May 28, 2005

Ulangtahun ke 26



Hari nih, genap usia aku 26 tahun.. hmm..kejap saja dah begini tua...rasanya baru semalam selesai mengambil peperiksaan UPSR...cepat betul masa berlalu..
Walaupun hari ini hari istimewa aku..tapi sebenarnya tak ada apa yang menarik berlaku.. Pagi2 dah kena pegi keja..terpaksa berlumba dengan lori untuk menguasai jalan kerana takut lewat sampai office..
Sampai office, bukak pc, terus siapkan Operation Procedure untuk part baru, kaset. Lepas tu mengantukk.. eeii..mengantuk betul hari nih.. semua keja aku rasa malas nak buat..kepala berpusing2, mata pun berpinau2... adooi laaa..
Semalam tengok M'sian Idol..lawak gile..aku kadang2 tak paham la diorang yang pegi audition tu..aku tak pasti apa sebenarnya yang diorang fikirkan tentang suara dan diri sendiri...ei..tak rasa malu ke masuk dalam tv untuk buat orang gelakkan kita? bagi aku, cermin diri sendiri adalah lebih baik daripada perasaan terlalu confident..aku tau suara aku tak sedap..untuk apa aku pergi audition? saja suka-suka? saja nak muncul dalam tv? saja nak glamer? atau saja nak test power? hihi...malunya kalau aku tengok diri aku sendiri bila terkial-kial menyanyi, terlupa lirik atau suara 'sangkut' masa menyanyi.. paling tak tahan ialah bila menyanyi dengan penuh perasaan dan mimik muka yang ganjil dimana hidung bergoyang-goyang, mata terpejam rapat, gigi bergerak-gerak dan otot muka berkedut-kedut..memang satu situasi muka yang mencemaskan orang (-_-;)
aku paling tak boleh terima sekali bila seseorang tu cakap "saya boleh menyanyi dengan baik, saya begitu konfiden sekali..saya telah meningkatkan mutu suara setaraf dengan penyanyi sebenar.."
Kalau dia betul boleh menyanyi dengan baik, tak apa lah..puas hati.. Ini tak, bak kata si Roslan "awak menyanyi melalui hidung...hnfff..nfffff!!" Pol mos pula cakap "bunyinya macam kucing berdengkur" dan macam2 lagi lah komen2 yang pelik.. Siap pulak tak puas hati dengan juri sebab komen yang buruk2 pada dia..aih... Adakah kau fikir suara kau begitu merdu sehingga perlu dipuji orang??
Sebenarnya aku memang suka tengok gelagat orang2 misteri seperti itu...cuma kadang2 aku jadi malu sendiri..kadang2, kesian pun ada..menyampah pun ada..tak puas hati pun ada...cemacam laa...aih...tepuk dada, tanya selera..
Sebut pasal selera, aku tak sabar nak balik rumah..Malam nih makan besar..family aku dah plan nak makan ikan bakar kat Anjung Batu sebab nak celebrate besday aku..yg tak bes tu, aku pulak yg kena belanja.. tak pe laa..sekali sekala..aku pun mmg dah lama nak ajak dorang makan2 kat sana cuma tak sempat aje.. kebetulan suami aku balik, boleh lah pegi makan sekali..
Oh! sekejap je dah pukul 5 lebih..beberapa minit lagi lagu jepun berkumandang menandakan waktu balikkk!!!!!! ok lah! jumpa lagi...

May 17, 2005

SELAMAT ULANG TAHUN KE 6 #EMPIRE_RECORDS


Kejap je rasa masa berlalu... pejam celik, pejam celik Empire Records (#empire_records.webchat.org) dah masuk tahun ke 6. Kalau ianya bayi hidup, pasti sekarang sudah mendaftar masuk ke sekolah tadika..menyanyi lagu kebangsaan dan lagu negeri diikuti dengan lagu tadika KEMAS (kemajuan...masyarakat..itu lah teras utama kita, membina bangsa, memaju negara...agar maju dan jaya...alalaalaaa...) Terus terang saja, aku memang terlalu rindukan empire! Terasa ingin memanggil mereka semua berkumpul semula, duduk semeja sambil menikmati ais limau dan nasi goreng kampung beramai-ramai sambil bercakap perkara yang sia-sia. Memang tak dapat dilupakan..aku sanggup datang dari JB ke Ipoh dan balik semula ke KL kemudian ke JB semata-mata utk bersama-sama para empirean..memang satu pengalaman yang menyeronokkan dan menggembirakan walaupun dalam masa yang sama memenatkan...camtu jugaklah kanak-kanak dari Ipoh sanggup ke KL kemudian ke Melaka dan kemudian ke JB semata-mata memenuhi prinsip EmpireSpirit (hihihi..) yang ditanamkan dalam diri masing-masing...
Walaupun jauh jarak yang memisahkan setiap empirean, namun kami masih tetap dapat berkomunikasi hampir setiap malam..seronok btul rasanya bila semuanya ada berkumpul di cenel #empire_records.webchat.org setiap hari... kadang2 aku dan maini yang duduk bersebelahan kat cc pun boleh chatting berdua aje dalam cenel tu sementara menunggu makhluk2 lain memunculkan diri (memang perbuatan yang sia-sia) (-_-;)
Setelah beberapa ketika, baru lah kami semua mengambil keputusan utk menyertai gathering empire yang pertama. Kami membuat perjumpaan tersebut di Port Dickson. Langsung tiada kena mengena dengan tempat tinggal sesiapa..cuma tempat itu dipilih kerana sekumpulan kanak2 empire yang lain menyertai pesta kugiran tepi pantai di PD. Sangat mendebarkan waktu itu..masing2 rasa tak sabar (dalam masa yg sama merasa seram sejuk) nak berjumpa sesama sendiri dan melihat secara langsung bagaimana sikap sebenar orang2 yang sebelum ini cuma dikenali di medan siber. Aku juga sempat terjatuh sewaktu dalam perjalanan akibat terlalu cemas dan tak keruan. Memang aku seorang pencemas sehinggakan boleh terdengar degupan jantung dalam udara. Mujur ketika itu tiada orang dikawasan sekitar..kalau tidak, harus aku pura2 pengsan waktu itu..
.
Ramai juga yang menyertai pesta perjumpaan kanak2 liar pada waktu itu.. Bagi puak aku, ada Maini, Lobak, Najwa dan aku sendiri. Bagi pihak Ipoh Rock City, ada Art, Wan, POLIS, Arieyya, Kasumie, Ijan, Boi, Semut, Kameng, Leman Manan dan beberapa orang lagi yang aku tak perasan siapa.. Dan bagi pihak babe-babe KL ada Aliya, Dilla, Zati dan kakaknya yang cantik. Seronok berjumpa dengan makhluk2 asing begini.. Selepas daripada perjumpaan itu, cenel menjadi lebih meriah lagi!
Semalam sewaktu aku menulis karangan surat rasmi dalam bahasa inggeris, tiba2 aku teringatkan bagaimana kami semua berkomunikasi dalam bahasa inggeris spastik yang direka khas oleh maini yang tak siuman itu..memang menulis ayat bahasa inggeris, cuma ejaannya tersangat melayu sehingga menyakitkan naluri sopan sesiapa sahaja yang membacanya...
contoh ayat: Please teacher, may I go out?
english spastik: Plis ticer, mei i go aut?Semua orang bersungguh2 mempelajari dan memahami penulisan ini sehingga menyebabkan leman^_^manan pernah putus harap dan tertekan kerana gagal menguasainya.. hei hei!!!
Aku masih teringat lagi, pertama kali #empire_records menjadi gempar apabila teman wanita POLIS yang dikenali sebagai Amy dikatakan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya..Kecoh sekejap... sampaikan si Zati sanggup mengangkat tangan, membaca al-Fatihah didepan pcnya... (adik! kau memang berhati kudus)
Perjumpaan kali ke2 diadakan di KL (tempat biasa...watson cm..hehehe) Kali ini ramai yang hadir bersama orang-orang baru...ada TiQ, Along, Shafa, Nutshell, Wutang, StoneTemple Pilot, Ena Bulat dan sesapa ntah lagi.. Ada juga babe-babe KL yang baru (orang2nya juga sangat ganjil..tak tahu bagaimana rozel dan tiq boleh bersama orang2 seperti ini...hahaha!!)
Dengarnya SEMUT la orang yg paling digilai ramai..hehehe!! sampai ada yang menangis kerana terpaksa berpisah dan sanggup turun ke Ipoh semata-mata menagih ingin cinta Semut!! Syabass Semut kerana bisa meruntun jiwa sang gadis..
Waktu paling best ialah ketika menyambut majlis hari jadi Kasumi dan Arieyya pada bulan puasa tahun 2001 (kalau tak silap laa) Memang seronok..Makan dengan kadar yang banyak sekali sehingga aku terpaksa melonggarkan tali pinggang seluar... Kali pertama aku berbuka puasa di Ipoh dan bersahur (makan durian dan ikan keli) di rumah Arieyya.. Memang seronok!!
Sempat juga aku kerumah Leman Manan malam itu beramai-ramai menziarahi beliau.. dapat dengar bunyi keretapi lalu ditepi rumahnya...sungguh mendebarkan!
Pertama kali sewaktu aku datang ke ipoh bersama Maini dan Lobak, kami singgah makan di TKK (kedai Ah Yong) teringat lagi dengan gelagat si Kuzi yang bercakap dengan kadar yang sangat laju dan kuat sekali..sungguh berkeyakinan orangnya. Ini telah menyebabkan Maini dan Lobak hampir putus nafas menahan ketawa melihat aksi sang Kuzi itu tadi.. Semua pun orang2 yang tak siuman... (-_-;) aii....

Hmm... tapi semua tu tinggal kenangan aje sekarang... semua orang dah membawa haluan hidup masing2..Usia semakin meningkat dan kedut dimuka semakin bertambah..Masing2 ada komitmen sendiri termasuk aku juga...
Aku tak sabar nak menghadiri majlis perkahwinan masyarakat empire seperti mana waktu mereka menghadiri majliis perkahwinan aku tempohari...Bagaimana agaknya melihat aksi mereka di atas pelamin?
ahh!! hampir aku terlupa...aku sudah 11 minggu dan 4 hari..Kepada semua empirean, KAU SEMUA BAKAL MENJADI PAKCIK DAN MAKCIK HUJUNG TAHUN INI!! doakan yang baik-baik utk 'kami' ya?
Jumpa lagi... ;)

May 03, 2005

Selamat Hari Pekerja!!!

