September 30, 2009

Kisah Muhammad Rayyan










Pencapaian terbaik Rayyan sepanjang berumur 1 tahun 1 minggu.
1) Berjaya merangkak dengan kepantasan 1 meter dalam masa 3 saat.
2) Berjaya membezakan gadis cantik atau tidak. Koff!!
3) Berjaya turun dan naik tangga dengan sendiri tanpa bantuan walaupun tidak mahir berjalan.
4) Mempunyai 8 batang gigi susu dan masih bersih tanpa sebarang kaviti.
5) Pandai bersopan depan lelaki/wanita2 berusia yang mempunyai anak gadis dalam bentuk bayi yang berpotensi utk dijadikan bakal mertua.
6) Suka berposing dihadapan kamera (walaupun kamera mainan kakcha).
7) Berjaya makan sepetak murtabak singapore semasa berusia 1 tahun (cuh!!! aku makan murtabak singapore pun masa umur dah berbelas2 tahun..)
8) Finalis Jejaka Kalendar Cap Ayam utk tahun 2010 (-_-;)
9) Membuat aksi stunt dengan meluncur bersama walker terjun dari dapur rumah nenek yang berketinggian 50cm sampai ke bawah rumah. Mengalami sedikit kecederaan ringan pada bahagian dahi.
10) Berjaya mengumpul RM1K++ berkat hadiah dan pemberian saudara mara dan jiran tetangga semasa menyambut kelahiran beliau. (terus aku rasa nak bersalin tetiap hari.. ohoks!!!)
sekian. bye!

September 28, 2009

Muhammad Rayyan Kini Setahun

Salam Olls..
selamat bekerja semuanya setelah puas bercuti raya.. hehei!~
khamis lepas bersamaan 24 September 2009 adalah hari ulangtahun pertama adik Muhammad Rayyan dan atoknye sekali (yakni abah aku) En. Ab Kadir b. Mahat yg ke 60 tahun. Mereka berdua berkongsi tarikh lahir yg sama berselisihan selama 59 tahun! Enjoisss...

Muka gelojoh si besday Boy kecik..



Mak buyung yang sibuk menyediakan makanan utk para tetamu
(aku tak buat kerja sbb aku jurugambar.. kofff!!)





Party kecil-kecilan sahaja. Baju oren 2 orang tu adalah sepupu kembar aku yang sebaya dengan kakcha. Kakcha panggil diorang 'uncle kembau'





Nenek ngan kakcha interprem...






Besday cake - Dark Jungle (sebenarnya nak berkata Black Forest)
(-_-;)



Birthday guys..
Potong Cake time...!

Sebelah atok tu ialah moyang Rayyan.


Besday boi kepenatan.. tetido sebelum sempat sampai rumah..
haha! by the way, thanks utk semua yg terlibat menjayakan parti buih kali ini.
Jumpa lagi di sessi birthday akan datang. sekian. bye!!!

September 23, 2009

Contest Anak Dara Ku Bertocang by SitiSifir10

Contest lagi... agaknya selagi tak menang selagi tu la menggagahkan diri untuk bertanding. heiheii!~ Takpe... takpe.... Support rakan2 kan seronok... :D

berikutnya adalah Contest Anak Dara Ku Bertocang by SitiSifir10.



Ok, sekali lagi saya menawarkan KakCha dizaman muda sebagai wakil blog ini. Masa nih umur kakcha baru nak masuk 2 tahun. Masih muda bergetah lagi...


Nama : Yang Nuralissa Bte Azat
Umur: 3yrs + ( had umur dalam syarat adalah 3 tahun. tapi setelah mendapat persetujuan Puan Penganjur, maka kak cha di sah kan layak untuk bertanding.. )

Penaja bersama contest kali ini adalah Fitrah Sari. Setelah membuat lawatan ke blog K.Sari, barulah saya tau yg dewasa ini (ah! macam YB pule) adalah menjadi trend ibu-ibu menggunakan Cloth Dypers untuk baby mereka. Memang sangat menguja kan!
Tengok la...kalau takde apa aral, nanti boleh cuba menguji-kaji adik Rayyan untuk menggunakan CD :)
Blog k.Sari okey. Banyak input dan boleh diperbaiki dengan menceriakan banner blog (ewahh!! cadangkan orang itu ini, tapi blog sendiri adalah sangat usang. ohokk!!)
Ok lah... harap penyertaan saya diterima oleh puan penganjur and puan penaja.
Tata!!~

September 17, 2009

Resepi Baru


Kacang Phool
Resepi nya...........(sila google sendiri tau!) (-_-;)
baru 1st time buat sendiri dan tiru dari web Myresepi. Rasanya mmg sangat wallah!! mula2 rasa pelik kenapa mesti ada telur mata kat tengah2 kuah tu? tapi bila dah makan dan gabungkan semua ramuan mcm limau, bawang, cili, telur dan kacang phool tu sendiri, ngapp bersama roti mmg mabeles..




