October 13, 2011

Ikan Duyung Goreng Pleaseee!!~



Hello olls..


Tengahari tadi tengah2 aku sibuk masak lunch berupa mee bakso (sebenarnya adalah mee sup - tapi tetiba rasa macam bakso. hehei!~) tetiba Lissa datang dapur.


icha : ibu masak apa lagi?
aku : mi sup letak daging dengan mitbol. ok tak?
icha : hmm... sup lagi? aii....
ibu : heii!! motifff anda mengeluh??!! *tak puas hati*
icha : takde lah....dah lameeeeee icha nih tak makan ikan...
ibu : eh? kan semalam ibu dah masak ikan! *jeling*
icha : ikan tu tak nak la... icha teringin sangat nak makan ikan duyung goreng....
(oihh pitam!!)
ibu : PERGIIIII DEPANNN!!!!!


Bergurau apa budak ini!?! Adakah dia sangka begitu mudah nak mendapatkan bekalan ikan duyung utk makan tengahari?!
Kalau dijual pun belum tentu aku akan sembelih buat lauk memandangkan ikan duyung memang adalah pujaan aku.. hehei~


Aku tuduh Lissa mesti ingat kalau dia makan ikan duyung dia boleh jadi cantik dan ramping macam ikan duyung juga *jeling* tak tahu dari mana datang perangai aneh yg sangat sia-sia ini. pasti bukan dari genetik aku *terlalu yakin*

oihhh ramping sangat duyung nih!


duyung nih ada urban sikit. ala2 duyung birah gittuw kan?



ok, dapat duyung jantan ini memang aku bela jadi anak ikan. hahahahaiiii!~~~
(mengilai 6 harakat terus)



Ah!! duyung debab nih aku kasi kat azat sudaa. ambik laaa yang!!
;P


Memandangkan anak-anak aku ada tabiat meminta sesuatu makanan secara berulang kali selagi tak dapat makan, maka siang2 lagi aku dah standby gambar wajah sebenar ikan duyung ini utk dipertontonkan kepada beliau. Aku percaya dengan yakin sepenuh hati lepas tengok muka duyung nih pasti dia takkan suruh aku masak ikan duyung goreng lagi!!
*muka yakin*


Bye!!



October 03, 2011

Berbudi Kepada Tanah dan Perut (II)



hello..~


Hari nih aku nak update tanaman di kebun herba selepas 2 bulan berusaha. hehei!~



Sepatutnya ini adalah pasu pohon ketumbar. tapi tiada zat yang mencukupi maka ianya telah pun menjadi arwah (T_T). - R.I.P -
Nanti kemudianlah aku fikir nak ganti pokok apa..


Pokok Rosmariah (rosemary) setelah 4-5 kali dicantas atas tujuan memasak. terima kasih kerana banyak berjasa (^_^)



Pokok basil menunjukkan proses pertumbuhan yang baik dan berkesan. Syabas rosalinda!! Sebelah dia tu pokok daun sup, pun berjaya tumbuh dengan jayanya dan telah selamat dipergunakan beberapa kali ketika memasak.



Ini adalah tanaman paling magika. Dulu aku tanam pokok cili padi, tetiba jek dia membesar jadi pokok kunyit. hahahaii!!~




Paling berjaya adalah pegaga air. Dulu aku bercadang nak bela ikan dalam kolam renang mini ini, tapi disebabkan proses pembiakan pegaga ini teramatlah pantas dan merimbun, maka aku kensel sajalah bela ikan air tawar tu..
Azat cakap "pokok ini ikut tuan dia..kalau tuan dia gemuk, so pokok tu pun gemuk lah!"
Ciss!! Biadap okeyy..!!
(T_T)


ok la.. tata!


September 28, 2011

KAWAN IBU

Dialog pada suatu petang 2 hari lalu.

Lissa : Ibu, icha nampak kawan ibu tepi jalan.
Ibu : Ngaaaa?? Sapekah?
Lissa : Ala, makcik yang pakai spek tu, yang macam cina tu......
Ibu : Ngaaa???? Sapeeeeee???
Lissa : Nanti kita lalu situ icha tunjuk kat ibu. Bye!
Ibu : Bergurau apa?!! *jeling*


*perbualan terputus dan diakhiri dengan kedua2 beranak tetido depan tv*


Sambung dialog tersebut petang kelmarin secara tiba-tiba.
[suasana : dalam keta, dalam perjalanan ke Bukit China]




Lissa : HAA!!!!!!!!!! Tu dia kawan ibu!!!!! yang icha cakap aritu!
Ibu : mana?!! mana??!!

Lissa : (tangan tunjuk signboard tepi jalan simpang 3 kat trafik light bukit cina sebelum kedai Perodua - Restoran Kenny's Delight, ada patung makcik nih)



Ibu : ................... (T_T) *memang mirip kawan aku ke??!!!!!



sekian. bye!



