September 10, 2009

Mimpi Hantu


Kejadian kelakar-separa-seram ini berlaku subuh tadi.

Lepas sahur biasanya tunggu subuh then lepas subuh kami anak beranak akan tidur semula sementara nak tunggu waktu utk pgi bekerja.

Pukul 6.50am jam bunyi aku pun bangun, mandi dan bersiap siaga utk ke opis.
Masa aku sedang bersiap2 tu, tiba2 aku dengar bunyi aneh dari bilik sebelah (yakni bilik tido aku lah).
Ianya adalah suara Azat!!! dengarnya sangat aneh..
"aahh!! uuuhhh! aaaaaa!!! aaaa!!! huh! huh!! takut! takut!" (-_-;)
tiba2 aku jadi seram sejuk dengar bunyi suara dia begitu.
Lepas tu...diam.
Aku pun tepek2 bedak kat muka, lepas tu pakai tudung, tepat pukul 7 aku jerit dari bilik solek tu kejutkan azat bangun (bilik rumah aku bersebelahan dan ada ruang angin dibahagian atas - so boleh main jerit2 jek kalo nak cakap ngan orang bilik sebelah). Pepagi azat mmg tolong hantar lissa dan rayyan ke umah mak aku.

"Yaaa!! bangunn!! Ya! oooo Ya!!" (aku panggil azat, Ya. Dulu panggil yang, tapi lissa tiru aku panggil yang - terus cemburu pada anak sendiri. koff!!! jadi tukar panggil Ya saja.. lissa panggil azat ayah)
Aku dengar azat berdengus lega dan bergegas bangun.
Terus dia datang jumpa aku.Aku tanya dia.. "Mimpi hantu ke?" - sambil sengih ala kerang sambal yg aku masak sahur tadi...bulan puasa pun mimpi hantu.. nampak nau tido tak baca bismillah!

Muka azat berubah.."a'ah la yang..orang mimpi hantu..takutnya. Eh? mana awak tau?"
aku cakap la yang aku dengar dia meracau.
Terus dia marah aku..
"kenapa tak kejut orang masa awak dengar orang mengigau tadi!? cemana kalau orang kena cekik dengan hantu time tu??? nasib baik sempat lari tau tak!?"

aku terus terlopong..begitu serius ke??

Ahh....! suami aku memang misteri..... (T_T;)

7 comments:

yong said...

hahahahaha...............
gelak sampai guling kat lantai
(6.6")

PertMuffin said...

nanti i suruh hantu dalam mimpi azat cari yong pulak..!!

aqmal said...

lah, tu lah, siapa suruh lukis barney seram lagi. HAWAAAAAA.....AZATTT...AKU DATANGGG.....hihihihihik!

PertMuffin said...

aahH!! rupanya kau yang menghantui aku di blog kapkek kelakau!! bedebah!!! cuh

Anonymous said...

laki kau pun sewel cm kau gak ke?
die bace blog ni tak?

*hello azattt...hellooo//...helllooo/..* melambai2

-zatitaknaksigninbolehke?-

Anonymous said...

adakah kak cha akan mewarisi genetik ko atau azat? (terus membuat kiraan kebarangkalian kalkulus)

-fadzlimalassigningak-

PertMuffin said...

bedebah!!!