February 28, 2011

Lepas 10 Hari..

Hello..!


Kejap je dah 10 hari :)
memang sengaja tunggu 10 hari pencen baru nak update blog. hehe!
Masih terlalu awal nak cakap perasaan tentang kehidupan baru. Ye la.. awal2nya sume rasa best kan... ada setengah orang yang dah kerja bertahun2, jangan kata 10 hari, 5 hari tak kerja pun dah mula rasa bosan dok rumah... tapi aku, dengan 2 makhluk halus yang hingar bingar tu.... jangan kata 10 hari, 10 minggu, 10 bulan pun belum tentu rasa bosan sbb melayan karenah2 makhluk hyper aktif tu.. aihhh!! Tambah lagi dengan kapkek kelakar... ok la. Belum sempat rasa bosan. Alhamdulillah..


Sebenarnya rindu kat Teac dan kawan2 *blushing* Walaupun baru keja sana 6.5 tahun, tapi serius cakap memang susah nak cari environment kerja yang seronok dan tak stress macam kat Teac. Aku dah pernah kerja di beberapa company lain (tak payah le sebut kang ada yg ex boss kecik ati..kikikikhhh!!) tapi tak seronok, diri merasa tertekan dan hazab yaamatz! Seumur hidup aku rasanya keja tempat lain tak penah lebih setahun.. Tapi dengan Teac boleh tahan sampai 6 tahun lebih... tu pun memula ingat nak sign-mati *kikkikihhh!* tapi apakan daya, jodoh la panjang la pulak kann... :(


Apapun, life must goes on kan? Walaupun dah tak kerja Teac lagi, tapi aku dapat jugak bawak balik sesuatu paling berharga bagi aku dari Teac..


Ini laaa...!~ :D

Ok, abaikan muka puaka tu... (-_-;)
Sebenarnya ini ialah sebuah buku autograf :D
alaaaa! macam zaman2 kita sekolah duluuuu tuu...
Gedik tak aku siap ada autograf segala.!? haha!

Superbig boss pun sign tauu!
Thank You Namiki san (muka dia macam atok KFC kan?)

Isoya-san : Aruu?! Why you put my facu not so hansom? (-_-;)
Aku : ok ok, later i change! (menanam tebu dipinggir bibir)
(gambau dia yg aku ada mmg sume tengah tak hensem... nak wat camne kan? hik)
Sebenarnya aku suka cakap dengan orang jepun sbb mereka tak pentingkan tatabahasa :D


Ini from my manager - Mr. Praba. Orang yg paling aku banyak terhutang budi sbb dia la yang popularkan cupcakes aku kat Teac. Thank you so much boss, i owe u a lots! Hari tu i tak sempat nak cakap macam ini sbb i takut i menangis. Haha! Anyway, terima kasih atas semua tunjuk ajar dan sokongan (in jobs & businness also) yang boss berikan kepada saya dan kawan2 selama ini.




Isi kandungan lain buku tu memang best dan kelakar. Hehehe.. Berlawan2 tau diorang buat autograf tercantik. haha! Seronok jugak.. Tapi yang aku paling kelakar bila hampir separuh dalam tu komen yang aku nih seorang yang SERIUS. *pengsan*
Bergurau apa korang!! aku nih kan peramah.... kenapa kena tuduh orang yang serius pule...
*nangis laju2*


bye laa!!!

February 15, 2011

Misteri Telur 1000 Tahun

Helo..!~

Korang penah dengau tak pasal century egg atau telur padi? Nama telur padi tu sbb nya diperam dengan lumpur dan sekam padi. Antara yang biasa dibuat telur padi ni adalah telur ayam, itik dan puyuh. Tapi paling popiler adalah itik la kot..

Dulu kan..... aku mati2 ingat telur nih di peram 1000 tahun lepas sebelum masihi dan kemudian baru diguna pada zaman ini.. Ala2 atok nenek zaman dulu peram untuk kegunaan cucu cicit dimasa hadapan. Koff!! (-_-;)

Rupanya tak... *berasa lega*




Kalau dilihat dari lahiriah rupa paras telur padi ini boleh lah dituduh sebagai keturunan Dayang Senandung sebab ianya hitam longot dan sangat hodoh.

Tak kenal , maka tak cinta... .maka sekarang marilah berkenalan..





Berikut adalah keadaan masih bersalut lumpur dan sekam padi.



Ini adalah rupa paras selepas proses pembersihan diri..


