October 26, 2010

Contest Aksi Ceria si Manja Bersama Mainan Kegemarannya

Hello olls..
Lama tak join contest akibat supermalas yaaamatz... Tadi ronda2 kat blog rerakan, ternampak pula kontest Aksi Ceria si Manja Bersama Mainan Kegemarannya.. anjuran blog Pn.Maiza.
Ok, ini adalah gambar yang dipertaruhkan :)
Motor bateri nih dah jadi mainan feveret Rayyan. Ibu yang belikan guna duit tabung + duit raya yang Rayyan dapat. hee...
Macam yg korang sume tahu, anak bujang aku nih kan Pemalu + Pendiam + Susah yaamat nak bercakap.. tapi, part possing depan kamera, memang no. 1.
Pantang tala kamera depan dia, terus aje dia pose ala2 Pegawai Polis Trafik Getis atas motor besau. heheii!
koserr taww Rayyan!

Nama Baby : Muhammad Rayyan b. Azat (2yrs)
Ibu : Siti Nur Hawa bte Ab Kadir


October 17, 2010

Percutian Keluarga Terkecoh

p/s: this entry special dedicated to my beloved sis in law. dengan ucapan, "orang ajak gi spa taknak... kan dah kene tinggal :D"



Hello semua..


Sinambungan dari post beberapa hari lepas... Kan aku cakap arituh nak pgi holiday.. Yeahh!! Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan sungguh gembira walaupun beberapa jam sebelum aktiviti bermula, perempuan genit ini dimasukkan ke hospital kerana mengalami asma. aaihh!



Mula-mula tak sedap hati gak nak meneruskan perjalanan... Tapi semua orang sedang bersemangat nak menyamar pelancong, maka selepas mendapatkan rawatan, kami terus ke lokasi sasaran..

Permandangan sebelum naik ke bilik kitorang... Cantikkan? Mengadap laut... nampak masjid yg sungguh cantik ditengah lautan..

Ini pula permandangan dari dalam bilik kami. Mengadap blok pula... Nak bilik mengadap laut tak dapat sbb bilik penuh..


Kitorang dapat bilik jenis apartment je.. Jadi laa...daripada tak dapat langsung kann??? Tapi bilik nih mmg comel dan sangat ok :D


2 orang kenit nih tak biasa duduk dalam aircond. Baru setengah jam kaki dah gigil. Kena pakai stoking je la.. Nasib baik aku dah standby stoking..


Menikmati sup panas tapauu dari rumah. hehehei!~

Ruang dapur kekdahnye.. Ok la.. ada kabinet apa sume.. tempat masak, buat air, esbok mini... best2..
Sebabkan kakcha kena asma... so aku tak bagi diorang mandi kat pool.. Kang kejung satu hal pulak...berendam dalam bilik air aje la yee anak-anak..


Breakfast kat sini memangggggg meveless..! dari lauk melayu ke lauk western ke laut chinese sume ada.. air pun banyak choice.. memang mantaps dan tak kedekut macam kat P* Resort aku pegi dulu...lauk cikai gila.. langsung tak mirip makanan hotel.....Yang nih sedap pun sedap.. sume lauk serba terasa..



Lepas breakfast kita santai je la depan pool okey? Takbleyyy mandi manda...
Lepas gian nak cepur air...



Yang penting, semua orang happy... Holiday kali ini memang berjaya..! Hip hip Horeeyyyy!! :D


Aahh ya! setelah panjang lebar menepek gambar dan berceloteh, lupa pulak aku nak bagitau kat mana kami holiday..
Ianya adalah...

hik hik hik!! Jauh kan? muahahhahaha!
Jadik laaa.....daripada tak kemana2 langsung... Orang yang bekerja makan gaji dan sibuk berniaga kapkek kelakar macam aku ni memang langsung tak ada masa nak memanjakan diri dan anak-anak di tempat yang jauh.. Masa sangat terhad dan banyak perkara yang harus dilakukan dalam hidup.. Tapi nafsu untuk bercuti sangat bergejolak (ini bahasa apa?? aku dengar dalam lirik lagu CT-KD). Jadi, untuk tidak menghampakan diri sendiri, suami dan anak-anak, maka kami telah merancang satu percutian menyamar pelancong ke negeri Melaka. Ianya adalah Hotel Mahkota Melaka (dulu Century Hotel - Belakang Mahkota Parade tu jer lah!)
Alhamdullillah sekarang dah selamat sampai dan berehat dirumah :D
Tata!

