May 03, 2010

Pre-Love Relic by Fossil to Let Go




Hello gay! (sebenarnya nak menulis guys) koff!!!
ok, sebelum kerja2 menaiktaraf blog dilaksanakan, aku ada satu pengumuman untuk dibuat.
Kepada sesiapa yg berminat untuk beli handbag nih, sila maklumkan kepada aku ya.

Ini adalah barangan asli - aku beli terus dari US (via ronastore), harga nya adalah RM199... serius mmg adalah sangat cantik giler i tell yu! Aku order beg nih dalam bulan 11, dapat kat tangan dalam pertengahan bulan disember. Sehingga sekarang baru 2 kali je pakai. Secara jujurnya handbag ini masih berada dalam keadaan sangat baik dan tip top (kecuali tag Relic tu la aku dah tanggal kan.. gile kauu nak suh aku bersiar2 bawak handbag siap dengan tag segala..!)
(-_-;)

Kenapa aku nak jual?

Ok, biar aku terangkan.. seperti yang anda sedia maklum, saya adalah seorang wanita yang sangat gopoh gapah, berjalan terlalu pantas dan berperangai langsung tidak bidadari.. jadi, mmg adalah sangat tidak cocok memakai handbag seperti ini..

Ketika memakai handbag ini, aku ada satu perasaan bongkak sbb bawak beg oversea (bongkak tak tentu hala, padahal sape pun tak tau ko beli beg tu kat mana! kikikihhh!!) Ok, satu lagi, bila dah pakai beg nih, aku telah menjadi diri orang lain.. sebab apa? sebabnya, aku tak boleh buas dan lasak2. Ye la... orang kelam kabut macam aku nih kan semuanye buat keja ntah nak cepat aje... bila dah pegang handbag nih aku terpaksa mengawal diri dan pergerakan agar handbag nih tak tercedera atau rosak. So, perkara ini telah menyumbang kearah kelambatan pergerakan aku. Tak apalah...Demi keselamatan handbag nih, aku rela berkorban *blushing* hikhik!

Tak perlulah aku bersyarah lebih panjang..

Ok, kalau ada sesapa berminat nak take over handbag ini, boleh sms/email direct kat aku:
snhawa@teac.com.my

Harga yang aku tawarkan adalah : RM169 (including postage) - korang jimat Rm30.
Kalau taknak pakai untuk diri sendiri, boleh belikan untuk hadiahkan kepada ibu masing2 sempena Mother's Day :)


terima kasih.


info mengenai handbag nih boleh refer kat sini:
5/5/2010 :
- SOLD - Tq Sara! :D

3 comments:

Anonymous said...

er... rm20 + free postage boleh tak? hantar kat kuantan ye...

p/s: jgn sangka aku pokrol. aku adalah swamman!

PertMuffin said...

(T_T;)
pergi dari siniiii...!!!

Anonymous said...

pelanggan sentiasa benar...

rm20 aku bayar ansur seringgi sebulan...

setujukah?