Hmm..dah dua kali aku mungkir janji...dah dua kali jugaklah suami aku terpaksa balik ke melaka walaupun bukan turn dia..
sebenarnya aku bukannya sengaja nak mungkir janji atau sengaja tak nak balik...tapi keadaan tak mengizinkan.. dua minggu lepas aku tak jadi balik jb sebab aku tak sihat..perut aku sakit bergolek2...kepala pun rasa pusing2..aku dapat mc hari jumaat tu..ikutkan aku boleh balik jb awal pagi..tapi, ntah..nak bangun pun tak larat..
minggu baru nih, sepatutnya aku jugak yg balik jb...aku dah siap pack baju2 dan segala bagai barang nak bawak balik jb..siap bawak datang ofis lagi..sebab aku ingat nak terus naik bas ke jb lepas balik keja..mmg excited la nak balik...tup2 je, pukul 5.45ptg, 15 minit je lagi nak balik, bos aku suh aku buat SOP (standard operation procedure) utk part yang baru masuk dari japan..boring tak terkata..pastu, bila dah ada part baru, cam biasa laa..aku mesti kena buat drawing jig punya..jumaat tu aku ot sampai kul 8 mlm.dah tu bukan terus balik, kena kutip adik aku, najwa dan teh kat mahkota prade, diorang pgi tgk movie 'Tentang Cinta'.. hampeh je...aku pulak yg kena jadi driver dia..sampai je umah, lebih kurang kul 8.30mlm..aku terus call mak mertua aku..aku mintak maaf la sebab tak jadi balik..nasib baik la mertua aku tu ok..kalau kena yang takleh lebih kurang, mau muncung2 tu..

hari sabtu suami aku kerja half day..aku pun kena ot (kilang aku sabtu ahad mmg cuti..so, kalau kerja sabtu tu kira ot laa..) buat drawing ala kadar aje...pukul 1 aku terus balik umah..sampai umah, mak aku baru balik menolong jiran aku kawin kan anak..aku lupa rupanya hari sabtu tu, kawan sekolah rendah aku kawin, nora namanya..dulu kecik2 mmg geng ngan aku..aku teringat masa aku darjah 3, balik sekolah agama kitorang tak balik rumah terus, tapi pegi main badminton kat lorong tepi rumah jiran aku..ada sekali tu aku bagi bola tinggi, konon2 dia nak smash..cemana ntah, dia tak sambut bola, tapi tetiba dia tunduk/ bongkok tarik spender dia..rupa2nya getah spender dia longgar..berguling2 aku ketawakan dia...mula2 dia macam nak nangis tapi sebab takde orang tgk, dia pun ketawa gak..lagi kuat dari aku..keji betul...terus tak jadi main, kitorang terus balik umah..

tapi..itu sume kisah dulu-dulu laa...sekarang dah lain..dulu dia kalau bercakap riuh satu sekolah boleh dengar..sekarang nak dengar sepatah suara pun susah..pendiam bebenau..nak kata sombong pun boleh..ye la, aku kan kawan sekampung dia..kalau dia terserempak dengan aku, bukannya nak tegur, pandang pun tak..apsal ntah..dulu2 aku tegur la jugak dia..tgk respon pun takde, malas aku nak tegur lagi..hmmm "manusia memang makhluk yang suka berubah"...takpe..lupakan dia..hmm, balik je rumah aku tgk dah ada lauk orang kawin atas meja aku..mak si nora yang bagi..banyak la jugak...so tengahari tu aku makan nasi minyak, lauk ayam merah dengan rendang daging..sedap jugak..selalu orang kawin bagi lauk daging korma..tapi dia ganti dengan rendang..best betul!
lepas makan je, aku pusing 2-3 round dalam rumah tu, tgk tv, tak sampai 5 menet aku dah berdengkur...ehehehe....

bangun je tido dah pukul 5 lebih..mandi, degebak degebuk aku siap2 nak pgi amek suami aku kat melaka sentral.. dia cakap naik bas kul 3.45ptg..so aku bajet sampai dalam kul 6.45 la..elok aku sampai je sentral, aku nampak bas yang dia naik tu (bas jebat) baru nak masuk parking..ok la tu..takde la lama sangat aku kena tunggu..
tiba2 suami aku hantar sms, dia nak pgi cari tiket utk balik jb hari isnin (2hb) punya... dekat 20 minit la aku tunggu..tak lama lepas tu aku nampak kelibat suami aku dari jauh..muka dia nampak tension aje..dia sampai je kat keta aku buat2 tido (aku dah siap lock pintu) konon2 macam lama sangat la aku tunggu dia..ye laa..mau tak hot aku kena tunggu lama sangat...pastu dia ketuk2 cermin pintu keta..pastu aku terus buat2 pengsan..(jatuh kat seat co driver tu..) pastu aku dengar lagi kuat dia ketuk pintu tu panggil2 nama aku..tiba2 aku teringat mak aku cakap berdosa main2kan suami.. hehe..terus aku bangun balik pastu gelak2 kan dia..suami aku ketawa jugak..sejuk hati aku bila dah tengok muka dia..aku tanya dia kenapa lambat sgt beli tiket..rupa2nya mmg ramai orang kat kaunter tu..yg lebih hot lagi, tiket utk hari isnin sume dah sold out..dia dah risau dah..cemana pulak nak balik jb kalau sume tiket bas dah penuh...
last2 aku suh dia rilek..aku pujuk dia, pagi2 esok kita pegi cari tiket lagi..baru dia ok sikit..pastu dia blanja aku makan kat windmill..beli barang ala kadar pastu kitorang terus balik..sebelum balik umah tu, sempat singgah umah mak aku jap...
sampai je umah dah pukul 850mlm..cepat2 bukak tv nak tgk AIM..hmm..banyak mengarut laa AIM tu...boring...ntah apa2 ntah result dia..
abih je AIM, tido......

Hari ahad, pagi2 aku dah bangun..siap2 pukul 9 lebih kitorang keluar pgi sentral nak cari tiket..pelik gak aku, baru hari sabtu, tiket hari isnin dah habis...melampau btul! aku ingat suami aku tipu, rupa2nya memang dah habis..semua kaunter aku tanya cakap tiket dah habis..cemas gak aku..sampaikan syarikat2 bas yang tak pernah dengar namanya pun aku tanya diorang cakap tiket habis...huh!! saiko!
last2 ada 2 je kaunter lagi yang belum aku tanya, aku pegi tanya kat Mayang Sari, suami aku pegi tanya kat Jebat..Q punya la panjang kat Jebat tu..tak kuasa aku nak tunggu kat situ..kat mayang sari pulak ada 2 orang je tapi tukang jaga kaunter tu takde pulak..sewel btul..
dalam 5 minit lepas tu, brader yang jaga kaunter mayang tu datang..aku tanya la tiket utk hari isnin..rasanya brader tu kenal aku sebab dulu masa aku study kat utm tiap2 minggu aku ulang alik melaka jb. sampai kan ada satu hari tu aku balik jb, dalam bas mayang ada 3 orang je penumpang termasuk driver..mau dia tak cam muka aku!
mula2 brader tu cakap tiket isnin semua dah habis..aku tanya la "takkan satu pun takde lagi bang?" sambil buat muka cemas..pastu dia cakap "kau dulu slalu beli tiket mayang kan? tu la..apsal ko beli lambat sangat...??" isk! lambat ke? aku rasa selalu aku beli on the spot ada je... Aku buat muka sememeh (muka kesian gile laa...) last2 brader tu cakap, "kau nak tiket sorang je kan? jap aku cek kot2 ada kosong.." nasib baik ada..!! hari isnin pukul 7.45 mlm..co-driver seat...(kerusi no 1 & 2) Biasanya tempat tu mmg dia tak akan jual kat penumpang..nasib baik dia kesian kat aku...Hehei!! aku memang pelakon berbakat!
dapat je tiket aku terus lari kat suami aku..sambil tayang2 tiket yang aku dapat..dia punya la happy sampai cium pipi aku kat khalayak ramai tu..malu aku! last2 baru dia sedar org dok perati dia..terus dia jalan laju2 sebab malu... sambil tu kitorang gelak2 jugak sebab tak sedar diri tadi..hehe..!!
lepas tu kitorang pgi beli barang kat jusco..aku dah janji nak blanje dia makan ikan bakar anjung batu..so tengahari tu takde la nak makan berat2..last2 dia cakap nak makan bihun putih (letak blackpepper aje) aku masak satu bungkus bihun tu..aku hantar rumah mak aku sikit..kat umah tu tinggal mak aku, najwa dengan aie aje.. teh dengan ayah aku kerja..

lepas makan tgk tv, nona..majlis kawin norjuma dengan dato nazim.. walaupun jarak umur diorang dekat 20 tahun, tapi still nampak padan..mungkin sebab dato tu putih dan kecik comel..takde la nampak tua sangat..kira ok la..yang penting bujang! hehe...haruss bengkak jiwa 'orang2' yang pernah digossipkan dengan dato tu kan? melalut pulak pasal orang lain...
hmm..lepas semayang maghrib, aku siap cepat2 sebab nak pgi makan ikan bakar..tak sabar rasanya! tapi tu pun lambat jugak bergerak sebab tunggu suami aku bersolek lama sangat...bukan apa..hujung2 minggu nak2 awal bulan macam nih, kalau lambat sikit memang penuh la medan ikan bakar tu..lebih sejam kalau nak tunggu ikan tu siap...ye laa..mana dia nak siang ikan tu lagi, nak bakar lagi.. antara sabar dengan tidak aje laa...
masa aku sampai tu hujan renyai2, baru ada 2 family yang tgh makan..hoh! ada yg lebih awal dari aku rupanya..

sampai je kedai tu, tak sempat cari tempat duduk aku terus pgi pilih ikan..aku pilih siakap dengan sotong utk bakar..sotong tengah musim bertelur pulak tu..hulala!! teruja sungguh aku! aku kalau pasal makan memang susah nak dibendung..pencinta makanan la katakan (-_-;)
kalau makan ikan bakar, aku lebih suka semua hidupan laut tu dibakar..lebih feel...
kalau nak makan sweet sour ke, goreng tepung ke..masak sambal ke..itu kat rumah pun boleh buat.. walaupun aku slalu gak cuba buat ikan bakar kat umah, tapi tak sama lah rasanya dengan makan kat anjung batu tu..mungkin pakai dapur gas tak sama dengan dapur arang...
hmm..makan berdua je, tapi order bagai tak hingat.. kenyang btul sampai nak gerak pun susah..dah nama pun gelojoh, asalkan aku makan ikan bakar je mesti baju aku kena kicap limau tu...eiii!!! boring btul!

lepas makan, pgi isi minyak kereta..aku dah tokleh gerak..siap longgarkan talipinggang seluar lagi...
balik je rumah tengok bola, kedah vs selangor..politikus sungguh permainan mereka.. malas aku nak tengok...last2 layan miss universe 2004..
ntah bila masa ntah aku pun tak sedar bila aku tertidur..sedar2 dah pagi...
hari isnin, lepak je rumah..mak aku ajak makan tengahari kat umah dia..lepas makan tengahari, tolong kemas ala kadar, kitorang pun balik umah.. sambung tido...
petang kul 5 siap2, nak hantar suami aku ke sentral.. hmmm..sedih pula terpaksa berpisah..apa boleh buat, begini la keadaan kami buat sementara waktu ni...aku berdoa semoga suami aku cepat la dapat transfer ke melaka... amin....
oh jumaat.., cepatlah muncul kembali....