Umai
Resepi mudah gile.
1 ekor ikan yg diambil isi dan dipotong halus.
sedikit lemon
sedikit limau nipis
cili padi
bawang hiris nipis
garam gula sedap rasa.
tu je. cara proses, lepas basuh ikan yg dah hiris tu, perahkan lemon + limau, perap sejam. pastu bilas. pastu campur sume bahan lain yg dipotong nipis. perah limau sikit lagi, campur garam gula. Siapppp!!!
Rasanya? hmm...makan dengan nasi panas2 mmg terangkat!
Mmg guna ikan mentah, tapi lepas proses pengasidan oleh lemon dan limau tu, isi ikan akan secara automatik masak dan tak lagi berbau hanyir. Mmg sedap tau! *taip sambil lap2 air liur lagi*
Byee!!

"Seindah Butterfly " Giveaway ( A )

Habiss la kali nih confirm aku kena kritik lagi ngan zati sbb dah tahap kritikal asek gile contest.

(-_-;)

Sebenarnya aku saja suka2 support contest anjuran rerakan blog (ayat clichĂȘ bagi mempertahankan tindakan sendiri).



~~+~+~+~+~+~+~+~+~+~~



OK, kontest kali ini datang nun jauh dari Abu Dhabi, penganjur adalah Mrs. Irma from Seindah Butterfly sempena her 2nd Wedding Anniversary pd 15 Dec ini, dan hadiah juga disponsor oleh tauke shawl yakni Pn.Eila . .

Rupanya semalam adalah birthday puan penganjur.. i wish her a very Happy Birthday & semoga bergetah sentiasa!! ~ :D


Syarat penyertaan kena ada gambar kawin yg ala-ala romantika diamour .. and satu lagi kena ceritakan kisah pertama kali bertemu/ bercinte.




Okla.. ini lah gambar kawin Hawa & Azat.


Kali pertama jumpa, adalah di UTM Skudai (2002). Azat bukan student sana, tapi menyibuk datang sbb ikut my coursemate, Neil datang ambil barang kat studio (art studio). Pastu Neil ajak aku keluar makan kat Tmn U. Masa tu la baru sembang2 ngan Azat. Masa mula2 kenal tu aku menyamar jadi orang utara (siap speaking loghat Perak gituh). Azat plak dia kata dia asal orang Sabah. Siap cakap pun ala2 orang Sabah..
Tak taulah kenapa dia gabrah sangat masa makan tu, sampai cili sos pun tumpah kat baju. sampai aku cakap dalam hati "Selekeh gile mamat nih.." :P


Selang 2-3 hari tu Azat call, cakap nak jumpa and kenal lebih rapat kekdahnye.... aku suruh dia datang studio je la sbb senang (senang aku nak cabut lari huhuhuh). Tak la... senang la, sbb aku mana ada transport nak keluar. Lagipun studio ramai student lain, so kalau dia cuba bertindak luar kawal, aku boleh suruh budak2 belasah dia. Koff!!! koff!!! (tipu je)
Masa jumpa tu, puas la aku cakap bahasa utara sbb nak melancarkan aktiviti penyamaran aku. Sebelum tu siap berguru ngan kakChik Rashidah (roomate) belajar slang utara. hee...


2-3 hari lepas tu, dia call cakap nak serius. Memandangkan Sabah tu jauh, maka aku pun tolak la secara baik.. Last2 dia cakap dia bukan orang Sabah, tapi orang JB... cheeeehh!! JB rupanya.. then aku pun baru lah mengaku yg aku bukan orang Perak, tapi orang Melaka.. hohoho!
Lepas tu kami pun serius la sampai akhirnya mendirikan rumahtangga pada 05.03.05. Sehingga sekarang kehidupan kami tak pernah lagi serius sebab asyik buat perkara-perkara aneh dalam kehidupan. Tambah lagi 2 orang aneh yang comel (*menjeling anak bayi sendiri), menjadikan kami keluarga yang tak sempat merasa bosan sbb terlalu banyak aktiviti yang hendak dilakukan bersama-sama. :)
sekian.