October 15, 2010

Mari Membantu




pic from blog pn.yanie

Hello lagi..!~
Eh rajin pulak aku mengapdet pagi nih... Tadi aku belek2 email dari yahoogroups yang berlambak-lambak nih.. tup2 terbaca plak satu email dari sorang forumer nih pasal seorang surirumah yang berkerusi roda dan tidak mempunyai pendapatan lain selain perniagaan secara online di blog beliau.


Memang terharu dan sebak melihatkan keadaan beliau yang kurang berkeupayaan dan nak membesarkan anak2 yang juga sedang sakit. Sedih gile ko! Suaminya tak tau pulak aku. Tapi dari keratan akhbar yang ada kat sidebar tu aku baca macam "suami tak sanggup kongsi derita". Wallahualam.

Aku tengok dalam blog dia macam2 barang dia jual. Menarik dan harganya pun sangat berpatutan. Aku pun dah selamat rembat toto sebungkus buat ganti toto kat rumah aku yang dah hazab sesangat tu. hik!


So kawan2, marilah kita sama-sama menyokong Pn.Yanie nih dengan membeli barang2 yang dijualnya.Shopping sambil beramal sedikit sebanyak dapat jugak meringankan beban beliau. Insyallah.
ok, ini link blog puan Yanie :


http://aliaharyanie.blogspot.com/



Selamat Beramal. :)

Kami nak Pergi Holiday

gambar ehsan abang google



Morning olls..
Salam pagi jumaat yang penuh kemuliaan.. Kejap aje dah hari jumaat.
Esok ada Teac Bowling Tournament. Hehei!~ Harus la aku join kann... lepas nih dah tak de Teac.. esok2 rindu kat kawan2, nih je la kenangan yg tinggal *sob*


Minggu nih aku tak ambik order langsung sbb esok lepas lawan bowling, kitorang anak beranak nak pergi holiday! Yahoo!!!!


Tak sabau weh nak menyamar pelancong..


Bercuti kat mana? Korang agak2 kat mana?? Hehee.... Kalau korang tau mesti korang cemburu buta.. Hihihikk!


Tunggu laa.. Nanti aku apdet kemudian...


Tata!

October 13, 2010

Entiti Lebuhraya - Tragedi Oktober 10.10.10

p/s: Pet Alien sumber ehsan Google. tiada kene mengena dengan tragedi nahas ngeri Bas Delima.


Hello ols..
Tadi pagi korang ada dengar Hot Chat kat HOT FM?Pasal entiti wanita mengendong anak yang dikatakan melintas di kawasan kejadian nahas ngeri ahad lepas.

Seram kan? kan? kan?

Aku tengah drive pun boleh meremang2 bulu roma padahal siang-siang buta tu.. kalo malam tak tau lah!


Dari cerita DJ hotfm tu, ramai pemandu bas & kenderaan lain yang pernah melalui jalan tersebut, pernah ternampak lintasan wanita mengendong anak.


Ikut dari siasatan awal katanya driver tersebut mempunyai rekod pemanduan yg bersih tanpa sebarang saman dan masalah lain. Bas Delima yg digunakan pula adalah bas baru (2007) dan sentiasa mematuhi peraturan keselamatan Puspakom. Jadi, bila berlaku kejadian yang tak diduga ini haruslah menimbulkan banyak kemusykilan.

Terpanggil pula aku untuk menyiasat. Berusaha detektif Hawa Kindaichi! Penyiasat remaja terunggul! koff!! (-_-;)

Saksi mengatakan bas dipandu secara laju.

Ok, memang logik lah bas dipandu secara laju kat highway. Nama pun highway. Nak2 highway PLUS dimana dari JB sampai le ke KL lurus tulus dan mulus aje jalannya.. khannn???