April 18, 2005

Balik JB

Letih btul aku hari nih..penat..mengantuk...lapar..biji mata aku pun dah mula berpusing2..kepala aku pun terasa berat...pening btul..macam nih la rupanya kalau aku tak cukup tido.
Jumaat lepas, habis je keja..aku terus cabut balik JB. Balik umah suami aku..dia tinggal dengan family dia..aku balik JB naik bas aje..jimat sket..melaka-jb pegi balik kalo bawak keta mau habis rm100..aku naik bas pegi balik baru perabis rm24.60..siap boleh tido lagi...3 jam perjalanan...
aku abis je keja jumaat hari tu (kul 6ptg), abah aku dah tunggu..aku mmg suh dia amek aku sebab lepas tu dia kena hantar aku pgi melaka sentral..aku naik bas Jebat pukul 6.30 ptg. Naik je bas tak sampai highway aku tido..
Dalam pukul 9 mlm bas tu berenti rehat kat yong peng. dia berenti kat satu kedai makan misteri (sebelah lucky garden) kedai tu taukey cina tapi ada satu side tu jual makanan melayu la..seram btul aku dok situ..dia pasang lagu cina yang bunyi ala-ala dalam tokong...pastu ada pulak suara2 harmoni yang backup lagu tu..kira macam dikir barat cina laa..serius shit seram!! bulu tengkuk aku dah meremang2 dah..aku tak turun pun, dok je dalam bas...habis je lagu tu, sambung pulak lagu lain..lagu cina gak..lagi seramm dari yg mula2 tadi..aku rasa macam ada hantu cina berkeliaran je time tu...dah la gelap dalam bas tu..celake btul! yang buat aku rasa nak ketawa, tengah2 lagu seram2 tu..tetiba aje keluar lagu peterpan (dan mungkin bila nanti...bla..bla..blaa...) sampai habis pulak tu..aku rasa kan, mesti anak perempuan taukey kedai tu minat kat peterpan..tu yang dia tetiba record lagu peterpan dalam kaset lagu tokong ayah dia...hihihi!!
Bas gerak je, aku sambung tido balik..aku sampai jb dalam kul 10mlm..suami aku dah tunggu dah kat depan fucking donat kat larkin tu (eheh!). dia dah janji nak bawak aku makan bubur nasi kat sentosa..memang marveless!! teringat zaman masa mula2 bercinta dulu...ekeke...masa tu bulan puasa, aku balik je keja part time (masa aku keja kat jusco dulu) bila weekend aje, dia akan amek aku then kitorang pgi sahur makan bubur nasi kat sentosa..aku memang suka sangat makan bubur nasi..sedap wo! sikit punya banyak dia punya lauk sampingan..ada telur asin, kangkung goreng cili, ikan bilis dengan kacang, lobak asin, sambal bawang, ikan jeruk, lala berlada..huhhh!!! terangkat gua cakap luuu!! (air liur aku pun meleleh masa menaip semua ini)
aku sampai je umah mertua aku dalam kul 11 lebih..letih gile, lepas mandi, gedebak gedebuk aku terus tido..
Aku bangun je pagi tu dah dengar suara anak2 buah aku.. (anak kakak ipar aku) punyalah riuh rendah..padahal 3 ekor aje..diorang memang suka lepak umah mertua aku..pakcik2 ngan makcik2 diorang sume suka melayan..lagi pun, adik beradik suami aku sume muda2 lagi..dia anak yg ke 3/4(kembar) so yang bawah2 dia tu sume muda2 remaja lagi..jenis suka menyakat dan memanjakan anak buah...budak2 tu panggil aku auntie hawa..(diorang panggil azat, uncle Ajat) secara grafiknya, diorang lebih mesra dengan aku berbanding dilla..sebab aku selalu balik jb (selalu ke? rasanya baru sekali..hehehhe) lagipun, aku jenis suka melayan..dilla tu pendiam sikit..lagipun dia takde adik kecik..aku suka layan budak kecik sebab aku selalu kena jaga si bulat (amnan) dan si daging salai (insyirah) (P/S: KALAU KORANG PENAH BACA PENULISAN AKU SEBELUM2 INI, AKU PENAH CITE PASAL 2 ORANG BUDAK YG MAK AKU JAGA NIH)
Sementara tunggu suami aku balik keja (sabtu kan kerja 1/2 day), aku melayan la diorang..layan tgk kartun la, layan melukis la, layan main solek2 la..bengkok badan aku...penat tapi happy la jugak..yang best sekali, diorang belanja aku makan aiskrim roti..hihi! agaknya balas jasa la tu sebab aku temankan diorang main2.
Dlm pukul 1 lebih suami aku balik keja..aku teman dia makan tengahari...pastu dalam kul 2, abg ipar aku datang amek kakak ipar aku dengan anak2 dia...barulah senyap semula rumah tu....
aku yang dari tadi dah sikit punya mengantuk..tahan je mata..suami aku baru cakap 2-3 patah ayat, aku dah selamat berdengkur..heheee!!!
Lebih kurang pukul 5 ptg aku bangun. Mandi segarkan badan, pastu kemas la apa2 yang patut... pastu aku gosok baju sebab suami aku janji nak bawak aku jalan2 rumah kakak dia..
Mlm tu, lepas jalan2 cari makan, kami pun ronda2 la...lalu depan Xtra Larkin...nampak pulak fun park kat sebelah Xtra tu.. Teringat aku masa malam lepas aku bersanding kat JB 19hb hari tu...memandangkan aku takde cuti yang panjang, utk melepaskan gian sebab aku tak sempat pegi honeymoon, maka aku pun ajak la suami aku berpoya2 main funfair tu..aku memang suka games yang teruja mcm kat funfair tu...walaupun sebenarnya aku seram sejuk jugak nak naik, tapi aku tetap suka.. Macam2 yang aku main..aku lupa la nama game2 tu sume..ada satu tu, aku naik mcm spaceship...sekali tgk macam mainan budak2 tak cukup umur..sekali dah naik...punyalah laju!! macam nak tercabut kepala aku melawan angin...cina2 pompuan yang naik tu dah menjerit2 dah..aku mmg jenis, kalau takut aku tak jerit..aku pejam mata kuat2 aje..tapi mulut aku kumat kamit laa..mcm2 aku baca... kalau korang dengar aku menjerit tu, maknanya aku pura2 teruja la tuh!
lama pulak benda alah tu berpusing...aku ingatkan kejap aje..dalam 15 minit kot? aku pun tak perasan berapa lama...turun aje dari spaceship tu, aku dah terhuyung hayang dah...tapi menten lagi laa..yang kelakar tu, aku tgk suami aku dah siap muntah2..mana la aku tau dia tak boleh main game yang berpusing2 macam tu!! kalau aku tau baik aku ajak dia main baling dart atau baling gelang getah aje... hehe!!
tapi, walau apapun, memang aku seronok la malam tu...Game kat situ pun kira hebat2 la jugak..tapi tak boleh lawan la game yang kat Danga Bay tu....Aku tengok ada satu game tu macam bola lastik..Kiranya, kita duduk dalam bola tu, pastu dia lepaskan lastik tu ke udara..lastik tu mcm bentuk V la..tinggi tiang V tu je aku rasa dah dekat 100 ke 200 meter...bayangkan dia lambungkan bola tu ke udara (tambah lagi 200 meter..) huh!! mau jadi setengah kilometer keudara orang yang dalam bola tu melambung..kecut perut aku tengok!

Hm..balik je rumah, layan tv kejap, pastu terus tido.. Ahad? Tetap saja jadi hari yang membosankan jika terus-terus berada dirumah...! Malasnya nak menulis lagi..nantilah aku sambung... Sekian sajalah

April 07, 2005

Cerpen Pilihan : Aduhai Adura

Bila segala janji menjadi mungkir dan bila setiap patah yang terbit dari sehelai lidah bersulam dusta tiada yang manis lagi pada kasih sayang kita. Setiap detik curiga bernoda. Katamu dulu, sekali kita berbohong akan memungkinkan kali kedua, kali ketiga seterusnya penipuan itu terpaksa kita ulang-ulang. Memang mudah melafazkan ungkapan berbau pepatah, bidalan pun pendirian tapi amat payah untuk mengotakannya.

"Zahim pulang bang." Bagai halilintar berdengung di telingaku bila nama itu disebut. Walaupun aku punya tali yang kukuh yang mengikat Adura tapi hati ini masih terasa goyah. Masih rasa tidak selamat.

"Dura jumpa dia?" tanyaku yang cuba berlaku tenang sedang di hati berkocak tak keruan.


"Dia ada telefon," jawab Adura. "Mana dia tahu nombor telefon di sini?"


"Alah bukannya susah," jawab Adura mudah. Seolah-olah bukan satu kejutan bila orang yang cuba dilupakan muncul semula secara tiba-tiba. "Kami sekadar bertanya khabar." ujar Adura jujur. Dia seakan dapat membaca rasa hatiku. Hanya aku yang mungkin tidak mampu menjadi pasangan yang sesempurnanya. Sering mengabaikan dia dengan pengagihan masa yang tidak adil. Aku lebih memberatkan kerjayaku berbanding dia.


"Tapi abang cemburu." Tiada guna berbohong tentang perasaan sendiri.


"Dura tahu." Jawapan itu seolah menyapu bersih kemerut yang sedang bergerut di kepingan hatiku.

Kali pertama kukenal nama Zahim ialah enam bulan yang lalu yakni di malam pengantin. Di dadaku Adura bercerita tentang Zahim, Kekasih yang terpaksa dilupakan demi menurut kehendak orang tuanya. Pilihan jodoh ibu untukku memang bertepatan. Adura bukan sahaja cantik tetapi seorang anak yang baik. Pengorbanan Adura akan kukenang selamanya dan tidak mungkin kupersiakan.


Sesekali pernah kurasa bersalah kerana mengkhianati cinta Adura pada kekasihnya. Adura terpaksa curang pada Zahim kerana lamaranku. Ah, memang jodoh kami. Dari azali lagi ditentukan Tuhan.


"Dura tak menyesal memilih abang?" tanyaku lembut.


Dia menggeleng kepala. "Dura akan cuba melupakan dia," ucapnya seperti berikrar.


Aku tahu, tak mudah untuk berbuat demikian dalam waktu yang singkat. Memori percintaan yang tersimpul selama enam tahun itu tidak mungkin akan terkikis semuanya. Aku mengerti cuma rasa cintaku mungkin kebahagiaannya. Kebahagiaannya bersamaku akan menghanyutkan kenangan silam. Aku mahu mengganti kasihnya. Aku mahu membahagiakannya. Itulah janjiku.


Adura berjumpa dengan Zahim! Itulah yang tertulis dalam diarinya. Aku dengan tidak sengaja membacanya. Hari demi hari aku menanti supaya dia membuka mulut memberitahu tentang itu. Tapi penantianku tersia. Mungkin tidak penting! Aku cuba memujuk hati. Seorang isteri bertemu secara rahsia dengan bekas kekasihnya bukan sesuatu yang penting? Ah, mengarut!


"Dura, Dura tak bahagia hidup dengan abang?" Aku cuba menyelongkar hatinya, berbicara dari hati ke hati. Selama ini kami sedang belajar mengenal hati budi masing-masing. Kami sebenarnya sedang bercinta. Bercinta selepas kahwin kukira, punya kenikmatan yang lebih asli.


"Abang?" Dia memulangkan kembali soalan itu kepadaku.


"Abang menyintai Dura sepenuh hati." Dia tersenyum. Manis sekali senyuman laksana bulan penuh itu.


"Dura juga bang tapi kadang-kadang Dura terasa kekosongan," luahnya sambil menggenggam erat jemari kasarku. "Dura terasa selalu dipinggirkan oleh kesibukan abang."


Urai rambutnya yang panjang kubelai mesra. "Itu tandanya abang sayangkan Dura, Abang bekerja kuat demi kebahagiaan kita, sayang," ucapku.


"Bila kita nak ada anak, bang?" tanyanya tiba-tiba. Ah, aku selalu tertunggu-tunggu juga berita gembira itu. Ibu dan ayah asyik merisik dariku kalau-kalau Adura muntah-muntah. Mereka tidak sabar lagi untuk menimang cucu pertama.


"Dura tak sabar lagi mahu menjadi ibu?" Aku menduganya.


"Kita bersabar sayang. Tuhan bersama orang-orang yang sabar," ucapku dalam keharuan. Kukira enam bulan sudah cukup lama penantian kami. Kalau kawan-kawan lain, tiga bulan berkahwin sudah mendapat berita gembira, isteri mereka mengidam atau muntah-muntah.


Tiada rezeki lagi. Kata-kata itulah penawar penantianku. Memang aku mahu cepat-cepat menimang cahaya mata. Umurku bukan muda lagi untuk menanti beberapa tahun lagi. Aku bujang terlajak yang puas dipujuk oleh ibu supaya menamatkan zaman bujangku. Akhirnya aku dijodohkan dengan Adura. Gadis desa yang sedang menanti kekasihnya pulang dari luar negara.


Adura bukan orang lain dengan keluarga kami. Bau-bau bacang juga. Ibu tidak mahu memilih orang jauh. Takut susah kalau berlaku sakit pening, katanya. Mungkin aku tiada pilihan sendiri. Jadi kuserah bulat-bulat kepada ibu. Aku tak pandai bercinta. Mendekati perempuan pun aku gementar. Ibu mencari gadis yang mengikut citarasanya. Biarlah asalkan ibu senang.


14 Februari - aku dan Zahim berjumpa lagi. Zahim menghadiahkan sebentuk kerongsang sempena Hari Kekasih ini. Walaupun sekejap pertemuan itu tapi kurasa cukup bahagia...