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~
Pasal tudung puan sponsor, saya mmg minat warna-warna tanah & corak yang abstrak.

Contoh tudung2 yg jadi favorite aku:



September 16, 2009

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya semua. Blog bercuti selama seminggu!! **alasan... (^.^)
Bye semuaaaa!!

CUTEST BABY IN BLUE CONTEST

Tajuk contest kali ini adalah :-


Ini adalah contest pertama yang menggunakan khidmat kak Cha sebagai model.... sbb syarat penyertaan adalah newborn ~ 5 Tahun.

Puan Penganjur, ini adalah wakil dari blog saye...

Nama : YANG NURALISSA BTE AZAT
Umur : 3 tahun 11 bulan 20 hari (kakcha akan berusia 4 tahun pada 26hb Nov ini)







1) Lissa in blue shirt : Gambar ini agak special kerana pose getik ini di ketik oleh kakcha sendiri secara curi2 menggunakan kamere ibu. Hello..!? perlu ke feeling ala-ala diva taiwan?? koserr taww!~


2) Another Lissa in Blue shirt and Blue shoe : Gambar ini pose di kandang burung nuri di Zoo Melaka. Burung pun bertempiaran lari bila tengok perempuan ini..




Ok la.. itu sahaja..
Berusaha!! :)

September 10, 2009

Mimpi Hantu


Kejadian kelakar-separa-seram ini berlaku subuh tadi.

Lepas sahur biasanya tunggu subuh then lepas subuh kami anak beranak akan tidur semula sementara nak tunggu waktu utk pgi bekerja.

Pukul 6.50am jam bunyi aku pun bangun, mandi dan bersiap siaga utk ke opis.
Masa aku sedang bersiap2 tu, tiba2 aku dengar bunyi aneh dari bilik sebelah (yakni bilik tido aku lah).
Ianya adalah suara Azat!!! dengarnya sangat aneh..
"aahh!! uuuhhh! aaaaaa!!! aaaa!!! huh! huh!! takut! takut!" (-_-;)
tiba2 aku jadi seram sejuk dengar bunyi suara dia begitu.
Lepas tu...diam.
Aku pun tepek2 bedak kat muka, lepas tu pakai tudung, tepat pukul 7 aku jerit dari bilik solek tu kejutkan azat bangun (bilik rumah aku bersebelahan dan ada ruang angin dibahagian atas - so boleh main jerit2 jek kalo nak cakap ngan orang bilik sebelah). Pepagi azat mmg tolong hantar lissa dan rayyan ke umah mak aku.

"Yaaa!! bangunn!! Ya! oooo Ya!!" (aku panggil azat, Ya. Dulu panggil yang, tapi lissa tiru aku panggil yang - terus cemburu pada anak sendiri. koff!!! jadi tukar panggil Ya saja.. lissa panggil azat ayah)
Aku dengar azat berdengus lega dan bergegas bangun.
Terus dia datang jumpa aku.Aku tanya dia.. "Mimpi hantu ke?" - sambil sengih ala kerang sambal yg aku masak sahur tadi...bulan puasa pun mimpi hantu.. nampak nau tido tak baca bismillah!

Muka azat berubah.."a'ah la yang..orang mimpi hantu..takutnya. Eh? mana awak tau?"
aku cakap la yang aku dengar dia meracau.
Terus dia marah aku..
"kenapa tak kejut orang masa awak dengar orang mengigau tadi!? cemana kalau orang kena cekik dengan hantu time tu??? nasib baik sempat lari tau tak!?"

aku terus terlopong..begitu serius ke??

Ahh....! suami aku memang misteri..... (T_T;)

September 09, 2009

Comel & Comot Baby Eating Contest



*sepatutnya ini ialah sticky mode - tapi sori la.... i tak reti nak buat sticky mode (-_-;) *

Contest kali ini aku suka sbb kebetulan aku baru je ketik gambar ini beberapa hari lepas. Tak sangka contest ini wujud... Penganjur kali ini ialah Mummy Fia & Ibu Adam. Contestnya adalah gambar bayi yang makan dengan comotnya..