Aku rasa telur nih mesti merasa kecewa apabila melihat diri sendiri didalam cermin..

Nih rupa dah siap potong. Ok, mmg scary! :
Aku teguk2 liur 2-3 kali... nak makan keeee....nak buang? (-_-;)

Orang kata telur nih boleh dimakan mentah, yakni kupas terus makan. Tapi tekak eksotik aku nih tetiba jadi krem plak nak makan secara mentah.

Lalu aku ambik keputusan untuk dibuat goreng kicap bersama bawang dan cili padi. Kicap tu sebenarnya memainkan peranan menipu otak aku bahawa telur ini sebenarnya putih suci tapi dah bertukar hitam sbb terkena kicap. Koff!!
Makan dengan nasi panas...
Keputusan citarasa?
Ok, not bad.
Tapi aku tak galakkan untuk bukan pencinta makanan mencuba makanan ini.
Sebab?
Aku yang ratu makan ini pun, gagal menghabiskan seketul secara sempurna.
(sebenarnya kicap dah gagal menipu minda aku tentang warna sebenar objek ini)
fine!
Bye~

Back To Basic...


Dah lama tak pakai barang2 purba ni... nasib baik Mydin ada jual. Semalam baru beli. Last time pakai benda2 nih adalah masa umur 18 tahun yakni zaman kat UTM dulu.. Masa tu aku tak dpt PTPTN maka tak dapat la nak beli barang2 kecantikan berjenama. hihi..

Tapi serius aku suka je pakai barang2 nih sbb bau dia sedap dan tahan lama. :)

February 14, 2011

Benangkan saja Gigi Anda...

Helo kau semua!~

Dah lunch?
Aku dah.. baru lepas makan sepinggan nasi berlauk daging kicap dan sawi putih masak lemak keledek. Sedap. Tapi tertekan. :

Hazab betul kalau makan daging. Mesti nak terselit. eeihhh!! *tarik2 rambut*


kalo kat rumah boleh la floss2 lepas makan. tapi kat opis takde stok floss..




Jangan kata floss, pencungkil gigi pun takde...






Sekarang nak buat sessi mengumpat floss dan pencungkil gigi. Korang suka guna apa? Aku?? Floss la kot... tapi aku tak pakai floss mahal pun, aku biasa bersihkan gigi guna benang aje.

Aku memang tak pandai guna pencungkil gigi. Semedang hujung dia patah pastu tertinggal celah gigi aku pula. Choii! Satu hal pulak nak kena keluarkan sisa pencungkil gigi tu pulak.. :P


Sebab aku kedekut jadi, aku rasa beli floss tu adalah perkara yg membazir. Sebab aku menjadikan benang sebagai galas ganti.


Satu yang bahaya guna benang nih kalo tak biasa boleh cedera gusi. Jadi teknik tekanan dan ayunan jari yang betul dan lembut diperlukan untuk membersihkan gigi secara telus.


Ok, sekarang nih aku sangat meradang sbb kat opis nih takde orang pun yang ada stok benang! (T_T)


Gusi aku dah sakit..


bye!

February 11, 2011

168

Kurang lebih 168 jam sahaja lagi..... :(

February 07, 2011

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI



Hello....


Eh, macam tetiba je kan nak join aktivis2 blogger memasyhurkan blog *blushing*

Dah 7 tahun bergerak secara undergraun dan merapu sorang diri akhirnya malam ini tergerak untuk menyahut cabaran encik ini untuk program gerak gempur beliau yang baru.




SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??




ok fine, aku memang minat menulis blog walaupun takde orang baca (-_-;) ye ye... tak kesah la... blog ini boleh buat macam baca novel kelak bila aku dah tua... koff!




ah, kalau kau pun berminat untuk bergegau bersama Ben Ashaari, sila lah ke mari..




ok, misi selesai!!

tata!

January 25, 2011

Jakun

Helo!

Akhir2 ini sudah obses terhadap minuman ini. Air Labu Kundur atau nama mat saleh nye ialah Winter Melon drink (-_-;)

ok fine..!! memang agak jakun kerana sudah terlalu tua untuk mencuba minuman yang dah bertahun2 di jual dipasaran..

Sebab dulu aku langsung tak ada nafsu untuk mencuba minuman aneh ini berdasarkan rupaparas yang langsung tidak moden dan langsung tidak elegant.

Oleh kerana dah terpengaruh sellyrockers maka akhirnya aku cekalkan hati untuk mencuba. Sekali sedut rasa macam kelakar sebab ianya sangat wangi dan rasa macam minum perfume gitu.. koff!!