August 11, 2011

Siput Sepahat

Siput Sepahat @ Pepahat @ Bamboo Clam @ ape2 je laaaa nama glamer kat tempat korang kan.... janji objek dia sama.

Sedap la jugak sbb isi dia kental dan kenyal gitu. Smlm aku masak simple2 je sepahat nih.. Tumis cili boh + oyster sos pastu campak blekpepper sket. Pastu masukkan la sepahat dan renih sampai mereka kecut.

Oh ya... beli kat mana bahan mentah nih? Cari kat jusco sudeh....! Kampung aku takde jual... kalo kupang/ lokan banyak la... Tapi Sepahat, frozen je ade...(^_^)




p/s: masa makan kena tutup mata sebab ko mesti tak lalu makan bila terbayang hewan lain dengan tak semena-mena. koff! (-_-;)


July 28, 2011

babai lah Caramel Popkorn GSC!




Kalo sebut popkorn mesti teringat2 je kat popkorn karamel yg jual kat wayang2 tu kan...? Padahal pasau malam belambak je orang jual popkorn. Tapi aku tak gemau sangat la yang kat pasau malam tu sebabnya terlalu kuat bersolek. Bermacam2 warna segala. Tak lalu aku weh!


Aku suka popkorn karamel sbb rasa yg masin manis tu sedap sangat kat tekak keranjang aku ni.

Tapi sebab aku jarang yaamatz menonton wayang so, jarang2 la dapat makan.


Semalam pegi kedai supplier tetiba nampak jagung kering. Sepeket Rm1.50 aje. Aku pun sambar sepeket. Balik rumah, terus gugel resepi popkorn karamel.


Senang je noks.. Ok, nah resepi ;-


1/2 cawan jagung kering

1/2 cawan gula kastor

1/2 cawan gula perang (brown sugar)

1/2 cawan margerin

1/2 cawan minyak masak


cara :


Panaskan minyak masak dalam periuk yg bertutup. Pastu kecikkan api dan masukkan jagung kering. Cepat2 lah kau tutup itu periuk. Dalam beberapa saat akan kedengaran bunyik letupan pop-pop-pop. Aku rasa ini lah resepi paling kecoh kat dapur! (-_-;)

Lepas beberapa ketika mereka pun senyap dan tutup api.


karamel :


panaskan kuali, tuang gula dan magerin. biarkan cair sampai gelegak, tutup api. cepat2 masukkan dalam periuk berisi popkorn dan gaul rata.


SIAPPP!!


Ok malam nih boleh makan sambil tengok bola Harimau Malaya vs Singa! (^_^)


bye!



July 27, 2011

Berbudi Kepada Tanah dan Perut.



Hasil setelah beberapa hari bercocok tanam.






Pokok Coriander @ Daun Ketumbau (ketumbar daa...) yang hidup segan mati tak mahu pada mulanya akhirnya mampu berdiri tegak (^_^)







Pokok Rosemary @ Ros Mariam (bukan nama sebenar). Oihhh tak sabau aku nak try masak ayam golek!







Pokok Basil @ Selasih. Ah, nanti kemudian lah aku fikirkan resepi apa yg sesuai....

(-_-;)


Parsley @ Daun Sup yang masih segan2 nak berdiri tegak. heppp!!




Pokok Cili padi.



Akhirnya Azat takyah susah2 start motor pgi kedai memalam cari cili padi lagi. Hah! sepokok aku tanam! kot nak makan, petik je..kunyah macam makan kacang..





Pegaga Air.


Memang sengaja beli untuk letak dalam kolam renang mini. Hehei!~


Aku tengah fikir nak letak ikan apa yg saiz kurang 6cm untuk berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian dalam kolam sakti ini..



-tiada bergambar-





Pokok Lemon.

tipu.
Sebenarnya baru nak semai biji dari lemon segar yang dibeli kat Tesco.
Koff!! (T_T)
Apakah nasib beliau kelak?
Wallahualam.





sekian lah! babai..!

July 25, 2011

Potato Jacket yang tiada berjeket

Oleh kerana terpengaruh dengan orang ini, maka aku pun mengambil keputusan sambil lap2 air liur yg menitik untuk mencuba resepi yang penuh kolestrol ini. (T_T)

Oihhh sedap noks!! Harus la sedap, sbb bercheese2 bagai kannnn?!

Sepatutnya cara asal, kentang nih kena balut dengan foil, tapi sbb aku malas dan bersifat gelojoh, maka aku biarkan aje mereka bergelimpangan dalam oven. Kekdahnya nak kasi kulit kentang lebih garing. keeehhh!!


Ok, resepi....