Diari wangi Adura kubuka lagi tanpa pengetahuannya. Kali ini aku semakin gelisah. Gelisah dan tercabar. Dalam diam kuatur pertemuan dengan Zahim. Memang kami perlu bersemuka sebagai anak jantan. Aku tidak mahu dia merosakkan hati Adura dan menghancurkan rumahtangga kami yang bahagia tanpa rasa curiga. Adura setia padaku sebelum kehadirannya. Adura tidak pernah melanggar hatiku. Dia selalu jujur padaku sejak pertama kali mengenalinya lagi. Tapi segalanya musnah bila Zahim muncul.


"Saya tahu saya yang merampas Adura dari saudara Zahim tapi kini Adura milik saya. Kami bahagia," luahku penuh kematangan.


"Saya tidak pernah terniat untuk mengganggu keharmonian rumahtangga Encik Karlid dengan Adura. Saya gembira bila mendapat tahu Adura bahagia. Adura selalu bercerita tentang Encik Karlid pada saya," tutur Zahim. Tampak perwatakannya seperti orang baik-baik. Aku membuat penilaian pertama.


"Kami sekadar mahu melepaskan rindu yang sekian lama tertanam di hati," sambungnya.


"Saudara Zahim tentu arif soal hukum menemui isteri orang tanpa pengetahuan suaminya bukan?"


Dia mengangguk. "Saya tahu saya berdosa tapi saya tidak berdaya menahan gelora perasaan. Saya masih mencintai dia."


Aduh, terjerut hatiku dengan pengakuan itu. Mahu saja aku meninju mukanya. Tapi aku masih mempunyai kesabaran yang menahan aku bertindak melulu begitu.


"Saya akan cuba melupakan dia," janji Zahim mulus. Anak muda seawal 25 tahun itu berlalu meninggalkan aku sendiri. Anak muda itu punya darah panas yang mudah bergelora. Terlalu mengikut kata hati tanpa mengira akibat di kemudian hari. Dia masih mentah. Maafkan dia! Itulah permintaan hatiku.


"Dura ada berita gembira untuk abang," lembut suara Adura sesungguhnya mencairkan hatiku.


"Boleh abang tahu?" "Dura mengandung, bang."


Kalimat itulah yang selama ini kutunggu-tunggu.


"Sungguh?" Dia mengangguk. Kali ini aku menjerit kegembiraan. Aku akan menjadi seorang ayah dan Adura pula akan menjadi seorang ibu. Tiada siapa lagi yang bisa mengganggu kesejahteraan hidup kami. Aduhai, kegembiraan ini tidak terlukis rasanya. Lengkaplah pohon cinta kami kalau ia berbuah nanti.

Kubelek-belek diari Adura, tiada lagi pertemuan dengan Zahim tertulis di situ. Cuma kegembiraan untuk menimang cahaya mata dicoretkan. Lapan bulan lagi pasti impian kami termakbul. Mungkin Zahim telah mengotakan janjinya. Kalau sebelum ini Adura pernah berlaku tidak jujur padaku, aku maafkan. Kemaafan tanpa seulas pun rasa curiga.


II



Zahim, kau kekasih di hati. Kau pujaan di jiwa tapi seluruh impian kita punah terbakar. Mungkin aku yang bersalah, mengkhianati janji dan sumpah kita. Aku punya ibu dan ayah. Permintaan mereka tidak mampu kulanggar. Melanggar bermakna melukakan hati mereka. Melukakan bermakna aku derhaka, Zahim.


Zahim, aku telah melahirkan Fitri untukmu. Lambang kasih sayang kita. Matanya, alisnya dan hidungnya menyerupaimu, Zahim. Tiada satu pun milik Karlid yang bertindan di wajah anak kita.


Karlid masih lagi bergembira, bermegah-megah dengan zuriat itu. Setiap hari dia merangkul erat Fitri. Kalau Fitri merengek laparkan susu atau hilang keselesaan Karlidlah yang pertama terjaga, menukar lampin, membancuh susu atau mendodoi sehingga Fitri terlena semula. Kadang-kadang aku terbayang wajahmu di wajah Karlid ketika dia menyanyikan lagu buat Fitri. Kalau ditakdirkan mimpi kita serupa seperti yang direncanakan tentu kau akan menyayangi Fitri seperti Karlid menyayangi Fitri. Aku bersalah padamu, Zahim! Maafkan aku...

Air mataku menitis kali ini tatkala menatap surat tulisan Adura yang kukira mahu dikirim untuk Zahim. Kertas berwarna biru yang masih terlekat pada himpunannya itu kuletakkan seperti asalnya. Hatiku terkedu. Aku tidak galak lagi melayan kerenah Fitri walaupun kasihku pada Fitri seperti minyak penuh, seperti air yang mengalir. Kubiarkan dia menangis berpanjangan sebelum diangkat oleh Adura. Seharian aku tidak pulang ke rumah walaupun telefon berdering-dering memanggilku di pejabat.


Dayuskah aku? Peperangan di hati semakin berat melanda. Gambar perkahwinan dalam bingkai kaca di atas meja kudakap di dada. Aduhai Adura, mengapa kau mendustai aku? Waktu kupulang lewat petang itu, aku tidak terus mencium pipi Fitri seperti selalu. Rinduku kepada Fitri hilang tiba-tiba. Adura kehairanan dengan sikap baruku itu.








"Abang dah makan?" tanyanya mendekatiku dan cuba memecat dasi di leherku. Fitri diletakkan di ribaku tapi aku menolak. Adura seperti tersinggung.


"Apa gunanya perkahwinan ini, Dura kalau antara kita hidup dalam kepuraan." Terlalu lama aku dibohongi. Kali ini aku mahu Adura berkata jujur padaku. Jujur seperti dia jujur di malam pertama kami.


"Abang baca surat Durakan? Dura lihat kertas itu seperti rosak," tekanya tepat.


"Mengapa tidak sendiri Dura yang berkata pada abang selama ini," sebakku menghiris hati. Mataku berkaca. Sayangku pada Adura tiada batasnya. Seluas lautan membiru setinggi gunung yang mencapai awan.


"Ya! Dura menipu abang selama ini. Dura berdosa pada abang," ucapnya dalam tangisan yang memilukan. Fitri turut menangis. Tangisan Fitri melenyapkan tangisan Adura.


Lewat petang rumah kami dikunjungi oleh Zahim. Mahu apakah lagi dia setelah meranapkan segalanya?


"Encik Karlid," sapanya ketika aku melangkah ke tangga atas tanpa mempedulikannya. Dia tetamu yang tidak diundang dan dia datang bukan untukku.


"Saya minta maaf." Tangan yang dihulurkan tidak dihiraukan.


"Saya mahu mengambil Adura sebagai isteri saya," ucapnya membuat hatiku tiba-tiba terbakar. Marak dan merah.


"Awak tahu apa yang awak cakap? Sebelum saya halau awak baik awak keluar dari rumah saya sekarang," bentakku kasar dan keras, Zahim akhirnya bangun dan beredar pergi.


Menerima Adura seperti aku mendukung biawak hidup. Aku seperti memijak maruahku sendiri. Maruah seorang lelaki, seorang suami. Ah, apa gunanya perkahwinan ini lagi kalau hanya aku yang berusaha mempertahankannya daripada runtuh.


Segala noda yang tercalit tak mampu kuselindungi lagi. Apa gunanya ikatan suci ini kalau ia bernoda dengan seribu dosa. Berhari-hari kufikirkan tentang masa depanku. Hari-hari bahagia bersama Adura, bersama Fitri yang mati-mati kuanggap darah dagingku sendiri sirna sudah. Aku merintih sendiri.



"Adura, aku maafkan segala dosamu kerana menodai segala harapanku dan meruntuhkan cinta, kasih dan sayangku yang menggunung tapi untuk hidup seperti dulu tidak mampu kulakukan. Aku menyeksamu, Dura. Maafkan aku."


"Abang tak bersalah. Dura yang bersalah. Hukumlah Dura tapi jangan lepaskan Dura, bang! Dura tidak mahu melukakan hati ibu dan ayah," rintihnya.


"Adura, aku ceraikan dirimu," lafazku dengan gementar dan payah. Hanya itu jalan penyudahnya walaupun tiang arasy bergoncang dengan kalimat itu. Aku terpaksa. Kusangka aku sangkar yang membahagiakan tapi rupanya aku adalah penjara yang mengurung, menyeksa hidupnya. Terbanglah Adura setelah besi penjara kuruntuhkan.


"Abang!" Adura memelukku sambil meratap hiba. Aku menolak. Aku tidak layak lagi menerima pelukan itu...










Sehabis eddah kuterima undangan perkahwinan daripada Adura. Air mata lelaki tumpah lagi. Aduhai Adura! Aku tidak mampu membencimu. Oh Tuhan, mengapa terlalu lemah aku? Adura tidak layak dicintai, dikasihi dan disayangi. Berkali-kali aku cuba memujuk hati untuk melupakan Adura. Dia bukan untukku. Dia tidak layak kuletakkan di tempat yang suci itu, menjadi isteri dan berlindung di ufuk kasihku.

Tiga bulan pernikahan itu, aku menerima warkah daripada Adura. Adura mahu kembali kepadaku. Mujur ketika itu aku sudah memiliki Sofia. Juga gadis pilihan ibu. Kalau tidak, tentu terusan aku masih memikirkan Adura dan tidak mustahil kalau hatiku terbuka lagi untuk menerima maaf daripadanya. Kejadian kaum Hawa untuk membahagiakan kaum Adam seperti juga Hawa dijadikan dari rusuk kiri untuk mengisi kesepian Adam di syurga. Baru ini aku merasakannya.


Abang, baru kini Dura merasakan cinta yang dijulang tidak akan ada rasa manisnya tanpa restu yang mengiringi. Dura sangka bahagia akan melimpah hidup bersama kekasih tercinta tapi rupanya anganan itu cuma sekadar mimpi yang berpenghujung. Dura dihina oleh keluarga Zahim. Dura tidak diterima sebagai anak menantu. Fitri tidak diakui sebagai zuriat keluarga terhormat itu. Hidup kami penuh derita, bang! Mungkin ini balasan Tuhan di atas dosa Dura pada abang. Ampuni Dura, bang!


Zahim tidak teguh mempertahankan orang yang disayanginya. Kasih Zahim lerai dan layu. Kami mengambil keputusan berpisah. Hanya itu yang terbaik. Dura mahu merebut semula kasih keluarga tercinta yang terlepas bila memilih hidup bersama Zahim dulu.


Dura mahu kembali pada abang. Kalau perlu mengemis pun, Dura sanggup bang, asalkan langit yang memayung kehidupan Dura kembali cerah seperti dulu. Dura tahu selama ini segala madu yang abang limpahkan, Dura balas dengan tuba tapi berilah peluang untuk Dura menebus segalanya...


Surat Adura lumat di genggaman. Cintanya layu di hatiku kini.

Cerpen Pilihan : Kad merah bertinta emas

Tiba-tiba sahaja Arini berasa seperti disengat lebah. Kad baldu berwarna merah hati dipegang kemas. Tinta berwarna emas dengan kata-kata syahdu menusuk kalbu itu bagaikan sembilu menujah hati Arini. Kad itu memang bertanda tangan suaminya. Malahan ada kata-kata cinta sebagai menguatkan lagi puisi kasih yang sudah sedia tertera di kad itu. Tapi kata-kata manis dan memujuk rayu itu, memang sah bukan untuk Arini. Ia ditulis oleh suaminya untuk wanita lain. Lily buah hatiku! Nama itu yang terpampang cantik di dalam kad tersebut.

Arini hanya mampu memegang kepalanya yang terasa berat. Dia tidak sangka bahawa kad yang bukan ditujukan kepadanya itu, terjatuh juga ke tangannya secara tidak sengaja. Tuhan memang sengaja menguji keutuhan rumah tangganya.