Ada ke kenderaan yang lalu kat highway tak pernah laju? Ade? Ade? Tipulah ko kata takde.. Ko sendiri pun pecut lebih 110km/j kan? Kekadang lebih lagi.. Toksah menyamar suci bawak keta ala2 pertandingan kereta berhias kat highway! Choiii okeyy!


Tapi....... bila kau sebagai seorang pemandu bas, yang terdapat didalamnya berpuluh2 manusia yang mengharap kasih menagih simpati seakan2 nyawanya dihujung tangan kau, haruslah ko ada sedikit perasaan bertimbang rasa kan?? At least memandulah dengan laju tetapi berhemah (kau mampu?)

Dalam kes nahas 10.10.10 nih, aku rasa memang ya la kot driver tu bawak laju gile..Sebab kereta member salah seorang mangsa yang meninggal tu cakap, dia try follow bas tu, sekelip mata dah hilang, memang rempit gile lahh aku kira..Ikutkan jalan lurus memang takde apa2 kalo ko bawak selaju pelesit pun... tapi, tengah2 speed tetiba ada makcik melintas kendong anak, ko terkejut tak?


Mungkin disebabkan terkejut dan nak elakkan benda tu, maka pemanduan bas ala F1 itu hilang kawalan dan terbabas lalu melambung ke laluan sebelah dan seterusnya menghempap kenderaan lain. Maka, berlakulah satu lagi tragedi Oktober yang penuh dukacita dan titisan airmata. Sedih kau!!


Salah seorang yang terbunuh adalah anak murid adik aku. Sedih sangat.. Comel budaknya. Tak silap aku Sherene Sofea namanya. Sedih aku baca statement paper masa interview parent dia. Al Fatihah.


Pemandu bas JKM yg tercedera tu plak husband kepada salah seorang pekerja Teac jugak.. Sian sangat..


Ok, berbalik pada kisah entiti di lebuhraya.


Korang pernah jumpa apa2 tak sepanjang penglibatan korang kat highway?
Aku... hmm.... alhamdulillah buat masa nih takde.


Busu aku pernah kena. Dia dari KL otw balik Melaka, sampai kat satu kawasan (tak ingat kt mana dia sebut) tetiba nampak ada satu kereta meluncur laju dari arah bertentangan.. Highway kan asing laluan... tup2 tak tau dari mana terlepas kereta yang nak ke utara lalu ikut side ke selatan. Gila ko! Punyalah laju...! Berderau gak darah busu aku masa tu.. Nasib baik dia sempat elak dan takde apa2 berlaku.. 3-4 km didepan, dia ternampak 2-3 keta terbabas secara tak semena2.. Nasib baik tak teruk. Takat terlongsor dalam longkang tepi highway je.. Aku tuduh mereka2 nih sebenarnya pun dah ternampak kereta misteri tu dah cuba nak mengelak lalu sendiri dah terbabas.. hmm..


Macam abah aku, dia memang selalu travel sana sini bawak bos. Takat highway PLUS tu memang lauk dia aje lah... Tapi sekali pun dia tak pernah nak share dengan kitorang adik beradik kot2 dia ternampak apa2 kat highway. Tak tau lah dia memang tak pernah jumpa apa2 atau dia memang taknak share stori.. Tapi yang aku tahu, lagu paling dia benci seumur hidup adalah PUSARA DILEBUHRAYA by Ekamatra. hahahahaha!! dia kalo dengau lagu tu cecepat dia ubah channel.. Dia seriau sket ngan lagu tu katanya. Meremang bulu roma katanya..


Coursemate aku masa kat UTM dulu penah citer, jumpa hantu kat highway. Malam masa tu. Siap terbang sebelah cermin tingkap driver kau!! Gila aahhh dingong!!Kalo aku mesti aku dah drive sambil nangis2 masa tu..koff!! Kalo Azat plak harus dah drive sambil pengsan2 masa tu.. muahahhaha!


Ahh!!Ok lah... Tata!! (mode malas nak taip lagi)

October 12, 2010

Preview : Little Parade

Hello semua...