- 3 biji kentang besau (tak kisah apa bangsa kentang pun asalkan besau sudeh!)
* belah dua, rebus separa empuk.
- Daging cincang (pakai daging burger pun boleh je)
- Bawang besau 1 biji
- Bawang putih 1 ulas
- Serbuk kari 2 sudu
- Rempah bolognese maggi (takde pun takpe) 2 sudu
- Garam/gula sesedap rasa
- Cendawan butang (ko nak sedap, pegi tesco pagi2 slalu ada cendawan segar reduced price)
- and ofkos la Cheese.



- Kentang dah siap rebus, pastu korek isi tengah, keluarkan.

- gaul2 isi kentang dengan garam sket.




- ok, cara masak inti : tumis bawang + garlic pastu masukkan daging cincang. pastu masukkan serbuk kari/ rempah bolognese. tumis sampai naik bau n daging masak. masukkan cendawan dan gaul pastu tambahlaa garam gula sesedap rasa.






- campurkan bahan inti yang dah masak dengan isi kentang yg dah lenyek2 tu. gaul sebati2... kalo malas macam aku, gaul sambil lewa je pun boleh..





- pastu sendukkan isi kentang dengan inti tu kedalam kelongsong kentang yg siap korek tadi.




- taburkan cheese parut atas kentang.




- alas loyang dengan foil kalo ko malas nak menyental loyang seperti ku.. letak minyak sket pastu susun la semua para kentang yang terbabit untuk dibakar.




- owh! ini azat punya.. .sbb dia suka pedas so aku tabur dengan chilli flakes utk penambah perisa pedas..





- kemudian bakarlah mereka dengan suhu 200 derjah selsius selama 15 menet atau sehingga cheese cair.





- taraa! ehhh...motif sesangat kan nak meniru pakar masak dalam blog.. ekekekekek! siap berhias2 bagai dengan daun ketumbau (eh, ke daun sup??) koff!! (-_-;)


* moral *



resepi nih memang sedap la kan... sbb sendiri masak mesti la kata sedap. hahahaiii!~ aku masak maggi pun aku kata sedap, janji sendiri masak - perut kenyang. konfirm sedap!



tapi resepi nih ko belasah hari2 memang cari nahas la namanya. Kalo nak masak setahun sekali takpe la. Sebab berkentang, berdaging, berkeju segala... eh tapi memang sedap, ko mesti nak masak hari2 punya *jeling kentang dalam esbok*


ok la. bye!!










July 21, 2011

Derita Pindah Rumah
















Penatttttt woooo pindah rumahh! Nih baru projek kemas rumah lama... belum nak kemas rumah baru lagi (T_T)

June 30, 2011

Diserang Raksasa Malas

......................................blog ini...suda.............macam....... hidup segan, mati tak mahu...............................



arghhhhh!!!!!!!!!!!! malassnyeee nak hapdet!!! *tarik2 rambut!*



sekian lah. bye!

April 05, 2011

Barang Peribadi Paling Tua

Helo semua...!



Kau ada tak simpan benda tak bernyawa yang paling ko sayang dan paling tua jangkahayatnya? Maksud aku yang ko simpan masa ko kecik2? Kadang2 umur barang tu lebih tua dari usia perkahwinan ko? Dan paling penting, sampai sekarang ada lagi dalam keadaan masih digunakan...

Aku ade! marilah aku berkongsi cerita dan rupa paras benda2 tersebut..

.

.

.

.

.

.

.

.

.



1) Objek : Jam Tangan

Brand : Alba

Tahun : 1991

Umur terkini : 20 tahun


Jam nih aku dapat dari abah & mama aku masa aku umur 12 tahun lepas aku dapat result cemerlang dan best student sekolah rendah 1991 dengan penuh gemilang dan warna warni *matilaaaaa angkat bakul ada ular kapak * kofff!!

Dulu pernah hilang sekali. Itu pun bukan sebab aku yg hilangkan tapi kena sabotaj dengan anak bayi sendiri *jeling babe lissa yg berusia 2 tahun*

Kau ingat post aku yang nih...?


(-_-;)


Anyway, jam nih sampai sekarang masih dalam keadaan suci seperti dahulukala.. cuma plate gold dia tu je yg dah tak berapa berkilau...



Berikutnya..



2) Objek : Bantal Busuk

Tahun : 1994

Tukang bagi : kak Pijat (kak angkat aku masa kat Sharodz dulu)

Usia terkini : 17 tahun

.................................................. ok fine!!!! memang aku dah matang pada usia ini (gigih cari perkataan yang sesuai asalkan tak guna 'tua') koff!!

Tapi tak kisah laa kan kalo kau dah tua ada janggut sampai kuku kaki pun kalau nak pakai bantal busuk apa salahnye kan? kan? kan???