Dah 2-3 kali sedut otak aku masih gagal mencerna rasa sebenar dia.. Macam pernah rasa sebelum ini.. Sangat dejavu.... Tapi rasa apa ya?? (perasaan aneh)


Sedut lagi... dan lagi....dan sedut lagi..... Sampai habis sekotak pun masih tak dapat tangkap rasa yang aku nak terangkan pada diri sendiri.. *merasa sangat tertekan dengan kegagalan otak untuk berfungsi mengingati hal2 zaman lampau*


Semalam beli lagi.... Akhirnya berasa gembira sebab otak dah berkembang dan dah dapat tangkap apakah rasa yang aku nak gambarkan tatkala minum kali pertama tempohari..


Yaaaa!! Rasa macam makan buah ini...

Tau apa tak?

Iniii!!!
Buah ceri kampung. Pernah makan tak? Dulu kecik2 memang suka makan buah ceri ini. Sampai tahap berebut dengan burung unggas dan mergastua (tipu... koff!!!). Buah ceri ini ada satu rasa manis dan wangi yang sama taraf dengan perasaan minum air labu kundur Yeos.
Tak caya sila cuba.


Bye! (berasa gembira sbb otak masih berfungsi dengan baik) :D



January 17, 2011

Macarons

Hello..!!~

Akhir2 ini memang sangat kemaruk nak makan french macarons. Puas cari kat melaka memang takde *sentap*

Akibat terpengaruh dengan orang ini, ini dan ini, akhirnya aku ambil keputusan untuk buat sendiri MACARONS KELAKAR (memang nama yg agak jelik)..

Marilah baca resepi makarun kelakar yang paling mudah supaya kau pun boleh buat sendiri dirumah kalau2 mengidam secara tiba2 walaupun tiada kehamilan. koff!

RESEPI MAKARUN.
(A)
100g gula icing
65g serbuk badam
2 sudu koko Van Hauten (boleh je guna serbuk koko murahan tapi haruslah rasanya pun agak murah. heee...)
(B)
2 butir putih telur
2 sudu gula castor
1/2 sudu cream of tartar
CARA :
Ayak bahan (A) dan gaul sebati. Ketepikan.
Dalam bekas kering, dan menggunakan alatan yang semuanya kering sila pukul putih telur sehingga kembang. Kemudian masukkan cream of tartar dan masukkan gula castor sikit2. Pukul sehingga superkembang dan telur putih menjadi putih dan suci dan utuh (apa2 lah.. janji kau faham aku maksudkan apa) *blushing*
Campurkan adunan (B) ke dalam (A) dan gaul rata perlahan2.
Masukkan dalam piping bag dan paipkan atas kertas pembakar saiz 20sen.
Biarkan 10min sebelum dibakar pada suhu 150 darjah celcius selama 15 minit.
Setelah masak, biarkan sekejap dan sapu filing ikut nafsu sendiri.
Bersedia untuk dibakar.

Siap dibakar.

Oh, red velvet cupcakes tumpang posing sekali..


OK!!! OK!!!! FINEEEE!!! Memang buruk!!! Aku kata benda nih nama dia Makarun Kelakar kan!?? *jeling*



Tapi..........................rasanya dia ...........................mpphhhhh!!! SEDAPP!!!! *makan sambil gigil2 menangis menanggung kesedapan*
Ok, aku dan try mcm2 filing. Ganache, peanut butter, blueberry, buttercream dan creamcheese. Paling heaven jatuh kepada Creamcheese. Sebabnya benda nih sangat manis (walaupun resepi kat atas tu aku dah kurangkan separuh gula dia!) So kena makan dengan benda yang masam2 sikit untuk buat rasa dia jadi seimbang dan seksi *ayat tak berkaitan*
Ok la! bye!!



January 08, 2011

Chuchi






menyamar keluarga hagemaru memang kebolehan kami (^_^;)

January 07, 2011

2011 - Tahun Yang Mencabar



Hello olss...



Memang sengaja tunggu lepas seminggu masuk tahun 2011 baru nak update blog. Heihei!~
Kejap je dah masuk dekad baru.. 2011... Rasa macam baru je semalam aku tahun 2000 - Ingat lagi time tu (2000) aku menanti detik 12am bersama Maini & Ciela dekat dewan Kolej Rahman Putra, UTM Skudai (kau berdua masih ingatkah waktu itu?)
Ok, sekarang dah 2011.
Ini adalah tahun cabaran untuk aku kerana terpaksa melalui banyak perkara diluar jangkaan.