Hari tu kan aku sibuk2 dok kecoh kat FB cari bahan ilmiah utk pembelajaran anak2...


Akhirnya aku ambik keputusan utk berurusan dengan Little Parade milik Puan Rozela.. suka! suka!


Semalam aku dapat parcel yang aku tunggu2 selama ini. Kakcha n adik Rayyan komain eksaited tengok buku2 yang beraneka warna dan comel2 belaka. Yang terlebih eksaited haruslah aku ngan azat! hehei!~ :D






Actually, Rozel ni asal2 nya member chatting aje, tapi dah jadi mcm sedara sendiri. We've been friend since i was 19! Masa zaman2 aku kat UTM dulu.. zaman2 chatting kat MiRC (apa khabar abang Khaled Mardam? hee....) Oh lama gak kan babe! :D
Rozel adalah bekas editor magazine Mami & Baby dan sekarang pun masih menjadi editor untuk magazine Disney's Princess. So haruslah taste dia terhadap buku2 untuk pembelajaran anak2 adalah sangat superb!! Buku2 kat Little Parade semuanya buku2 baru. Dan yang penting ianya MURAH dan berbaloi i tell yuuu..!

Sebelum nih aku pernah beli buku dari penjual buku online kat FB.. Harga biasa aje... tak mahal, tak murah. Tapi dapat barang, hampeh!! Buku koyak pun jual kat customer!! amendeeeee laaa!! Keji betul... Sakit hati jugak.. Bila aku tanya kenapa jual buku koyak? dia jawab "kami mmg jual buku terpakai" aaaih.... masa jual tak cakap pulak kann???


So kawan2, apa lagi... Kalau nak dapatkan buku2 yang terbaik, jom singgah ke Little Parade.

p/s: ok, aku mmg tak sabar utk buat next order dengan Little Parade bulan depan! :D

October 09, 2010

Terus Bekerja atau Surirumah Sepenuh Masa?

Helo...

rajin pulak aku apdet blog 2-3 menjak ni.... blog dah kembali stabil, jadi mood nak update sentiasalah berkobar2 kekdahnyer..

Ok, seperti yang korang tau, kilang tempat aku mencari rezeki sekarang ini sudah hampir ke penghujung jalan... Sedih ko! Kilang aku dah nak tutup.. Jepun2 sume bakal balik ke tanah air masing2 meninggalkan para pekerja Teac bersama memori masing2.. cewah!

Walaupun aku baru je 6 tahun lebih kerja kat situ, tapi tu la satu2nya tempat kerja yang paling best bagi aku.. Serius best! Kalo tak best harus lah dah lama aku cabut kan??
Aku suka sebab sepanjang kerja aku kat sana sangat jarang berasa stress. Sikit2 tu ada lah terutama kalo product baru nak jalan. Mmg kucar kacir sikit lah tapi sekejap aje. Asalkan kerja ko settle, pastu rilek dah...

Menurut top management, by April 2011 nih adalah last kilang beroperasi. Katanya semua part2 yg run kat sini akan di transfer ke Teac Batam sbb tenaga buruh disana adalah jauh lebih murah dari sini.. hm.....


Apa aku nak buat lepas kilang tutup aa?

Aku masih dalam mode keluru dan keliru tentang masa depan kerjaya aku.

Nak terus bekerja?

Atau.....

Jadi suri rumah sepenuh masa dengan menjalankan perniagaan kapkek kelakar secara online?

p/s: Sengaja letak poster para isteri terdesak ini disini. Aku paling suka Lynnette Scarvo. Life dia paling mirip aku yakni bekerjaya dan dikelilingi anak2 yang aneh (-_-;) Tapi aku tak tau kenapa ketiak dia hitam dalam poster ini..koff!!


Ikutkan aku nak berenti kerja je.. Dok rumah, mengadap internet cari customer dan membesarkan anak-anak dengan tangan dan kederat sendiri tanpa mengharapkan lagi mak aku sebagai pengasuh mereka.