Bantal nih mmg ada sampai sekarang dan macam dah mula nak berpindah milik kepada Lissa. Tak sukeeee!!! Dia memang suka rampas kebahagiaan waktu tidur aku (T_T)

Kalo nk tido mesti nak kena gaduh dengan dia kejap sbb ada je alasan dia bagi semata2 nak guna bantal tu. Kau nampak tak ada satu part kat bantal tu tetiba ada bucu tajam? Tu Lissa guna cucuk hidung dan alis mata dia. Bila aku marah, dia bagi alasan "Icha cuma nak cantikkan mata je!" Bergurau apa!?!!! Jangan bagi alasan sia2!!!


aihh..!

tapi, aku tak kisah laa... sbb biasanye lepas dia tidur aku ambik balik bantal tu..

ah, pasal bantal busuk nih aku pernah buat satu entry dulu..

ko ingat tak?



Ok laa... jumpa lagi! tata!

March 23, 2011

Objek Yang Menjengkelkan



Korang tau tak apekebendenye objek lahabau nih?? Korang ada tak benda nih? Dah dekat 20 tahun objek nih dok melekat kat lengan aku (ok, lengan aku memang ada banyak misai.. kofff!!) Tau ke apa bende nih??

Ya! ini ialah parut suntikan BCG masa kita sekolah dulu.. Ntah ape kena ntah, dia bentan. Hambikkk ko parut aku jadi sebesau ibu jari tangan. Nasib baik tak tumbuh kuku je kat situ. (T_T)

Aku sekarang dah merasa sangat tertekan dengan kehadiran parut ini. Bukan sebab aku tak dapat mengenakan tube atau dress bareback ala busana neraka, tapi sbb parut ini adalah gatal yaamats!!!! kadang2 dia bisa dan sakit secara tetiba tahap ko tak tau nak buat apa? Nak tumbuk? nak garu? nak picit? nak carik2? nak cucuk jarum!? aaaahh! pendekata mmg tertekan aku dibuatnya!

Boleh buang ke aaa??? Ke nak kena buat pembedahan plastik ke apa ke? Eeiihh! tak suke!!!

March 16, 2011

Dulche De Leche




Hasil setelah direbus 4 jam

Berjayaaa!!!! *hidung gerak2*

Masih dalam proses ujikaji resepi yang sesuai dipadankan dengan Dulche De Leche ini. Sebagai intro, sarapan pagi tadi sapu dengan Biskut Weetameal Jacobs dan celup dengan stoberi2.. Oh! mmg sangat sedap (baik, kali ini makan secara sopan dan tak nangis sambil gigil2 menanggung kesedapan. koff!)
Ok, nanti aku apdet lagi. Bye

March 08, 2011

Sate Yang Kasihan..

Selamat sejahtera adik-adik.... hari ini aku nak ajar adik2 berinteraksi dengan makanan yang terbiar tapi masih suci. (-_-;)



Sebelum tu, nak ucapkan time kasih la kat kawan2 FB yang sudi bagi idea apa nak buat dengan lebihan sate gemuk yg menimbun2 nih.. ini lah padah kalo order tapi cakap tak clear..



Asalnya aku selalu beli 10 cucuk utk rumah aku + 10 cucuk lagi utk rumah mak aku... Ntah apa pitam nye budak tu semalam, dia pgi ambik order aku 10 hinggit + 10 hinggit.. Hah ambik ko sampai terbuntang2 mata nak mengabihkan.. Tapi tau la kan, sate gemuk nih mmg sangat gemuk tahap ko makan 5 cucuk pun dah rasa nak terburai perut... inikan pulak RM10.. dengan rumah mak aku punya tak abih, dengan aku punya pun tak abih...Nak buang rasa berdosa dan kesian.... last2 aku kumpulkan dan wujudkan satu makanan mutan tapi tak berapa nak mutan la (apa2 lah!! aku pun tak paham aku cakap apa) (T_T)




So, hari ni kita buat kebab kelakar la ya..


BAHAN UTAMA :

sate cincang2



tomato (buang biji n potong dadu) & timun hiris nipis


himpunan salad


roti bun
Bahan penambah perisa adalah sos cili + mayonis + pepper.
CARA :

Campurkan sate + tomato + timun + mayo + sos & pepper dan kacau rata. Hasilnya adalah seperti objek diatas.

Seterusnya, potong roti secara memanjang, alas dengan salad dan kemudian letak adunan sate diatas salad tersebut. Kapit dengan roti dan NGAPPPPP!!!



Ok, sengaja tokak roti dari bahagian tengah sbb isi paling banyak adalah dari bahagian tengah. hoho!~


Ok semoga entry ini menimbulkan kesedaran sivik betapa pentingnya komunikasi dua hala antara pembeli dan penjual, sayangi makanan dan elakkan pembaziran.

Selamat mencuba. Tata!