Kalau bukan tulisan suaminya yang sudah hafal di otak Arini terpampang di kad tersebut, mungkin Arini akan menyangkal prasangka buruk itu. Sangat mustahil rasanya Dani bersikap seperti itu. Dani suami penyayang. penuh romantis, sentiasa memuja dirinya dan amat menyintainya dan dua puteri mereka yang sedang membesar. Rania, tujuh tahun dan Dania lima tahun.

Kedua-dua puteri itu tumbuh sebagai anak gadis yang sihat dan jelita. Malahan Dania seperti pinang dibelah dua dengan Arini. Wajah Dania saling tak tumpah seperti wajah Arini 25 tahun dahulu. Ketika gambar Dania dan Arini dalam usia yang sama digandingkan, sukar untuk mencari perbezaan di antara kedua-duanya. Agaknya kerana itulah Dania lebih manja dengan Dani, manakala Rania lebih banyak bergayut dengan Arini. Wajah Rania pula dikatakan salinan wajah ayahnya.

Tidak ada sesiapa pun yang tidak cemburukan kebahagiaan yang dicipta oleh Arini dan Dani. Biarpun sudah lebih sepuluh tahun berumahtangga namun rumahtangga mereka sentiasa hangat, segar dan mewangi. Malahan di kalangan rakan-rakan ada yang secara terang-terangan mengakui betapa irinya mereka melihat keutuhan Arini dan Dani memelihara cinta. Arini pula dijadikan tempat merujuk juka ada rakan-rakan yang berumahtangga menghadapi masalah. Berbekalkan pengalaman sendiri, Arini biasanya mampu meringankan beban orang lain dengan nasihat-nasihat atau pandangannya yang sederhana.

Tapi sekeping kad cinta berwarna merah hati di tangan Arini ini memadam segala-galanya. Arini terpukul. Penipuan apakah yang sedang dicipta oleh Dani? Dan sandiwara apakah yang sedang dilakonkan oleh suaminya dalam rumahtangga mereka? Itulah yang membuatkan kepala Dani semakin berdenyut.

Daging, ikan dan sayur yang baru dibawa dari pasar masih terletak di atas meja. Arini sudah tidak berselera memilih menu kesukaan Dani. Berpesan kepada Mak Tijah agar memasak apa saja dan jangan mengganggu dirinya. Arini masuk ke bilik dan mengunci diri. Dia mahu berkurung di situ. Dia mahu mencari kekuatan diri. Dia juga mahu merangkai kata-kata yang munasabah bagi berdepan dengan Dani sepulangnya dari pejabat nanti. Malahan dia akan bertanya terus-terang siapa Lily di hatinya sekarang. Arini mahu mengumpul segala kekuatan itu.

Kenangan tentang Lily kembali melayang di kotak fikir Arini. Dia kenal gadis yang hampir sebayanya itu ketika mereka masih remaja. Mereka kerap bertemu kerana pejabat masing-masing agak berdekatan. Lily memang cantik. Wajahnya jadi idaman ramai lelaki malahan redup matanya turut memukau Dani. Arini sedar betapa kagumnya Dani pada Lily ketika itu malahan kedua-duanya sempat menjalin kasih untuk beberapa ketika. Entah kerana apa, kasih itu terputus begitu sahaja.

Arini tiba-tiba jatuh ke pelukan Dani. Cinta tumbuh secara perlahan dan tanpa sengaja. Namun ketika menyedari Dani menyukai Lily, Arini tidak berkutik. Dia membiarkan Dani membuat pilihan. Tidak ada desakan atau paksaan apabila Dani akhirnya memilih Arini dan melupakan Lily. Kisah kasih itu tamat apabila Dani secara sah menyarungkan cincin ke jari Arini dan mengakui bahawa di hatinya tidak ada gadis lain selain Arini.

Kata Dani, senyuman Arini lebih ikhlas, pandangan mata Arini yang bulat, penuh dengan cahaya cinta dan raut wajah Arini begitu sejuk untuk dia menaung kasih. Jangan sebut lagi nama Arini atau gadis-gadis lain, semuanya sudah lenyap apabila dia pilih Arini.

Tapi kenapa hari ini ada kad cinta untuk Lily? Itulah yang membuatkan Arini hampir pitam. Apa muslihat Dani. Sedangkan dia amat pasti, Lily sudah ada suami dan anak-anak. Dari kata-kata yang tertulis indah di situ, Arini tahu bahawa kad cinta itu sudah kerap mendapat balasan. Arini nekad. Dia tidak akan berlengah. Dia pasti akan bertanya pada Dani, apakah dia juga kerap mendapat kad cinta dari Lily.

Hati Arini berserabut ketika dia mendengar deru enjin kereta Dani petang itu. Namun sebagai wanita intelek, Arini akan bersikap profesional. Dia ke bilik air menyegarkan wajah dan menyambut kepulangan Dani seperti biasa. Air limau sejuk kegemaran suaminya tetap dihidang tanpa kurang rasanya. Senyuman Dani tetap dibalas. Malahan cium di dahi yang diberikan oleh Dani, dibalas dengan mencium tangan suaminya itu seperti hari-hari semalam. Sedikitpun tidak ada perbuatannya yang luak, biarpun hatinya kini amat rabak.

Malam itu selepas makan malam dan menjenguk kerja sekolah anak-anak, Arini berbaring manja di dada Dani. Lelaki tampan itu seperti selalu akan mengusap-usap lembut rambut wangi Arini. Wajah mulus Arini ditatap legat dan sebuah ciuman cinta diberikan seperti biasa. Tidak sedikitpun ada yang berubah. Kalau bukan kerana kad merah itu, sampai mati pun Arini tidak tahu, bahawa selain dirinya, Lily juga sedang bergayut di hati Dani.

Arini mencari peluang untuk mendapatkan penjelasan. Tapi ia tidak mahu dianggap cemburu buta. Kerana itu, Arini sengaja membawa kenangan-kenangan lama dalam perbualan mereka, sehingga terkeluar cerita tentang Lily. Namun bila nama itu disebut oleh Arini, wajah Dani tidak berubah sedikitpun. Seolah-olah tiada yang ganjil pada nama itu.

"Abang saya terjumpa sekeping kad untuk Lily. Apakah abang yang menulis kad itu?"

Dani berhenti dari mengelus rambut Arini. Dia menatap wajah isterinya tanpa kedip. "Kad untuk Lily. Bagaimana ada di tangan Rini?"

Pertanyaan itu tidak dijawab oleh Arini kerana soalannya juga tidak dijawab oleh Dani. "Abang, kita adalah orang-orang yang sudah dewasa. Tak usah bohong, berterus-teranglah, kenapa abang menulis kad itu untuk Lily?'

Dani terdiam. Mungkin mencari kata-kata yang tepat untuk menjawab pertanyaan Arini. Lama dia membisu. Arini tidak mendesak tetapi terus menanti. Selepas mengeluh beberapa kali akhirnya Dani memberi kata pasti.

"Memang kad itu untuk Lily dan abanglah penulisnya. Usah ditanya sebab kenapa kad itu ditujukan untuk Lily, kerana abang memang tidak ada jawapannya. Abang sendiri tidak tahu kenapa abang kembali menjalin cinta bersamanya. Lily ada suami dan anak-anak. Abang juga milik Arini dan dua anak kita. Namun percayalah, cinta kasih dan sayang abang untuk Rini tak pernah luak malahan makin melimpah."

Arini ketawa mendengar penjelasan Dani. Dia bukan mentertawakan kata-kata Dani tetapi mentertawakan dirinya. Betapa mudahnya Dani membuat kenyataan. Dia tidak tahu kenapa dia kembali bermain cinta dengan isteri orang. Dan dia juga berani bertaruh bahawa hatinya tidak berubah walau seinci pun untuk Arini, Rania dan Dania. Benarkah? Arini tahu semua itu bohong belaka tetapi pengakuan Dani tentang cintanya adalah benar.

"Esok saya mahu berjumpa Lily." Begitu selamba Arini menyuarakan hasratnya. Arini menarik selimut dan memejamkan mata. Dia sudah bertanya dan sudahpun mendapatkan jawapannya. Esok dia mahukan satu lagi kepastian.

Seawal pagi Arini sudah bangun. Selepas menyiapkan anak-anak untuk ke sekolah dan menaikkan mereka ke dalam bas, Arini bersiap-siap. Di meja makan, dia melayan Dani seperti biasa. Menuangkan kopi pekat kesukaan Dani dan menyapukan roti bakar dengan mentega, sambil menanti telur separuh masak siap untuk dikacau.

Dani hanya memandang Arini tanpa suara. Dia melihat ada kesungguhan pada Arini terhadap kata-katanya semalam. Malahan Arini tidak menunjukkan bahawa dia akan membatalkan hajatnya itu.

"Betul awak nak jumpa Arini hari ini."

Arini yang sedang sibuk mengaduk telur separuh masak itu, berhenti sebentar dan memandang suaminya. " Apakah abang fikir saya sedang main-main. Tidak! Saya tidak main-main. Saya sedang mempertahankan rumah tangga saya dan suami saya. Kalau abang mahu bersama-sama mempertahankannya, marilah kita pergi bersama."

Dani terdiam tetapi dia juga tidak ada upaya untuk membantah. Dia membisu sepanjang perjalanan menuju ke pejabat Lily. Lily pasti terkejut kerana yang datang bukan Dani seorang tetapi bersama Arini.

Dari jauh Arini sudah dapat mengenali Lily. Biarpun sudah sedikit berubah tetapi kecantikan Lily masih terserlah. Mungkin kerana duduk di dalam kereta, Lily tidak sedar kehadiran Arini. Sebaliknya dia sibuk menggenggam tangan Dani. Ketika Dani menunjukkan Arini, Lily seperti terpempan, terkejut dan agak malu. Arini mendekati mereka tanpa emosi. Tangan dihulur pada Lily dan disambut perlahan oleh wanita itu. Sebelah tangan lagi, Arini memegang kejap tangan suaminya. Dia seolah-olah memberitahu Lily, ini suamiku. Hanya aku yang berhak memegangnya.

"Lily apa khabar. Tak sangka kita berjumpa lagi. Tapi berterus-terang aku tidak suka pada pertemuan seperti ini. Dan kerana kita sudah berjumpa, aku mahu perkenalkan padamu bahawa ini suamiku, Dani. Dia milikku dan milik anak-anakku. Jangan ambil suamiku dan lupakan masa silam kalian. Pusingkan kepalamu. Di rumahmu ada suami dan anak-anak yang menanti teduh kasihmu. Jangan mencari sinar pelangi, habis petang hilanglah ia. Sama ada Dani atau Rafli suamimu, sama sahaja. Kedua-duanya lelaki yang boleh memberikan cinta jika kau sendiri memberikan kasih seikhlas hatimu. Kenapa mencari kebahagiaan di tempat lain sedangkan di rumah sendiri kau boleh mencipta syurga jika kau mahu."

Lily diam terpaku. Dani memegang erat tangan Arini. Mungkin dia sendiri tersedar di sebalik kata-kata yang ditujukan untuk Lily, ia juga tersirat untuk dirinya.

"Pulanglah Lily... Jangan menganyam kasih di bumbung orang lain sedangkan di bumbung rumahmu sendiri ada yang kesepian. Jika bumbung kita bocor, sama-samalah kita baiki. Jangan tumpang teduh di tempat lain."

"Lily aku tidak datang sebagai musuhmu, tapi aku datang untuk memberitahumu bahawa kau sudah tersalah jalan. Bahawa kau sudah tersalah memimpin tangan suamiku. Sedangkan suami dan anak-anakmu terkapai-kapai mencari di manakah tangan lembutmu. Sekarang jangan lagi pimpin tangan suamiku. Dia sudah ada aku, Rania dan Dania. Tangan kami sudah penuh di genggamannya. Kalau selama ini dia keliru kerana memimpin tangannya, aku maafkan dia. Aku juga maafkan kamu."