Lissa sekarang sudah sekolah. Walaupun belum masuk darjah 1 tapi waktu dan lokasi pembelajaran pra-sekolah adalah sama dengan kanak-kanak sekolah rendah yang lain. Jadi waktu pagi aku adalah sangat kucar kacir bagi memastikan semuanya lengkap dan selesa sebelum bergerak ke opis.
Rayyan pula dah masuk 2+ tahun tapi masih dalam karektor yang sama. Dia masih gagal bertutur dengan baik. Perlu banyak masa untuk memberi tumpuan kepada jejaka ini supaya dapat berlatih bercakap dengan sempurna.


Insyallah, kurang lebih 2 bulan saja lagi aku akan meninggalkan kerjaya sediada untuk menjadi surirumah sepenuh masa. Oh! tak! ada gelaran lebih sesuai untuk aku - WAHM... (^_^)

Apakah??

Ianya adalah Ibu Muda Bergetah Yang Bekerja Makan Gaji di Rumah Sendiri (Koff! kofff!!) (-_-;) atau dalam bahasa sanskrit adalah "work at home mom" *blushing*..
Memandangkan aku sudah biasa dengan kehidupan berduit sendiri (yakni hasil bekerja dan makan gaji bulan2) maka menjadi habit lah memboros setiap kali dapat gaji beli itu ini walaupun bukan untuk kegunaan sendiri (aku suka soping barang anak2 je). Memandangkan kelak aku tiada gaji bulanan lagi, jadi aku bercadang untuk menjadikan Perniagaan Kapkek Kelakar aku sebagai mata pencarian utama.


Mula2 memang tak yakin nak buat keputusan.. Kena fikir pro n con segala.. Tapi berbincang dengan orang2 penting dalam hidup aku, maka insyallah, ini adalah keputusan terbaik setakat ini. Apa pun aku minta tempoh 6 bulan dari Azat sebagai percubaan menjadi WAHM. Kalo rasa macam susah je nak survive, maka selepas raya kelak aku akan kembali memunggah sijil2 usang dan buat resume untuk mencari sesuap nasi (kekdahnyer..)


Apapun, aku harap korang doakan la kejayaan dan kemampuan aku untuk mengharungi kehidupan yang baru kelak. Kepada customer2 tersayang (cewah!!) silalah order dengan banyak, don't worry lepas nih takde limit2 macam dulu, berapa korang nak, insyallah saya cuba buatkan.. Ye laa.. time kerja dulu mmg masa sangat terhad.. jadi terpaksa menolak order yang banyak... Insyallah lepas nih, no limit ;)


Sekian dulu. babai lah!!



December 30, 2010

Bila Doktor Sibuk Tengok Bola

Kisah beberapa minit sebelum perlawanan Bolasepak Akhir Piala Suzuki AFF 2010 antara skuad Malaysia dengan Indonesia...




Lokasi : No.5389, Taman Dato Aziz.



Pelakon & Watak :



Azat - Doktor



Lissa - Jururawat Terlatih



Rayyan - Pesakit Kronik sedang terbaring berselimut sampai leher








Jururawat Terlatih : Doktor! Pesakit dah nak mati!

Doktor : Baik! Saya akan segera menyelamatkan dia..!!

Pesakit Kronik : Uuu...aaaaa...AAA.....uhhh..atee...ateee....~~~ (tolong dokter..saye sakit nih)

*Suara dari TV* : Baiklah, sekarang kita saksikan sepakmula perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki antara skuad harimau malaya menentang pasukan garuda..bla...bla..bla..

Jururawat terlatih : Dokter! Cepatlah!!

Doktor : *senyap* (mata tertumpu kat skrin)

Jururawat terlatih : Dokter! Cepatlah!!!!!!!!! Pesakit dah nak mati!!

Doktor : *senyap dan serius* (mata tertumpu kat skrin)

Pesakit Kronik : ateee!!! ateeee!!! aaaa...aaaaaa....!! (menyampah aku tengok muka si rayyan menyamar pesakit masa nih! si jururawat plak semakin becok2 memanggil doktor..)