Mak ngan ayah aku plak sibuk suruh bukak kedai kapkek ala2 cyber cafe.
".... bukak kedai kapkek pastu pasang wifi takpun letak pc ke laptop 2-3 bijik, kasi orang online. Pastu ko serve la kek ke kapkek ke ngan kopi.. mesti best long!!"
cewah... cambest jek dialog mak aku kan??
" pasal modal dont wori, abah boleh bagi.. tapi nanti along bayau la sikit2" bapak aku plak bagi idea kann.... aishh!


Ikutkan memang dah mengelitik nak berenti kerja sekarang, ikut je plan diorang.. sbb benda2 tu memang aku minat..


Tapi....


Bila fikir2 balik, aku ada banyak komitmen lagi lah... Hutang loan Tabung Amanah Pelajaran Melaka ada suku lagi belum habis bayar... Pastu keta, bil, itu ini sume... aihhh...
Tu belum lagi aktiviti makan dan berpoya2 yang lain.. Ahh! Belum lagi aktiviti soping online!!
Cukup ke kalo aku tak keja selain mengadap kapkek kelakar aje??


Kalo korang?


cemana ek??


hmmm........................................

October 08, 2010

Penyelesaian Kepada Masalah Double posting

Hello Semua..


Salam pagi jumaat. Hari nih pagi2 dah bangun dan menikmati sepinggan mee bandung yang sungguh lazat dan secawan nescafe tarik.. aih..! mmg heaven lah!










aku buat sendiri tau! tapi pakai rempah ready made je la.. Tapi rempah mee bandung tu memang sedap sangat. Mmg piau punya dari Muar..


Ahh! Dah terlupa tujuan sebenar blog pada hari ini.. hehei!~


Perasan tak kelainan pada blog aku kali ni?


Ok, background makin gelap (ye..hitam terus kan!) Lain? lain?


Perasan tak?


Apeeee??? Takkk????


Cuih...! tak gune!


Ok ok... sebenarnya, perasan tak sekarang dah takde dabel posting lagi..


Sikit hari dulu asal aku apdet aje, mesti ada 2 entry yang sama dalam satu page.. Hazabbb sangat kan?? Ala2 tamak haloba gitu post benda yang sama sampai 2 kali.. Kau da kenape?!


Aku sampai buat entry ini dulu semata2 nak cari jalan penyelesaian mengenai masalah dabel posting nih..


Akhirnya, pada suatu hari yang mulia, aku telah diselamatkan oleh seorang makhluk aneh yakni puan ini. Wahhh!! Suka! suka!


Nahh... untuk korang yang pernah atau mengalami masalah blog double posting / double entry silalah klik ke sini untuk menyelesaikan masalah blog berpuaka korang ya!
Lihat blogku... Jadi ramping khaaannn???

Selamat maju jaya! tata!!


(entry nak cepat sbb nak sambung makan mee bandung) hua hua hua!!

October 01, 2010

Iklan tak Gune!!!

tadikan....


Aku dengar radio otw drive ke opis... Pastu ada iklan pasal Cabaran Kolestrol di Sinar bersama NESTLE NESVITA OMEGA PLUS®. Dia ada interview para contestant yang nak masuk rancangan tu, kenapa nak menyertai cabaran ini?

Macam2 la jawapan diorang bagi... kebanyakkannya jawab nak ubah cara hidup kearah yg lebih sihat.. pastu nak turunkan kadar kolestrol dalam badan. Ada yang jawab untuk kebaikan diri sendiri dan keluarga tersayang...



Aku dengar pun, terus rasa..wahhhh! bersemangat nak turunkan paras kolestrol jua.


Siap terfikir nak singgah jusco beli Nesvita balik keja karang.


Pastu lepas je iklan cabaran kolestrol tu habis, iklan berikutnya pula keudara.



Korang teka iklan apa?


teka lah...teka lah... tih tih tih! (eh apsal aku ketawa camnih?) (-_-;)



Ok.. berikutnya adalah iklan :





Triple Cheese Burger Mc Donalds.. siap menyanyi2 lagi.... "3 lapis daging...3 lapis keju... alalalalalala...."


Macam lahabau tak?



Dari rasa nak menurunkan paras kolestrol terus perut aku berbunyi2 minta diisi kolestrol ..
Demm!! :