Arini memandang Dani. Perlahan dia bersuara. "Abang saya sudahpun melakukan apa yang sepatutnya saya buat. Kalau abang rasa saya tersilap, bimbinglah saya tapi jika abang rasa, abang mahu menyerahkan kad merah ini pada Lily, saya akan pulang sendiri dan abang tidak mungkin dapat memimpin tangan saya lagi."

Dani teleku. Kad merah yang dikeluarkan oleh Arini dari sampul merah hati itu dipandangnya. "Arini musnahkanlah kad itu. Abang tidak mahu melihatnya lagi. Memandangnya, seperti abang memandang kekeliruan sendiri. Pun begitu, kad merah inilah sebenarnya yang menyedarkan abang bahawa abang sudah ada cinta sejati. Abang sudah ada Arini. Jika Arini tidak bertemu kad itu, sudah pasti abang terus meniti jalan keliru ini."

Dani memimpin Arini ke kereta mereka. Sebelum itu dia menoleh pada Lily. "Maafkan aku kerana menyambut salammu dulu. Namun terima kasih kerana sudi memberi ruang padaku untuk menikmati masa-masa silamku. Aku terlupa masa itu sudah berlalu."

March 31, 2005

Kahwin itu Indah...


Hari nih hari inventory kat kilang aku...patut laa senyap sunyi je masa aku masuk ofis tadi..budak2 operator sume cuti..yang ada budak2 technician je.. hmm..mesti sesak melaka sentral dengan cewek2 indon.. Tambah2 lagi baru lepas dapat gaji..sakan le korang! Dah la sunyi, tambah lagi dengan suasana sedih yang melanda Teac..hari nih batch pertama yang dapat VSS mula menamatkan perkhidmatan mereka kat sini (ala..berhenti keja dapat pampasan tuu..)Sedih jugak..kebanyakkannya otai-otai laa..kira pangkat makcik2 dan pakcik2 la yg ramai dapat..tinggallah kami2 yang muda belia nih meneruskan perjuangan utk memajukan syarikat..hehehe!! Masa diorang datang salam2 tu, ramai la jugak yang menangis dan syahdu syahdan...mungkin sebab aku nih baru je keja..jadi aku tak berapa kenal sangat dengan diorang...sebab tu la aku berwatak tenang aje.. (-_-;)
Gedebak gedebuk, dah hampir sebulan aku melangsungkan perkahwinan..rasa macam tak percaya je aku dah bergelar isteri orang, isteri Azat bin Yatim.. Dikalangan kawan2 aku pun, masih ada segelintir yang ala2 tak percaya yang aku nih dah bergelar isteri..
Sebenarnya, kami nih nama je dah berkahwin..tapi aku rasa macam masih dalam zaman2 bercinte dulu..kih kih kih! mana tak nye, aku dengan suami aku jumpa seminggu - 2 kali aje...sabtu dgn ahad...Dah la masa kawin hari tu aku dapat cuti 3 hari je.. (khamis 3hb, jumaat dan isnin 7hb mac tu je) hari selasa 8 mac aku dah start keja..saiko kan? apa nak buat, aku takde cuti..kembar suami aku, azim dan bininya dilla, cuti punya lah lama...diorang nikah 12 mac (lewat seminggu dari majlis aku) tapi diorang cuti, start dari 10hb sampai 30 april! jelesssssnya aku! diorang sama2 kerja kat KL, so, memang tinggal serumah laa...yang kami nih sorang di Melaka, sorang di JB..aku dah kira2, aku baru dapat jumpa suami aku 6 kali aje...Sedih tu of course la kan..Tapi bila fikir2 balik, semua nih ada hikmahnya...

Aku nak cite sikit la hal2 yang berlaku sepanjang berlangsungnya majlis aku di melaka dan di jb. Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar seperti yang aku harapkan..biasa la, ada sikit2 masalah teknikal yang tak dapat dielakkan...normal la tu kan..cuma yang aku boring sekali, sapa lagi kalau tak CAMERA MAN aku...kecoh je lebih mamat tu.... poyo gile! aku akui lah yang aku nih memang jenis 'keras' sikit nak pose ala2 manja gitu...sebenarnya aku lebih suka pose natural...nampak lebih vogue dan asli... Mana musim lagi sekarang nih orang pose2 manja..very the kampung la cameraman tu!! stakat suruh pose manja tu satu hal, dia boleh bising2 cakap aku 'keras' laa..susah senyum laa..senyum senget laa...tak manja laa...aku rasa macam nak bagi 'backhand' aje kat dia...bak kata orang melake "loghattt naauuuu!!!"
dah la tu..lepas majlis tu, dia siap bawa kami pegi ambil gambar kat lokasi luar rumah..dia bawa pegi tepi pantai la, rumah antik laa..dah tu siap nak bawa kami berfotografi kat bangunan merah tu! (stadhuys dan area2 a farmosa).. tak kuasa aku nak melayan karenah dia!! mana aku nak layan tetamu lagi, mana aku nak layan sedara mara aku lagi...2 hari lepas majlis selesai tu, dia datang rumah aku, hantar gambar kawin.. Tau tak, betapa sakittt nya hati aku!! dah la mahal nak mampus, gambar banyak tak jadi pulak tu! dia tu memang btul jenis orang 'lepas tangan' laa...dia boleh salahkan mesin cuci gambar tu! bagi aku, kalau dah tak profesional tu, tangan tak stabil, mesin mahal macamana pun, hasilnya tetap tak menjadi..rasa nak aje aku lempang dia laju2...
ada sikit2 aje gambar yang jadi..gambar yg close-up byk yang kabur..memang mengecewakan lah!
Mujur la aku ada satu lagi majlis..sambut menantu kat rumah suami aku..aku awal2 dah booking BOY (empirean) utk jadi cameraman aku...dia lagi profesional walaupun baru pertama kali mengambil gambar orang kawin...dah la sempoi...cool aje...tak over langsung macam mamat yang aku sewa kat melaka tu..! cuma, sayang sikit laa..mekap kat jb tu buat muka aku nampak gelap dan mata aku tak galak macam A.Galak. Dilla pulak, muka dia terlebih bedak dah nampak macam bertepung aje..kesian btul! Tapi kalau tgk life, nampak cantik..cuma dalam gambar nampak pelik sikit mekap tu...

Hmm...aku dan azat dah selamat..korang bila lagi? Aku pun nak ucapkan terima kasih banyak2 pada yang sudi hadir majlis aku..walaupun jauh, korang sanggup datang meraikan aku..aku terharu sesangat! Korang kawin la cepat..boleh aku datang! Jangan nanti perut aku dah besar baru korang nak kawin..ai, tak dapat le mek nak bergaya u ols!
Last, pesanan utk korang; kawin laaa..kawin itu indah! hahahah!!!

P/S: TERIMA KASIH UTK JASRUL IZWAN A.K.A RULEHITZ DIATAS KOMEN YANG COMEL DI BLOG KAMU.. MAKASIH NYAH! HEM TERHARU... YA, AKU MENDOAKAN KAU SUPAYA CEPAT BERKAHWIN DAN CEPAT MENIMANG CECAYA MATA.. AMIN..

March 28, 2005

Album kawin saya

hoh...lama btul tak update...tak menyempat2 je nak update benda alah nih...text utk blog pun masih dalam proses menaip..apa pun, sementara menunggu karangan aku, tgk je la gambar2 kawin nih..hehehe..


rajah 1: majlis berarak pada sabtu 5hb mac 2005.


rajah 2: majlis sambut menantu kat johor jaya pada 19hb mac 2005. Majlis azat (suami aku) dan kembarnya azim.



rajah 3: malam nikah 4hb mac 2005..bangsawan sungguh!


rajah 4: bersama empirean yang hadir..aku sungguh terharu sehingga menitiskan air mata palsu...hoho!


rajah 5: bersama biras aku, dilla.. lepas majlis selesai...

December 15, 2004

Selamat Pengantin Baru..

SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK NOOR IZAM, NOOR NHAZZLA DAN NOOR IRINA DAN PASANGAN MASING2.. SEMOGA DIRAHMATI ALLAH DAN DIPANJANGKAN JODOH HINGGA KE AKHIR HAYAT.. AMIN.....



Lama juga tak update blog nih..sehinggakan aku menerima tindakbalas
aneh dari kanak-kanak yang ganjil tu..akhir2 ini juga aku sibuk dengan
urusan kerja. kilang tempat aku bekerja ini baru saja mengeluarkan produk
baru untuk pasaran. jadi, aku juga terpaksa bekerja keras membuat drawing
apa2 yg patut untuk memastikan semuanya lancar mengikut kehendak bos. hampir
6 bulan aku bekerja disini...kehidupan aku sudah mulai kelihatan teratur
dan pergerakan aku mulai menjadi selesa...cuma penyakit susah bercakap
dihadapan khalayak ramai masih tidak mahu berubah..tak kisahlah..asalkan
mulut aku sudah mulai lancar dan tidak gagap lagi ketika present work
depan bos. ok lah tu abang halim!! (ah! ya..abg halim juga salah seorang sn.
designer disini..hoho!!)

Oklah, sebenarnya penulisan aku kali ini bukanlah untuk bercerita
mengenai kerja. aku akan bangkitkan hal2 ditempat kerja pada sessi lain
kelak.sekarang aku nak berkongsi mengenai cerita sepupu-sepupu aku yang
baru saja melangsungkan perkahwinan..bukan seorang, tapi 3 orang. bukan
majlis berasingan, tapi kesemuanya serentak! betul2 majlis yang hebat
dan mendebarkan...heheheii!! sebelum terlambat, aku nak ucapkan tahniah dan
semoga berkekalan hingga keakhir hayat untuk Izam (27), Nazla (25) dan
Irina (24) bersama pasangan masing2....

Sebenarnya irina dah selamat di ijabkabulkan pada lewat bulan 8. tapi
majlisnya dibuat lewat sedikit. izam pula nikah pada 4hb 12 04 dirumah
pengantin perempuan. Jadi, malam 10hb tu, cuma langsung acara akad
nikah antara nazla dan pasangannye sajalah..2 bulan sebelum tu, nazla dah call aku, mintak suh aku tolong mekapkan dia masa malam nikah tu..aku on je lah...memang hobi aku tacap muka orang..hehee..nak harap aku mekap muka sendiri, takde nye de....
ptg jumaat tu, awal2 lagi aku dah kemas stuff aku kat ofis..bos aku tanya,
apsal aku rush? aku cakap aku nak pgi mekap orang.. terus dia gelak.. dia
tak percaya tu aku mahir solek menyolek orang! hoho!! memanglah, sapa pun
tau yang aku nih mmg bukan kaki mekap...tapi, kalau mekapkan orang,
haa..boleh laa kalau nak cari makan.. nih berkat aku belajar dengan
bomoh solek la nih..lagipun aku slalu gak surf blog2 pondan yang ada bagi
tips utk adik2 mencantikkan muka diorang..hasilnya, memang vogue la sepupu
aku malam tuu!! aku tak mintak upah pun..sebab dulu masa irina nikah dan
tunang pun, jejari mulus aku nih la yang tukang kalerkan muka dia..dulu irina
bagi aku bedak compact yang dia baru beli sebagai ganjaran..dan sekarang
turn aku mekapkan nazla, aku guna balik bedak yang irina bagi tu.. nazla
pulak, bagi aku satu set eye shadow dan blusher..kira nanti kalau adik2
pompuan dia kawin, bolehlah recycle balik benda alah tu..heheeii!!

Malam tu lepas nikah, tak de apa2 aktiviti sangat...cuma pengantin
makan2 je. dengar cerita lelaki tu tak nak berkompang2..macam tak best je kan?
kalau kat melaka nih, kalau nikah malam, dengan kompangnye, dengan
bunga apinya, dengan silatnya... hebat!! kompang2 la baru meriah...baru rasa
macam orang kawin..wahahaha!!

