September 17, 2009

"Seindah Butterfly " Giveaway ( A )

Habiss la kali nih confirm aku kena kritik lagi ngan zati sbb dah tahap kritikal asek gile contest.

(-_-;)

Sebenarnya aku saja suka2 support contest anjuran rerakan blog (ayat clichĂȘ bagi mempertahankan tindakan sendiri).



~~+~+~+~+~+~+~+~+~+~~



OK, kontest kali ini datang nun jauh dari Abu Dhabi, penganjur adalah Mrs. Irma from Seindah Butterfly sempena her 2nd Wedding Anniversary pd 15 Dec ini, dan hadiah juga disponsor oleh tauke shawl yakni Pn.Eila . .

Rupanya semalam adalah birthday puan penganjur.. i wish her a very Happy Birthday & semoga bergetah sentiasa!! ~ :D


Syarat penyertaan kena ada gambar kawin yg ala-ala romantika diamour .. and satu lagi kena ceritakan kisah pertama kali bertemu/ bercinte.




Okla.. ini lah gambar kawin Hawa & Azat.


Kali pertama jumpa, adalah di UTM Skudai (2002). Azat bukan student sana, tapi menyibuk datang sbb ikut my coursemate, Neil datang ambil barang kat studio (art studio). Pastu Neil ajak aku keluar makan kat Tmn U. Masa tu la baru sembang2 ngan Azat. Masa mula2 kenal tu aku menyamar jadi orang utara (siap speaking loghat Perak gituh). Azat plak dia kata dia asal orang Sabah. Siap cakap pun ala2 orang Sabah..
Tak taulah kenapa dia gabrah sangat masa makan tu, sampai cili sos pun tumpah kat baju. sampai aku cakap dalam hati "Selekeh gile mamat nih.." :P


Selang 2-3 hari tu Azat call, cakap nak jumpa and kenal lebih rapat kekdahnye.... aku suruh dia datang studio je la sbb senang (senang aku nak cabut lari huhuhuh). Tak la... senang la, sbb aku mana ada transport nak keluar. Lagipun studio ramai student lain, so kalau dia cuba bertindak luar kawal, aku boleh suruh budak2 belasah dia. Koff!!! koff!!! (tipu je)
Masa jumpa tu, puas la aku cakap bahasa utara sbb nak melancarkan aktiviti penyamaran aku. Sebelum tu siap berguru ngan kakChik Rashidah (roomate) belajar slang utara. hee...


2-3 hari lepas tu, dia call cakap nak serius. Memandangkan Sabah tu jauh, maka aku pun tolak la secara baik.. Last2 dia cakap dia bukan orang Sabah, tapi orang JB... cheeeehh!! JB rupanya.. then aku pun baru lah mengaku yg aku bukan orang Perak, tapi orang Melaka.. hohoho!
Lepas tu kami pun serius la sampai akhirnya mendirikan rumahtangga pada 05.03.05. Sehingga sekarang kehidupan kami tak pernah lagi serius sebab asyik buat perkara-perkara aneh dalam kehidupan. Tambah lagi 2 orang aneh yang comel (*menjeling anak bayi sendiri), menjadikan kami keluarga yang tak sempat merasa bosan sbb terlalu banyak aktiviti yang hendak dilakukan bersama-sama. :)
sekian.

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~
Pasal tudung puan sponsor, saya mmg minat warna-warna tanah & corak yang abstrak.

Contoh tudung2 yg jadi favorite aku:



8 comments:

Irma Omar said...

salam..
time kasih sudi memeriahkan majelis...
gudlak yer n thank u for da wish ;)
~iRMa~

Anonymous said...

ape nak eran vigin,sampai skg pun laki hang dok loklak@kalut.gupanya dr bujang dia begitu..haii..kruk.

PertMuffin said...

thanks irma sudi terjah :)

weh krukkk!! jangan kutuk laki aku.. aku lempang laki ko yg gemuk tu karang!!

sol said...

wah ada yg aku ikut terjebak ni lagi kang wakakakaa..

PertMuffin said...

hahahah!! mari lah sol !!

aqmal said...

adabi...melazatkan
adabi...menyelerakan
mengandungi pelbagai rempah
melazatkan kari dan kuah

adaabi..~~~

sajian istana dizaman silam *suara dalam*

larikk!!!!

enni said...

kakwe. anda seakan2 main cak kucak dgn kamera men. heee...

z a t i said...

aku ada selendang swirl tu kaler ijau n biru. tp aku beli doblas hengget je.