Jururawat terlatih : Dokterrr!! Cep........... *dialog dipintas*

Doktor : AAH!! taknak jadi doktor!! Saya dah berhenti kerja!!! saya dah berentiiiii!!!!! (MEROYAN)

Pesakit & Jururawat : ........................................................................... *terpinga-pinga*



notakaki : rasa nak pengkes kaki tiga-tiga sekali sbb memekak je orang nak tengok bola :


Anyway, tahniah Team Malaysia , Harimau Malaya, skuad anak didik Raja Gobal (macam2 nama kau!!) kerana mengembalikan kegemilangan bolasepak tanahair.



"Achoo... Julia Perez!! Lu punya coli lazer tada kesan sama saya..! saya ada iman punya worang!! Ada paham ka?"

December 27, 2010

Tengok Wayang

Setelah sekian lama aku tak menonton wayang di panggung, akhirnya akibat pengaruh rakan sebaya terhadap citer Hantu Kak Limah Balik Rumah, maka ku gagahkan diri menghasut Azat sama2 menonton wayang sabtu lepas. Nasib baik laaaa 2 makhluk halus tu takde nafsu langsung nak ikut ibu ngan ayah nye menonton.. kalo tak, kensel gak plan arituh..

Ekceli, aku bukan lah seorang kaki tengok wayang.. sbb aku adalah sejenis makhluk yg suka menonton sambil baring, pastu ke hulu ke hilir, bergolek-golek dan bergulung apa semua.. mahu boleh makan nasi lagi.. Dalam wayang mana boleh tapau nasi kan? pastu kejap2 aku nak ke toilet.. mmg kompleks sebenaunye tengok wayang ni...


Seumur hidup aku, baru 4 ke 5 kali je tengok wayang kat pawagam.


Filem pertama yg aku tengok adalah Azura (1984 - umur aku adalah 5 tahun) kat Pawagam Batu Pahat. Masa nih Jamal tengah top & aku pun teringin nak jadi Ogy ahmad daud (koff!!) (-_-;) masa tu.. So, aku ikut mak bapak aku & sedara mara semua berbondong2 masuk pawagam. oihhh memang best la citer Azura tu. Sampai aku suh bapak aku beli kaset filem Azura ko tau!?! Haa.. zaman dulu ada filem dalam kaset tau! tapi ko tak bleh tengok laa.. ko takat boleh dengau aje suara.. hee....



Setelah usia menginjak remaja, baru la berani masuk panggung tengok movie sendiri.. Ianya adalah semasa aku berusia 18 tahun, masa 1st year kat UTM skudai - Ikut kakak senior bilik aku tengok kat Leisure Mall JB. Hohoh!! Gile teruja okey!! Ianya adalah filem Titanic . Sangat terkesan dengan cerita ini.. Siap nangis2 dalam hati masa tengok part orang2 yang mati karam tu.. Ok, aku tengok Titanic adalah sebanyak 2 kali. Sekali lagi kat Mahkota parade dengan cousin aku Nazla. Sebab best kan....tu yg sampai 2 kali tengok! hehei



Seterusnya adalah semase zaman bercinte. Tengok movie Harry Porter (tak ingat yg mana) tapi aku tak berapa tengok sbb aku tertido.. koff!



Filem berikutnya adalah selepas berkahwin dan selepas kakcha berusia 2 tahun. Ianya adalah filem Muhsin. Nih pun bukan aku teringin sangat nak tengok tapi sebab Azat yg teringin. Aku follow aje la sbb masa tu birthday dia kannn...! Kang tak ikut kang nusyuz pulak (ehh?! tetiba) kofff!! *batuk laju2* Tapi kira ok jugak la... Sebab cerita nih comel..


Dan yang terbaru adalah sabtu lepas, di MBO Melaka Mall - Hantu Kak Limah Balik Rumah. Haaa! Ini memang paling sangat berbaloi aku rasa..Aku ngan azat sangat puas hati walaupun harga tiket hari sabtu adalah mahal! Super lawak tak ingat okey! Lebih lawak dari baca komik Dik Cerdas dan lebih kelakau dari makan kapkek (tak berkaitan). Demm la Mamat Khalid memang memahami jiwa dan sanubari aku! haha! 4 thumbs + toes up!! :D
Sila percaya aku boleh tetiba rasa nak terjatuh cinte dengan Awie lepas tengok HKLBR (T_T) ..




Sapa2 tak tengok lagi, silalah mintak cuti Rabu nih - bawak lah keluarga dan anak2 pergi menonton. Memang tak sia2 disamping dapat berjimat sambil menonton sbb rabu kan half price.. miaahahahahahha!!!
ok la, bye!

