Takde niat pun nak ramaikan follower (mmg tak disyaratkan pun kann.. :) ) atau nak naikkan traffic ke apa ke... semuanya sekadar suka-suka dan ramaikan kenalan (yang ini statement betul dan tulus mulus dari hati nurani ok?)
Ok sume.. tata!~ :)

January 14, 2010

Hobi Tiba-Tiba

Hello semua..!

Nampaknya sejak ada anak yang bersekolah, blog ini semakin bersawang. Aii....nak tidur pun kadang2 tak sempat apatah lagi nak update blog. Tambah2 lagi bila ada perkara baru yang tiba-tiba menjadi hobi.

Ah ya.. ini adalah kegilaan terbaru aku (*tiba2 menjeling Kemal). Tak tau la kenapa boleh memilih perkara ini sebagai hobi (-_-;) Tapi yang pasti ianya sangat seronok terutama bila ianya boleh digunakan untuk aktiviti berhibur bersama kakcha dan adik rayyan. Aku mmg sangat kuno dalam hal-hal menjahit. Tapi disebabkan terlalu minat maka aku pun meng-google-lah pattern2 dan teknik2 menjahit dari Tiub-Awak (youtube.com) dan blogger2 yg mempunyai belas ehsan.. terima kasih la nokss...!




Bahan mentah beli dari Kamdar.


Sepit rambut kakcha. Bunga-bunga cinta. Tapi sepit nih terlalu panjang untuk kepala kakcha.. end up, aku sendiri yg pakai.. ohok!



Finger Puppets (sarung tangan aku ambik kat opis. koff!!) Walaupun hodoh tapi berjaya la buat kakcha dan adik rayyan ketawa guling-guling time aku berlakon dalam TV handmade kami (buat sendiri dari kotak). Alah tv tu korang pun boleh buat sendiri...! amek kotak, tebuk depan sikit, pastu conteng2 pakai marker buat button2 tv.. sudeh! Brand tv Azat adalah LG, brand tv kami adalah IG (Ibu Gagah) kofff!!!!



My CuppyCakes Cup Yumpy yumpy yum.. (err...anak, kapkek tu tak bleh makan..!)






Cubaan menginsang-pari kan jahitan tepi Felt Kapkek Kelakar. Ya! Ya! aku tau mmg comot. (T_T;)

Ok, sampai sini dulu.. bye!


January 07, 2010

TAG : Kecintaan Pilu

Eih... tetiba je aku kena tag dgn SoliKezu *menjeling*.. nak tak nak terpaksa jawab walaupun tak rela...

\/

1. First time you met him - when and where?

When- 9 Mac 2002
Where- Studio Design E06 - UTM Skudai


2. Love at first sight?
err...aaa...err.... tak..!


3. Who is he when the first time you met him?
si ganjil dari Sabah yg merupakan jiran kepada Neil (klasmet aku)


4. How long does it takes for him to ask you out for a date?
12 hours. koff!! (-_-;)


5. First place dating?
MC Donalds PKNS Shah Alam (tetiba je khannnn???? kenal kat JB dating kat shah alam kekdahnyer.. very the sesuwatuhh..)Sebenarnya... masa 1st day kenal tu aku dah last day sebelum cuti semester - nak berangkat ke Shah Alam sbb practikal kat SIRIM Berhad..



6. How he proposed?


nak jadik pakwe makwe:
...............................err....................dia suruh aku dengar lagu Something Stupid. Sumpah gelii!!

ermmm.. proposed kawen plak:
yang nih takde proposed2 pun...tetiba je dia siapkan tarikh merisik, pastu tarikh meminang, tarikh bertunang segala... masa tu aku tengah makan coklat Rocky kat Leisure Mall JB.sukatii je...! ceh!


7. Special date with him?
9 mac 2002- kenal
9 mac 2004- tunang
5 mac 2005- kawin (ikutkan nak kawin 9 mac jugak tapi tak boleh sbb hari bekerja)
dan macam-macam lagi.


