December 01, 2009

Tandori Chiken Seri Kelakar




Rasa nak update tapi macam malas-malas. Lapar..

jadi, aku ambil keputusan untuk berkongsi resepi masakan yang serius tapi dimasak secara kelakar. Maksud saya, perempuan2 malas macam Zati & Henry mahupun Maini juga boleh buat.. koff!!~



Tandori Chicken Kelakar.


1 mangkuk Kepak ayam / Drummet

1 senduk cili boh

1 cawan yougurt asli

1 biji bawang merah - blend

1 ulas bawang putih - blend

1 cm halia parut

1 sudu jintan

1 sudu makan madu

1 sudu teh garam



Cara Memasak.

Basuh ayam bersih2, campurkan semua bahan dan perap selama sekurang2nya 1 jam.
Kemudian boleh bakar atau goreng.
Perah limau nipis untuk penambah selera. Sedap dimakan dengan roti atau nasi. Ikut perangai aku ratah begitu sahaja pun boleh.

Sekian.

5 comments:

maini said...

bedebah besar!!aku bkn malas okeii..aku wanita prektikel!(-_-;)kau dah ketinggalan yonro.skrg aku ada cara yg lebih pantas(selagi boleh taknak sebut malas).perap je ayam tu dgn perencah serba siap tandori-ajaib-lazat-maveles yg kaklong bwk berkotak2 dari kelantan...lbh mudahh!hahaha *ketawa mengadap siling

PertMuffin said...

ahh!! (-_-;)

tak sangka orang banci dah singgah sini. cemana kau boleh berbau aku sebut2 nama kau? koff!!!

-susan koyaki

Mr.F said...

oh aku teruja dengan masakan ini, namun realitinya aku adalah jejaka malas ke dapur. Kekwa ko goreng ke bakar tu? aku rasa ko goreng kan, sebab ko tak sabar nak makan...larikkk

PertMuffin said...

dah membocorkan rahsia aku dikhalayak ramai (T_T;)

Ivan Dunn said...

Interestting read