Masa tgh mekapkan nazla tu, makcik aku pun ada skali..dia tu mulut
ala-ala kak nam sikit..laser! nazla dan irina suruh aku datang awal sikit esok
masa hari langsung tu..aku cakap la aku datang lewat sikit sebab aku
kerja..makcik aku dengar je aku cakap mcm tu, terus dia sound aku..
"aih...sepupu kawin pun kau sibuk2 nak kerja??" Hihhh!! sakit telinga aku..! selalunya dulu aku diam je kalau dia sound..ntah knapa aku boleh
menjawap balik dia cakap.. "saya nih makan gaji dengan bos, kenalah
ikut cakap bos..lainlah kalau saya makan gaji dengan makcik.."
terus dia
buat muka tahi..hehe..kalau mak aku ada, mesti aku kena cubit..elehh..pengantin
tak kecoh pun, dia je yang over... dia blah je kitorang terus gelak2 jahat...

Hmm..masa imam datang mintak pengakuan pengantin perempuan tu aku tak sempat
nak kluar..so, aku dan sorang lagi sepupu aku terpaksa la tercegat dalam
bilik pengantin.. tapi best jugak sebab aku dapat tgk keadaan cemana
proses2 sebelum akad nikah..dia suruh nazla mengucap dan baca tasbih
kifarah..pastu suruh sign dalam buku iman tu..berprosedur jugak kaedah
nya..aku ingat pengantin pompuan tak kena apa2...tengok cam tu, aku
pulak yang berdebar2...ehehhee...bukannya lama sangat lagi.. beberapa bulan
je lagi..kira aku ambik pengalaman la..masa akad nikah tu, 3 kali mamat tu
kena ulang..mesti berpeluh sakan tu... aku risau gak bila tgk orang
kena ulang byk2 kali nih...aku tak tau cemana che' abg aku kena nanti.. aku
risau satu je, aku takut dia salah sebut nama aku..bukan apa, dia tu
macam ala2 pelat sikit..bila dia sebut nama aku kadang2 dengar macam 'siti
nur AHwa' kadang2 dengar macam 'siti nur awah'...sakit hati aku...

Dalam kul 10.30 tu aku balik rumah sebab letih..patutnya aku stayback
kat opis nak siapkan drawing.. tapi sebab aku dah janji dengan nazla lama
dulu, maka aku pun terpaksa la datang ot hari sabtu tu sebab nak siapkan keja
aku yg terbengkalai tadi...

Esoknya tu lepas je aku abih keja dalam pukul 11.30 aku terus cabut balik rumah. family aku sume takde dah..diorang dah pgi dulu umah makcik aku.. aku salin baju (sebab aku keja pakai uniform kolar biru).....aku pakai baju kurung yang tunang aku bagi masa hantaran hari tu.. bedak ala kadar, aku trus drive (hey!! aku dah dapat lesen!!)

Sampai je rumah pengantin aku tengok orang dah ramai.. ye lah, pakcik makcik aku dedua cikgu, ramai le kenalannya... tambah lagi dengan orang kampung, sedara mara, rakan2 pengantin lagi...mau sesak keadaan situ.. dah la rumah tepi jalan raya. jalan besar melaka-muar lagi... memang happening la siang tu..
aku terus pgi bilik pengantin... tgk nazla dah siap solek dengan mak andam sewaannya... songket hijau muda..irina pula dengan songket peach.. kesian sepupu aku...hodoh betul mekap mak andam nih... nazla tu kulitnya putih merah..ada ke dia pgi tabuh budak tu dengan bedak kuning.. dah macam kena deman kuning kawan tu.. irina tu ok lagi lah... saiko btull.. makcik2 aku semua bising2 mengutuk mak andam tu.. dah la mahal... tak ikhlas btul meniaga..

Dalam pukul 1.00 tgh tu, 6-6 ekor pengantin tu semua dah berkumpul kat masjid..kompang pun dah ready..macam nih la yang aku tunggu2...aku paling suka tgk pengantin jalan dengan kompang...meriah noks!!
masa diorang jalan menuju ke pelamin tu, banyak jugak la kereta yang berhenti2 sebab nak tgk pengantin..bukan apa, ganjil sikit lah, sampai 3 pasang pengantin.. sampaikan aku dengar ada sorang makcik tu cakap "amboi...bersepah2 pengantin haa..." lawak btul aku dengar dia cakap macam tu..rasa macam sampah pulak..aku tak tunggu sampai majlis makan beradab.. aku letih sangat.. lepas makan je, aku bagitau mak aku, aku nak balik tidur.. mak aku bekalkan nasi sikit.. pas tu baru aku balik..
sampai rumah aku lepak2 kejap..inga nak online tapi raksasa mengantuk dah menguasai aku... tidur dulu lah!!!

nanti aku sambung lagi...


December 14, 2004

we are 70's/80's oldies...


hi guys!! read this.. teringat kat zaman dolu2...our sweet old
>times..hehehe
>
> > Those OLD days!!
> >
> > You grew up watching He-man, Transformers,
> > Thundercats, Silver Hawk, Space Cop Gaban,
> > Ultraman, and Mighty Mouse. Not to forget, Ninja
> > Turtles, Mask and Smurfs too. You grew up brushing
> > your teeth with a mug in primary school after
> > recess time. You squatted by a drain with all your
> > classmates beside you, and brushed your teeth with
> > a colourful mug. Remember the days when the school
> > nurse comes with a list for the dentist
> > appointments, the sound of the drilling when your
> > friend has a fill in his tooth.
> >
> > You remember the packets of milk (Projeck Susu
> > Segar) and milo we get in primary school to
> > encourage us to drink more milk. And when we had
> > to line up just to get one cup, and some of us
> > would line up again for another cup of cold milo.
> > And remember we use to buy susu sekolah and get
> > stomach-ache the next day. During primary (some
> > KBSR & 3M) school days, the teacher will punish
> > you using a long ruler to hit your palm. A bowl of
> > noodle soup cost only 40c in primary school days.
> > When you were in primary school, girls like to go
> > to the bookshop to buy cute stuff such as animal
> > erasers, sharpeners, notebook etc. Play with these
> > paper doll... with all the paper clothes.. etc etc
> >
> > In secondary (some KBSM) school, girls go to the
> > library to borrow their favourite romance
> > storybook. In secondary school, girls altered
> > their school skirt to shorten it and guys will go
> > to the school appointed school uniform tailor shop
> > to tailor make their school trousers to the then
> > fashionable "baggy pants" , or the GQ one with all
> > the 'batik' or buckle at the edge of the pocket!
> > the straight cut jeans.. or codroy... In secondary
> > school days, you buy the Bata BM Turbo school
> > shoes. Some guys like to wear those china made
> > ankle high shoes. Some even like to wear those
> > very thick socks with their school shoes. remember
> > the panda, carefree or warrior shoes.. :)
> > Internet? E-mail? What the hell is that? So you
> > thought a decade or more ago. Your friends don't
> > have pagers or handphones in school. CDs? What's
> > that? Cassette tapes were the norm. Movie tickets
> > used to cost less than $5 last time.
> >
> > The goodies from Mamak shop used to be Mamee, Ka
> > ka, Kum Kum, Ding Dang choco balls (with toys in
> > the box) + the mat sentul voices as a jingle,
> > colourful hard "egg", "cigerette" chocolate, pink
> > bottle of bubbles, and small tubes with yellow
> > sticks to blow "more lasting" bubbles that you can
> > pop more air in or slam it on. You never forget
> > 'Ti Kam'. When exams are over, the board games
> > (eg: UNO, Monopoly, CLUEDO) & hand held video
> > games will be all over the class room. Girls will
> > start playing 'batu seremban'. guys with 'tudung
> > botol oren' Your favourite sound is the bell! For
> > it's the homemade ice cream man. The cream that
> > tops Haagan Dazs! The pink colour ice-cream with
> > eyes plus a wide smile. Another bell is the recess
> > bell, a time to get away from school work and to
> > eat. Another time when there is no bell but all
> > guys will anxiously wait for it...The PJ, PE
> > time (time for football!!)
> >
> > Your favourite childhood games were playing
> > "guli"(marbles), five stones, zero-point,
> > catching, and/or "Pepsi-Cola one two three"! The
> > best thirst quencher of all times is the yummy
> > colourful ice tubes you can buy from provision
> > shops. To eat them, break the tab and suck while
> > holding the freezing tube! All gals had barbie
> > dolls, My Little Pony, pound puppy, Polly Pocket
> > and etc, while all boys had star wars figurines or
> > a rubber band catapult that shoots folded paper or
> > eraser bits. Once was the era whereby ice-cream
> > sticks were valueable items, than came the paper
> > aircrafts, chalk fights.
> >
> > Everyone envied the class monitor and his
> > assitant, cos they were the ones who came up with
> > the daily duty roster, giving names to teacher on
> > who makes the most noise and who's running around
> > the class. The elite group are the prefects, the
> > one with license to move around, they consider
> > themselves above the law when not many students
> > actually listened to them, and that's when the PK Hem comes in.
> >
> > Some boys made their own guns from wood,and used
> > 'Bacali' as the bullets. Some even used matches to
> > shoot and burn kids'lanterns during Latern
> > Festival.. and you also rather to 'ponteng sekolah'
> > juz to watch final episod of Moero Attack .. miss that much..
> > summersault berkembar... hehehe.. still remember this one..
> >
> > Cheers to the 70's..80's babies... WE RULE THIS WORLD!>

by someone via email...

November 20, 2004

Rahsia...Syytt!

Ada betulnya..

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak
menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti
hatinya,lebih
baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu
menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling
dia
sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus
di
tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu
akan
sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan
lelaki
lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam
matanya,dia
akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak
menerima pujian.

7. Ji! ka kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh
mati,tolak
cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam
diri
wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan
lakukan
apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu
tolak
cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin
menganggap
dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak
berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon
positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap
acuh
tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang
diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh
minit,semua
rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan
senyum
sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan
persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu
panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk
memikat
hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku
cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe! rtama yang dicari
oleh
wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian
barulah
dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki
yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di
hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka
semata-mata
nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh
hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan
surprise
buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa
terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni
dia
tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka
dan
baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah
perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa

October 26, 2004

13 tips eratkan persahabatan

: Dalam kita menjalinkan persahabatan tentu kadangkala
: ada masalah
: atau problem yang melanda. Ini berlaku kadangkala
: kerana tiada
: persefahaman atau saling tidak mengalah. Dalam mencari
: penyelesaian
: ini.. Korang bacalah tip-tip yang diberikan di bawah..
: Aku ambik
: dari forward mail member aku. Cuba korang try tip-tip
: tersebut mana
: tau... yang ada masalah tuh bleh settle..
:
: 1. KESABARAN
: Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baikmu itu
: menyinggung
: perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu
: akan mulai
: berubah & mula berfikir tentang hati & perasaan orang
: lain.
:
: 2. BERTERUS TERANG
: Jgn sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tdk
: menyenangi sikap
: teman2 di sekelilingmu. Cuba berbincang & berterus
: terang agar
: masalah yg membelengu dirimu aka selesai & jgn
: meninggikan suara
: ketika berbincang.
:
: 3. IKHLAS
: Sentiasa bersikap ikhlas & jgn terlalu berkira dgn org
: lain. Sikap
: ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan
: lebih
: menghormati kita.
:
: 4. SALING MENGHORMATI
: Saling hormat menghormati. Hormatilah org
: disekelilingmu & sudah
: tentu org lain juga akan menghormatimu.
:
: 5. JUJUR
: Belajarlah menjadi seorang yg jujur. Saling percaya
: mempercayai
: menjadi hubungan persahabatan yg dijalinkan akan
: berjaya. Sebaiknya,
: buang jauh2 sikap bermuka-muka kerana ianya sikap
: merenggangkan
: persahabatan.
:
: 6. SALING FAHAM MEMAHAMI
: Saling faham memahami & tdk berprasangka buruk adalah
: resepi utama
: dlm membina sebuah persahabatan yg berjaya.
:
: 7. SALING MEMAAFKAN
: Jadilah seorang yg pemaaf sekiranya teman baikmua
: menyinggung
: perasaanmu. & ketahuilah, sikap pemaaf itu merupakan
: satu perbuatan
: yg mulia. Malah dia dpt memberikan kesan positif
: terhadap diri kamu
: sendiri.
:
: 8. BERTOLAK ANSUR
: Saling bertolak ansur juga merupakan satu faktor
: penting utk membina
: sebuah perhubungan yg murni. Sifat begini akan memberi
: manfaat pada
: diri kamu & orang lain. Namun usah mengharapkan hanya
: org lain yg
: perlu bertolak ansur dengan kamu & dlm masa yg sama
: kamu pula
: mengambil kesempatan ke atas mereka. Ini tdk adil
: namanya!
:
: 9. JAGA TUTUR KATA
: Jagalah tutur kata & jgn terlalu celupar ketika
: berbicara bersama
: teman-teman sekeliling kamu. Sikap lepas kata begini
: akan mengundang
: perselisihan faham antara satu sama lain.
:
: 10. NASIHAT MENASIHATI
: Saling tegur menegur & nasihat menasihati antara satu
: ama lain.
: Teguran hendaklah secara baik & bukannya dgn melulu &
: mengkritik.
: Bukankah saling ingat mengingatkan itu satu perbuatan
: yg mulia?
:
: 11. AMBIL BERAT
: Jgn pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil berat
: antara satu sama
: lain. Contohnya, jika temanmu sedang dilanda masalah.
: Berada di
: sisinya ketika dia sedang susah merupakan satu
: pengorbanan besar &
: tanda setia kawan. Ia memberikan kekuatan & sedikit
: bebanyak masalah
: yg ditanggunginya akan berkurangan. Tapi awas! Jgn
: nanti sampai kamu
: tak tahan telinga jika saban hari terpaksa mendengar
: luahan
: masalahnya. Kadangkala kamu juga punya masalah yg
: perlu diselasaikan!
:
: 12. SALING BERHUBUNG
: Jauh di mata, dekat di hati. W/pun mungkin kamu
: dipisahkan oleh
: jarak & kesibukan, apa kata kamu eratkan persahabatan
: dgn bertanya
: khabar. Telefon @ sekadar menghantar sms pun dah
: mencukupi tanda
: ingatan kamu kepadanya.
:
: 13. BERTELINGKAH
: Sesekali bertelingkah yg berlaku akan menjadikan
: perhubungan
: bertambah baik. Kita lebih sling mengenali & memahami
: antara satu
: sama lain. Tapi haruslah diingat, bergaduh tanpa
: bermaafan tak guna
: juga. Sekurang kurangnya kita kenalah beralah &
: bermaaf-maafan agar
: kekeruhan yg melanda akan jernih semula.
:

October 22, 2004

JPJ Driving Test

Hari ini, 22 Oktober 2004. pagi2 lagi Pak Mi dah terpacak depan rumah aku..btul katanya 6 pagi sampai depan rumah aku. Siap pesan jangan tidur lagi lepas sahur. Tau kenapa? Hari nih aku menjalani ujian penilaian JPJ Muar. Hebatkan? Tinggal kat Melaka tapi belajar kereta kat Johor. Macam jauh aje bunyinya..padahal ½ jam je dari rumah aku. Aku sampai je kat Institut Maharani lebih kurang jam 6.30pagi.. Mak datuk!! Tak sangka aku..orang beratur punyalah panjang!! Aku beratur dah jadi orang ke 58. Diorang nih tidur kat sini apa??!! Pakcik yang depan aku nih siap cakap, “kalau tau macam nih saya sahur kat sini subuh tadi…” hehee…
Tunggu punya lama, jam 8 baru kaunter bukak..sorang2 pegawai JPJ datang. Aku tak pernah tgk pegawai JPJ..smart juga uniform diorang (mata keranjang aku mula bersinar-sinar bila terpandangnya beberapa orang pegawai kacak..hehei!!). Nampak gagah perkasa aje. Hoho!!
Lepas tu sorang2 dipanggil oleh org JPJ utk buat road test. Lebih kurang 10 biji kereta skali jalan. Aku tgk list nombor aku dapat kereta no. 15(diorang bagi kita pakai baju bip macam team netball tu). . Oh!!dapat tester yg kacak tadi rupanya..kuang!!kuang!kuang!!
Sementara tunggu turn, aku lepak dengan 2 org student Pak Mi. Diorang dah ambik 3 kali. Tapi diorang dah lepas buat set parking. Cuma buat road test aje lah..satu-satu kereta yang buat test dah balik institute semula.. dalam 10 kereta yg balik tu, 4 aje yang dipandu balik oleh student yg ditest. Yang lain dipandu balik oleh pegawai JPJ. Aku tanya kat si Manja, kenapa camtu? Manja kata kalau camtu maknanya fail la tu…Gulp!! Aku dok perati kereta no.15..dah 6 orang yg dia test cuma 1 orang aje yg berjaya bawak kereta tu balik kat Institut. Yang lain sume mamat tu drive. Pendekata dialah killer tester hari nih. Patutlah orang lain baru uji 3 orang, dia dah selesai 6 orang…ada skali tu, baru jalan 15cm dah tersenggut2..mati enjin, terlebih garisan putih terus kena turun kat situ jugak..saiko btul kan? Mm…baru aku perasan yang mamat JPJ no.15 nih macam somebody. Tak silap aku mukanya macam ala2 Badrul Muhayat tapi versi muka garang dan serius gile..langsung tak reti senyum..tapi rendah aje orangnya…
Kejap aje dah sampai turn aku..budak yang sebelum aku dah berjaya bawa balik sendiri kereta depan institut.. lulus le gamaknya tu! Aku terasa yakin la sikit..lepas tu nombor aku dipanggil.
Masuk je kereta aku buat terus apa2 yang patut..then terus gerak. Cam biasa la. Sebenarnya road aku biasa bawak dan kurang nervouse…yang aku cemas sebenarnya masa buat bukit nanti. Baru aku teringat yg mamat nih tak bagitau lagi nak ikut jalan mana. Aku tanya dia, “eh encik, nak ikut jalan mana ya?” dia cakap “jalan 2!”
Kalau jalan 2 tu maknanya jalan terus sampai trafik light Jln Hj Abdullah..kalau jalan 1, ikut trafik light Jln Sg.Terap. Elok sampai trafik light simpang ke Sg Terap (Jln 1) tu tetiba mamat nih boleh jerit kat aku, “eh, sini jalan 2!! Masuk sini!!! Masuk sini!!!”
Gila ke apa mamat nih? Mengelupur aku trus belok kanan masuk jalan yg dia cakap tu (tanpa bagi signal!) pastu siap dia boleh sound aku, "signal awak rosak ke?”
Aku sound dia balik, “encik cakap jalan 2, tapi ini kan jalan 1?”
Aku pun rasa nak marah aje…dah la bagi arahan salah..nasib baik kau hensem, kalau tak rasa nak ketuk aje kepala si pendek nih… Sebenarnya aku rasa dia pun silap cakap tu..semua orang tahu jalan Sg.Terap tu jalan 1..tu nak kaver malu la tu terus dia cakap “Ini jalan dua lah nih..” malas aku nak cakap dengan dia..terus aku drive macam biasa.. no wonder la ramai orang yg test dengan dia semua fail. Mesti kes dia sergah budak2 nih macam yg aku kena tadi…yang mana jenis panic sure lah termati enjin tetengah trafik light tu… sewel btul!
Memandangkan aku drive pun secara clean and clear dan confident, so dalam 1 km terakhir tu baru lah mamat nih sembang2 dengan aku.. kalau tak, muka dia muncung aje..hmm..orait jugak orangnya..dia tanya aku kerja mana, studi mana, macam2 la dia sembang merepek2…aku layan ajelah..kang tak layan dia tak bagi lulus naya pulak… last2 aku sound dia “encik nih ok jugak ya, saya ingatkan sombong sangat tadi”
Hawa mulur celupaarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!! Cemanalah boleh terlepas cakap!?? Dia sengih aje. At last sampai juga aku depan institute tempat budak2 lain berkumpul tunggu giliran..mesti diorang jeles sebab aku berjaya bawak balik mamat nih balik ke institute..hohoho!!! Alhamdulillah dia bagi aku lulus…lepas sign itu ini aku terus cakap terima kasih kat dia (oh!namanya Safarrizal bin Mahamud)..then keluar dengan penuh senyum simpul menuju ke kerusi panjang tu kat member2 aku duduk. Aku nampak sorang girl India yang ditest lepas aku. Tak sampai 1 minit aku tgk mamat Safarrizal tu dah bawak girl tu balik..Ayo!! nih mesti kes mati enjin kat trafik light or kena sergah macam aku tadi..
Tak lama lepas tu aku dipanggil untuk test parking, 3 point dan bukit. Ini kira satu set lah, satu fail semua fail..sebenarnya debaran masa buat road tadi sikit aje, kira dalam 5% aje…berbanding buat bukit, debarannya umpama hati seorang lelaki yang menunggu kelahiran anak pertama. Jangan kata jantung, kaki, lutut, tangan sume shaking. Sampai giliran aku, aku terus buat parking…cam biasala..pastu aku buat 3 point (ala-ala u-turn tu)..then baru bukit…sebenarnya aku dah biasa buat parking + 3 point tu..so confident aje lah…tapi tiba tang bukit nih aku suspen sikit laa…elok aje lepas buat 3 point, terus nak naik bukit… mula2 naik, tayar kereta tak jejak line.. dia suruh turun balik.. buat semula.. tetiba musibat mana datang ntah, rupanya budak test lori pun sama buat kat situ jugak. Yang hampehnya, masa orang lain buat takde pulak budak test lori, tang turn aku berderet nak buat test lori. Siut aje! Sampai terbang baju bip aku yang sangkut kat pintu kereta sebab angin lori tu…dah la aku seram nak naik bukit, ada pulak lori kat sebelah..bertambah2 seram lah aku dibuatnya! Naik kali kedua pun tak jejak line…bedebah btullah!!! Elok2 dah clear semua, ujian yang last pulak boleh fail!! Longkang btul lah! So, minggu depan aku akan kembali lagi ke sini untuk buat set test parking. Nasib baik road dah settle…
Frust jugak lah sebab benda remeh macam tu pun buat aku terpaksa datang sini semula minggu depan semata2 nak buat bukit tu aje…tapi bila fikir2 balik, hmm bagus juga sebab boleh cuci mata tgk mamat tadi. Hahaha!! So, to be continue next week…..

October 15, 2004

Ramadan Menjelang Lagi..




SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAQ..SEMOGA PUASA KITA SEMUA PADA TAHUN INI MENDAPAT KEBERKATAN.. KEPADA KAU SEMUA, JAGA DIRI, HIASI PERIBADI...
BULAN2 PUASA NIH, BAWAK2 LA BERHENTI MELANGGAN WEBSITE2 YANG GANJIL2 YANG BOLEH MEROSAKKAN AMALAN KAMU SEMUA..KALO BOSAN, PERGILAH MAIN NEOPETS! HIHIHI....

wassalam...

October 08, 2004

Aku kurang Tidurr...

...hmmm......lama tak muncul semula disini...keadaan yang sibuk, tambahan lagi dengan kerosakan pada pc dan terpaksa menghadiri kelas2 wajib, menyebabkan aku sedikit terlupa pada blog ini...
memang agak malas menulis apabila keadaan yang penat dan tidur yang kurang...
ahh! nanti sajalah aku menyambung...