8. Changes that he asked you to do?
jangan cakap kuat-kuat dan kalau nak mencarut sila dalam bahasa inggeris supaya kakcha tak cepat meniru. (-_-;)


9. What is about him that you love so much?
seorang penjimat dan sabar terhadap perangai aneh saya.


10. What is about him that you wish he would change?
- sila jangan berdengkur
- sila jangan muntah lepas makan dimana sahaja anda berada (helo?? nak jadi anorexia nervosa ke nokss??)
- sila jangan mengelupur kalau nampak kucing atau tikus dalam kawasan rumah kita.



11. You lose your mind and crack your head when he?

- panik bila nampak haiwan berbulu *jeling*
- marah lissa dan rayyan kalau mereka mendekati tv baru beliau. gile kerek!!!



12. You will smile through your eyes for the whole day when he?
belanja makan, shopping dan berfoya-foya sepanjang hari bersama anak-anak


13. Complete below sentences"My love towards my husband is as big as...?
me (-_-;)



Mangsa-mangsa yang terpilih untuk meneruskan perjuangan tag ialah:
SEMUA YANG BACA ENTRY INI!! Haaa!!! Buat la kalau berani!! Buat lahh!! Buat lahh!!

January 06, 2010

KakCha sudah Bersekolah...!

(ah! gambar pasport pertama sejak dilahirkan)


Hello semua...

Rasa macam dah lama tak update.. Anak baru masuk sekolah tadika dah tak update seminggu.. kalau anak masuk sekolah rendah, sekolah menengah entah berapa lama tak update blog agaknya.... :P

Ok, sekarang kakcha dah masuk sekolah tadika. Actually, kalau ikut umur sebenar kakcha baru je berusia 4 tahun 1 bulan ++ ... tapi kalau ikut tahun kelahiran kakcha sudah pun di kira sebagai kanak-kanak 5 tahun.

kejap je dah 5 tahun! macam tak caya je perempuan yang aku kelek kehulu-kehilir dulu nih dah pun bakal jadi anak dara sunti. aaihhhh... **terus membelek2 kedut ditepi mata dan sekitar mulut**

Mari aku cerita pasal kakcha..

2-3 minggu sebelum sessi persekolahan dia asyik cerita pasal sekolah aje. Siap tau nama cikgu lagi.. Teacher Mimi katanya... entah bila dia berkenalan dengan cikgu sekolah tu aku pun tak tau.. agaknya mak aku la kot yg slalu bawak jalan2 pgi tadika tu (dalam taman perumahan aku je).

Paling tak boleh blahhh bila Azat dengan jayanya dapat bagi dia makan ubat batuk, ubat selsema dan antibiotik yang dimusuhinya sejak lahir dengan hanya mengugut nak bagi baju sekolah dia pada anak pakcik yg bawak lori sampah!! hebat kan?

Hari pertama melangkah ke sekolah memula ok, bersemangat waja.. Semua jiran2 aku yang dia jumpa disepanjang perjalanan ke sekolah tu di tegurnya.. Siap cakap "good morning! icha nak gi cekolah nihh..."
Sampai je sekolah, dia buat perangai.. melalak meraung tarik2 baju aku macam kena histeria. Ya ampunnzz... jatuh reputasi ibu okeh!! Yang Azat pulak boley plak nak bawak balik anak tu sbb kesian dia nangis2.... nasib baik la aku nih garang macam gengster... end up aku cepat2 suruh cikgu tutup pintu pagar sekolah dan ajak Azat balik...

2-3 jam lepas tu aku datang menyiasat balik kat sekolah secara senyap2.. aku dapati tiada lagi suara tangisan kakcha. Tengok dari jauh, nampak dia tengah tolong cikgu pungut mainan..
Kejap aje meroyan... pastu ok dah :)

Apapun....Ibu harap Lissa akan belajar dengan bersungguh2 dan jadi pelajar terbaik okeh?

Ok, ini gambar 1st day Kakcha ke sekolah. 1 hari je dapat pakaikan tudung.. balik tu cangkeh mangkeh tudung tu dia kerja kan... aku pakaikan baju sukan sbb belum dapat uniform.

aaah!! tiba2 rasa malas nak tulis..nanti lah aku sambung kemudian... bye!