April 06, 2009

Karangan Biasa.

Helo..!~
Lama aku tak update (hik! baru seminggu..dulu lagi laa...berbulan2 tak apdet)..
arituh aku dapat komplen dari member. kata dia blog aku sekarang asek bergambau sajok. takde cerita ceriti macam dulu.. aih! Bergurau apa!?
ingat senang ke nak menulis karangan ala pertandingan essei peringkat kebangsaan bila kau sekarang sudah mempunyai seorang suami, 2 orang anak, 1 pekerjaan tetap, 2 buah blog, 1 fesbuk, 1 frenster, 1 maispes dan sebuah perniagaan kelakar untuk diuruskan? susah tau! *mengikat tuala ki dikepala sambil membuat muka serius*

Ok, sekarang kita ke sudut mari bercerita. Petang semalam kami pergi jalan2 tengok laut lagi. Satu perasaan yang bagus bila dapat menghirup udara laut bersama keluarge tercinte.
p/s: aku suka tempat ni. akan kerap ketik gambar disini..

AMARAN : DILARANG MENIRU PERBUATAN INI.
Dua orang aneh ini memang selalu merungsingkan orang!!

Semalam kami sume tidur awal kerana keletihan akibat bersiar2. 8.30pm dah tertidur. Tengah2 syok tido tetiba pukul 10pm adik aku, Aie call.
Aie : Along!! celebrate Earth Hour lagi ke? kihihikih! bye!!

Bedebah! bergurau apakah!?? berani menggangu tidur sempurna aku!
(note utk Solitaire & rerakan yg tidak pernah singgah rumah aku : rumah aku adalah bertentangan dengan rumah mak. Jadi kalau tutup lampu awal memang akan menimbulkan syak wasangka dihati mereka.
Btw, anak2 aku pun mak aku yg jaga. pagi2 aku campak anak2 dari pagar rumah dan dia menyambut akan dari seberang jalan. kofff!!)
.


Hari ni aku bangun awal dan sempat masak lauk bekal untuk aku dan Azat bawak pergi kerja. Hari nih masak lauk ikan keli lemak cili padi + kangkung goreng belacan dan goreng ikan sepat masin. Ya!! memang lauk yg mengandungi penyakit..
sejak ada kapkek kelakar, mmg slalu aku tak sempat buat lauk bekal. Tapi sbb smlm dah tidur awal, jadi hari nih bangun dengan perasaan gemilang dan bersemangat utk masak makanan berat.
Azat nampak je tepen lauk yang aku letak atas meja, terus dia peluk bahu aku dan menangis terharu sambil berkata "Ohh!! akhirnya bekal makan tengahari saya muncul kembali".
Aku: ............................. *menjeling*
Memang reaksi keterlaluan yang agak menjengkelkan aku.. ciss!!

Tengah2 menulis blog tetiba kak Goh datang tunjuk sms dari Jusco. J-Card Day Jusco Melaka 15 April ini. Yess!! *terus isi form cuti laju2* Dah 2 tahun aku tak pergi J-Card day sbb:-
2007 - aku balik JB.
2008 - aku sedang hamilkan adik rayyan - takut perut aku pecah sebab bersesak dengan shopperholik yg buas..

Baik! mula bekerjaaaaa!!!
*tiba2 rasa mengantuk*

nanti2 lah aku apdet lagi..! bye!

2 comments:

sol said...

wah begitu alkesahnya hahahaha...

aduhai mmg sungguh menyenakkan hempedu mereka bdua itu!!!

kekwa said...

ya.. ya.. (-_-;)
sekarang kau dah faham penderitaan aku yg serumah dengan mereka.