Syarat-syarat penyertaan:

1. Mesti menjadi follower blog Mummy Fia (http://hazlinashahrel.blogpsot.com)& blog penganjur bersama Ibu Adam (http://nadira-barry.blogspot.com)(sapa yg dah follow mummy tp blm follow ibu.. atau sapa yg dah follow ibu tp blm follow mummy.. pastikan uolls follow dua² blog..) - done

2. Jgn lupa listkan blog kami di blog list anda.. paksaan buat peserta.. miaahahahaaaa.. - done

3. Penyertaan mestila gambar baby berusia bawah 18 bulan yang sedang makan dgn sendiri sahaja.. Suap² tak kira eh.. tak kira la makan apa pun.. kalo baby tu skang dah berumur 3 thn.. cari balik gambar² lama anak sedang makan janji mase tu dia berusia bawah 18 bulan.. - done (Rayyan is 13months)

Dalam entri korang 2.. sila nyatakan link kami.. save as dan tampal banner di sidebar dan sertakan jgk dalam entry korang nnt.. linkkan banner kpd http://hazlinashahrel.blogspot.com/2009/10/comot-comel-baby-eating-contest.html
- done

4. Jadikan entry ini sticky mode.. So senang pengadil dan penganjur nak review..

5. Sertakan nama baby, nama ibu, dah tarikh lahir baby.. - done

6. Ceritakan mengenai gambar tersebut - done (ayat pendek)

7. Sila tinggalkan link penyertaan anda di ruangan komen contest ini.. - done

8. Hadiah berupe barangan makeup.. BRAND NEW SET & ORIGINAL ITEM IN TRAVEL SIZE.. tuk para ibu dan hadiah untuk baby adalah SURPRISE!!..

9. Pengadil merupakan seorang kenalan Mummy Fia n Ibu Adam yang tak mempunyai blog.. so.. fare n square ok.. no bias.. hahahahaaaa..

10. Pemenang akan dinilai dari kecomotan & kecomelan anak anda menikmati makanan..serta bersepahnya tempat dan peralatan makanan juga akan diambil kira.. ku nak beri all mommies yang join keje mencuci plak pas tu.. hahahahaha…So ape tunggu jom la join ramai²!!!!!!!!!!


Sekali lagi, aku mempertaruhkan adik Rayyan (sori kakcha! umur anda telah disqualified utk sebarang acara setakat ini)


Puan Penganjur,
Ini lah budaknya...


Nama Si Comot : Muhammad Rayyan Bin Azat
Tarikh Lahir baby : 24 Sept 2008
Nama Ibu : Siti Nur Hawa Ab Kadir


Stori de mory, ini adalah aktiviti makan cupcake yang pertama untuk seumur hidup Rayyan. Sebelum ini asyik ibu je yang suap. Memang gile nyer comot....

Muka teruja 1st time dapat pegang cupcake kelakar sendiri. Selama nih jadik model je..


Aummm...


Heii ibu! jangan ketik gambar saye...!!


alang2 satu malaysia dah tengok wajah comot i, teruskan jer laa dengan wajah rakus ini...


Erkk..!! Tercekik kapkek... Minummmm dulu...!~

September 08, 2009

Bungapi yg Hebat

Hello semua..
Salam 18 Ramadhan.. kejap je kan? pejam celik, esok lusa dah raya.. wah! cepat btul..!

Semalam, lepas berbuka aku godeh2 la kotak sakti aku yakni kotak buku dan barang2 masa kat hostel dulu.. Tetiba jumpa satu beg plastik berbungkus dalam keadaan yg mencurigakan.. DUP! DUP! DUP! *bunyi cemas dalam udara*

aku buka perlahan2....

sekali tengok... rupanya adalah bungapi yang aku dan azat beli 4 tahun lepas. hahahahah!! lama giler simpan bungapi tak main2..
aku pun apa lagi, terus cari lilin ajak kak cha main kat depan rumah.
nasib baik rayyan dah tido masa tu. line clear, lepas gian..
ingat aku jek yg kemaruk...azat pun sama.. heihei!~
yang paling hebat, bungapi ini masih berfungsi walaupun dah berusia 4 tahun!!!







best!