December 26, 2010

Quiche Ayam & Bayam


Hello olls..

Lama x share resepi. Tetiba teringin sangat nak makan Quiche Ayam & Bayam gara2 teliur dengan resepi kat blog kak Nani.

Resepi nih aku adjust sikit sbb supermalas nak masak ayam tu dulu.. .aku terus susun aje dalam loyang then curah adunan lain.


Quiche Ayam & Bayam
Nih resepi versi aku :-

1) Base pastry : (beli instant saje sbb malas nak menguli)


2) Untuk bancuhan quiche :
3 telur gred A
50g susu segar
200 ml krim putar untuk masakan
garam secukup rasa
200gm ricotta cheese
100 gm chedar cheese
100 gm mozarella cheese

Cara-caranya :Putar semua sekali dan ketepikan dahulu.

3) Untuk resepi ayam bayam.
250gm isi ayam yang diperap dengan sedikit tepung jagung, stok ayam, lada putih, gula selama lebih kurang 10 minit.
1 bawang kuning2 ulas bawang putih2 senduk
Baby Bayam (basuh bersih2, ambik daun saje)

Cara masak:

1) Susunkan pastry puff dalam loyang dan taburkan bayam & ayam

2) Curah adunan quiche & taburkan cheese dan masukkan dalam oven - bakar selama 30min (suhu ikut suke - jangan hangus sudeh)

Okey - ini natijahnye tak masak ayam terlebih dahulu - adunan jadi terlalu basah sbb air ayam tu keluar dan membasahkan adunan puff.


Tapi, rasanya tetap walaa okey! :D



versi mini - Enjoisss!

Okeyla.. sekian dulu.. Tata!

December 21, 2010

Kalau beratur kena ada Etika

gambau ehsan google





semalam sangat penat sebab beratur sangattttttttttttttt panjang tapi berakhir dengan sia-sia.



ahh! lupa bagi salam.. terus terkam aje (-_-;)

salam & hello ols... koff!!

sebenaunye semalam adalah sangat tertekan sbb terpaksa berpindah randah dari satu ATM ke satu ATM yg lain kerana kebanyakkan mesin ATM bersepakat untuk out of services (T_T)

Ekceli, masih ada laa jugak satu ATM yg masih bernyawa gigih menawarkan perkhidmatan, tapi makhluk yg beratur nak cocok duit beratur punya la panjang.. Yang lagi hazab, ko dah beratur tahap dah boleh tertido siap mimpi 2-3 siri, tup2 sampai turn ko, mesin berpuaka tu boleh out of services pulakkkkk... adoiiiihh!!

Ok, sebenarnya bukan nak ajak mengumpat pasal mesin ATM... tapi hari nih nak ajak bergossip pasal etika ketika beratur..

Menyampah tak kalau :

1) orang yang beratur belakang anda adalah tersangat rapat sehingga boleh rasa angin yang keluar dari hidung dia ketika bernafas,

2) orang berdiri tak ikut line, patutnya dia berdiri kat belakang, tapi dia boleh berdiri kat sebelah anda tahap bergesel bahu ala2 lagu kuch kuch hota hei...

3) perempuan berpayudara besau berdiri terlalu rapat dengan badan anda tahap boleh tahu berapa saiz dia pakai (T_T) *serius ini paling annoying kalo kena kat aku..demm yu perempuan gile seks!!* (tapi orang lelaki mesti suke!! choiii!!)

4) orang depan atau belakang anda berbual tahap satu kampung boleh dengau dan disertakan dengan unsur2 riak dan takbur macam dia sorang aje yg mampu. keji okey!!

5) orang belakang anda bergurau senda sesama sendiri dan menolak2 antara satu sama lain sampai anda hampir tersungkur..

6) orang depan kau asyik le nak bergoyang dan berpusing sana sini sampai langgar2 orang lain.. eeih! kau dah kenape????

7) ada orang kentut tapi tak tau dari mana baunya... *pengsan*


Korang?? ada nak tambah??

December 17, 2010

Sakit Gigi

Kak Nam sakit gigi........
Adik nam pun sibukk nak tampal koyok...!
(T_T)
*aku yang sedih sbb koyok terpaksa membazir kepada pesakit yang tidak sepatutnya*
sian kakcha sakit gigi...bengkak sangat...

eceh..eceh....konon sakit sangat la...


kaknam & adiknam : ibu!! stop! jangan ketik lagi!!
ibu: helo??? jangan makan coklat lagi, faham!!???